Laman Webantu   KM2A1: 4629 File Size: 10.2 Kb *



TAG SP 149: Pembangkang Menolak Politik Ala-Indonesia
By Douglas Wong

5/6/2001 12:11 am Tue

TAG 149

[Politik ala Indonesia mungkin tidak berkesan di Malaysia kerana tiada kebangkitan menyeluruh - khususnya dari masyarakat elit dan koporat. Walaupun begitu ramai yang akan mencelik mata kerana krisis ekonomi akan menghempap mereka juga di samping beberapa isu yang mengajar siapakah Mahathir yang sebenarnya. Krisis dalaman MCA (Nanyang, Ah Lek), keputusan Hakim Hishamuddin (ISA VS Perlembagaan) dan kini peletakkan jawatan Daim sedang menyerlahkan sesuatu. Manakala sokongan Suhakam agar Anwar diberi rawatan luar turut menekan Mahathir.

Kalau orang melayu membenci kerajaan sejak kes Anwar, kini orang Cina pula sudah mula sangsi dengan kerajaan berikutan isu kuota dan pengambil-alihan akhbar. Rakyat sudah semakin sedar - oleh itu Mahathir terpaksa lebih pintar memutar melawan arus kesedaran.

Dalam permainan sebegini kekuasaan terhadap media dan kepantasan menyalurkan maklumat membatasi sempadan memainkan peranan. Oleh itu Mahathir mahu mengawal semua akhbar kerana itulah yang amat berkesan. Serangan pembangkang di alam siber masih belum memuaskan kerana capaiannya masih terhad. Akan tetapi jika semua cawangan parti pembangkang itu aktif dan HIDUP serta bersambung ke internet - Mahathir tidak akan mampu lagi menang. - Editor]


Terjemahan SPAR-03-014


Pembangkang Menolak Politik Ala-Indonesia

(Malaysia Opposition Rejects 'Indonesia-style' Politics)

Douglas Wong

Tiga tahun yang lalu, kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia, menyemarakkan semangat mengganyang Mahathir Mohammad di Malaysia, dengan menjelmanya satu kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri yang kini sedang terpenjara.

Pihak pembangkang di Malaysia telah meneruskan kempennya sejak itu tetapi sedang berusaha meyakinkan masyarakatnya yang pelbagai kaum itu peralihan kuasa ala-Indonesia memang tidak diambil kira dalam perancangan mereka.

Pada hari Rabu, ketika Dr. Mahathir berada di Jakarta menghadiri Kemuncak Kumpulan G-15, proses mencela Abdurrahman Wahid, Presiden Indonesia, sedang dilaksanakan. Ketika itu di Malaysia, pihak pembangkang sedang meraikan kemenangan terbarunya.

Hampir dua bulan selepas penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Negara, seorang hakim telah mengeluarkan arahan dua orang ahli parti pembangkang dibebaskan atas alasan penahanan mereka dilaksanakan dengan niat yang tidak baik.

Hakim Hishamuddin Mohd Yunus telah meminta parlimen membuat pertimbangan sama ada Akta Keselamatan Dalam Negeri yang pada asalnya bertujuan untuk membendung keganasan komunis, masih lagi 'relevan' untuk Malaysia masakini.

Mahathir telah mempertahankan undang-undang keselamatan itu dengan mengaitkannya kepada beberapa peristiwa keganasan di Indonesia, yang katanya terpaksa disekat sebelum terjadi di Malaysia.

Akan tetapi, para pemimpin pembangkang yang masih keriangan itu kerana semakin mendapat sokongan besar telah berkata mereka tidak percaya Mahathir sedang bersiap sedia untuk berundur, dalam masa yang terdekat. 'Saya tidak nampak beliau akan dicabar dalam partinya sendiri sebelum munculnya pemilu 2004 nanti.' Kata Khalid Jaafar, seorang pemimpin Keadilan, yang dipimpin oleh isteri Anwar.

Berbeza dengan Abdurrahman Wahid, parti Barisan Nasional masih menguasai dua pertiga majoriti dalam Parlimen dan walaupun sokongan popular sudah terhakis selepas Anwar dipecat, BN masih menguasai dasar ekonomi dan sosial negara.

Ada satu sumber tidak ketentuan, mengenai masa depan menteri kewangan Daim Zainuddin, telahpun diredakan minggu ini apabila beliau merancang untuk berundur, seperti yang diwar-warkan oleh berita angin sejak beliau mengambil cuti dua bulan yang lalu.

'Ini menunjukkan betapa perdana menteri memang menumpukan perhatian untuk meraih sokongan masyarakat Melayu semula,' kata Abdul Razak Baginda, pengarah utama kumpulan pemikir The Malaysian Strategic Research Centre.

Namun, terdapat juga keretakan dalam parti lain dalam gagasan parti politik yang sedang memerintah itu.

Pada minggu ini, MCA rakan politik UMNO: telah bergolak disebabkan rencananya mengambil alih sebuah akhbar berbahasa Cina yang membuatkan seorang pemimpin parti memberi amaran betapa masyarakat Cina menentang usaha itu.

'Apakah kita memperlekehkan sahaja pendapat mereka, sambil menghadapi risiko terhakisnya sokongan mereka?' tanya Chua Jui Meng, menteri kesihatan, sebelum menaruh undinya yang gagal menyekat ikatan-janji pembelian itu.

Sebuah lagi parti rakan politik, Malaysian Indian Congress, yang mewakili penduduk yang nombor tiga terbesarnya di negara itu telah mendesak kerajaan agar menambah lagi kuota kemasukan kaum India ke universiti dan perkhidmatan awam.

UMNO yang akan berhimpun dalam Persidangan Tahunannya pada akhir bulan ini sudah pun dihantui pelbagai masalah untuk mendapatkan sokongan yang sudah lama pergi.

Para analis berpendapat walaupun Mahathir, sebagai pemimpin yang paling lama berkhidmat di Asia masakini, mempunyai keyakinan yang dia mampu mengembalikan kemantapan politik sebelum kemunculan pemilu yang lagi satu, beberapa peristiwa yang sudah tercetus menunjukkan dia perlu bertindak cepat.

'Lebih ramai orang persendirian di kalangan kumpulan elit Malaysia yang berani bersuara lantang menyuarakan kerisauan mereka terhadap hala tuju politik negara,' kata Bruce Gale, pengamat politik Asia Tenggara di Control Risks.

'Dr. Mahathir bukannya jenis manusia yang mudah diketepikan daripada jawatannya dan keadaan politik di Malaysia tidak serupa dengan yang terdapat di Indonesia, di mana kumpulan elit memang menentang presiden mereka. Namun demikian, Mahathir terpaksa mencuba satu strategi yang lebih berkesan secepat mungkin,' katanya.


Douglas Wong.

Terjemahan SPAR-03-014





Rencana Asal:

Reuters/STS?

Malaysia opposition rejects 'Indonesian-style' politics

By Douglas Wong

May 31 2001

Three years ago, the fall of Suharto, Indonesia's president, emboldened challengers to Mahathir Mohamad in neighbouring Malaysia, with the emergence of a strong group backing Anwar Ibrahim, the prime minister's jailed former deputy.

The Malaysian opposition has maintained its campaign since then but is now seeking to reassure this multiracial country that a shaky Indonesian-style transition is not in its programme.

On Wednesday, as Dr Mahathir was in Jakarta for the summit of the Group of Fifteen developing countries, while impeachment proceedings began against Abdurrahman Wahid, Indonesian president, the Malaysian opposition was celebrating its latest victory.

Almost two months after their arrest under security laws, a judge ordered the release of two opposition members on the grounds that their detention had been in bad faith.

Judge Hishamuddin Mohd Yunus also called on parliament to consider whether the Internal Security Act, intended to counter communist terrorism, was "relevant" to Malaysia today.

Dr Mahathir has defended the security laws by referring to the sometimes violent disturbances in Indonesia, which he said had to be prevented in Malaysia.

But the jubilant opposition leaders, who say they are gaining support, do not believe that Dr Mahathir is going to be packing his bags any time soon. "I don't see the likelihood of him being challenged within [the ruling party] Umno before the next general elections in 2004," said Khalid Jaafar, an official of Keadilan, the political party led by Mr Anwar's wife.

Unlike Mr Wahid, Dr Mahathir's coalition commands a two-thirds majority in parliament and, despite an erosion in popular support after Mr Anwar's sacking, is still firmly in control of social and economic policy.

One big source of uncertainty, the future of Daim Zainuddin, finance minister, was apparently put to rest this week when he denied he planned to resign, contrary to rumours that have spread since he went on leave almost two months ago.

"This indicates that the prime minister is very focused on winning back the support of the Malay community," said Abdul Razak Baginda, executive director of the political think-tank, the Malaysian Strategic Research Centre.

Other cracks in the ruling coalition's unity appear to be growing, however.

This week, Umno's junior partner, the Malaysian Chinese Association, was split over its plans to take over two Chinese-language newspapers, with one party leader warning that the Chinese community opposed the move.

"Do we now ignore their views, risking an erosion of their support?" asked Chua Jui Meng, health minister, before voting unsuccessfully against the deal.

Another coalition partner, the Malaysian Indian Congress, representing the country's third largest population group, called on the government recently to improve racial quotas for Indians in universities and the civil service.

Within Umno, which holds its annual general assembly later this month, there have also been differences over how to regain lost support.

Analysts said that while Dr Mahathir, who is Asia's longest serving leader, may be resolute in his belief that he can turn around the political ground before the next elections, recent events suggest that he needs to act quickly.

"More and more individuals within the Malaysian elite are stating publicly their concerns about the country's political direction," said Bruce Gale, south-east Asia political analyst at Control Risks.

"Dr Mahathir is not the sort of man who is going to be pushed out of office and the situation is not like in Indonesia, where the elite is moving against the president, but he has to come out with a strategy soon," he said.