Laman Webantu   KM2A1: 4619 File Size: 12.7 Kb *



TJ SP MGG: Tun Daim Zainuddin Sudah Bersara?
By M.G.G. Pillai

3/6/2001 8:28 pm Sun

MGG 1211

[Daim berhasrat untuk meletak jawatan bila didesak menyediakan lapuran kewangan Umno. Disinilah segala-galanya bermula. Perletakkan jawatan dalam kabinet itu tidaklah seberat mana sebagaimana yang sedang diberi fokus oleh kebanyakkan media. Ada sesuatu di sini yang jijiknya tidak terkira. Wang Umno telah diselewengkan dan mungkin telah lesap berasap begitu sahaja tanpa diketahui sesiapa - termasuk MKT Umno. Mahathir dan Daim mungkin telah berpakat berdua mengerjakannya. Kesetiaan Daim terhadap Mahathir terserlah dengan sentuhan terakhir di Pos Malaysia. Mereka berdua dua kali lima sahaja..... mahluk perosak yang tidak boleh dipercaya yang asyik berpura sepanjang masa. - Editor]


Terjemahan SPAR-01-016


Tun Daim Zainuddin Sudah Bersara?

(Has Tun Daim Zainuddin Resigned?)

Seandainya perkara yang lampau menjadi pedoman, bererti Perdana Menteri telah pun memperakukan betapa Tun Daim Zainuddin akan bersara sebagai Menteri Kewangan. Ketika pulang daripada menghadiri Puncak G-15 di Jakarta, dia memberitahu betapa dia tidak tahu menahu akan persaraan itu. Namun, cara dia menyebutnya telah menyerlahkan satu pembohongan. Kalau dia berura-ura mencetuskan satu kejutan, dia gagal segagalnya. Seandainya dia memikirkan dia bijak, ternyata kebijaksanaannya tidak pun ke mana. Mengikut New Straits Times, dia telah ditanya semada Tun Daim sudah meletakkan jawatannya; dia menjawab 'Saya tidak tahu, adakah dia menyebutnya?' Utusan Malaysia telah pun melaporkan desas-desus itu semalam 1 Jun, 01. Dia menjangkakan Tun Daim akan bersara, bukan sahaja dua jawatan kabinetnya, malahan juga jawatannya sebagai Bendahari Umno.

Kini, perbincangan hangat menyebut-nyebut siapa yang akan menggantikan Daim. Mengikut aliran pemikiran pagi tadi, ada orang luar yang akan dibawa masuk. Dia akan mengangkat sumpah sebagai seorang senator minggu depan dan dilantik menjadi menteri kewangan. Dia merupakan satu tempelan sahaja kerana satu rombakan kabinet dijangka akan dilaksanakan sebaik sahaja persidangan UMNO berlangsung di akhir bulan ini. Sebelum bertolak ke Jakarta itu, Mahathir ada berunding dengan Tengku Leigh untuk satu waktu yang panjang mengikut penelitian satu sumber. Tempoh percutian Tun Daim selama dua bulan itu berakhir pada hari Khamis. Namun dia menghabiskannya di pejabat sambil menghadiri majlis rasmi, walaupun tidak menghadiri mesyuarat kabinet ataupun persidangan Majlis Tertinggi UMNO.

Satu ketika dulu Mahathir dan Daim adalah laksana isi dengan kuku. Tetapi kini, tidak lagi begitu. UMNO sudah lama mahukan penyata kewangannya yang dikendalikan oleh Tun Daim yang masih belum lagi membentangkannya. Tiga bulan dulu, Majlis Tertinggi UMNO telah memintanya lagi, dan Daim ada berjanji memberikannya. Ada pelapur mengatakan Mahathir tidak bersikap melindunginya lagi seperti dulu-dulu dan mahukan juga penyata itu. Selepas itulah Daim mengambil cutinya.

Pada kelazimannya apabila menteri kabinet pergi bercuti segala tugasnya diambil alih oleh seorang pengganti. Tetapi, Daim menghabiskan cutinya untuk berada di pejabat dan menghadiri majlis rasmi yang sepatutnya dihadiri oleh pemangku yang ditugaskan menggantinya. Akar umbi UMNO menganggap Daim sebagai si pintar berhati syaitan di belakang Perdana Menteri. Selagi dia terus kekal di jawatannya baik dalam kerajaan ataupun dalam UMNO, ia dilihat melumpuhkan kedudukan Mahathir, yang semakin dihenyak oleh kemelut yang membabitkan Anwar Ibrahim.

Tun Daim memang sudah memberitahu kawan-kawannya yang dia mahu berundur. Semalam desas-desus itu semakin menjadi-jadi. Apapun dia mesti berundur juga, untuk kebaikan masa depan politik Mahathir. Daim telah menyalahgunakan jawatannya untuk memperkayakan para kroni. Hampir setiap projek penswastaan dikaitkan kepada namanya dan para kroni. Kisah MAS yang diselamatkan, TimedotCom yang menjijikkan, pembelian Pos Malaysia oleh Phileo Allied, perkhidmatan sokongan kesihatan (yang melibatkan salah seorang anak perdana menteri) memang dikait rapat dengan Daim. Selama ini Mahathir tidak rela mendengar kritikan terhadap sahabatnya itu, dan sengaja memperlekehkannya. Kini, dia sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Berbeza dengan tindakannya memecat Anwar Ibrahim dulu, dalam kisah membabitkan Daim ini, Mahathir sengaja berlengah-lengah sehingga perkara itu hampir menelannya sama.

UMNO kini mahukan jawapannya. Tun Daim pernah bersikap lebih ganas daripada Mahathir kerana mahukan Anwar dimusnahkan sehingga kerajaan pun akan turut termusnah sama. Bahana tersilap congak ini sudah tentu bukan kesan kerja Mahathir kerana beliau memang lebih pintar sebagai ahli strategi dan taktik politik. Namun, kerana kepercayaannya, dia turut akur dengan muslihat Daim. Apa yang mereka lakukan itu amat bertentangan dengan budaya orang melayu kerana itu mereka pun tercampak sama ke lembah kehinaan dan masih tidak berupaya mendaki naik untuk menyelamatkan martabat yang sudah diperlekehkan. Persidangan perhimpunan UMNO akhir bulan ini memerlukan satu majlis yang amat penting yang perlu ditangani oleh Mahathir. Dulu, ada desas-desus betapa Daim merancang mengemukakan undi tidak percaya terhadap Mahathir, kini takkan perkara itu akan terjadi. Penderhakaan adalah sesuatu yang tidak diampunkan dalam politik Melayu. Tun Daim memang dibenci oleh UMNO sehinggakan dia tidak akan mampu menyelamatkan airmuka walaupun ada berbilion ringgit yang mudah digerakakannya. Selalunya apabila malang merundung diri, orang Melayu lebih merujuk kepada tata budayanya daripada kekayaan yang baru diperolehi.

Akhirnya Mahathir tidak ada pilihan lagi selain memecat Daim sebagai menteri kewangan. Itulah reaksi yang ditunjukkannya setiba pulang daripada Jakarta, yang memang menyerlahkan muka selambanya. Malahan, sama ada Daim akan berundur ataupun tidak sudah dikaitkan dengan satu siri penangkapan di bawah ISA lagi. Bagaimana caranya penangkapan ini boleh dilakukan, selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan minggu lalu melepaskan dua orang tahanan mengikut Akta itu, masih samar lagi. Ketua Polis negara sudah pun mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu, yang akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan minggu hadapan, dan bukannya semasa Persidangan UMNO akan dikendalikan. Mahkamah Persekutuan pun sudah tersengat. Dua orang yang ditahan telah dibebaskan kerana polis menangkap mereka tanpa peraturan. Tanpa peraturan yang sempurna Mahkamah Tinggi menganggap penangkapan mereka sebagai tidak kena pada tempatnya. Tetapi, ia tidak pula menyebut apakah ISA itu sesuatu yang sah, cuma mengatakan kalau ia mahu digunakan ia mestilah mengikut peraturan yang tertentu dan tidak secara sembrono sahaja. Dengan lain perkataan episod Daim adalah satu lambang penguasaan Mahathir akan akar umbi partinya. Itu sebabnya perkara ini sudah semakin menjalar padahnya.


MGG Pillai.

Terjemahan SPAR-01-016




Rencana Asal:

Has Tun Daim Zainuddin Resigned?

The Prime Minister today confirmed, if the past is any guide, Tun Daim Zainuddin would resign as finance minister. He told reporters, when he arrived from Jakarta from the G-15 Summit, he did not know. But how he said it suggests he was not telling the truth. If he had intended to spring a surprise, he lost. If he thought he was clever in what he said, it backfired. When he was asked if Tun Daim's resignation, he replied, according to the New Straits Times, "I don't know. Did he say it?" The Utusan Malaysia had reported on rumours of it yesterday (01 June 01). It is a fair bet that Tun Daim would resign soon. Not just his two cabinet posts, but as UMNO treasurer as well.

Indeed, discussions go on on who would replace Tun Daim. An outsider is brought in, according to current thinking this morning. He would be sworn in as senator next week and be made finance minister. He would a stop-gap, with a full blown cabinet reshuffle after the UMNO General Assembly later this month. Before Dato' Seri Mahathir departed for the G-15 Summit early this week, he was in conference with the Hermit of Langgak Golf for what one source said was "an inordinately long time". Tun Daim's two-month leave expired on Thurday. But he spent it in his office and attending to his official functions, but did not attend either cabinet or UMNO supreme council meetings.

Dr Mahathir and Tun Daim were once thick as thieves. No more. UMNO now demands answers about its finances, held by Tun Daim who has yet to give a detailed accounting of it. Three months ago, the UMNO supreme council asked for it, which Tun Daim promised but has yet to. Informants say Dr Mahathir did not defend him as in the past and asked him to produce it. Shortly after, he took his two months leave. When cabinet ministers take leave, they leave their charges to whoever stands in for them. But Tun Daim spent his holiday working in his office, and attending to official functions that should have been the preserve of the acting finance minister. The UMNO ground regards Tun Daim as the evil genius behind the Prime Minister. His continued presence in government and party matters would have made Dr Mahathir's own position, weak as it already is over the Anwar Ibrahim affair, even more problematic.

Tun Daim has told friends he wants to resign. Rumours swirl that he did yesterday. Whatever happens, he must go, if only for Dr Mahathir's political health. Tun Daim took advantage of his position to enrich his cronies, and therefore, not to put a fine point to it, himself. Just about every privatisation is linked to him and his cronies. The MAS bailout, the TimeDotCom fiasco, the Phileo Allied purchase of Pos Malaysia, the health support services (with a Prime Ministerial son) are linked to him. But Dr Mahathir would not accept criticism of his friend, and ignored them. Until he could no more. Instead of reacting as when he sacked Dato' Seri Anwar Ibrahim as deputy prime minister, he kept postponing the inevitable until it now threatens to swallow him.

UMNO demands answers. Tun Daim, more than Dr Mahathir, wanted Dato' Seri Anwar Ibrahim destroyed, and brought the government to its knees. The miscalculation is not one Dr Mahathir would have made, given the political strategist and tactician he is. But he trusted Tun Daim, and went along. But what they did conflicted with Malay cultural mores, and forced both down the slippery slope from which they struggle to survive. The UMNO General Assembly later this month is the most important Dr Mahathir faces. There is talk Tun Daim planned a vote of no confidence against Dr Mahathir, but that is unlikely. Treachery is unforgiven in Malay politics, Tun Daim is so hated in UMNO that he could not expect to survive, even with the billions of ringgit under his command. When the chips are down, the Malay relies upon his cultural mores than new found wealth.

So Dr Mahathir has little choice but to remove Tun Daim as finance minister. Which is why his reaction when he returned from Jakarta so true to form. Indeed, whether Tun Daim would resign is linked with another story, gaining credence by the day, of another crackdown under the ISA. How he could, with the High Court decision last week freeing two detained under it, is not explained. The Inspector-General of Police appeals against the decision, and the Federal Court now hears it next week instead of just before the UMNO General Assembly. The Federal Court itself is caught in a bind. The two men were released because the police did not follow procedures. The High Court insisted that without it, the detentions are unlawful. It did not say the ISA itself is legal, only that if it is used it must be according to established procedures, which in this case was not. In short, the Tun Daim affair is reflective of the Prime Minister's control of his ground. That is why it is so contentious.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my