Laman Webantu   KM2A1: 4663 File Size: 15.9 Kb *



TJ SP MGG: ISA Yang Membingungkan
By M.G.G. Pillai

8/6/2001 10:12 am Fri

[Keputusan hakim Hishamuddin telah memberikan satu implikasi bahawa kerajaan tidak boleh menggunakan ISA sesuka hati lagi kerana perlembagaan terlebih tinggi. Sekaligus ia menyebabkan polis mengada-ngadakan lagi tuduhan agar nampak seperti amat mengancam keselamatan dalam negeri (secara teknikal). Pembebasan dua tahanan tanpa ditangkap kembali menunjukkan polis memang tidak mempunyai bukti dan alasan yang menyakinkan walaupun sudah lama menyoal siasat mereka. Memang pelik mereka dituduh mengancam keselamatan negara dengan roket dan grenade yang amat merbahaya sedangkan Dollah Badawi tidak tahu menahu pula. Penahanan lapan orang lagi telah menampakkan polis telah tidak menghormati implikasi penghakiman yang bersejarah ini.

Ternyata kerajaan telah tercabar di sini. Syabas Hakim Hishamuddin kerana telah memancarkan sinar harapan di dalam kelam. Kerajaan kini sudah dalam kekalutan dan tidak boleh lagi menangkap dengan sewenang-wenang. Perlembagaan nanti akan datang menghumban.... - Editor]


Terjemahan SPAR-03-016

www.malaysiakini.com/Column/2001/06/2001060601.php3

Chiaroscuro


ISA Yang Membingungkan

(Confusion Over the ISA)

ISA (Internal Security Act: Akta Keselamatan Dalam Negeri) merupakan satu undang-undang yang menzalimi kebebasan yang digunakan untuk menekan politikus pembangkang, sudah tidak lagi dianggap berbisa seperti dulu. Kerajaan sudah semakin gelisah seperti juga pihak pembangkang, setiap kali akta itu digunakan, dan pelbagai pandangan tepat yang dijangkakan daripada kedua-dua pihak telah merendahkan serta melunturkan nilai perdebatan mengenainya. ISA dianggap satu bentuk undang-undang yang perlu digunakan secara ekstrim apabila keselamatan negara ataupun ancaman semacam itu tergugat. Ia tidak sepatutnya digunakan terhadap parti lawan, walaupun menggunakan undang-undang itu merupakan satu kemudahan yang tersedia ada untuk mereka yang memegang kuasa.

ISA sepatutnya digunakan selepas diisytiharkan keadaan darurat dalam negara. Cara ia digunakan baru-baru ini apabila 10 pemimpin pembangkang dan aktivis politik telah ditahan memberikan gambaran betapa keadaan semacam itu sudahpun terjadi. Inilah bahayanya tindakan melulu semacam ini.

Secara teknikalnya, kita memang berada dalam beberapa keadaan darurat, yang masih lagi dicatatkan apabila Perlembagaan telah dipinda untuk merakamkan segala pengisytiharan darurat yang tidak ditarik balik selepas Parlimen bersidang. Sebelum ini, semua bentuk darurat dikira pupus secara automatis melainkan ia dibentangkan kembali.

Kerajaan memang bergantung kepada khayalan yang tidak berasas ini untuk menyalah-gunakan undang-undang zalim itu. Kalaulah kita dirundung darurat bererti segala usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing dan usaha menarik pelancong luar adalah satu usaha yang berbentuk kepalsuan jua.

Di Sri Lanka, semua amalan yang biasa, dipraktikkan. Setiap kali diisytiharkan keadaan negara dalam darurat, ia dikuat-kuasakan selama tiga bulan sahaja dan akan tamat secara automatis melainkan kalau disambung lagi. Sri Lanka sedang digugat oleh masalah politik yang lebih serius berbanding Malaysia, namun ia lebih peka terhadap menyekat kebebasan berpolitik.

Senjata Pilihan

ISA hanya boleh digunakan dengan arahan khusus Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, selepas Ketua Polis Negara membuat cadangan agar seseorang yang telah ditahan di bawah undang-undang biasa dikenakan tahanan ISA pula. Menteri itu tidak boleh cuba melepaskan dirinya seperti yang ditunjukkan oleh Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, dengan menafikan yang beliau tahu akan penahanan itu. Dia boleh dianggap cuai dalam tugasnya seandainya dia tidak memberikan arahan kepada penangkapan itu.

Adalah amat malang apabila ISA dipilih sebagai senjata pilihan setiap kali kerajaan mahu menindas pembangkang yang mencabarnya. Ketika ia digunakan dulu terhadap mantan perdana menteri yang baru sahaja dipecat ketika itu (Anwar Ibrahim), Ketua Polis Negara pada waktu itu telah menyusuli tindakan kerajaan dengan menghenyak beliau dengan pukulan-maut karate sehingga lebam matanya dan hampir melayang nyawanya. Namun, kerajaan bersikap bertahan. Tetapi, itulah peristiwa yang membuatkan ISA kehilangan bisanya, apabila aktivis politik dan pemimpin parti pembangkang menganggapnya sebagai satu bahaya yang perlu dihadapi sahaja. Kerajaan pula sudah semakin tertekan dengan menggunakan ISA. Seorang tahanan telah kehilangan begitu banyak berat badannya dan enggan makan nasi bungkus yang berbau hancing, tekanan darah beliau naik mencanak sedangkan paras gulanya menurun, menyebabkan isterinya terpaksa dipanggil untuk menasihatkan beliau makan. Pada waktu itulah beliau dipindahkan kepada sebuah bilik yang mempunyai kemudahan TV dan berhawa dingin untuk mengambil hati.

Itupun tidak dapat membantu. Belum pernah terjadi sebelum ini orang tahanan tidak diberikan kemudahan menemui ahli keluarga mereka dalam tempoh 60 hari mereka ditahan. Ugutan kerajaan mendera pihak pembangkang kini sudah hanyut disebabkan kekalutannya yang diransang oleh kebencian akar umbi.

Itu sebabnya semakin ramai menteri yang bersuara sumbang dengan pendapat yang tidak pernah difikirkan dulu sambil menyerlahkan yang mereka tahu ialah untuk menipu.

Celaan kehakiman yang berbisa

Keadaan yang mencelaru itu telah menyebabkan munculnya satu penghakiman berbisa untuk mencela. Hakim Mohd. Hishamuddin Mohd. Yunus, seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya dan yang dianggap seorang hakim yang pro-kerajaan, telah mengutuk cara tahanan ditahan. Dia telah membangkitkan beberapa isu yang menyangkuti Perlembagaan yang tidak pernah terlintas oleh kerajaan. Mahkamah Persekutuan akan mendengar pelbagai hujah mengenai pendapatnya itu tidak lama lagi.

Ketika beliau mendengar kes rayuan 'habeas corpus' oleh dua orang tahanan ISA itu, beliau telah mengarahkan polis tidak menangkap mereka semula dalam masa 24 jam. Sepatutnya lapan orang tahanan lagi dibebaskan dengan serta merta menunggukan rayuan mereka ditentukan oleh mahkamah. Sebaliknya, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah memberikan arahan agar empat orang antara mereka ditahan untuk dua tahun, sambil yang berbaki empat orang itu dibebaskan sebaik sahaja tiba tempoh 60 hari penahanan mereka itu.

Apa yang akan berlaku seterusnya sudah tidak penting lagi. Kerajaan terpaksa bertahan selagi ISA menjadi senjata berbisa yang digunakannya untuk menghalang parti pembangkang. Seorang hakim telah menyentuh beberapa perkara dalam perlembagaan mengenai cara ISA digunakan Kerajaan tidak mampu menjawab soalan itu. Kerana itu satu kelencongan minda dibuat untuk menyoal haknya memberikan komen mengenai peranan Parlimen pula.

Inilah bahana dan kesan kepada satu pindaan perlembagaan yang dilaksanakan pada 1998 dulu, di mana seorang Hakim Mahkamah Tinggi kehilangan kuasanya dan terpaksa menjalankan tugas setaraf peranan seorang pegawai kastam ataupun polis yang menjalankan tugas tanpa banyak soal. Tindakan hakim itu sudah menghenyak kerajaan. Penghakiman yang dibuatnya telah disokong oleh ramai hakim yang muda-muda dan yang baru diberikan pangkatnya.

Masalah Lebih Besar Yang Dipinggirkan

Di sinilah juga bermulanya kekalutan. Kuasa yang dipegang oleh kerajaan terlalu bergantung kepada tindakan badan kehakiman menyetujui setiap perkara yang dianggap penting. Sikap itu sudahpun tercabar kini. Pendapat Yang Arif Hakim Hishamuddin bahawa Parlimen seharusnya mengkaji akan kesesuaian undang-undang yang dikuat-kuasakan itu dianggap sebagai satu campurtangan pula. Sebenarnya ia tidak seharusnya dianggap begitu. Bagaimana dengan sikap Parlimen yang mahu membincangkan rang-undang-undang dengan cara mengagihkan kertas kerja mengenainya satu jam sebelum ia didebatkan, dan cuba menyogokkan sijil darurat menunjukkan kepentingan masa agar perdebatan dibuat sambil lewa sahaja.

Dengan demikian, adalah bertepatan kalau para hakim yang melaksanakan undang-undang membuat saranan apa yang harus dilaksanakan. Kalau mereka melaksanakannya ia harus dianggap sebagai bertepatan dengan tugas mereka. Malangnya, menteri undang-undang (de fakto) Rais Yatim dan juga timbalan perdana menteri telah merasa tersinggung dengan kenyataan itu. Tetapi, itulah caranya untuk mengelakkan banyak lagi persoalan mengenai perlembagaan yang ada kaitan dalam hal itu.

Semua itu sudah menghantui satu pentadbiran yang selama ini memperlekehkan perkara pokok yang dicetuskan oleh keputusan mahkamah tinggi. Adalah sukar untuk melihat siapa yang akan terhenyak lagi dalam usaha mengabui minda orang Melayu. Mereka yang ditahan dan dipenjarakan akan merasakan semangat kehormatan perjuangan mereka; mereka yang bertanggungjawab menahan masih tidak faham kenapa tercetusnya keributan. Di waktu yang sama mereka berselindung dan berbohong untuk menyelamatkan airmuka sendiri.

Inilah yang membuatkan semakin ramai mempertikai kenapakah ISA itu masih diperlukan.

-M.G.G. Pillai-

Terjemahan SPAR-03-016




Rencana Asal:

Wednesday June 6

Confusion over the ISA

CHIAROSCURO

MGG Pillai

1:13pm, Wed: The Internal Security Act, a freedom-threatening law which is used on occasion to keep opposition politicians in line, does not have the impact it once had. The government is as flummoxed as the opposition when it is invoked, and the predictable apposite views of the two sides demeans and devalues the debate. The ISA must be in the statute books to be used in extremis, when national security and threats of that kind are at stake. It is not to be used against political opponents, however tempting and easy it might be for those in power put through their paces.

It should only be used after a state of emergency is declared. The use of the ISA, as recently when 10 opposition leaders and political activists were detained, presumes one. But a dangerous one.

Technically, we are in several states of emergency, which remain on the statute books when the Constitution was amended to keep on the books all emergency proclamations not specifically withdrawn after Parliament meets. Prior to this, all emergency automatically lapsed unless retabled.

The government relies on this untenable fiction to justify the ISA?s capricious use. If we are in a state of emergency, it makes nonsense of government attempts to attract foreign investment and promoting Malaysia as a desirable tourist destination.

In Sri Lanka, the proper norms are observed. A state of emergency is restricted to three months and automatically lapses if it is not extended. Sri Lanka faces a more serious political problem than Malaysia ever has, but it is more responsive to restriction of political freedom.

Preferred choice of weapon

The ISA should be used only on the specific instructions of the home minister after the Inspector-General of Police recommends that a man detained under normal laws be. The home minister cannot wash his hands off, as Abdullah Ahmad Badawi recently, and claim he knew nothing about the arrests. He is derelict in his duty if he did not order the arrests in the first place.

Unfortunately, the ISA is the preferred choice of weapon when the government wants to cow down an opposition that challenges every move it does. When it was invoked on the just dismissed deputy prime minister, Anwar Ibrahim, and the IGP followed that up with near-fatal karate chops and the infamous black eye, the government became defensive. Indeed, with that, the ISA lost its terror, with political activists and opposition politicians accepting it as one danger amongst many to contend with.

The government itself is troubled by its use. One detainee lost so much weight and refused to eat the urine-smelling nasi bungkus, his blood pressure rose alarmingly as his sugar levels dropped, that his wife was called to persuade him to eat. They had in the meanwhile moved him to an air-conditioned room with a television set.

But it did not help. It is unheard of for ISA detainees not to meet their families during the first 60 days of detention. The government?s threat to teach the opposition a lesson got lost in its own confusion over the ground dissonance.

So, we have minister after minister shooting themselves in the foot with ill-thought comments that question their sanity, if nothing else.

Stinging judicial rebuke

Into this equation comes the stinging judicial rebuke. Mr Justice Mohd Hishamudin Mohd Yunus, a former DPP and generally regarded as a pro-government judge, sharply criticised the form of their detention. He raised constitutional issues which the government had not anticipated, and the Federal Court is due to hear arguments on this soon.

In allowing the habeas corpus petition by two of the recent ISA detainees, he further ordered the police not to rearrest them for 24 hours. Instead of releasing the other eight immediately, pending the appeal, the home minister ordered four of them to be detained for two years, with the remaining four released as the 60-day deadline neared.

It does not matter what happens now. The government is forced on the defensive as the ISA becomes a more contentious weapon in its hands to contain political opposition. The judge rightly raised the constitutional issues in how the ISA is used. The government cannot respond to it, so it diverts the issue to question his right to comment on what Parliament should do.

Its surprise is total that a high court judge who by a 1998 constitutional amendment is reduced to a functionary equal to a customs or police officer would dare question or challenge what he should not. That one judge did is bad enough. But the judgment he delivered had the support of many younger and newly-appointed judges.

Larger issues ignored

This is where the confusion begins. The government?s hold on power is linked to the judiciary agreeing with the government in every matter it deems important. That is challenged. Mr Justice Hishamudin?s comment that Parliament should look into the suitability of laws it enforces is taken to mean an interference. It does not. When Parliament is forced to debate important Bills given the members an hour before they are tabled, and rushed through on certificates of emergency, there is little time for discussion.

So, it is proper that judges who apply the law recommend what should be done. It is right they do. Indeed, they must. Instead of leaving it be and taking the statement for what it is, the de facto law minister, Dr Rais Yatim, and the deputy prime minister takes offence. But it is one way to duck the more important constitutional question.

All this comes back to an administration that ignores the larger issues this high court judgment spawns. It is difficult to see who is the worse off in this continuing struggle for the Malay mind. Those who went in will bear their detention as badges of honour; those who put them there cannot explain what the fuss is all about, while ducking for cover.

And it raises the larger political question of why the ISA is needed.