Laman Webantu   KM2A1: 4601 File Size: 31.0 Kb *



TAG SP 147: Warkah Buat Ketua Polis Negara
By Hjh Marina Yusoff

1/6/2001 10:17 am Fri

Terjemahan: SPAR-03-012


Y Bhg. Tan Sri Norian Mai (melalui faks/e-mel)

Ketua Polis Negara,
Malaysia.

Yang Amat Setia Tan Sri,

Per: Akta Keselamatan Dalam Negeri: Tahanan ISA

Saya merasa kecewa dan sedih memikirkan betapa kita kini hidup dalam satu suasana yang bercelaru dan tidak tenteram disebabkan perbuatan kita jua dan merasa sungguh tertekan menyaksikan kemerosotan dan kereputan akhirnya nama baik dan martabat pasukan polis. Sebagai seorang wanita Islam yang pertama sekali dilantik menjadi majistret di negara ini pada 1965 dulu, saya telah menyaksikan secara tidak diundang pelbagai salah-laku, kekejaman dan jenayah yang dilakukan oleh polis ke atas para tahanan dan mereka yang disyakinya. Ramai di kalangan manusia yang tidak berdosa telah dizalimi, didera dan dihenyak serta diazabkan oleh pihak polis. Di sebalik segala bantahan dan kemarahan rakyat marhaen, tidak juga ada perubahannya. Malahan, keadaan menjadi semakin teruk lagi.

Keganasan dan pengazaban yang membunuh sehingga mencetuskan kematian akhirnya, yang dilaksanakan ke atas orang yang disyaki dan para tahanan merupakan satu amalan, yang bukan sahaja melanggar setiap sudut perundangan dan hak asasi manusia (ada tindakan itu boleh dikenakan hukuman mati) adalah turut bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Nampaknya tidak ada sedikitpun keredhaan amalan yang sungguh bersalahan dan besar dosanya ini, tidak kiralah siapa yang mengarahkan penderaan itu dan tentunya seseorang yang mengeluarkan arahan mengikut lunas undang-undang. Lagipun bukankah pihak polis yang sepatutnya memberikan contoh dan teladan dan mempertahankan undang-undang dalam pelbagai aspeknya, tidak kira bangsa, agama dan kaumnya?

Apabila dinilai dan diamati segala kenyataan yang anda keluarkan yang merujuk kepada Pemilu 2004 nanti sambil mengambil kira tahanan yang terkini itu, ia memberikan gambaran betapa anda cenderung berpihak-pihak. Apakah anda beranggapan, dengan penahanan mereka itu dan kalau rakyat tidak lagi menyokong kerajaan yang ada, penahanan yang dikenakan dan segala keazaban yang diderakan untuk memutarkan minda mereka, tahanan itu semua dapat dipulihkan untuk menyokong kerajaan? Anda sedar perkara ini tidak akan berlaku. Malahan yang sebaliknya akan terjadi. Mereka akan menjadi lebih tegas dan degil lagi, walaupun mereka tidak membenci Kerajaan, kejelekan mereka itu akan membantu menjadi satu kemarahan dan kebencian yang menggunung untuk sepanjang hayat mereka. Ini tidak akan memberi faedah kepada sesiapa malahan merupakan kerugian kepada negara.

Mengikut sistem kekerasan yang sedia ada, seseorang yang terlebih aksi dalam tindakan dan ucapannya yang mungkin berapi-api ataupun penulisannya, dia boleh secara automatis dikenakan tuduhan di Mahkamah di bawah Akta Hasutan ataupun apa juga hukum perundangan lain yang masih ada lagi. Semua hukum itu sudah lebih daripada mencukupi untuk mengawal ketenteraman negara ini. Akta Polis memberikan satu kuasa yang luas dan menyeluruh kepada pihak Polis, yang sudahpun kerap disalah-kuasakan. Dengan segala ketentuan yang ada ini adalah tidak perlu merujuk kepada ISA sama sekali. Ia adalah satu hukuman perundangan yang zalim yang merupakan peninggalan penjajah yang sungguh kejam yang sengaja dibekalkan kepada kita oleh British seperti juga cara mereka membekalkan kita Cawangan Khas Polis yang telah gagal, segagal-gagalnya.

Tidak ada sesiapapun, terutama sekali tahanan-tahanan ISA berhak dilayan seperti binatang, diaibkan, dizalimi dengan segala keazabannya seolah-olah mereka adalah penjenayah yang paling berbahaya. Kita semua sedar mereka bukan seperti itu. Adalah satu pembaziran kepada negara ini apabila orang-orang seperti ini cuba dipatah dan dimusnahkan semangat mereka dan diputarkan untuk menjadi 'sayuran' sedangkan mereka itu semua sepatutnya hidup segar untuk mempersiapkan diri menjadi pemimpin unggul kemudian hari, berupaya mempertahankan martabat bangsa dan maruah negara pada hari muka. Tindak-tanduk polis sekarang ini memperingatkan saya kepada pelbagai cerita dan kisah kezaliman perang yang dilakukan oleh Gestapo dan Nazi. Saya tidak rela mempercayai bahawa perkara kejijikan seperti ini dilakukan di dalam negara terhadap anak-anak kita itu ketika menikmati zaman keamanan ini. Semua yang ditahan di bawah ISA bukannya komunis ataupun anasir subversif ataupun merupakan apa juga bentuk ancaman kepada keselamatan negara yang memberikan dalil untuk penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perdebatan Parlimen Volume 11 no 11, 21 Jun, 1960 ada merakamkan:

Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri, mengikut Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, adalah merupakan satu Akta untuk menjamin keselamatan dalaman Persekutuan, penahanan pencegahan, penghalang subversif, penyekat rusuhan beragenda terhadap orang-orang dan harta benda di kawasan tertentu dalam Persekutuan dan untuk hal-hal yang berkaitan dengannya?. Beliau membentangkan Rang Undang-undang itu di akhir zaman darurat (yang dijadualkan pada 31 Julai) dan menyatakan dua tujuan utamanya: Pertama, untuk menyekat anasir subversif di seluruh negara dan kedua, untuk memudahkan kerja-kerja memerangi keganasan. 'Kawasan keselamatan memang jelas ditakrifkan di kawasan sempadan Thailand, yakni Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan Barat. Ia tidak bertujuan untuk mengisytiharkan kawasan itu menyeluruhi Persekutuan.'

Dia terus memberi penekanan 'Biarlah saya jelaskan lagi bahawa tujuan penahanan adalah untuk menjaga keselamatan negara dan bukan untuk menghukum orang kerana jenayah. Seseorang itu ditahan kerana apa yang dianggap dia berkemungkinan melakukan sesuatu yang tidak disangsikan lagi. Dia ditahan kerana dia merupakan satu risiko kepada keselamatan negara dan bukannya kerana dia adalah seorang ahli dan anggota sebuah parti politik yang sah. Kerajaan tidak mempunyai sebarang niat pun menyekat sebarang kewujudan pembangkang yang demokratik dalam apa cara jua. Ini adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan adalah menjadi hasrat Kerajaan memeliharanya seperti itu. Yang kita nafikan ialah musuh-musuh demokrasi'

Dengan menahan orang yang tidak berdosa itu di bawah ISA, and sebenarnya melanggar perjanjian dan jaminan yang telah diikrarkan oleh Kerajaan. Inilah kerajaan yang sama memegang kuasa hingga ke hari ini dan kita semua memang terikat dengan jaminan itu. Pihak polis tidak mempunyai sebarang hak memungkiri jaminan itu.

Sebagai seorang veteran, bekas ahli politik yang pernah berkhidmat kepada UMNO lebih 30 tahun lamanya, biarlah saya mengingatkan anda betapa tindakan yang anda pilih itu akan membawa kesan sehingga kemunculan Pemilu yang akan datang, kerajaan yang ada terutama sekali UMNO akan tidak lagi mampu dipilih untuk menyambung kuasa. Anda boleh menahan sepuluh ataupun satu ratus orang tetapi ahli keluarga mereka, penyokong mereka, malahan setiap rakyat Malaysia yang mempunyai semangat bertanggungjawab dan penuh kesedaran dan mereka yang bertaqwa dan beribadah termasuklah golongan majoriti yang diam membisu tetapi turut menyokong dan bersimpati dengan para tahanan itu akan menentang tindakan anda. Semua penentangan ini akan diterjemahkan kepada kertas undi menyanggah kerajaan yang jumlahnya akan menggunung sehingga ratusan ribu banyaknya kalaupun tidak menjangkau juta-jutaan. Golongan majoriti yang diam membisu itu memang jelek dengan tindakan anda, namun mereka diam daripada berkata apa-apa ataupun melakukan sebarang tindakan kerana sedar akan amalan yang ada, yang berkemungkinan mereka akan didera dan dijadikan mangsa. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pihak polis bersekongkolan dengan individu tertentu di Jabatan Peguam Negara dan bersubahat pula dengan peguam bajingan tertentu dan beberapa manusia berperangai laksana 'kambing hitam' dalam jentera penghakiman untuk 'mendera dan mengena' orang-orang dengan ancaman, peras-ugut, menyediakan barang bukti yang palsu, dan memaksa mereka memperakui surat pengakuan palsu dan affidavit dan selepas itu menghukum pula mereka itu secara zalimnya, di mahkamah. Ramai rakyat yang pintar, bijaksana dan terhormat yang telah banyak menabur bakti kepada negara ini telah berhijrah keluar negara sehingga mencetuskan satu kerugian besar dan kehilangan kepintaran kepada negara.

Penahanan yang dilakukan baru-baru ini terhadap pemimpin Keadilan, para penulis dan para aktivis adalah satu penyalahgunaan kuasa yang sengaja disahajakan. Saya amat kenal baik mereka itu, terutama sekali Tien Chua Naib-Presiden Keadilan. Dia cergas dalam aktiviti NGO dan pada mulanya amat segan dan enggan menjadi anggota parti politik. Apabila melihatkan bakat yang sedia ada padanya saya telah mengalakkannya menceburi dunia politik. Di wajahnya saya dapat melihat seorang anak muda yang cekal, berhemah, pintar dan bermaruah yang boleh menjadi satu aset kepada negara dan kepada generasi akan datang. Saya merasa bertanggungjawab kerana mendorongnya menceburi dunia politik. Saya juga merasa senang memperakukan rakannya yang lain seperti Saari Sungib, Raja Petra Kamaruddin, Hishamuddin Rais, N.Gobalakrishnan, Mohamed Ezam Nor, Ghani Haron, Lokman Adam, Dr. Badrul Amin, dan Badaruddin Amin (seorang insan yang kalau ada pun dosanya ialah kerana bersikap membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya). Semua mereka ini adalah manusia yang pintar, bertanggungjawab, yang mempunyai minat yang sama untuk memperjuangkan kepentingan rakyat marhaen dan yang sepatutnya dihormati kerana berjiwa besar. Semua mereka itu mempunyai maruah, menggemari keamanan dan sudah tentu tidak tergolong dalam kumpulan 'mereka yang ganas untuk mencetuskan peperangan' seperti yang pernah anda dan media kerajaan sama-sama memfitnah dan cuba menggambarkan perwatakan mereka. Mungkin ada segelintir mereka yang merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim tetapi itu tidak boleh dijadikan dalil yang sah untuk menahan mereka di bawah ISA. Bukankah negara kita ini merupakan sebuah negara berdemokrasi di mana hak rakyatnya dijamin oleh Perlembagaan?

Apabila diamati peristiwa yang terbaru ini nampak sangat betapa Polis merupakan pencetus keganasan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan terhadap rakyat yang mempertahankan hak asasi mereka. Kalau inilah awalan yang anda lakarkan, apakah ini bererti semua penyokong para pemimpin yang akan tumbang juga akan ditahan di bawah ISA? Jika demikian ia akan menjadi satu tren yang amat berbahaya sekali. Dengan demikian orang-orang UMNO perlu berhati-hati siapa yang mereka sokong sekarang ini. Kalau secara kebetulan mereka tersilap menyokong orang tertentu, mereka bolehlah menjangka ditangkap dengan ISA itu. Kalau beginilah halnya, mereka perlu sentiasa bersiap-siaga meninggalkan tongkang apabila melihat pemimpin yang disokong itu akan semakin kecundang.

Walaupun anda telah memberikan jaminan bahawa tahanan ISA tidak akan dizalimi, saya tidak dapat menerima mereka tidak akan didera semasa dikurung bersendirian. Deraan mental dan kecederaan psikologi yang diderakan bertubi-tubi kepada minda mereka adalah lebih mengazabkan daripada keazaban fizikal. Parut yang mendalam akan berkesan sehinggakan terpalit juga ke atas ahli keluarga mereka. Bahana deraan itu tidak dapat dipulihkan.

Saya kenal dan tahu akan beberapa kes di mana orang tahanan yang tidak dapat pulih semula seperti sedia-kala setelah didera ketika ditahan dan kini hidup sebagai orang cacat dan merana bertahun lamanya sebelum menemui ajal mereka.

Ketika orang-orang ini ditangkap, adalah mengejutkan sekali apabila rakyat diberitahu bahawa Menteri Dalam Negeri pun tidak tahu terlebih dulu. Ini bererti semua kerja ini telah dicetuskan oleh polis dan kemudiannya dimaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri. Jika demikian, nampaknya Polis telah bertindak menyalahi hukum penangkapan orang-orang ini dan sayugialah mesti bertanggungjawab terhadap penyiksaan dan penderaan yang mereka tanggung dan yang tertanggung ke atas keluarga terutama sekali anak-anak mereka. Pihak Polis tidak boleh mengengsotkan tuduhan itu kepada orang lain, seperti yang baru berlaku dalam satu kes pembunuhan di Seremban, di mana pihak polis telah menyalahkan Peguam Negara ketika mereka membenarkan jaminan polis kepada orang yang disyaki membunuh sedangkan kes itu tidak tertakluk kepada jaminan polis. Menuding kesalahan dan tanggungjawab kepada orang lain tidak akan membebaskan anda daripada tanggungan tuduhan yang ada. Tidak ada sesiapa yang lebih berkuasa daripada undang-undang dan setiap manusia adalah serupa; mudah terlupa dan mempunyai kelemahannya seperti yang terjadi kepada orang yang mendahului anda, Rahim Noor, yang kini baru sedar tetapi sudah pun terkunci di penjara.

Firaun menjawab: "Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih" - Assyuuara ayat 42

Pasukan polis sudah tidak lagi berupaya berdiri tegak dengan bangganya dan melangkah tapak dengan megah sebagai penjaga keamanan negara ini. Rakyat kini berkata, setiap kali bencana melanda polis adalah orang terakhir yang patut anda dapatkan. Ketika pihak perguaman dan kehakiman sedang berusaha melancarkan kudrat mengembalikan martabat Warga Perundangan dan Pengadilan, Polis tidak pun ambil peduli mengusahakan sesuatu yang dapat dianggap cubaan membaiki imej dan maruahnya yang terhina. Tidakpun ada sebarang usaha untuk cuba meraih sokongan rakyat jelata yang sepatutnya mereka lindungi. Malahan kerja-kerja bajingan menyalah-gunakan kuasa nampak sangat berleluasa. Kalau seorang pegawai kanan Polis boleh berkeliaran merompak rakyat marhaen apakah masyarakat boleh merasakan keselesaan dan selamat terutama sekali kalau-kalau ada polis mendekatinya? Kita adalah sebuah negara Islam dan sepatutnya menunjukkan contoh yang baik-baik dalam menguruskan kerja dan mentadbir bangsa. Sepatutnya kita didorong oleh 'Cara Hidup' yang direstui Allah seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Marilah sama amalkan ajaran Al-Quran itu. Ingatlah apa juga yang kita laksanakan di dunia ini adalah satu latihan untuk alam baqa. Laksanakan yang terbaik untuk menghasilkan yang terbaik juga. Manusia boleh merancang, Allah Yang Menentukannya. Inilah fitrah yang mana kita bertanggungjawab kepada Allah juga akhirnya.

Dengan nama keinsanan dan atas ajaran Allah, pihak Polis harus memikirkan segala perbuatannya dan balik ke pangkal jalan. Adalah sesuatu yang membahayakan kalau rakyat marhaen dihenyak lagi dengan tindakan bajingan laksana Operasi Lalang ataupun tindakan yang serupa ganasnya. Tindakan seperti itu adalah penderaan yang akan terus menghenyak ingatan manusia yang tersiksa. Segala kekejaman yang dilakukan oleh Polis sudah pun mengaibkan martabat negara ini di mata dunia. Ia tidak akan membantu Kerajaan dalam usahanya mengamalkan ketenteraman untuk memulihkan ekonomi. Pelabur asing akan terus memencilkan negara sehinggalah ada kestabilannya dan apabila mereka yakin betapa pelaburan mereka terjamin keselamatannya. Pentadbiran negara yang baik mesti diperolehi semula dan maruah negara mesti dikembalikan juga. Mereka semua perlukan jaminan bahawa pentadbir dan penyimpan amanah keamanan dan keselamatan adalah manusia yang berjiwa jujur dan boleh dipercayai sepanjang masa.

Sebagai Ketua Polis Negara, rakyat negara ini mengharapkan anda bertindak dengan adil dan saksama dalam mentadbir dan menegakkan hukum undang-undang tanpa sebarang keraguan dan ketakutan. Anda sebenarnya bertanggungjawab kepada rakyat negara ini dan kepada Allah sepenuhnya.

Semoga Allah merestui perjuangan kita ke jalan yang benar. Al-Fatihah.

"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" - Surah Al-Maidah ayat 8

Dengan nama Allah yang maha Pengasih diharapkan anda akan melaksanakan yang terbaik dengan membebaskan semua tahanan itu dan biarlah Allah sahaja yang memberikan ganjarannya kerana tindakan anda itu.


Wassalam,

Hamba Allah Yang Setia,
Hajjah Marina Yusoff


s.k.
YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri SUHAKAM
Majlis Peguam




Surat Asal dalam Bahasa Inggeris:

SELINA FOUNDATION

a charitable foundation for the promotion of the Understanding of the Message in the Quran

11th Floor, MARINARA, 238 Jalan Tun Razak, 50400,Kuala Lumpur

Tel: Office 03-26937232; Fax: 03-26935141, H/P: 012-2894112

e-mail: marinayusoff@hotmail.com


27th May 2001


Y. Bhg Tan Sri Norian Mai, By fax/e-mail The Inspector General of Police
Malaysia


Dear Tan Sri Norian Mai,

RE: INTERNAL SECURITY ACT (ISA) DETAINEES

It is with great sadness and regret that we live in a generation in the midst of such confusion and turmoil of our own doing and very painful for me be a witness to the deterioration and eventual decay of the good name and integrity of the police force. Being the first Muslim woman in this country to have served the country as a Magistrate in 1965, I have been an unwilling witness to many wrongdoing, atrocities and crimes committed by the police on detainees and suspects. Many innocent people have been tortured, beaten up and brutalised by the police. Despite public outcry and outrage, there has been no change. In fact, the situation has become worse. The brutal and murderous beatings, some until death, of suspects and detainees are a practice, which not only breaches every aspect of the law and human rights (some are punishable by death) but also goes against the basic tenets of Islam especially the Sunnah as depicted in the Quran.

There seems to be no let up on this wrongful and sinful practice. Irrespective of who gave the instructions, surely one should carry out orders only within limits of the law? If at all, it is the police who should lead by example and uphold the law in every aspect, irrespective of race, religion and creed.

Judging by the statements you have made and your reference to the coming 2004 General Elections on the recent spate of detentions, the impression is that you are taking sides. Your statement that you will support and act on behalf of the Government is alarming to the ordinary people. Do you think that by these detentions, if these people do not support the Government, then after detention and "mental torture" they are going to "turn around" and support the Government? You know this will not happen. In fact the reverse will happen. If at all, it will make them "harder" and, even if they don't hate the Government, then that "hate" will crystallise into real deep hatred for the rest of their lives. There is no benefit to any one and a great loss to the Nation.

Under the present already rigid system, if any one has over-stepped the bounds of the law with their fiery speeches or writings, he is automatically charged in Court under the Sedition Act or similar existing laws. All these laws are more than sufficient to control law and order in this country. The Police Act also gives very wide and excessive powers to the Police, which have already led to widespread abuse. With all these safeguards, there is no need to resort to the ISA at all. It is a draconian law, an ugly relic left to us by the British just like the Special Branch, which has failed miserably.

No one, especially ISA detainees deserve to be treated like animals, humiliated, ill treated and dealt with like they are hard-core criminals. We all know that they are not. It is a great waste to the nation to "break and destroy" these young spirited people and turn them into "vegetables" when in actual fact they should be future leaders who will defend our country in the future. What the police are now doing reminds me of the stories of the atrocities of war committed by the Gestapo and the Nazis. I do not want to believe this is happening in our country in peacetime and against our own children. Most of the people who are detained under the ISA are not communists or subversive elements or pose any kind of threat to the security of the nation which would justify their detention under the Internal Security Act.

PARLIAMENTARY Debates Volumes 11 no. 11, 21st June 1960. The Internal Security Bill, according to the then Deputy Prime Minister, Tun Abdul Razak was: an Act to provide for the internal security of the Federation, preventive detention, the prevention of subversion, the suppression of organised violence against persons and property in specified areas of the Federation and for matters incidental thereto". He was presenting the Bill towards the end of the Emergency (scheduled for 31st July) and stated It has two main aims: firstly to counter subversion throughout the country and, secondly, to enable the necessary measures to be taken on the border area to counter terrorism. "The security areas were clearly specified to be those bordering Thailand, ie. Perlis, Kedah, northern Perak and western Kelantan. It is not intended to proclaim a security area in any other part of the Federation."

He further emphasises "Let me make it quite clear once again that the object of detention is to safeguard the security of the country and not to punish persons for crime. A person is detained for what it is considered he may reasonably be expected to try to do not for what he is proved beyond doubt to have done. He is detained because he represents a risk to the security of the country and not because he is a member of a lawful political party. The Government has no desire whatsoever to hinder healthy democratic opposition in any way. This is a democratic country and the Government intends to maintain it as such. It is the enemies of democracy who will be detained."

By detaining these innocent people under the ISA you are going against this guarantee which was given by the Government. It is still the same Government in power to day and we are all bound by that guarantee. The police have no right to break that guarantee.


As an veteran ex-politician who once served UMNO for more than 30 years, let me tell you that by your actions you are ensuring that by the next General Elections, the present Government, especially UMNO, will no longer be voted back into power. You may detain ten or one hundred people but their families, supporters, responsible and caring Malaysians with conscience, those who hold strong to their faith and religion, and the silent majority who sympathise with these detainees will not support your actions and this will be translated into votes against the Government which can go into several hundred thousands, if not millions. The silent majority do not approve of what you do, but they refrain from saying or doing anything as, judging by present practice, they will be "fixed" just like so many others who have been "fixed" and victimised. It is common knowledge that especially in the last three years, the police works in collusion with certain persons in the Attorney General's Chambers and certain crooked lawyers and some "black sheep" in the Judiciary to "fix" people by threats, extortion, fabricated evidence and forcing them to sign false Confessions and Affidavits and afterwards unjustly convicting them in the Courts. Some very valuable and honourable people who have served the country well have already migrated overseas, a great loss and brain drain to the nation.

The recent detention of Keadilan leaders, writers and activists is a blatant abuse of power. I know all of them well, particularly Tien Chua, Vice-President of Justice (Keadilan) Party. He was active in NGOs and was very reluctant to join politics at the beginning. Seeing the great potential in this young man, I persuaded him to join politics. I saw in him a very committed, honourable and intelligent young man who is an asset to the country and the future generation. I feel very responsible for having dragged him into politics. I can also confidently vouch for the others : Saari Sungib, Raja Petra Kamaruddin, Hishamuddin Rais, N. Gobalakrishnan, Mohamad Ezam Nor, Ghani Haron, Lokman Noor Adam, Dr Badrul Amin and Badaruddin Ismail (a most caring and kind person whose only crime is to try and help unfortunate people who need his help). They are all equally intellectual and responsible people who have only the interests of the people at heart and should be applauded for what they stand for. They are respectable and peace-loving and definitely not the "violent aggressors out to create war" as you and the media have tried to portray them. A few of them may be strong supporters of Anwar Ibrahim but that is not a legitimate reason to detain any of them under the ISA. Isn't our country supposed to be a democratic country with rights guaranteed under the Constitution? By recent events it looks like it's the Police who are the aggressors against the Federal Constitution and the citizens exercising their legitimate rights. If this is the precedent you have set, then are all supporters of future fallen leaders going to be detained under the ISA? If so that would be a very dangerous trend indeed. As such even people in UMNO better be careful whom they support. If they happen to support the wrong man then they can expect to be arrested under the ISA. In such a case they had better prepare to abandon ship as soon as there are signs that the leader they support is about to fall.

Even though you have given assurance that the ISA detainees will not be "physically" harmed, I doubt that they will not be "harmed" as the solitary confinement, mental torture and psychological damage done to their minds will be worse than physical abuse. It will leave a permanent scar on their lives and on the lives of their families forever. The damage is irreparable. I know of several cases where people have never recovered from their detention and lived as invalids and suffered in agony for years before they died.

When these ten men were first arrested, it was alarming to know that the Home Minister was not informed. So one can only take the view that this whole thing was initiated by the police and later had to be regularised by the Home Minister. As such, it would appear that the Police are responsible for the wrongful arrests of these men and must take responsibility for the grief and suffering caused to their families, particularly to their children. The police cannot shift the blame to anyone else, as in the recent Seremban murder case, when the police blamed the Attorney General when they released a murder suspect on police bail even though it was a non bailable offence. Putting the blame and responsibility on someone else does not absolve you of the blame. No one is above the law and like all human beings are full of defects and weaknesses, just as your predecessor, Tan Sri Rahim Noor found out too late, now that he is in jail.

Ash-Shura - Counsel 42:42

"The way (of blame) is only against those who oppress mankind, and wrongfully rebel in the earth. For such there is a painful doom."

The police force can no longer hold their head up high or be proud of being the "keepers of peace and order" in the country. People now say, when there is trouble, the last people you should call should be the police. Whilst the Bar and the Judiciary are now garnering their efforts to redeem the image of the Legal Fraternity and the Judiciary, the Police do not seem bothered to make any effort to improve themselves and repair their damaged reputation or redeem their credibility or trust of the people they are supposed to protect. In fact, the abuse of power is blatant. If a Senior Police Officer can go around robbing the public how safe can the public be especially in the presence of police? We are a Muslim country, and should be exemplary in conducting our affairs as forthright administrators. We should be guided by the Sunnah (way of life) that God has clearly laid out in the Holy Quran. Let us practice what the Quran teaches us to do. Remember whatever we do in this World is just a test for the Hereafter. Do good and good will result. Man proposes but God disposes. We are all answerable to God sooner or later.

In the name of Humanity and for the sake of Allah, the Police should start to rethink about what they are doing and go back to the right path. It would be a great disaster to subject the people of Malaysia to another Operation Lalang or such similar oppressive actions, the memories of which are still haunting many people. All the atrocities committed by the police have already put the Nation in very bad light in the eyes of the world. It certainly is not helping the Government it's efforts to restore law and order and revive the economy. Foreign investors will stay away until the country is stable and they can be sure that their investments will be safe. Good Governance must prevail and integrity must be restored. They need to be assured that the administrators and keepers of Law and Order are forthright people and can be relied upon at all times.

As the Inspector General of Police, the people rely on you to act fairly and justly to administer and uphold the law without fear or favour. You are answerable to the people in the country and to God ultimately.

May God guide us all toward the Right Path. Al-Fatihah.

Surah Al-Maidah 5:8

"O ye who believe! Be steadfast witnesses for Allah in equity, and let not hatred of any people seduce you that ye deal not justly. Deal justly, that is nearer to your duty. Observe your duty to Allah. Lo! Allah is Informed of what ye do."

In the name of Allah, the Merciful, please do the right thing by releasing the detainees for which only God will be able to reward you.



Wassalam.


I am God's obedient servant,


Hajjah Marina Yusoff


c.c. YAB The Home Minister of Malaysia SUHAKAM
BAR COUNCIL