Laman Webantu   KM2A1: 4598 File Size: 14.3 Kb *



TAG SP 146: Minyak Yang Berapi [FEER]
By S. Jayasankaran

1/6/2001 2:39 am Fri

TAG 146

[Rakyat marhain yang mengusahakan kelapa sawit menjadi mangsa keegoan Mahathir dengan kawalan matawang dan kedunguan menteri menembus pasaran ekspot yang penting seperti India. Kuasa Ringgit sudah tawar kerana rupiah Indonesia lebih murah. Indonesia sudah lama berunding dengan India, begitu juga Amerika dengan kacang soya. Malaysia terpaksa memberi gula-gula jika tidak akan pastinya akan dihambat keluar. Alangkah malunya dan lembabnya menteri kita berusaha padahal mereka asyik berterbangan ke negara luar. Bersuka-suka sahaja agaknya? Lagipun apa yang dicapai dengan India itu cuma MOU sahaja... bukannya satu perjanjian yang dapat menjamin apa-apa!. Sekali lagi semua terkena auta.

Malang-malang. Peneroka FELDA sudah lama sakit tenat tapi apa yang dapat cuma MOU yang tidak boleh digantung harap. Sepatutnya kerajaan membayar pampasan kepada kaum peneroka kerana menyuruh mereka menanam tetapi gagal untuk memasarkan hasil mereka. Kerajaan harus bertanggungjawab - bukannya peneroka kerana mereka tidak dibolehkan mengusahakan benda lain sebagaimana yang terikat oleh janji sewel kerajaan juga.

Sila baca dan menungkan catatan penterjemah juga. - Editor]


Terjemahan: SPAR-03-013

FEER

http://www.feer.com/_0115_31/p052money.htm

Minyak Yang Berapi

(Fire-fighting)

Lawatan Perdana Menteri India Atal Bihari Vajpayee ke Kuala Lumpur telah mendedahkan kemelut minyak sawit yang menghantui Malaysia selama ini. Kebimbangan Malaysia terhadap tarif percukaian yang tinggi oleh Kerajaan India terhadap minyak sawit Malaysia mungkin merupakan sudah kena pada tempatnya. Ini mungkin lebih mendorong kepada kepincangan Malaysia sendiri dalam perbincangan di WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia) dan bukannya kerana ketidak-adilan pihak India. Namun, ia telah diselesaikan dengan satu cara yang bermakna - dengan menggunakan pertukaran kaedah counter-trade untuk menyelesaikan masalah yang serius itu.

Selepas minyak petrol, minyak masak merupakan pengimpotan yang kedua terbesarnya di India. Pada akhir Februari, ada usaha melindungi pengeluar minyak masak tempatan, dengan menaikkan tarif cukai minyak masak daripada Malaysia sehingga meninggi, meningkat hampir 92%. Tetapi, tarif minyak kacang soya, daripada Amerika Syarikat dan juga Brazil, sebagai contohnya berada di tahap yang sama sekitar 45%. India mengimpot hampir 25% minyak sawit Malaysia dan merupakan pasaran pengeksportan Malaysia yang terbesar. Kerana itu kenaikan tarif yang dikenakan terhadap minyak sawit Malaysia sudah tentu membuatkan Malaysia meraung dan meminta Vajpayee menentukan suasana dagang yang sama rata setara pengeksport minyak negara lain.

Rayuan Malaysia itu lebih bersifat plaintif daripada keberangan, yang mungkin memeningkan para pengamat media Malaysia. Sebabnya: Tindakan India itu adalah menepati peraturan WTO; satu hakikat yang tidak pun dinyatakan dan menerima laporan akhbar tempatan. Perbincangan perdagangan pada tahun yang lalu menunjukkan betapa Amerika berjaya merundingkan satu pengekangan tarif sebanyak 45% sahaja terhadap pengekspotan minyak kacang soya kepada negara yang membangun. Di waktu yang sama tarif tertinggi pada minyak sawit ditentukan pada 300%(tiga ratus persen) Ini bermakna pengeluar minyak masak terbesar dunia telah cuai menjalankan tugasnya sendiri.* "Para perunding kami nampaknya telah tertidur lena," jelas seorang eksekutif kanan industri Malaysia.

Perkara ini sudah pun disedari oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad. 'Nampaknya ada perbezaan besar antara soya dan minyak sawit dan ini adalah bahana kerana tidak menumpukan perhatian semasa perbincangan WTO itu sedang bersidang,' demikian laporan beliau ketika memberitahu para wartawan pada akhir Mach. 'Kalau mereka (pakar perunding Malaysia) tidak membuat kajian yang terperinci, bahananya mereka melanyak kita akhirnya.'

Masalah dua hala (bilateral) ini menyerlahkan kepentingan prasarana tradisi Malaysia pada waktu harga minyak sawit yang berada di tahap 730 ringgit per ton, (US 192) merupakan harga terendah sejak tujuh tahun. 'Bahaya yang menghantui kita sekarang ialah kita akan kehilangan saham penting dalam pasaran kita yang terbesar ini,' kata pegawai kanan itu. 'Selepas itu pegangan kita akan terus meluncur ke bawah lagi.'

Walaupun harga merudum, pengeksportan minyak sawit memberikan pendapatan melebihi 15 bilion ringgit kepada Malaysia pada tahun yang lalu. Ini merupakan satu penurunan berbanding 23 bilion ringgit pada tahun 1999. Ini adalah satu perkara yang menarik, namun yang membuatkannya isu hangat ialah kepentingan politik yang tercuit darinya. Lebih 180,000 petani kecil yang hampir keseluruhannya berbangsa Melayu bergantung nasib kepada minyak sawit untuk kehidupan seharian mereka. Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana beliau adalah presiden UMNO, sebuah parti politik utama yang dianggotai oleh orang Melayu.

Terdapat juga masalah yang lain. Indonesia, yang merupakan pengeluar minyak sawit nombor dua terbesarnya di dunia ini tertekan juga dengan tindakan India yang menaikkan tarif itu. Tetapi, matawangnya Rupiah adalah lebih rendah nilainya sehingga memungkinkan para pengeluar minyak sawit Indonesia 'menyembelih' harga Malaysia dan mendapatkan layanan yang lebih selesa dalam pasaran India.

Kuala Lumpur bertindak untuk mengekalkan pegangan pasarannya dengan menyediakan beberapa 'gula-gula'. Pada 15hb Mei, syarikat pembina landasan keretapi Ircon daripada India telah menandatangani ikatan-janji bernilai $1.8 bilion dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk membina landasan keretapi elektrik daripada Kuala Lumpur ke Padang Besar di sempadan Thai. Perincian kerja belum keluar lagi, India sudah pun bersetuju menerima pembayarannya dalam bentuk minyak sawit.

Ikatan-janji ini bukannya terpahat di batu bersurat. Ia hanya berupa satu Memorandum of Understanding (Surat Kefahaman). Namun, dalam sidang akhbarnya Vajpayee telah membuat kenyataan bahawa upacara tanda tangan surat kefahaman itu merupakan kemuncak lawatannya. Mungkin itulah sebabnya dia berjanji mahu 'menyemak' semula tarif yang dikenakan terhadap minyak sawit Malaysia, dengan mengaturkan kaveat agar cukai itu dikenakan 'mengikut pengekangan dalaman yang sedia ada.' Lim Kheng Yaik, Menteri Perusahaan Utama, telah semacam akur sahaja apabila berkata: 'Saya tidak menjangkakan satu semakan yang spontan, namun janjinya untuk melaksanakan semakan itu adalah memadai dulu untuk kami.'

Memandangkan harga kos pengeluaran di negara sendiri semakin meningkat tinggi, para pengeluar Malaysia berkemungkinan besar terpaksa berpindah ke India untuk menikmati kemudahan yang diiktiraf oleh Dana Kewangan Antarabangsa-IMF 'ekonomi yang nombor empat terbesar di dunia dari sudut kuasa pembeliannya.' Veena Sikri, pesuruhjaya tinggi India di Malaysia, memang bersetuju dengan saranan itu. 'Ini akan merupakan penyelesaian yang disenangi oleh semua pihak,' kata beliau. 'Kami ada lebih 300 juta manusia yang berkeupayaan membeli di peringkat sejagat. Satu pertiga lagi adalah daripada kelas menengah rendah. Ini semua adalah satu pasaran yang besar yang mampu diterokai.'


-S. Jayasankaran-
Kuala Lumpur

Catatan Penterjemah:

* Kegagalan pakar perunding Malaysia terutama sekali pakar ekonomi terunggulnya yang kini menjadi menteri perdagangan antarabangsa, menyedari perkara teknikal dalam perundingan global, menunjukkan betapa juta petani Melayu luar bandar yang kesempitan hidupnya. Sepatutnya kerajaan Mahathir bertanggungjawab mengeluarkan pampasan khas kerana tidak mampu menyaingi penjualan minyak soya yang mampu menerima tarif yang lebih rendah (enam kali lebih rendah) kerana mereka bijak berunding. Alangkah aneh, sedangkan mereka tidakpun mempunyai pakar celupar dan wira dunia ketiga dalam perundingan itu.

Semua ini diperam dan dirahsiakan daripada rakyat. Kalau tidak ada laporan sahih seperti artikel di atas, kita akan terus dibutakan kepada maklumat yang sudah sah ini. Sepatutnya Rafidah dan Lim Kheng Yaik berundur dengan hormat kerana fiasko ini. Masyarakat luar bandar merempat hidupnya kerana kegagalan dua menteri ini memantau apa yang dilaksanakan oleh pesaing kita di arena global. Apakah yang Rafidah buat selama ini di luar negara?

**Adakah Mahathir mengaku kesilapan besar ini ketika bertemu dengan Pemuda UMNO yang sebahagian besar merupakan peserta rancangan tanah yang mengeluarkan minyak-sawit? Adakah perkara ini disedari oleh Biro Ekonomi Pemuda UMNO untuk mendesak kerajaan membayar pampasan kepada para peneroka yang teraniaya?

Terjemahan: SPAR-03-013





The Far Eastern Economic Review
Issue cover-dated 31st May 2001

Fire-Fighting

Malaysia's palm-oil exports to India have been jeopardized by poor bargaining tactics at the WTO

By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR

INDIAN PREMIER Atal Bihari Vajpayee's recent three-day state visit to Malaysia refocused attention on Kuala Lumpur's palm-oil woes. Malaysian disquiet over high Indian tariffs on palm oil may have been deserved. It could have more to do with Malaysian ineptitude during World Trade Organization negotiations than with any Indian unfairness. But it's led to a novel solution--that of using counter-trade--to a potentially serious problem.

After petroleum, vegetable oils comprise the second-largest import bill for India. In a late-February move to protect domestic farmers, Delhi hiked tariffs on Malaysian palm oil to a cumulative, and whopping, 92% while tariffs on soya oil--from the U.S. and Brazil, for instance--remained at 45%. India imports almost 25% of Malaysia's palm-oil exports and is its single biggest market. Not unreasonably, the rise sparked appeals from Malaysian leaders to Vajpayee to "level the playing field."

The appeals were more plaintive than outraged, which may have puzzled avid readers of Malaysia's media. The reason: India's move is consistent with WTO rules, a fact little reported by the local press. Trade negotiations last year saw the Americans secure a tariff cap of 45% on soya-bean oil exports to developing countries. Meanwhile, the tariff cap on palm oil is set at 300%, implying that Malaysia, the globe's biggest palm-oil producer, wasn't paying attention. "Our negotiators seemed to have been sleeping on the job," snorts a senior Malaysian industry executive.

Prime Minister Mahathir Mohamad has already conceded as much. "There is a disparity [between soya and palm oil] and this is the result of not being alert during WTO negotiations," he told reporters in late March. "If they [Malaysian negotiators] don't study things carefully, they may commit themselves to something that will affect us later."

The bilateral issue has underlined the significance of Malaysia's traditional markets at a time when palm-oil prices, at 730 ringgit per tonne ($192), are at a seven-year low. "The danger, going forward, is that we will begin losing share in our biggest market," says the senior industry executive. "After that, it could be downhill all the way."

Despite low prices, palm-oil exports earned almost 15 billion ringgit for Malaysia last year, down from 23 billion ringgit in 1999. That's significant enough, but what makes it pressing is its political importance: Over 180,000 smallholders, almost exclusively Malay, depend on it for a living. Mahathir is premier because he is president of the United Malays National Organization, the country's dominant political party, whose core constituency comprises ethnic Malays.

There are other problems. Indonesia, the world's second-largest palm-oil producer, is also affected by the same tariffs in India. But its cheaper rupiah allows Indonesian producers to substantially undercut Malaysia, giving them an edge in markets like India.

Kuala Lumpur's response is to maintain market share via some sweeteners. On May 15, Indian rail-constructor Ircon signed a $1.8 billion agreement with Malaysia's Transport Ministry for a giant rail-electrification project stretching from Kuala Lumpur to Padang Besar on the Thai border. Although details have yet to be ironed out, India has essentially agreed to accept payment in palm oil.

The deal isn't carved in stone as it was only a memorandum of understanding, but Vajpayee, in remarks to the Indian media, flagged that as one of the high points of his visit. It could be one reason why he promised to "review" the duties on Malaysian palm oil, with a caveat that it should be "within existing internal constraints." Lim Keng Yaik, Malaysia's minister of primary industries, seemed resigned in his response, saying, "I don't expect an immediate answer [but] his promise to review the situation is good enough for us."

Given steadily increasing production costs at home, Malaysian producers may ultimately have to move to India to tap what the International Monetary Fund already rates the "world's fourth-largest economy in terms of purchasing-power parity." Veena Sikri, India's high commissioner to Malaysia, is all for it: "That would be a win-win solution for everyone," she says. "We have over 300 million people with international purchasing power. Another third are lower middle class. That's as big a market as you can get."