Laman Webantu   KM2A1: 4618 File Size: 15.2 Kb *



TJ SP MGG: Pembangunan Negara Yang Songsang
By M.G.G. Pillai

3/6/2001 10:00 am Sun

MGG 1201

[Kerajaan sebenarnya berlagak pandai bermain sesuatu isu yang merbahaya sedangkan ia tidaklah sepakar mana. Kerapkali beberapa masalah dibiarkan tanpa perbincangan mesra dan terbuka sehingga marah rakyat menjadi terperam yang mungkin meledak menjadi lebih merbahaya. Kerajaan seharusnya memberikan jawapan - bukannya asyik membiarkan rakyat hidup dalam benci dan terteka-teka kerana buruk akibatnya. Banyak masalah boleh selesai jika dibincang tetapi kerajaan begitu takut kerana bimbang ia bakal tergoncang akibat ia sendiri yan pincang. Padahal rakyat masih sudi memaafkan - jika tidak sudah lama Mahathir terhumban dalam kehinaan. Malangnya kesabaran rakyat itu asyik dipandang ringan sedangkan rakyat masih memberi peluang. Alangkah baiknya rakyat negara ini - tetapi itu masih ada batas dan sempadan.

Tidak selamanya rakyat akan menjadi burung yang mata terlepas badan terkurung.... Silap haribulan burung akan meninggalkan sarang.... dan tempoh itu sudah tidak panjang kerana kicauannya sahaja sudah cukup mengancam.
- Editor
]

Terjemahan SPAR-01-015


Pembangunan Negara Yang Songsang

(Singular vision of nation building spells peril)

Kemelut yang menghantui pelajar Cina yang tergendala memasuki universiti di Malaysia, kini sudah bertukar kepada perdebatan perkauman. Garis perdebatan semakin ketara kini. Masyarakat Melayu menyokong masalah Melayu, Cina dengan masalahnya dan begitu juga dengan orang India, yang semestinya menyokong masalah India.

Sepatutnya Lim Kit Siang yang menanyakan kerakyatan seorang wartawan yang menyoalnya bertubi-kali ataupun Menteri Kehakiman (de facto) Rais Yatim yang mengancam untuk mengenakan tuduhan ke atasnya tidak seharusnya naik berang. Tetapi itulah hakikatnya betapa kita tidak perlu banyak alasan untuk memutarkan satu masalah kecil menjadi satu episod perkauman yang tegang.

Kenapakah kita berperangai begitu liar di sebuah negara yang digambarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi sebagai mengarah kepada penubuhan 'Bangsa Malaysia'?

Apakah perlunya kita membiarkan perbincangan bebas masalah itu, tanpa pembabitan kumpulan samseng politik masuk campur untuk mengancam kita? Kenapakah tidak kita ketepikan segala agenda politik dan memikirkan kepentingan negara secara keseluruhannya?

Kenapakah UMNO menggembar-gemburkan penyerahan memorandum Suqui kepada NEAC II (Mapen 2) dan menjadikannya satu konfrontasi politik antara orang Melayu dan masyarakat Cina?

Bayangan Ancaman

Selalunya rakyat Malaysia tidak digalakkan membincangkan isu-isu harian, dengan ancaman akan ditangkap dan diperlakukan, seandainya mereka menyimpang jauh daripada apa yang dianggap norma kehidupan ataupun mencabar rumusan politik yang haprak.

Inilah yang berlaku sejak beberapa bulan yang lalu. Sikap memeram isu yang sepatutnya ditangani dengan bijak, memperlekehkan usaha menjadikan Malaysia berdiri megah di dunia ini.

Apabila ketidak-adilan dan ketidak-tentuan sengaja diperam, ia mudah meledak menjadi satu krisis seperti peristiwa di Petaling Jaya Selatan, kisah kemasukan universiti, dan kemarahan orang Melayu bagaimana mantan timbalan perdana menteri diaibkan.

Selagi kerajaan berdegil menganggap bahawa pendapatnya itu sahaja yang mesti diperakukan dan terus berdolak-dalik dengan pendiriannya, sudah tentu ia mengundang banyak bantahan. Apabila ia cuba dirodokkan ke tekak rakyat yang amat membencinya sedangkan sengaja menyepikan segala perbuatan korupsi dan ketidak-adilan yang sungguh lumrah dalam dasar kerajaan dan peraturannya, sudah tentu ada sahaja yang akan meledak.

Kemarahan Yang Mendidih

Gelagat menyelamatkan syarikat dan perusahaan para kroni adalah perbuatan yang sungguh menjijikkan.

Apabila segala kerja itu dilaksanakan tanpa merujukkan dulu kepada Parlimen ataupun kabinet, ia mencetuskan bantahan yang menggunung tingginya. Usaha menyelamatkan MAS, keangkuhan si kroni yang terus berlagak bahawa dia masih kaya raya dengan dana tersedia selepas diselamatkan, kemelut TimedotCom, dan cara Phileo-Allied membeli Pos Malaysia dengan segala rahsianya menyediakan satu suasana di mana rakyat marhaen merasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Orang Melayu di akar umbi memeram kemarahan mereka melihat semua ini dan mengetahui betapa para kroni diselamatkan.

Apabila segala kekeliruan ini mencuit cabaran politik terhadap gelagat kerajaan bukannya daripada parti politik tetapi dari kalangan masyarakat sendiri bererti tapak kuasa yang ada sudah mula digegarkan ke akar umbinya.

Sudah sampai masanya apabila segala masyarakat bangsa - Melayu, Cina, India, serta pelbagai kaum di Sarawak dan Sabah; berdiri teguh untuk bersatu menyanggahnya. Tindakan ini mungkin tidak akan muncul dalam satu ketika, tetapi pertandanya itu sudah semakin ketara.

Mereka semua mungkin sengaja membiarkan masa beredar dulu sebelum membuat tuntutan bahawa isu yang menyangkuti negara dan politik tidak lagi menjadi isu mainan pihak yang memegang kuasa sahaja.

Semua itu mesti diselesaikan melalui perdebatan secara terbuka tanpa ada parti politik yang mengambil posisi perkauman mengenainya. Inilah yang dinafikan kepada rakyat jelata. Barisan Nasional sentiasa berdegil bahawa ia memahami apa yang rakyat perlukan, tanpa menyelidik dulu apa sebenarnya yang rakyat mahu.

Logika Yang Memualkan

Kerana mereka sudah dilantik untuk berkuasa memberikan mereka dalil yang mencukupi betapa apa yang mereka katakan harus diterima begitu sahaja. Inilah logika yang memualkan sepanjang masa. Apabila sesuatu itu sengaja diulang-ulang dengan niat menyindir dan bukan untuk diperdebatkan, di Parlimen ataupun di mana juga, hanya masa sahaja yang menentukan bahananya. Seperti yang berlaku sekarang ini.

Sejak 30 tahun yang lalu, pasca 13 Mei yang menonjolkan dominasi kuasa Melayu, politik negara inipun menjadi politik ketuanan Melayu. Cara ini mungkin mencapai kejayaannya, kalaulah parti bukan-Melayu rakan koalisi yang berkuasa tidak merelakan diri mereka dikotak-katikkan oleh UMNO yang mendominasi mereka.

Para pemimpin Cina dan India dalam komponen Barisan nasional itu telah meminggirkan masalah kebajikan masyarakat mereka, hanya memadai memberikan khidmat lisan dengan janji-janji manis di bibir sahaja, sedangkan mereka tidak bersungguh-sungguh melaksanakannya kerana sibuk memperkayakan diri sahaja.

Setiap pemimpin MCA sejak 30 tahun yang lalu mengundurkan kuasa dalam keadaan yang menyakitkan hati, sambil memegang tepi kain pemimpin UMNO untuk melindunginya daripada asakan ahli partinya sendiri.

Apabila dominasi Melayu ini diperkuatkan dengan keangkuhan yang sungguh bodoh, tentu sekali ia mencetuskan sesuatu yang tidak disenangi. Inilah yang mengancam keadaan sekarang ini.

Pembangunan negara adalah terlalu penting untuk membiarkan tangan-tangan politik yang melakarnya, apatah lagi kalau mereka fikir ia mesti dilakar mengikut wawasan mereka sahaja. Ia tidak semestinya begitu kerana tidak boleh dibiarkan kerajaan menentukannya sedangkan kerajaan sendiri masih samar akan masa depannya.

Pembangunan negara bukannya merupakan ciptaan politik walaupun politik memainkan peranan tertumpu kepadanya. Tetapi, keseluruhan keazaman rakyat di setiap negeri itu yang menentukan arah hala sesebuah negara. Ia harus mencerminkan kepelbagaian Malaysia dan bagaimana ia boleh disalurkan kepada pembentukan sebuah negara yang kepelbagaian kaumnya, budaya dan agamanya. Ini bukannya sesuatu yang mudah dalam apa jua suasanapun.

Keadaan ini menjadi teruk di Malaysia apabila wawasan yang diimpikan itu adalah mengikut acara yang diimpikan oleh satu kumpulan parti politik sahaja. Kita harus keluar daripada kepompongan ini. Kita harus bebas membincangkannya secara terbuka, sambil meneroka segala opsyen yang ada, sambil mencabar rumusan sesuatu pihak dengan yang lainnya tanpa peduli apa yang cuba ditonjolkan oleh Pemuda UMNO.

Orang yang paling terpelajar dalam negara mempunyai hak bersuara yang sama banyaknya dengan orang yang tidak tahu membaca. Ini bukannya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mencari cara yang sesuai untuk disenangi bersama ke arah pencapaian harmoni, timbang rasa dan kepercayaan.

Perkara ini lebih menekan sekarang berbanding dulu. Terlalu banyak yang menjadi cagarannya. Kerajaan Barisan Nasional sedang terkejut sekarang ini dan masih tidak mempunyai jawapannya walaupun ia berlakon mempunyai jawapan itu, seandainya sesuatu yang akan berlaku. Inilah yang menentukan ia tidakpun akan dapat menyelesaikannya.


-MGG Pillai-

Terjemahan SPAR-01-015




Rencana Asal:

malaysiakini

Thursday May 31

Singular vision of nation building spells peril

CHIAROSCURO

MGG Pillai

3:54pm, Thu: The contretemps over Chinese denied seats in Malaysian universities descends into an unnecessary racial debate.

The lines are clearly drawn: the Malay back the Malay position, the Chinese, the Chinese and the Indian, the Indian.

Neither Mr Lim Kit Siang, the DAP chairman, who questioned the citizenship of a reporter who asked him a loaded question, and the de facto Law Minister Dr Rais Yatim, who threatened to have him charged, should have lost their cool. But it is proof that it does not take much to turn a problem into a full-blown racial episode.

Why do we behave so offensively in a country which the Deputy Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi assures us, is headed for "Bangsa Malaysia"? (Malaysian nation)

Why do we not allow a free discussion of issues, without political gangsters and nincompoops rushing in to threaten? Why can we not look beyond political agendas and look at the country as a whole?

Why did Umno blow out of proportion a submission by Suqiu to the NEAC II (National Economic Action Council) and turned it into a political confrontation between the Malays and the Chinese?

Implied threats

Malaysians are discouraged from actively discussing issues of the day, with implied threats of arrest and worse, if they stray from the norm or challenge politically-held assumptions that cannot stand scrutiny.

Which is what happened here in recent months. This national penchant to sweep under the carpet issues which should be addressed head on, makes nonsense of any pious attempt to lead Malaysia into the civilised world.

When injustices and ignorance are bottled up, it would break open into a crisis, as in the Petaling Jaya Selatan incidents, university admissions, the Malay anger at how the former deputy prime minister Anwar Ibrahim, is treated.

So long as the government insists its view be the only one, and then decided upon that capriciously, sparks must fly.

When that is pushed down one's throats in high dudgeon, and backed up with dire consequences for municipal offences while ignoring the corruption and unfairness inherent these days in government policies and decision, something must give.

Seethes in anger

The government bailouts and rescuing cronies of the establishment is bad enough.

But when it is done without reference to Parliament or even to the cabinet, it builds up resentment. The MAS bailout, the arrogant claim of the crony rescued that he is cash-rich after being bailed out, the Time dotCom fiasco and the Phileo-Allied purchase of Pos Malaysia in stealth create the grounds for public dissatisfaction against the government. The Malay ground seethes in anger at these and other crony rescues.

When into this uncertainty comes a political challenge to the government's worldview, not from political parties but from the communities themselves, it shakes the foundations of power to its roots.

There comes a time when the communities - the Malay, the Chinese, the Indian, the Sarawak and Sabah tribes - stand up to be counted. It may not come overnight, but signs of that is only too clear.

They take them on to demand that national and political issues should no longer be the preserve of those in power.

It should be resolved in informed and public debate, without political parties taking racial positions on it. But this is not given a chance. The Barisan Nasional insists it knows what the people want, without finding out what they want.

Convoluted logic

That they have been elected to power is sufficient reason for those who did, to accept what it has to say. It is convoluted logic in the best of times. When it is stated contentiously and without debate, in Parliament or elsewhere, it is matter of time when it would unravel. As now.

For the last 30 years, after the post-May 13 emergence of Malay dominance, Malaysian politics in effect was Malay politics plus. It would have worked if the non-Malay partners in the ruling coalition had held their ground and did not allow themselves to be satraps of the Umno that dominated it.

The Chinese and Indian leaders in it, ignored the welfare of its communities, paying lip service to their needs, while, to not put a fine point to it, they enriched themselves. Every MCA leader in the past 30 years left office under a cloud, clinging on to the Umno leader to protect him from his own party.

When this Malay dominance is strengthened with an arrogant fatuousness, something must give. As it now threatens.

Nation building is too important to be in the hands of politicians who insist theirs is the only vision. It cannot, should not, be defined by a government which does not know if it comes or goes.

Nation building is not a political creation even if politics gives it the focus, but the sum total of the people's belief in the state to turn into a nation. It should reflect the diversity of Malaysia and how it can be channelled into a nation of diverse races, cultures and creeds. It is not, in the best of times, an easy task.

It is worse in Malaysia where nation building is what one political grouping wants. We should break out of that malaise. We should speak frankly, explore options, challenge each other's assumptions without Umno Youth raising Cain.

The most learned man in the country has much to say about it as the most illiterate. It is not an exercise to show off but to seek a common ground for the greatest good in harmony, compassion and belief.

It is more urgent now than ever. Too much is at stake. The Barisan Nasional government, is shell-shocked, does not have the answers, insists it would, come what may. And ensures it does not.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my