Laman Webantu   KM2A1: 4623 File Size: 19.1 Kb *



TJ SP MGG: Perlembagaan, satu tongkat untuk penghakiman yang tempang
By M.G.G. Pillai

3/6/2001 11:11 pm Sun

MGG 1221

[Kunci untuk mengembalikan martabat sistem kehakiman kini terletak kepada Ketua Hakim Negara dan anak buahnya. Mereka harus berani meletakkan keadilan itu pada tempat yang sewajarnya. Penghakiman Hakim Hishamuddin telah menggegarkan suasana betapa perlembagaan itu adalah lebih tinggi dari segala-galanya - termasuk ISA juga. Di sinilah semua hakim seharusnya bersandarkan bicara - bukannya kepada telunjuk manusia.

Tanggungjawab itu memang amat berat tetapi ia akan dapat dilaksanakan kerana rakyat akan berdiri dibelakangnya. Mahathir cuma seorang mengapa harus hakim perlu ketakutan kerana perlembagaan itulah tempat sebenar kita bergantungan.
- Editor
]



Terjemahan SPAR-01-016


[Artikel asal ada di Malaysiakini Jumaat, Jun 1.>]


Perlembagaan, satu tongkat untuk penghakiman yang tempang

(Constitution, a crutch for the limping judiciary)

Sebagai seorang Ketua Hakim, Mohd. Dzaiddin Abdullah telah menghembuskan angin segar ke arah badan kehakiman yang tercungap-cungap kekurangan oksigen sejak lebih satu dekad yang lalu. Usia sudah pun menghalang beliau melaksanakan lebih besar dari itu. Namun, dalam masa enam bulan sejak memegang jawatannya, dia berjaya meransang para hakim kepada peranan tradisi mereka dan mengendurkan segala halangan yang direka oleh para ketua hakim negara yang sebelumnya.

Pada persidangan badan kehakiman di Kota Kinabalu bulan lalu, para hakim telah mengemukakan beberapa kertas kerja dan menyerlahkan perasaan mereka bagaimana membetulkan keadaan yang ada untuk mengembalikan kecermelangan yang silam. Para hakim semakin ghairah mahukan perubahan selari dengan impian Ketua Hakim Negara itu.

Pada 1998, pindaan perlembagaan telah menafikan badan kehakiman itu beberapa kuasa kehakimannya, dan para hakim secara amalannya, diberikan peranan yang sama tarafnya dengan yang dikuatkuasakan oleh pegawai kastam dan pegawai polis; setakat menguatkuasakan undang-undang sahaja dan tidak lebih dari itu.

Selepas teraibnya Salleh Abas yang dilaksanakan oleh mahkamah yang mengadili kes beliau, semua penghakiman yang berikutnya turut diperlekehkan sahaja. Dua orang Ketua Hakim Negara yang mengambil alih tugasnya bertugas sambil lewa sahaja laksana pegawai kastam dan pegawai polis yang menjalankan tugasan mereka.

Itulah jadinya sehinggakan terjejasnya badan kehakiman itu.

Para hakim yang baru yang tidak terbabit dengan segala kerja-kerja kebajingan, tidak faham kenapakah sebabnya. Apabila Hakim Mohd Hishamuddin Mohd Yunus membebaskan dua orang tahanan ISA minggu lalu, dia melakukannya tanpa banyak soal lagi. Ini merupakan satu keputusan penghakiman yang menggemparkan kerana ia tidak pernah diharapkan termampu dilakukannya.

Tetapi, Hakim Hishamuddin adalah merupakan zuriat generasi kedua ataupun ketiga yang sudah mampu menolak tepi keperhatinan yang mudah mencuit pihak yang berkuasa ditangani sekeras mungkin seperti menangani musuh-musuh generasi datuk moyangnya.

Lebih-lebih lagi apabila ia menyangkuti masadepan sesabuah negara, yang lebih menentukan masa depan kerajaan yang sedang berkuasa. ISA sudah menjadi satu alat yang menentukan keselamatan parti yang sedang berkuasa.

Dzaiddin dan para hakimnya mesti memulakan perubahan kalau mereka mahu mengembalikan badan kehakiman menjadi cabang pemerintahan yang bermartabat.

Segala usaha untuk melakukan perubahan secara berdikit-dikit telah didapati tidak mencukupi. Pindaan yang dilakukan kepada Perlembagaan pada tahun 1998 telah menafikan badan kehakiman itu akan hak-hak dan kuasa penghakimannya. Perkara ini mesti diperbetulkan semula. Jika tidak, apa juga perubahan dan niat yang baik yang dihasratkan, badan kehakiman itu akan terus berada di tahap selekeh seperti yang dialaminya selama 13 trahun ini. Segala usaha mesti dimulakan untuk keluar daripada tahap yang mengaibkan itu.

Kerana itu keputusan Hishamudin yang sungguh bersejarah dianggap penting bukan kerana kesan amalan yang membebaskan dua tahanan ISA itu, tetapi dia telah menguatkuasakan Perlembagaan untuk melaksanakannya. Inilah pertama kalinya sejak satu tempoh yang lama, Mahkamah Persekutuan bersidang secara tergesa-gesa untuk memperakukan kesahihan ISA.

Tetapi, hakim itu telah mengambil langkah yang lebih luas lagi. Sesiapa yang ditahan di bawah ISA mestilah menepati peraturan undang-undang, dan dua kes yang dihadapkan kepada telah tidak menepati peraturan itu. Hakim ini telah memberikan penghargaan kepada Perlembagaan dengan taraf yang lebih tinggi lagi statusnya daripada undang-undang biasa.

Demikianlah sepatutya. Namun, para hakim tidak melaksanakannya seperti yang berlaku kepada ISA, satu undang-undang yang memperlekehkan keluhuran Perlembagaan dan terpaksa dikuatkuasakan untuk mengekalkan keluhurannya di waktu aman.

ISA sepatutnya dikuatkuasakan apabila negara dan bukannya kerajaan yang terancam, dan bukannya daripada pihak pembangkang. Ia layak dikuatkuasakan seandainya ada cabaran untuk memusnahkan negara dan bukannya untuk menjatuhkan kerajaan. Itulah sebenarya kegunaan ISA. Ia bukannya untuk menekan kumpulan penentang politik yang enggan menjadi hamba abdi.

Semuanya terdedah kini apa yang selama ini memang diragukan: betapa penangkapan dibuat dengan bertujuan utnuk menggugut. Ketua Polis Negara, Norian Mai, sudah merayu terhadap pembebasan itu, tetapi dengan nama keadilan, dia sepatutnya membebaskan semua yang ditangkap bersama dua pemimpin Keadilan yang ditahan dan sudah pun dibebaskan.

Jikalau dua pegawai yang menangkap dua orang tahanan dulu itu tidak mengikut peraturan ketika menahan mereka, adalah mudah kita membuat andaian bahawa penahanan lapan orang yang lain itu pun dilaksanakan dengan cara yang sama. Sekarang adalah kewajipan pihak polis membuktikan penahanan mereka itu adalah mengikut peraturan yang sepatutnya.

Sejak satu setengah dekad yang lalu, badan kehakiman telah memperlekehkan Perlembagaan sebagai satu dokumen untuk keadilan. Tetapi Perlembagaan itu adalah satu dokumen rujukan untuk sepanjang zaman, di mana kebebasan sesaorang itu diberikan taraf yang paling tinggi tempatnya.

Secara amalannya, terdapat pelbagai peraturan yang menyekat sebarang tindakan terhadap Perlembagaan itu. Tetapi para hakim sudah tidak bersedia mendengar perkara itu lagi. Begitulah keadaannya sehingga Hishamuddin merobah suasana dalam amalan kerja kehakiman itu.

Kerajaan menjadi gugup. Tetapi apabila undang-undang menegah rakyat marhaen untuk bercakap dengan bebasnya apa yang mereka fikirkan, seperti yang berlaku sekarang ini, mereka terpaksa merujuk kepada Perlembagaan untuk mendapatkan bantuan. Sepatutnya kita tidak perlu sampai berbalah ke tahap ini. Kalaulah para hakim menyedari peranan mereka sebenarnya dalam sesebuah masyarakat itu, mereka sudah pun melakarkan peraturan itu dan hadnya pada satu masa yang lama dulu.

Sebaliknya, para hakim dilantik kerana kesetiaan mereka kepada Ketua Hakim Negara, dan kepada beliaulah kesetiaan mereka itu akan tertambat.

Kita tidak perlu menonjolkan contohnya tetapi ketika para hakim itu dilantik untuk mendengarkan kes yang penting-penting, seperti yang melibatkan Anwar Ibrahim ataupun isu yang mesti memihak kepada kerajaan, keputusan penghakiman sudah pun diketahui sebelum ianya bermula.


Tidak Keruan

Apabila para hakim kehilangan kuasa semulajadi mereka, mereka menjadi gelabah dan tidak keruan. Bekas Ketua hakim Negara pernah mengugut bekas presiden Majlis Peguam yang lalu dan setiausaha persatuan itu dengan tuduhan menghina mahkamah kerana mencadangkan agar dia tidak mempengerusikan satu kes tertentu. Bantahan itu adalah disebabkan seorang peguam yang terlibat dengan kes tersebut pernah bersantai dengan Ketua Hakim Negara itu.

Apabila para peguam memberikan jawapan, agar beliau melaksanakan segala kehendaknya, dia pun beralah. Seorang hakim pernah dituduh kerana membiarkan peguam plaintifnya menulis sebahagian ataupun keseluruhan kertas penghakiman agar memihak kepada kes yang dikendalikan oleh peguam itu. Setakat ini tidak ada apa-apa yang dilakukan.

Dalam beberapa bidang kuasa yang lain, di mana badan kehakiman diberikan pengiktirafan yang tinggi, orang semacam itu tidak mampu berbuat apa-apa lagi selain meletakkan jawatan secepat mungkin, walaupun tuduhan itu adalah palsu. Di sini dia dinaikkan pangkatnya ke mahkamah Rayuan pula.

Beberapa tahun yang lalu, Ketua Hakim Maharashtra, India, telah meletakkan jawatan apabila dia menerima satu bayaran awal royalti yang melebehi upah untuk menulis sebuah buku mengenai undang-undang Islam. Kesan yang dicetus oleh kritikan telah mendorong beliau meletakkan jawatan, kerana beliau yakin dia tidak melakukan sebarang kesilapan tetapi cuma tidak mahu membabitkan martabat jawatannya terjebak dalam kontroversi itu

Dzaiddin dan para hakimnya mempunyai tanggungan yang mencabar untuk mengembalikan martabat dan kegemilangan badan kehakiman itu. Tetapi mereka tidak mampu melaksanakannya secara berdikit-dikit yang tidak akan bermakna apa-apa. Badan kehakiman itu mesti mengambalikan kuasa semulajadinya.

Perlembagan perlu dipinda untuk tujuan ini. Ketua Hakim Negara mesti membiarkan para hakim menjalankan tugas mereka, bukan kerana alasan lain, yang berbeza daripada pandangan bersama yang membentuk masyarakat kita yang ada.

Dengan lain perkataan, badan kehakiman mesti mencerna satu falsafah kehakiman yang tersendiri, mengambilkira segala tradisi undang-undang biasa yang terbaik sekali dan mencampurkannya dengan sumbangan keintelektualan para hakim yang pintar dan bijaksana.

Perkara ini mungkin merupakan satu arahan yang sukar. Ia bukannya mesti berlaku dalam satu masa yang singkat. Ia mungkin memakan masa untuk melaksanakannya.

Dzaiddin mesti meneliti Perlembagaan untuk mengembalikan martabat badan kehakiman negara. Persidangan di Kota Kinabalu telah menunjukkan apa yang dia mahu. Dia mesti menggunakan segala keupayaan untuk mendesak kerajaan dan juga Majlis Raja-raja, kerana tanpa usaha itu tidak ada satu benda pun yang boleh berlaku.

Perkara ini tidak mampu dilaksanakan dalam dalam masa dua tahun (ataupun tiga, kalaulah cadangannya dilanjutkan umur bersara ditambah satu tahun lagi itu diterima) yang ada di tangannya lagi. Namun, dia boleh memulakan bingkai usahanya itu. Perjalanan untuk seribu batu mesti bermula dengan tapak awalannya.

Langkah yang pertama itu akan kelihatan mudah apabila Dzaiddin memulakannya dengan menggunakan Perlembagaan sebagai tongkatnya.

Kalau dia berjaya dengan usaha itu, ia akan merupakan satu monumen yang terbesar dalam usaha memperjuangkan keadilan di Malaysia.


-MGG Pillai-


Terjemahan SPAR-01-016




Rencana Asal:

http://www.malaysiakini.com/Column/2001/06/2001060101.php3


Friday June 1

Constitution, a crutch for the limping judiciary

CHIAROSCURO

MGG Pillai

5:15pm, Fri: Mohd Dzaiddin Abdullah, as Chief Justice, breathes fresh air into a judiciary gasping for oxygen for a decade and more. Age prevents him doing more. But within six months in office, he returns the judges to their traditional role, and relaxes and removes the bars which his predecessors had imposed.

At the judicial conference in Kota Kinabalu last month, judges presented papers and said their piece how the present can be amended to reflect its glorious past. The judges are as keen to change as the Chief Justice.

A 1998 constitutional amendment denies the judiciary its inherent judicial powers, and judges, in practice, equated to customs and police officers, theirs to dispense the laws and not beyond.

After Salleh Abas was thrown out of his court in a trial that ensured the injustice in trials to come, his two successors ensured justice is not for judges to dispense, as customs and police officers should not bother the whys of what they do.

It is, when all is told, the most constricting impediment to an independent judiciary.

Midnight's Children

The newer judges, uninvolved in past episodes of infamy, cannot see why. When Justice Mohd Hishamudin Mohd Yunus released the two Internal Security Act (ISA) detainees this week, he did no more than question. It is an earthshaking decision only in that it is not expected of him.

But he represents the second and third generation of Malaysia's midnight's children, who reject that his concerns which upset authority must be dealt as harshly as the enemies of his father's and grandfather's generation.

Especially, when then it was of life and death for the nation, while now only of the government in power. The ISA reduced national concerns to the insecurities of the party in power.

Dzaiddin and his judges must initiate changes if the judiciary is to return as an important limb of government.

They attempt to change by piecemeal. It is not enough. The 1998 Constitutional amendment which denied the judiciary its inherent judicial powers must be repealed.

If not, whatever the changes and with the best of intentions, the judiciary would remain stuck in the groove of the past 13 years. However good and far-reaching the changes, it would remain bogged in the contentious groove.

So Hishamudin?s landmark decision is important not for its practical impact of releasing two ISA detainees but that he invoked the Constitution to do it. For the first time in a long while, the Federal Court met in haste to affirm the ISA's legality.

But the judge went further. Anyone detained under the ISA must be according to the law, which, in the two cases before him, was not. He accords the Constitution a higher status than ordinary law.

As he should. But judges often do not, and the ISA, a law enacted to deny the Constitution its due, is invoked to keep it that way in ordinary times.

Blew open

But it is for when the state, not government, is threatened, not from political dissidents but a full blown challenge to overthrow the state, not government. The ISA is for that. It is not to pressure political opponents into submission.

It blew open what is suspected: that arrests are made as much to threaten as capriciously. The Inspector-General of Police Norian Mai, appeals against the release, but he should, in fairness, release all arrested with the two Keadilan leaders.

If the two arresting officers had not followed regulations in detaining the men, it is fair to assume the other eight did not. More important, it puts the onus on the police to prove the detentions to be proper.

The judiciary have in the past decade and a half, ignored the Constitution as a document for justice. But the Constitution is a document that is for all time, in which the freedom of the individual is rated the highest.

It is restricted by laws to contain actions against the Constitution itself. But the judges would not hear of it. At least it did not until Hishamudin threw a welcome spanner in the judicial works.

The government is shocked. But when laws deny people to say what they think, as now, they will look to the Constitution for help. It should not have come to this. If judges had their weighted role in society, they would have defined the limits a long time ago.

Instead, judges were appointed, as recently, for their loyalty to the Chief Justice, to whom they were then beholden.

One need not give examples but when these judges are appointed to hear important cases, be it an Anwar Ibrahim trial or an issue the government cannot be seen to lose, the result is known before the cases start.

Run berserk

When judges lose their inherent power, they run berserk. The former chief justice threatened the then Bar Council president and secretary with contempt of court proceedings for suggesting to him he should not preside in a case where a lawyer he went on holiday was a party.

When they replied he should do what he thinks best, he backed down. One judge is accused of allowing the plaintiff's lawyer to write all or part of the judgment in his favour, nothing is done.

In other jurisdictions, where the judiciary is rated high, he could do less but resign immediately, even if the charges are false. Here, he is promoted to the Court of Appeal.

A few years ago, the chief justice of Maharashtra, India, resigned when he accepted an advance of royalty more than his pay to write a book on Islamic law: the resulting furore led him to resign, insisting he did no wrong but he did not want his office mired in controversy.


Dzaiddin and his judges have a tough task to return the judiciary to its past repute. But they cannot by piecemeal changes that mean nothing. The judiciary must be returned its inherent powers.

The Constitution must be amended to ensure it. The Chief Justice must let judges do their work, for no other reason than that it is this collective judicial outlook that frames the society we live in.

In other words, the judiciary must evolve a judicial philosophy of its own, incorporating the best of the Common Law tradition it is based on and the intellectual contributions of its brightest and the best.

Humpty Dumpty

It is a tall order. It would not, cannot, happen overnight. And it takes longer to put Humpty Dumpty back again than break him.

Dzaiddin must look to the Constitution to bring the judiciary back on track. The Kota Kinabalu conference showed he wants to. But he must use all his persuasion to impress upon the government and the Conference of Rulers that without it, little would change.

This would not happen in the two years (or three, if his proposal to extend the retiring age by one year is accepted) he has left. But he can start to put in place the frame on which to build. The journey of a thousand miles begins with the first step.

That first step would be easier when Dzaiddin begins it with the Constitution as his crutch.

If he can achieve it, it would be his greatest monument in the cause of justice in Malaysia.