Laman Webantu   KM2A1: 4631 File Size: 14.9 Kb *



TAG SP 150: Satu Pengajaran Dalam Hubungan Kaum [FEER]
By Lorien Holland

5/6/2001 12:48 am Tue

TAG 150

[Isu kuota yang tiba-tiba bergegar menyebabkan masyarakat Cina sudah semakin sedar polisi BN tidak akan menjamin masadepan mereka. Inilah sesuatu yang tiada dalam sukatan pelajaran di kampus universiti namun telah mengajar mereka kepintaran bukan paspot untuk kejayaan kerana bukan itu prioriti kerajaan yang kununnya berwawasan. - Editor]


Terjemahan SPAR-03-015


Satu Pengajaran Dalam Hubungan Kaum

(A Lesson In Race Relations)

Lorien Holland/Kuala Lumpur

KHOR WHUAN LYNN mempunyai sedikit pengetahuan mengenai tindakan afirmatif. Dia telah berjaya mendapatkan markah yang baik-baik dalam peperiksaan pendidikan menengah dan mengharapkan peluang memasuki universiti setahun lebih awal untuk mengikuti program khas mempelajari bidang 'industrial biology' yang disediakan kepada pelajar terbaik negara.

Malangnya niat itu terhalang kerana masalah hubungan kaum. Sebagai seorang etnik Cina, keputusan pelajarannya tidak memadai untuk beliau mendapat tempat di kalangan 5,000 kekosongan yang disediakan untuk membolehkan beliau memasuki universiti awam lebih awal lagi. Namun, rakan pelajar beliau daripada masyarakat Melayu mudah memasuki program itu dengan berbekalkan sijil Pelajaran Malaysia ataupun SPM, yang sama dengan yang diperolehi oleh Khor Whuan Lynn (KWL) walaupun keputusan yang mereka perolehi adalah rendah mutunya. Perbezaan ini terjadi kerana proses kemasukan itu dikendalikan mengikut sistem kuota khas yang dikuat-kuasakan.

Kuota ini memang bukannya perkara baru. Inilah amalan tiga dekad lamanya dalam pembentukan sosial (social engineering) yang bertujuan membetulkan kepincangan jurang perbezaan yang wujud dalam suasana profesionalisme Malaysia. Malahan, ia juga bertujuan membetulkan wajah rupa suasana keintelektualan dengan memberi ruang kepada etnik Melayu dan golongan pribumi, yang merupakan 66% daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang diberikan peruntukan kuota 55% untuk memasukki bidang kajian pendidikan tinggi negara.

Keadaan ekonomi yang merudum pada tahun ini menghenyak ramai ibu bapa yang tidak lagi mampu kos pendidikan maktab swasta, yang sebahagiannya menyediakan kemudahan kepada pelajar Cina dan India yang gagal memasuki universiti disebabkan sistem kuota itu. Para pengkritik sudah mula mempersoalkan kemantapan sistem kuota itu dan mereka menceritakan kisah kesangsian di kalangan kumpulan bumiputra (Melayu dan pribumi) dan juga di kalangan Cina dan India, yang merupakan 34% daripada penduduk Malaysia.

Walaupun Perdana Menteri Mahathir Mohamad kerap berleter dan mencemuh etnik Melayu kerana membazirkan segala peluang yang diberikan kepada mereka, dia masih mahu mempertahankan polisi itu. Dia juga mahukan kuota dipraktikkan di maktab swasta. Piawaian yang tinggi daripada maktab-maktab ini memberikan peluang kepada para majikan mengutamakan para graduan maktab ini daripada graduan universiti kerajaan; sambil merapatkan kesan jurang perbezaan yang terdapat disebabkan sistem kuota itu.

Sistem kuota itu memang telah menampakkan kemajuan merapatkan jurang perbezaan antara bumiputra dan bukan bumiputra dalam beberapa bidang tertentu. Jumlah doktor Melayu, sebagai contohnya, sudah meningkat daripada 1951 pada tahun 1990 menjadi 4,460 pada 1999 dan mereka sudah pun mengisi 40% jumlah warga doktor negara. Namun, kekayaan korporat bumiputra masih tersangkut pada tahap 20% sahaja. Kemajuan keseluruhannya di kalangan pelajar Melayu nampaknya sudah tersekat, dan ada yang mahukan kuota mereka dinaikkan kepada 66%.

Masalah ini semakin hangat pada tahun ini apabila sekitar 500 pelajar bestari daripada masyarakat Cina, termasuklah Khor yang mendapat sembilan gred 'A', gagal mendapat tempat dalam program khas SPM itu. 'Kewangan keluarga saya tidak berapa mantap, kerana itu amat sukar untuk saya memasukki maktab swasta,' kata Khor yang masih mempunyai dua tahun lagi untuk membuat permohonan yang sama melalui kemasukan biasa.

Akhbar-akhbar telah diserang oleh surat-surat yang membincangkan masalah seperti yang dihadapi oleh Khor. Pergerakan Pemuda MCA telah menerima lebih 1,000 surat rayuan meminta bantuan. Malahan Mingguan Malaysia yang berbahasa Melayu telah memberi peringatan betapa pergantungan berlebihan kepada sistem kuota tidak akan membantu etnik Melayu untuk masa yang panjang. 'Kalau kita tidak dapat bersaing, kita gunakan kuasa politik untuk masuk melalui pintu belakang. Tidak kiralah kalau pelajar yang dididik itu akan menjadi graduan setengah masak ataupun graduan kelas tiga,' kata lidah pengarangnya.

Kementerian Pendidikan dan universiti tidak mahu mengeluarkan butiran yang menunjukkan perbezaan yang ada dan kegagalan menyerlahkan sikap ketelusan ini semakin menghangatkan perasaan tegang di kalangan kaum.

'Dalam bidang peluang pendidikan, pelajar bumiputra diberikan kemudahan istimewa. Sebaliknya kemudahan semacam ini dicop sebagai diskriminasi kaum. Tetapi, inilah yang ditakrifkan sebagai tindakan afirmatif. Apapun, keadaan ini telah mencetuskan banyak keresahan di kalangan bumiputra, dan terus menjejaskan pergeseran kaum,' kata mantan timbalan perdana menteri Musa Hitam dalam satu ucapan terbarunya.

Keresahan yang sudah bernanah ini tiba-tiba meledak pada Mei 3, apabila The Star telah menceduk kata-kata seorang pegawai Kementerian Pendidikan yang menyebut betapa kemasukan pelajar tahun ini adalah berkurangan jumlahnya kerana seramai 7,000 pelajar bumiputra gagal memohon tempat mereka. Pendedahan ini mencetuskan kebanjiran surat bantahan daripada pelajar bukan-bumiputra yang telah ditolak permohonannya. Menteri Pendidikan terpaksa bertindak memperbetulkan pegawainya dengan berkata memang sudah tidak ada tempat kosong lagi.

Sebelum kekecohan itu diperbetulkan, Mahathir pun turut campurtangan memberikan amaran betapa kuota itu akan dikurangkan. 'Akan berlaku penghijrahan orang bestari seandainya kita sekat orang yang berkelayakan mendapatkan pendidikannya yang akan menguntungkan negara,' kata beliau kepada para wartawan.

Terdapat sekitar 40,000 professional Malaysia yang bekerja di luar negara. Kebanyakan mereka bertugas di Singapura, yang memancing mereka dengan pemberian biasiswa. Destinasi pilihan utama yang lain kepada mereka yang berupaya ialah Britain, Australia dan Amerika Syarikat.

Untuk mengatasi masalah ini, Musa telah mencadangkan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji keadaan pelajaran dengan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kumpulan. Abdullah Ahmad, pengarah utama New Straits Times telah mencadangkan agar kuota bumiputra diturunkan kepada 50% dan kuota bukan-bumiputra dinaikkan daripada 35% kepada 45%, sambil yang berbaki disediakan kepada pelajar bestari daripada semua kaum.

Dr. Siti Hawa Kasim yang mengendalikan program matrikulasi di Universiti Malaya, merasakan bahawa perdebatan mengenai kuota itu telah mengkelamkan keadaan perbezaan di antara kawasan bandar dengan luar bandar. Sekolah-sekolah di kawasan perkampungan memang kekurangan sumber kewangan. Pendapatan purata orang luar bandar adalah separuh daripada tahap pendapatan orang bandar dan seperti biasa hampir keseluruhan penduduk luar bandar adalah daripada masyarakat Melayu. Perbezaan lebih tertumpu kini kepada masalah perkauman. Beliau berkata, anak-anak Melayu di kawasan bandar memang mampu bersaing secara akademiknya dengan kumpulan muda daripada apa juga jenis etniknya. 'Tetapi kalau mereka daripada kawasan luar bandar, mereka memang tidak mampu bersaing seperti itu.'

Kerajaan sudah pun membuat beberapa konsesi kepada kumpulan bukan-bumiputra pada tahun ini. Sekitar 250 tempat tambahan bagi pelajar bestari kelulusan SPM telah disediakan kepada warga Cina. In bererti kebanyakan mereka yang mendapatkan sembilan 'A' ataupun lebih baik dari itu akan diterima oleh program khas di universiti. Mereka yang menerima peluang itu memang berceria sakan. Sayangnya, Khor bukannya salah seorang di antara mereka yang beruntung itu.


Terjemahan SPAR-03-015




Rencana Asal:

http://www.feer.com/_0106_07/p028region.html

FEER


A Lesson in Race Relations


By Lorien Holland/KUALA LUMPUR

Issue cover-dated June 7, 2001


KHOR WHUAN LYNN knows a thing or two about affirmative action. She got a flurry of top grades from her secondary school and was hoping to get into university a year early to study industrial biology on a special programme for the country's brightest students.

But then her race got in the way. As an ethnic Chinese, her grades weren't enough to win one of the 5,000 coveted places which allow early entry to public university. However, ethnic Malay contemporaries could secure entrance to the same Sijil Pelajaran Malaysia, or SPM, programme with lower grades because admission is governed by a racial quota system.

These quotas aren't new. They're the bedrock of a three-decade foray into social engineering which is designed to redress chronic imbalances in Malaysia's professional and corporate make-up by promoting ethnic Malays and indigenous people, who make up 66% of the population and are reserved 55% of openings in higher education.

But this year's economic downturn means fewer parents can afford fees for private colleges, which largely cater to ethnic Chinese and Indians denied places in university by the quotas, so competition for university places is hotting up. Critics are also starting to question the efficacy of the quota system and they say resentment is growing between the bumiputras--the Malay and indigenous people--and the Chinese and Indians, who account for 34% of Malaysia's ethnic c##ktail.

But while Prime Minister Mahathir Mohamad berates ethnic Malays for squandering their opportunities, he insists the policy will remain. He also wants quotas to be imposed on the private colleges. High standards from these colleges mean many employers prefer their graduates over those from state universities, which compounds the very gap that the quota system tries to address.

The system has made progress in narrowing the divide between bumiputras and nonbumiputras in some areas. The number of ethnic Malay doctors, for example, rose from 1,951 in 1990 to 4,460 in 1999 and they now make up around 40% of the profession. However, the bumiputra proportion of corporate wealth is still languishing at around 20%. The overall progress among Malay students appears to have been limited, and some want their quota increased to 66%.

Issues came to a head this year when some 500 top scorers of Chinese background, including Khor with her nine A grades, failed to win places through the SPM scheme. "My family's financials are not so good, so it is quite impossible for me to go to a private college," says Khor, who can still apply in two years through the normal admissions programme.

Newspapers have been inundated with letters over the fate of students like Khor, and the youth wing of the Malaysian Chinese Association received more than 1,000 appeals for assistance. Even the Malay-language Mingguan Malaysia warned that overreliance on the racial quotas was not helping ethnic Malays over the long term. "If we cannot compete, we use political power. We get in through the back door. It does not matter if the students produced are half-baked or third-class graduates," an editorial said.

The Ministry of Education and universities won't release details on the extent of the educational divide, and the lack of transparency only fuels tensions between the two groups.

"In the field of educational opportunities, bumiputras have been given special privileges. On the one hand, these privileges could simply be branded as racial discrimination. On the other hand, they could be regarded as . . . affirmative action. Whatever and whichever way we look at it, the situation has caused a great deal of resentment among nonbumiputras, thus further aggravating the racial divide," said former Deputy Prime Minister Musa Hitam in a recent address.

This festering resentment exploded into the public arena on May 3, when The Star newspaper quoted an Education Ministry official as saying that university intake this year would be below projected figures because some 7,000 bumiputra candidates failed to qualify. The disclosure intensified a flood of complaints from nonbumiputras whose applications had been rejected. Education Minister Musa Mohamad then corrected the official and said there were no vacancies.

But before the correction, even Mahathir jumped into the fray, warning that quotas could be cut. "There will be a brain drain if we prevent capable people from acquiring knowledge that would be beneficial to the country," he told reporters.

Some 40,000 Malaysian professionals are working abroad. Many of these are in Singapore, which woos them with scholarships. Other top destinations for those who can afford it are Britain, Australia and the United States.

As for solutions, Musa is calling for a Royal Commission to study the state of education through consultations with all groups. Abdullah Ahmad, executive director of the New Straits Times Press, suggests lowering the bumiputra quota to 50% and the nonbumiputra quota to 35% from 45%, with the remainder open to the best students of any race.

For Dr. Siti Hawa Kasim, who runs part of the matriculation programme at University Malaya, the debate on quotas has clouded the fundamental divide between rural and urban areas. Schools in rural areas are chronically underfunded. Average rural incomes are also around half the level of incomes in urban areas, and as rural areas are almost entirely populated by ethnic Malays, the divide falls along racial lines. She says Malay children raised in urban areas can compete academically with the young of any other ethnic group, "but if they were from the rural areas, then they couldn't compete."

Still, the government has made a few concessions for its nonbumiputra students this year. Some 250 additional SPM places were made available to high-achieving ethnic Chinese. That means that most of those with nine As or higher should be admitted to the programme. Those affected are over the moon. Khor, however, wasn't one of the lucky ones.