Make your own free website on Tripod.com

  Laman Webantu   KM2A1: 4597 File Size: 8.4 Kb *



Daim: Pegawai Kerajaan Paling Korup - Surat Layang 2
By Mat Layang

31/5/2001 10:43 pm Thu

[Ini adalah surat layang episod kedua yang menghentam Daim. Kali ini nama Mahathir diletakkan pada perenggan terakhir pula dan tidak dihentam sebagaimana teruknya Daim terkena....

Ada beberapa fakta yang agak samar dalam surat layang ini - terutamanya isu Bakun. Kroni Mahathir - bukan kroni Daim yang mungkin bermaharaja di sini.
- Editor
]



EPISOD 2

1. MUHIBBAH ENGINEERING (M) SDN BHD

Surat khabar The Edge pada April 23 dalam muka surat 6 menulis mengenai muhibbah yang asyik memperolehi projek-projek yang lumayan. Surat khabar tersebut juga menulis mengenai "strong connections' dan kerjasama antara Muhibbah dan HCM Engineering Sdn Bhd. HCM Engineering juga merupakan sebuah syarikat yang menpunyai hubungan yang kuat berkaitan politik. Pada awal tahun ini, Muhibbah telah berjaya mendapat kontrak berjumlah RM 422 juta untuk membina sebuah kem tentera bagi pihak kementerian pertahanan. Baru-baru ini juga muhibbah mendapat satu kontrak lagi bernilai RM 366 JUTA untuk membina dan mereka sebuah pusat tentera laut di Kota Kinabalu, Sabah. Tahun lepas juga muhibbah melalui syarikat JVnya (21% pegangan saham) iaitu Roadcare (M) Sdn Bhd telah memperolehi kontrak yang lumayan iaitu projek penyelenggaran jalan persekutuan.

Penganalisa-penganalisa meramalkan penyelenggaraan jalan persekutuan di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Selangor dianggar mendapat 20 - 30% keuntungan dalam kontrak selama 15 tahun. Apakah hubungan kuat syarikat muhibbah ini??? Nak tahu lebih lanjut, kita perlu melihat pemegang-pemengang saham muhibbah - Mac Ngan Boon. Oh ya, isteri no. 2 Daim, Datin Naemah bt Abd Khalid adalah pemengang saham utama dalam muhibbah melalui beberapa nominee.


2. KUALA LUMPUR CITY CORPORATION BHD - YANG MEMILIKI SITY SECURITIES SDN BHD - BROKER UNIVERSAL

KL City Corp adalah milik Naemah bt Abd Khalid melalui beberapa nominee iaitu Kemudi Ria Sdn Bhd, Lily de Rozario, Lutfiah BT Ismail, adik perempuannya Khadijah bt Abd Khalid, Syed Rozaidi Wafa bin Syed Hussain Wafa, Mohd Nasir AliZabidah bt Ismail, Sheliza Luis bt Abdullah dll. Adakah Daim mengisytiharkepentingan didalam keputusan rasmi yang berkaitan dengan KL City Corp memandangkan isterinya adalah pemegang saham utama majoriti??


3. SYARIKAT PERMODALAN KEBANGSAAN BERHAD (SPK)

SPK adalah sebuah syarikat yang juga pemegang saham majoritinya ialah Naemah bt Abd Khalid. Semua ahli perniagaan dalam Malaysia tahu. SPK melalui beberapa anak syarikatnya telah diberi kontrak dari kementerian kewangan dalam lingkungan jumlah berbillion ringgit. Adakah DAIM mengistihar kepentinagannya dalam membuat keputusan rasmi??


4. PERUNTUKAN RM4.0 BILLION UNTUK MEMBINA SEKOLAH DI MALAYSIA

UMI ROS PROJECT MANAGEMENT SDN BHD - pemegang saham majoriti yang rasmi adalah Datin Dr Umi Kalsom Bt Mohd Noh, bekas pegawai kementerian kewangan telah mendapat kontrak bernilai RM 2 BILLION baru-baru ini. Adakah Datin Dr Umi Kalsom seorang kontraktor??? Tiga syarikat lagi yang diberi kontrak sebanyak 2 BILLION :

1. KINTA SAMUDRA SDN BHD

2. WORLDWORTH SDN BHD

3. AMBANGAN HEIGHTS SDN BHD

Empat syarikat tersebut adalah kepunyaan Daim dan keluarganya melalui nominee.


5. RM 8.0 BILLION UNTUK PROJEK EMPANGAN BAKUN

kita tunggu dan lihat....pasti kepentingan daim akan muncul dalam projek ini.


6. NAEMAH BT ABD KHALID & JOSEPHINE PREMLA SIVARETNAM

Digabungkan, dua perempuan ini adalah yang berpengaruh dalam dunia bisnes di malaysia. Josephine sebagai" Top Honcho" bagi pihak Naemah dalam beberapa kepentingan yang diperolehi melalui pengaruh Daim, orang yang paling berkuasa dalam dunia bisnes di malaysia. Ambillah perhatian terhadap Josephine sebagai pengarah dimana NAEMAH menpunyai kepentingan. Kita boleh rujuk dalam internet. Sekiranya Josephine bukan seorang pengarah dalam syarikat-syarikat tertentu, perempuan ini akan mengarahkan CEO syarikat berkenaan untuk menjaga kepentingan DAIM dan Naemah.

Semua orang tahu CEO Alliance Banking Group (dulunya Multi Purpose Bank) ambil arahan dari Josephine. Pendekkata dia adalah CEO defacto yang tidak rasmi Alliance Banking Group. Akbar Khan adalah CEO defacto yang tidak rasmi semasa dibawah nama Multi Purpose Banking Group.

Perempuan Josephine ini juga mengarah dan mentadbir pelbagai pelaburan luar negara bagi pihak daim terutama bank-bank kepunyaan Daim di Afrika, Eropah dll seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.

Syarikat syarikat dibawah pentadbiran Josephine ini telah berjaya memperolehi kontrak berbillion ringgit yang ditawarkan oleh kementerian kewangan. sekiranya kita membuat satu audit keseluruhan di bahagian kontrak kementerian kewangan, kita akan dapat menghurai dengan teliti kontrak-kontrak ini.


7- SENARAI NOMINEE DAIM

a) Robert Tan Hua Choon

memegang syarikat Spanco Sdn Bhd bagi pihak daim. Spanco menjalankan perniagaan pengswastaan, pemilikan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan, satu operasi yang sungguh menguntungkan sebab kementerian kewangan dikenakan caj berlebihan. Pemegang asal KL City Corp bagi pihak Daim sehingga nominee Naemah mengambilalih.

b) Dato' Amin Shah

memegang pengswastaan pelabuhan Lumut dan kontrak pembinaan kapal tentera laut bernilai RM 6 BILLION bagi pihak Daim.

c) Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah

memegang banyak kepentingan DAIM . Yang paling baru adalah kepentingan dalam SPLASH - penswastaan air Selangor.

d) Mohd Razali Mohd Rahman & Hussain Chik Abas

menguasai bagi pihak DAIM, Landmarks Bhd, Peremba Bhd dan Kumpulan Syarikat Saujana.

e)Mohd Amir Mohd Senawi & Mohd Anuar Mohd Senawi

kedua-duanya adalah anak saudara Daim dimana mereka memegang kepentingan yang luas bagi pihak Daim. Anuar yang menguasai Idris Hydraulic tengah berusaha untuk bergabung beberapa syarikat insuran bagi membentuk satu syarikat insuran gergasi.

f) Tan Sri Lim Yan Hai

memegang saham bagi pihak Daim dalam Bolton dan Malaysian Plantation Bhd dimana ianya juga menguasai Alliance Banking Group. Juga merupakan Pengerusi Malaysian Plantations dan Alliaance Banking Group.

g) Lim Chee Wah

Anak lelaki Tan Sri Lim Goh Tong, tauke GENTING BHD yang juga seorang kenalan bisnes yang rapat dan nominee Daim. Terlibat dalam perolehan beberapa kontrak dari kementerian kewangan melalui nominee lain. Juga ditawarkan projek multi-billion dalam landasan keretapi tanpa tawaran terbuka.

Terdapat ramai ahli-ahli perniagaan Malaysia dan taikun yang berurus niaga dengan Daim terpaksa membayar kepadanya berjuta-juta ringgit untuk mendapatkan lesen lesen dan konsesi. Mereka yang tersenarai adalah seperti...

ANANDA KRISHNAN - diberi lesen loteri dan konsesi lumba kuda...

VINCENT TAN - diberi penswastaan sports toto dan juga konsesi lainyang diluluskan oleh Daim...

FRANCIS YEOH -lesen IPP dan beberapa projek pembinaan yang besar...

TK Lim - bekas tuan punya MULTI PURPOSE GROUP mengeluarkan 30% saham bumiputra dalam magnum kepada nominee Daim dengan harga yang rendah bagi mendapat kelulusan Daim untuk mengurangkan cukai judi Magnum daripada 25% ke 10%. Daim dapat untung hampir RM500juta apabila saham-saham ini diniagakan. Maklumat ini sekarang senang sahaja disahkan...

Tan Sri Lim Goh Tong - mengeluarkan 30% SAHAM BUMIPUTRA DALAM RESORT WORLD BHD KEPADA NOMINEE DAIM APABILA LESEN KASINO GENTING DIPINDAHKAN KEPADA RESORT WORLD BHD.

Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah adalah nominee utama dalam urusniaga ini.

Terlalu ramai nominee Daim dan juga urus janji yang banyak..tak tercatit.

Dr Mahathir takkan nak sampai tahap sekarang biarkan parasit-parasit meresap menghisap lebih dalam. Orang kata Dr Mahathir bersama-sama Daim merampok harta negara. Kontrak-kontrak diberi atas persetujuan Dr Mahathir...betul ke Daim??? Berilah ubat yang boleh melemahkan parasit parasit ini dan kembalikan lah martabat bangsa malaysia yang makin lesu.