Laman Webantu   KM2A1: 4636 File Size: 1.8 Kb *



OH 2: Berapa Belanja Istana Kali Ini?
By Kepten Kapal

5/6/2001 10:46 am Tue

[Hmmmm... Kalau sudah dapat kereta baru tentunya perlu memuji si pemberinya nanti dituduh tidak bersyukur pula... Lagipun banyak rayuan pengampunan dan kelulusan perlembagaan memerlukan khidmat baginda.... - Editor]


Siri 2: "Oh.....Malaysiaku!!!!

Berapa Belanja Istana Kali Ini?


Wah.........!!! Berapa agaknya belanja Istana YDPA menyambut hari jadi rasmi baginda? Baru sangat baginda menggunakan kereta rasmi sempena Komanwel dulu, kini sudah tiba sebuah Rolls Royce yang dimpot khas untuk baginda. Apakah itu hadiah harijadi baginda oleh Mamak Bendahara. Kenapakah gambar kereta ini dan belanjanya tidak pernah di siarkan olah media kerajaan kalaulah duit itu menggunakan wang rakyat jelata?

Patutlah dlam ucapan YDPA segala kepujian diberikan kepad mamak bendahara dan kepintarannya memimpin negara daripada kemuflisan? Kerana kereta baru untuk baginda gunakan? Berapa jam dalam satu hari baginda berada dalam kereta itu? Bagaimana pula dengan kereta yang sedia ada? Siapa pula yang akan menggunakannya.

Sayang.......raja-raja termasuklah YDPA sudah lupa daratan, tidak mahu memikirkan masalah rakyat yang hidup terus tertekan. Esok, sekolah akan dibuka dan tambang sekolah akan dinaikkan harganya. Bayangkanlah kalaulah belanja membeli kereta baru tuanku itu digunakan untuk membeli bas sekolah dan diagihkan kepada setiap sekolah untuk menggunakannya, agar tambang boleh diturunkan, alangkah baiknya? Apa mahu kata, raja pun sudah turut dimakan julap oleh seorang Raja Songlap???

-Kepten Kapal-