Laman Webantu   KM2A1: 4657 File Size: 1.5 Kb *



OH 3: Rolls Royce Untukmu Agong , ISA Untukmu Rakyat!
By Kepten Kapal

7/6/2001 6:28 pm Thu

[Berikut adalah gambar kereta Rolls Royce yang lebih kurang serupa dengan kereta yang baru dipakai oleh Agung baru-baru ini di saat ekonomi negara sedang sakit tidak terkira sehingga kawalan modal pun ditarik secara tiba-tiba kerana bimbang rezab negara akan mencecah paras mencekik nyawa.

Duit siapakah yang digunakan untuk membeli kereta yang sungguh mewah ini? Rolls Royce adalah kereta mewah yang tidak dijual di kaki lima. Malah para peniaga yang kaya-raya pun tidak menggunakannya. Mereka cuma mampu Mercedes sahaja itupun dengan berhutang sini sana.

Patutlah baginda memuji sakan perdana menteri dalam ucapan seantero negara. Rupa-rupanya ada benda yang terlalu mahal sehingga cuba disembunyikan gambarnya.

Cukuplah dengan sebaris kata dan sekeping gambar sahaja - itu sudah membogelkan segala-galanya siapakah Mahathir yang sebenarnya. Bapak Pembangunan Rasuah Tersembunyi Malaysia.....
- Editor
]


Siri 3: "Oh.....Malaysiaku!!!!


Rolls-Royce Untuk Agong, ISA Untuk Rakyat!
Wow!! Kereta Baru Agung

Link Reference : Untukmu Agong (Gambar Ihsan FeU)