Laman Webantu   KM2A1: 4602 File Size: 8.9 Kb *



Perselisihan Mahathir dan Daim Membawa Celaka Kepada Mahathir
By Via Seri Bainun

1/6/2001 11:08 am Fri

[Lagi satu pendapat menarik yang menunjukkan Umno sudah carik. Mahathir sebenarnya telah membina banyak bom jangka yang bukan sahaja akan memusnahkan Umno malah segala-galanya. Umno kelihatan telah berpecah kepada tiga tetapi editor berpendapat ia berpecah kepada empat sebenarnya. Yang keempat itulah faktor penentu dan sukar diduga kemana mereka akan melompat kerana mereka memakai topeng belaka yang akan bertukar mengikut rentak semasa. Wang belum tentu dapat menyunting mereka sekarang ini tetapi khabar dan maklumat yang meyakinkan yang lebih berkuasa - walaupun ia palsu semata-mata asalkan ia dapat memutar minda mereka. Inilah yang telah dilakukan oleh Mahathir selama ini sehingga dia amat berkuasa. Itulah sebabnya dia memilih kaki putar alam dalam barisan kabinetnya. Kerana itu adalah KUASA untuk menjajah Umno sampai mati adanya.... - Editor]


Perselisihan Mahathir dan Daim membawa celaka kepada Mahathir

Pengirim: Seri Bainun

Memuncaknya krisis dalaman UMNO telah tiba di peringkat paling bahaya. Kewujudan team semangat 46, team wawasan dalam naib presiden UMNO, team 15 NGO dalam Majlis Tertinggi UMNO, pertelingkahan sengit Rafidah dan Zaharah, dan yang terkini Dr. Mahathir dengan Daim telah menyebabkan kedudukan Mahathir sendiri paling goyah.

Apakah yang berlaku sebenarnya?

Menyorot kepada siri perpecahan di dalam UMNO kerana penyingkiran Anwar oleh Mahathir membawa perpecahan UMNO kepada 3 puak. Umum sudah sedia maklum bahawa terdapat 3 team di dalam UMNO iaitu team anwar, team semangat 46 atau team B dalam UMNO dibawah kendalian Abdullah, dan team Dr. mahathir atau team A. Walaupun keadaan di dalam UMNO kelihatan stabil tetapi hakikatnya ketiga-tiga team ini sedang cuba menguatkan kedudukan masing-masing di dalam UMNO.

Sekiranya berlaku kompromi di antara satu sama lain bermakna satu team akan menjadi mangsa. Contohnya sekiranya team B atau Semangat 46 bekerjasama dengan team Anwar. Puak inilah yang sedang mencari peluang menarik semula penyokong Parti Keadilan. Tujuannya ada lah untuk melemahkan team Dr. mahathir dan merancang untuk menyingkir penyokong beliau dalam perebutan kuasa untuk menguasai UMNO.

Sehingga kini analisis menunjukkan bahawa team A atau team Dr. Mahathir mengalami kemerosotan sokongan daripada ahli-ahli UMNO setelah ramai kroni-kroninya tewas di dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO termasuklah Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Shahidan Kassim. Kemenangan Rafidah Aziz sekadar menang jawatan Ketua wanita UMNO dengan 12 undi. Zaharah masih berpengaruh dan penyokong beliau ramai pelapis.

Sekiranya team B atau semangat 46 berkompromi sesama mereka bermakna team A atau team Dr. Mahathir tidak dapat dielakkan melainkan tersingkir dari perebutan kuasa. Perselisihan faham di antara Dr Mahathir dengan Daim memburukkan lagi keadaan. Tampak menyulitkan apabila Dr. Mahathir episod perselisihan faham dengan Daim berhubung isu penggabungan bank, Pembelian saham Time engineering oleh Singtel, perlantikan jawatan Gabenor Bank Negara yang baru dan isu terbaru yang mengatakan Daim akan meletakkan jawatannya sebagai menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas meletakkan UMNO makin goyah dan goncang teruk.

Sedikit-sebanyak isu ini telah membuatkan pasaran saham di BSKL menurun kerana Daim begitu berpengaruh di dalam pasaran saham. Beliau boleh memanipulasi harga-harga saham dengan pengaruhnya itu.

Ketiadaan Dr.Mahathir yang kini membuat lawatan ke Jepun menyaksikan team B atau Semangat 46 yang diterajui oleh TPM Abdullah Badawi sedang menyerang institusi kehakiman negara.

Kritikan Rais Yatim ke atas ketua hakim negara, Tun Eusoff Chin, telah mendapat sokongan daripada pergerakan pemuda UMNO. Lebih memeranjatkan lagi apabila Daim juga menyebelahi Rais Yatim mengkritik institusi kehakiman.Apakah team B atau Semangat 46 telah berkompromi dengan team Anwar untuk menjatuhkan team A atau Mahathir?

Pertelingkahan ini telah membuatkan jabatan kehakiman hampir mencapai kata sepakat untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada jabatan itu, setelah begitu lama mereka dimalukan atas karenah Mahathir. Agenda Rais Yatim makin berkesan. Jabatan kehakiman bersedia melakukan review mengenai semua keputusan mahkamah jika ia dibawa ke peringkat mahkamah Persekutuan. Ini akan membawa kepada keputusan samada membebaskan Anwar atau mengheret Dr. Mahathir ke mahkamah. Dengan itu proses pembebasan Anwar akan dimulakan.

Peguam Negara sudah barang tentu akan memberi kerjasama kerana beliau juga adalah salah seorang yang ada bergambar keluarga dengan orang yang sama. Tambahan pula orang ramai sekarang menuding jari kepada beliau sebagai orang yang memberi perlindungan kepada Mahathir dan kuncu-kuncu yang melakukan pelbagai jenayah.

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa berlakunya rasuah yang melibatkan Kerajaan Negeri Melaka. Ini juga menunjukkan betapa perang telah dimulakan ke atas penyokong-penyokong Mahathir.

Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sekarang tidak senang duduk. Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang siasat hampir semua jabatan dan agensi kerajaan di negeri itu. Puncanya kerana pengurusan akaun kewangan di jabatan dan agensi kerajaan Melaka banyak kelemahan. Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan kelemahan dan kegagalan dalam urusan kewangan di negeri itu.

Ali Rustam sendiri mengaku banyak baucer perbelanjaan yang tidak dapat dikesan. Penyata kewangan di dalam bank tidak dapat disahkan kerana tiada dokumen sokongan. Antara agensi kerajaan yang bermasalah itu ialah Kolej Islam Melaka, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Perbadanan Air Melaka dan Jabatan Ketua Menteri sendiri.

Ini adalah satu proses elimination penyokong Mahathir yang akan di ketengahkan satu demi satu. Banyak lagi yang dalam agenda. Siapa punya kerja adalah top secret yang suka dikesan. Mahathir sedang merasa bahangnya.

Pihak Polis telah lama bosan dengan angkara karenah Mahathir yang masok kuasa. Mereka sanggup bekerjasama dengan mana pihak dan puak ditampuk kuasa demi meyakinkan orang ramai.

Suatu yang menggubrakan ialah, setakat ini team Anwar belum menyebelahi mana-mana pihak. Ini adalah suatu startegi yang menyulitkan semua pihak. Team Anwar terlalu mahal dan pintar menyamar. Namun tidak sukar untuk mengagak ke arah manakah team anwar akan berpihak.

Pembelotan Daim terhadap Mahathir, kebencian media terhadap team A atau team Dr. mahathir itu telah menyulitkan lagi kedudukan team A atau team Dr Mahathir ketika ini. Hanya kepada institusi kehakiman tempat mereka bergantung harap setelah team B atau Semangat 46 menguasai institusi polis dan
undang-undang negara.

Kemasukan ahli-ahli Keadilan ke dalam UMNO juga menunjukkan pakatan di antara team Anwar dengan team B atau team Semangat 46 sudah mendapat kata sama. Krisis dalaman di dalam UMNO kelihatan semakin parah. Ini akan meresahkan Mahathir kerana beliau sendiri tidak pasti lagi siapa musuh dan lawan. Apakah yang akan berlaku setelah Dr. Mahathir pulang nanti?

Kesimpulan:

Jabatan Kehakiman dan Peguam Negara yang sekarang telah berdendam terhadap Mahathir, pihak Polis yang sedia memberi kerjasama akan bergabung. Mereka hanya menungguh keputusan muktamad dari splinter groups UMNO yang telah berpecah dari menyokong Mahathir. Mereka bersedia melancarkan 'tugas' serampang dua mata disebutkan:

a) mengkaji keputusan membebaskan Anwar dalam sesi Rayuan,

b) mengheret Mahathir dan mendedahkan versi Konspirasi terancang dan menghukum Dr. Mahathir.

Rakyat memerhatikannya dengan penuh minat. Nampaknya kenyataan yang mengatakan UMNO kini tidak relevan lagi ada benarnya. Masih belum terlewat untuk kita sedar. Fikirkanlah dengan hati yang terbuka.

Perjuangan untuk agama, bangsa dan negara bukan milik kelompok UMNO pro-Mahathir sahaja.





Rencana Tambahan Editor:

http://livenews.lycosasia.com/cgi-bin/get.pl? pi_news_id=672195&pi_ctry=my&pi_lang=en


Mahathir Silent About Daim's Leave

1416 [Dow Jones] MALAYSIA: Prime Minister Mahathir Mohamad silent when asked by reporters at end of media conference whether Finance Minister Daim Zainuddin would extend his leave of absence from cabinet and party council meetings. Observers say likely Mahathir heard question but preferred to end media conference rather than respond. Last week, Daim for first time said it's possible he may extend his two-month leave which is due to end around now. Ministry hasn't responded to queries about whether his leave already ended May 24.(NHW)