Laman Webantu   KM2A1: 4635 File Size: 3.6 Kb *



OH 1: Majlis Sambutan Yang Hambar
By Pelayan Diraja

5/6/2001 9:51 am Tue

[Banyak perkara yang pelik-pelik dan mengejutkan telah berlaku sejak akhir-akhir ini. Oleh itu alangkah baiknya jika diperturunkan beberapa kisah yang pendek tetapi menarik kerana ada banyak rahsia yang terselit di situ. Ia menggambarkan peribadi pemimpin tertinggi negara yang kini sudah dihantui bayang-bayang kejatuhannya. Seperti biasa wang rakyat menjadi korban lagi untuk menambahkan nyawanya tanpa ada sesiapa membantahnya. Pemergian Daim menyebabkan wang negara sudah semakin tidak selamat lagi kerana seorang pencuri lebih berbahaya dari dua kerana semakin sukar untuk mencungkilnya. Namun begitu kita mempunyai banyak mata dan mata-mata dan kisah ini adalah sebahagian daripadanya....
- Editor
]


Siri 1: "Oh.....Malaysiaku!!!!

Majlis Sambutan Yang Hambar


  1. Dengan kemelut yg meruncing kini terdapat perubahan yg amat ketara dlm acara jamuan teh diraja petang Ahad yg lalu. Walaupun kedatangan rakyat marhaen (terutama jemputan orang awam) tidak susut tetapi kemana pula pergi orang-orang penting VVIP/VIP?.. sedangkan khemah para tamu berkepentingan ini amat nyata kurang sekali. Malah urusetia terpaksa menganjakkan kerusi di khemah diraja kerana tetamu penting tidak hadir, tiada IGP, tiada seorg pun Tim/Menteri yg hadir!.. mereka kata mungkin keadaan keselamatan negara sedang terancam!.. Tidak kelihatan tokoh businessmen yg bergelar Tan Sri (kroni) yg saban tahun kelihatan... hanya pegawai tinggi kerajaan yang berbisik-bisik antara satu sama lain... menghairankan!.. Ternyata amat hambar suasana kali ini....

  2. Kawalan keselamatan nampaknya terlalu ketara, kenapa begitu.. yg ketara bukan raja yg dikawal (jika takut terjadi spt di Khadmanthdu....) tetapi 'orang itu' yg mana kelihatan para pengawal yg berpakaian batik dan bushjacket... merayap disekitar khemah dicelah-celah orang ramai yg menanti utk bersalaman dgn pasangan diraja!. Keadaan ini sungguh menjelekkan kerana ada org yg amat 'takut' sekali nyawanya terancam... munasabahkah di majlis begini (di Malaysia) ada org yg tergamak memmbawa bom, launcer atau apa saja senjata utk memusnahkan 'orang itu'???... inilah akibatnya kalau dah di kejar bayangan sendiri bila mulut itu selalu mengeluarkan kata-kata pembohongan 'bahwa ada rakyat yang merancang utk membuat huru-hara dan menjatuhkan kerajaan!!'.. pelik.

  3. Bila memikirkan ini teringat dlm satu mesyuarat seorg pegawai yg dinaikkan pangkat telah ditukarkan ke pejabat PM menceritakan bagaimana masalah besar yg dihadapi melayani kerenah 'bodyguard' PM ni.. berapakah jumlah mereka?.. sekitar 18 org!.. kalau berpergian ada 22 org (UTK).. mereka ini menikmati kemudahan tanpa batasan.. telefon yg tercanggih dan terkini, wang-ringgit.. apa saja.. dan awas!.. usah ditanya segala tuntutan perjalanan... kerana semua ditanggung oleh kerajaan atas alasan mengawal PM!!.... mereka sungguh mewah dan hebat sakan berbelanja.. antaranya termasuk Pak Ali.. yang dah usia pencen tapi disambung entah atas dasar apa??... akhirnya pegawai itu terus mengatakan utk keluar dari tugas yg amat menjelekkan itu .. beliau berusaha utk keluar dgn membuat pelbagai peraturan mengikut Perintah Am Kerajaan yg memang tidak disenangi oleh org lain... alangkah hebatnya perbelanjaan di pejabat PM!..


-Pelayan Diraja-