Laman Webantu   KM2A1: 4658 File Size: 2.9 Kb *



Sanggahan Kepada Artikel KakMai
By Mak Cik

7/6/2001 9:57 pm Thu

[Melihat kepada hujah panjang lebar Hakim Hishamuddin - itu tidak menampakkan beliau seperti telah dibeli. Malah beliau berdepan dengan satu risiko tinggi di saat kerajaan sedang menggelupur sekarang ini. Disini peribadi seseorang itu perlu dikaji.

Untuk memerangi Mahathir Daim tidak perlu bermain dengan hakim kerana kepakarannya bukan di situ. Mahathir lebih pakar dengan hal itu kerana dia pembelit dan pemutar alam nombor satu. Walaupun berkelulusan peguam, Daim tidak berjaya dalam bidang itu tetapi lebih berjaya dalam bidang niaga yang berunsur tipu. Institusi kehakiman tidak sesuai untuk bermain tipu-tipu kerana ia mudah dipatahkan melalui bukti dan kesaksian.

Jika Daim mahu mengganyang Mahathir dia perlu menggunakan kepakaran tradisinya. Apa yang berlaku kepada Mokhzani baru-baru ini (dituntut membayar hutang oleh bank pro Daim) harus diteliti. Bagi Daim wang adalah segala-galanya - dia akan berada dan berpaut di mana wang itu dapat berbuah dan berbunga tanpa mengira di mana. Dan itu semua selalunya dilakukan melalui orang lain yang sanggup menjadi kuda seperti Mahathir juga. Hakim Hishamuddin tidak sesuai untuk menjadi kuda kerana terlalu nyata. Anak didik Daim kebanyakkan mereka yang pakar bermain angka belaka. Kepakaran sebenar mengurus hampir tidak ada sebab itulah banyak yang lingkup bila ribut ekonomi melanda.

For Daim, it is money that matters.
- Editor
]


http://disc.server.com/discussion.cgi?id=29561&article=384724

Sanggahan kepada artikel KakMai

Mak Cik tak tahu siapa Kak Mai, penulis artikel di bawah ini tetapi sumbernya is a little bit suspect. Betul, dalam menggerakkan reformasi, kita perlukan maklumat tetapi biarlah maklumat yang kita sampaikan itu sahih. Cuba kurangkan unsur-unsur spekulasi dan sampai-menyampai yang apabila diusul semula, cannot withstand scrutiny. Kita mahu menegakkan keadilan dan keadilan memerlukan kebenaran.

Mak Cik berani membuat sanggahan ini kerana Mak Cik memang mempunyai maklumat first-hand bahawa Hakim Hisham tidak berumahtangga di dalam saku Daim. Pada Mak Cik, dakwaan ini adalah satu penghinaan kepada seorang insan yang berani melawan arus dan beliau bertindak demikian bukan kerana didorong oleh sesiapa atau sesuatu tetapi semata-mata kerana sifat semulajadi beliau yang memang memihak kepada yang hak. Dalam keadaan negara kita sekarang, memang sukar kita menemui permata di pelimbahan tetapi Hakim Hisham telah membuktikan bahawa masih ada permata di pelimbahan that our contry Malaysia has become. Don't take that credit away from him!