Laman Webantu   KM2A1: 4664 File Size: 19.7 Kb *



TJ SP MGG: Sepak Terajang Politik Di Sebalik Pengunduran Daim
By M.G.G. Pillai

8/6/2001 11:28 am Fri

MGG 1241

[Dengan berundur Daim telah menyelamatkan dirinya (dan Mahathir juga) dari membentang penyata akaun Umno yang sudah dikerjakannya. Dia sudah tiada pilihan lagi kerana sudah menjadi liabiliti agar Mahathir tidak terkena sumpah seranah akar umbi nanti. Surat layang dan buku anti Daim itulah antara penghambat agar dia lekas mundur diri kerana terlalu bahaya untuk dipikul oleh Mahathir lagi.

Mahathir sudah lama tahu Daim ingin berhenti - tetapi dia menunggu saat yang sesuai agar popularitinya mencanak dan menyegar dalam perhimpunan agung Umno tidak lama lagi. Tempoh Daim bercuti telah digunakan untuk menterbalikkan beberapa polisi agar dia dapat dilihat sebagai tidak menyetujui resepi ekonomi Daim yang sudah terbabas teruk awal tahun ini.

Daim mengumumkan untuk bercuti sebaik sahaja lapuran kewangan Umno diminta. Mokhzani mengundur nama dari beberapa syarikat besar kerana ditekan oleh bank yang pro Daim agar melunaskan hutang hampir RM1 bilion dengan segera. Disinilah segala-galanya bermula.
- Editor
]


Sepak Terajang Politik Di Sebalik Pengunduran Daim

(Political power play behind Daim's departure)

Beberapa hari sebelum menjelangnya ulang tahun hari Kemerdekaan 31, Ogos 1998, Perdana Menteri Dr. Mahathir jelas naik marah dengan soalan bertubi-tubi mengenai masalahnya dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Dia telah berkata: 'Apakah saya mesti memeluknya di khalayak ramai untuk menunjukkan tidak ada apa-apa antara kami berdua?'

Satu minggu kemudiannya, pada 2 September, Anwar telah dipecat, ditahan di bawah Akta ISA, dihenyak sehingga lebam matanya (dan dibiarkan berbogel tanpa bantuan keselamatan sebagai sebahagian daripada pemenjaraannya).

Dua hari sebelum hari jadi rasmi Yang DiPertuan Agong, Dr. Mahathir telah menafikan bahawa Menteri Kewangan akan meletakkan jawatannya.

Keesokan harinya itulah kenyataannya.

Dua peristiwa ini, walaupun tidak ada kaitannya, namun ada hubungannya, malahan mempunyai satu bahagian yang pahit antara keduanya. Kini, orang yang merencana kejatuhan Anwar Ibrahim sudahpun tersembam ke bumi. Dr. Mahathir terpaksa memecat seorang bekas orang kepercayaannya kerana akar umbi masyarakat Melayu telah membuat keputusan bahawa Daim terpaksa mundur kerana menggagalkan usaha Anwar membetulkan sesuatu dalam UMNO walaupun tidak berjaya. Pengaruh Daim yang satu ketika dulu disamakan dengan pengaruh Rasputin dalam kerajaan Tsar Russia, memang bukan calang besarnya lagi. Satu ketika dulu Anwar mencuba menyerang Daim, tetapi gagal, dan kerana itu dia kini merengkok dalam penjara atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan korupsi.

(Catatan Penterjemah: Rasputin ataupun Gregory Effimovich Rasputin -1871-1916, merupakan seorang agamawan fanatik Russia yang berjaya mencengkam kuasanya ke atas Tsar Nicholar II dan keluarganya ketika Perang Dunia Pertama dengan menonjolkan kuasa sihirnya mengubati bakal pewaris takhta daripada penyakit 'hemofilia'. Beliau bertanggungjawab melalaikan Tsar kepada kemunculan reformasi rakyat yang akhirnya meledak menjadi Revolusi Russia. Dia dibunuh akhirnya oleh golongan ningrat Russia)

Dua tahun sudahpun berlalu, kemarahan rakyat marhaen terhadap Daim yang terlalu rakus itu terus naik melonjak. Kini, UMNO sudahpun mahukan penyata penuh segala akaun kewangan yang dikendalikan oleh orang kepercayaan dan sahabat lama yang diberikan amanah sebagai Bendahari parti itu. Apabila mencongak semua fakta itu, Dr. Mahathir tentu sudah sedar bahawa Daim adalah satu beban besar kepada UMNO dan kepada peribadinya juga. Sudah tidak ada pilihan lagi, dia terpaksa memutuskan perhubungannya dengan Daim ataupun menghadapi tindakan ganas daripada akar umbi parti.

Cara Mahathir menyingkirkan Daim tidak banyak berbeza daripada cara beliau menghumban Anwar dulu. Ada sebuah buku bertajuk 'Diam Diam, Daim' yang ditulis oleh penulis upahan Syed Hussein Alatas. Buku itu mempunyai gambar kulit menunjukkan Daim berada di sebalik jeriji besi. Edisi pertama buku itu telah habis terjual sebanyak 20,000 naskhah pada kadar dua kali ganda daripada harga yang dicadangkan. Tidak lama lagi akan ada sebuah buku lagi, yang dikatakan akan dihasilkan oleh Khalid Jaffri, yang pernah menulis buku anti-Anwar dulu. Buku '50 dalil kenapa.....' dikatakan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Seperti yang terjadi kepada Anwar sebaik sahaja diaibkan, beberapa agensi penyiasat telah menyelongkar pejabat dan juga rumah kediaman para sahabat yang rapat dengannya. Sebaik sahaja Daim berundur, rumah-rumah kediaman para isterinya dan dua orang sahabat karibnya telah digeledah pula. Seorang telah digeledah sebaik sahaja Daim ditanya di Parlimen siapakah dia 'Josephine' itu. Dia dilihat menghadirkan dirinya di Parlimen hanya sekali selepas peristiwa itu - ketika perdana menteri membentangkan projek OPP3.

Kesilapan Membawa Maut

Banyak yang diperkatakan mengenai cuti dua bulan yang diambil oleh Daim. Dia sudah dihenyak di satu sudut apabila Majlis tertinggi UMO mahukan penyata penuh segala pelaburan yang dikendalikannya sebagai Bendahari UMNO. Itulah yang menyebabkan beliau pergi bercuti selepas diberitahu akan keperluan itu.

Jadi, segala sikap mendabik dada para menteri kabinet berikutan pengunduran Daim yang dikatakan tidak ada tolok bandingnya itu sudah menjadi satu sifat bermuka-muka. Setelah dikaji semua peristiwa yang terjadi dan difikirkan segala tanggapan betapa pintar dan bijaksananya beliau itu, laksana Hamlet dalam cerita opera Shakespeare, Daimpun mempunyai kelemahannya. Kalau Hamlet dikaitkan kepada pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah, Daim mempunyai kelemahan kerana terlalu tamak dan haloba. Berita pengundurannya telah diterima oleh pelbagai hilai dan ketawa yang tidak kedengaran kerana masih ramai yang rela berpura-pura bersedih dan hiba secara terbuka.

Ketika berkuasa dulu, Daim cenderong memihak kepada para kroni dan pak-pacaknya untuk mengagihkan segala kontrak dan projek penswastaan kerajaan. Danaharta dan Danamodal yang ditubuhkan untuk menyekat sistem perbankan daripada jatuh tersungkur disebabkan hutang berkarat yang menggunung tingginya, telah memberikan banyak nikmat kepada para kroni daripada orang lain dalam sebarang kumpulan yang ada.

Kini, air pasang sudah lama surut. Ada cakap-cakap, sesiapa sahaja yang dilantik menjadi menteri kewangan yang baru terpaksa menilai semula segala kontrak yang telah diberikan oleh Daim sejak tiga tahun yang lalu. Surat-surat akuan yang telah dimeterai untuk projek hidro-elektrik Bakun, dan Pangkalan tentera laut Teluk Spangga adalah antara beberapa projek yang perlu dikaji semula.

Daim tersilap mentafsir mood orang Melayu ketika dia merencana penyelamatan (bailout) MAS yang memihak kepada seorang kroni, Tajuddin Ramli. Begitu juga kisahnya dengan TimedotCom, pembelian Phileo-Allied ke atas Pos Malaysia pada harga yang rendah yang dianggap sebagai harga terdesak.

Kemelut penyelamatan MAS telah mencuit kemarahan para menteri kabinet ketika kes itu dibentangkan kerana mereka disogokkan dengan satu kes 'fait accompli' (keadaan yang sudah terjadi). Dengan lain perkataan, Daim sudah meniru gelagat Dr. Mahathir yang melepasi tempoh kegunaannya. Kiasan yang pertama mengenai fenomena ini muncul apabila anak lelaki kedua Dr. Mahathir, Mokhzani, secara melodramatik telah mengundurkan dirinya daripada dunia komersial. Pengunduran ini adalah disebabkan satu kumpulan bank yang dikuasai oleh Daim meminta pembayaran balik hutang bertapuk Mokhzani yang bernilai RM1 bilion secara spontan. Dia merasa lega apabila menjual dua syarikat yang mempunyai kemungkinan untuk memberikannya keuntungan yang tinggi.

UMNO dan dunia Melayu sudah tentu tidak akan mempedulikan segala aksi sepak terajang politik ini seandainya Dr. Mahathir tidak pernah melakukan kerja-kerja bajingan terhadap Anwar. Besar kemungkinannya Mahathir bertindak berani dan rakus seperti itu disebabkan tekanan dan pengaruh Daim. Daim sudah nampak betapa empayar niaganya akan jatuh tersembam seandainya Anwar meneruskan kerja-kerja penyeliaan dalam kementerian kewangan.

Tekanan Daripada UMNO

Ekonomi Malaysia sudah pun terjejas dan tidak mungkin dapat dipulihkan dengan segera. Inilah bahana kelentongan Daim betapa sebagai menteri kewangan beliau menggalakkan satu kepercayaan bahawa projek-projek mega boleh dilaksanakan tanpa dana di tangan untuk membayarnya sambil mengenepikan unsur-unsur ekonomi para kroni. Inilah bahananya pembikinan projek kerana Perdana Menteri Malaysia mahu menunjukkan kepada dunia bagaimana Malaysia mengajar IMF yang tersilap pada satu kali ketika berlakunya kemelesetan kewangan 1997 Asia dulu. Inilah juga bahananya apabila Mahathir mahu menunjuk-nunjuk betapa Malaysia adalah selamat daripada krisis kewangan dan matawang.

Tetapi dia lupa ataupun sengaja terlupa bahawa ekonomi Malaysia hanya merupakan ekonomi berbuih di mana mencipta kertas kewangan adalah lebih penting daripada mencipta benda lain yang dikira berharga. Ketika memegang kuasa perbendaharaan negara, Daim telah menonjolkan tanggapan ini - untuk kemewahannya sendiri yang akhirnya menjerutnya juga. Tanpa sebarang keraguan, Daim adalah ahli politikus yang terkaya di bumi yang dipijaknya tanpa sebarang industri penting yang dikaitkan kepada namanya.

Yang lebih menakutkan kini ialah kesannya ke atas UMNO. Angin desas-desus semakin kencang tiupannya akan apa yang mungkin terjadi pada 21 Jun tahun ini. Inilah tarikhnya Persidangan Tahunan UMNO akan dilangsungkan. Angin yang kencang tiupannya kini menyebut beberapa nama daripada Dr. Mahathir, Daim, kepada beberapa nama lagi yang menjadi anggota Majlis Tertinggi. Kerana itu apabila Mahathir cuba berjenaka apabila ditanya mengenai peletakan jawatan Daim setibanya beliau daripada Jakarta, Dr. Mahahtir sebenarnya tersilap tafsir mood orang Melayu sekali lagi.

Mahathir semakin tertekan dan bukan kepalang tekanan yang dirasainya itu. Ketakutannya berucap di hadapan himpunan orang Melayu sudah semakin ketara kini. Dia sudah samar dengan pendirian orang Melayu sama ada mereka masih menyokongnya sebagai seorang pemimpin feudal Melayu yang betul ataupun bersalah. Episod Daim, mencabar kuasa di tangan Mahathir dan ini terjadi selepas keputusan badan kehakiman yang bersikap terus-terang terhadap tahanan ISA.

Kesaktian kuasa yang menyerlahkan unsur-unsur kekuasaan apabila segalanya tumpas, sudah lama ghaib daripada genggaman UMNO dan presidennya. Inilah kesaktian yang telah menyelamatkan Mahathir untuk beberapa kali dan bersilih ganti. Inilah kesaktian yang menghilang keluar sebaik sahaja dia memusnahkan Anwar.

Ketika ini Anwar sedang dipenjarakan. Dia masih tidak dilupakan ataupun diketepikan. Demikianlah keadaannya selagi Dr. Mahathir menyalah-tafsir mood orang Melayu. Anwar semakin menyerlah sebagai alternatif yang indah untuk mengisi kerusi perdana menteri yang semakin terdedah. Bagaimana caranya dan bila jadinya bukan menjadi isu yang perlu difikirkan masakini. Memandangkan penderitaan yang ditanggungnya, wataknya semakin menonjol sebagai pemimpin yang lagi satu. Inilah yang membuatkan Mahathir menghumbankan Daim dari sisinya. Malahan, bukan Daim sahaja yang akan menerima bencana. Dan tekanan itu bukannya datang daripada beliau sahaja. UMNO yang akan membuat penentuan juga di tahap awalannya.


M.G.G.Pillai
Terjemahan SPAR-01-018





Rencana Asal:


http://www.malaysiakini.com/Column/
2001/06/2001060501.php3


Tuesday June 5

Political power play behind Daim's departure

CHIAROSCURO

MGG Pillai

1:47pm, Tue: A few days before Merdeka (independence) Day, Aug 31, 1998, the Prime Minister Dr Mahathir Mohamed, irritated at reporters' questions of a rift between him and his deputy prime minister, snapped: "Do I have to kiss him in public to show all is fine between us?"

A week later, on Sept 2, Anwar Ibrahim was sacked, detained under the ISA, manhandled and jailed.

Two days before the Yang di-Pertuan Agung's official birthday celebrations, Dr Mahathir denied Finance Minister Daim Zainuddin had resigned.

The next day, it became a fact.

The two events, disparate as they are, are linked; it even has a 'biter bit' quality about it. Yet one more who plotted the destruction of Anwar Ibrahim bites the dust. Dr Mahathir is forced to dismiss his erstwhile confidant as Malay opinion decides Daim must go for what Anwar Ibrahim tried to reverse but failed: Daim's Rasputinesque influence in government and business. When Anwar as finance minister targetted Daim, it backfired on him; he now is in jail for s###my and corruption.

In the two years since, this anger at Daim's acquisitiveness intensifies, with even Umno now demanding a full account of its finances from its erstwhile and long-time treasurer. Dr Mahathir, when all is said and done, realises Daim to be a liability to Umno more than he. He had no choice but cut his links with Daim or face more resolute action from the Umno ground.

More than that, how Dr Mahathir removed Daim is reminiscent of how he removed Anwar. A recent Malay political best seller, Diam, Diam Daim (Quiet, quiet, Daim), written by that intrepid pen for hire, Syed Hussein Alattas, has a cover montage of Daim sitting behind prison bars. The first edition of 20,000 is sold out at double its recommended price, with a new edition due shortly. Another on the same theme by Khalid Jaffri, who wrote the anti-Anwar book in Malay, Fifty reasons why Anwar cannot be prime minister, is about to hit the streets.

As with Anwar, immediately after the fall, investigatory agencies raided the offices and homes of those closely aligned to him. After Daim resigned, those of one of his wives and two close associates were raided. One had earlier faced a similar raid when he was asked in Parliament who the mysterious Josephine was. He had been seen in Parliament only once since - at the presentation of the OPP3.

Fatal flaw

Much is made of Daim's two months leave. He was pushed into a corner, with the Umno Supreme Council wanting a detailed report of its investments, which he as treasurer was responsible for. He went on leave shortly after.

So the breast-beating of Malaysian cabinet ministers at the unexpected departure of an incomparable finance minister is political gobbledygook. For the long and short of it is that, however brilliant and clever, he had, like Hamlet, an over-riding fatal flaw: Hamlet's was indecisiveness; Daim's, acquisitiveness. That he is out of the scene evokes more genuine pleasure than the crocodile tears in the official media.

In office, he leaned towards his cronies and satraps when dispensing contracts and privatisation of government utilities. Danaharta and Danamodal, the government agencies formed to prevent the banking system from collapsing in the weight of loans granted with the usual checks and balances benefit his cronies more than any other group.

But the tide turns. There is talk that whoever is appointed finance minister, possibly today, would have to review every contract Daim has given out in the past three months. Letters of intent given out for the Bakun hydroelectric project and the Sepanga Bay naval base, amongst others, are also affected.

Daim misjudged the Malay mood when he orchestrated the MAS bailout, which benefitted his crony, Tajudin Ramli; the Time dotCom fiasco; the Phileo-Allied purchase of Pos Malaysia at distress sale prices.

The MAS bailout upset even cabinet ministers when it was presented to them as a fait accompli. In short, like Dr Mahathir, he overstayed his welcome. The first hint of this came when Dr Mahathir's second son, Mokhzani, melodramatically withdrew from the commercial world. What forced him to was a demand from the regrouped banks under the control of Daim cronies to repay nearly RM1 billion in loans immediately; he got a respite when he disposed off two potentially most profitable companies in his grasp.

Umno and the Malay cultural world would have ignored all this if Dr Mahathir had not reacted as he did over Anwar. It is highly probable he would not have but for Daim's pressure. Daim saw his commercial empire in danger if Anwar brought order into the finance ministry.

Pressure from Umno

The Malaysian economy is damaged, perhaps irrevocably, because Daim as finance minister encouraged the belief that building grandiose projects with little or no money on hand to pay for it, and ignoring the disincentives of a crony economy, coupled with a Prime Ministerial belief that because Malaysia proved the IMF wrong on one occasion, in the aftermath of the1997 Asian meltdown, it is secure from other financial and fiscal crises.

But he forgot, or refuses to accept, that Malaysia's is a bubble economy in which churning financial paper is more important that producing anything worthwhile. Daim at the treasury pushed this view forward - to his considerable benefit and his ultimate fall. He is, also without doubt, the richest politician around, and with no vitally important industries linked to him.

The more frightening is its impact on Umno. Rumours abound on what could happen at the Umno General Assembly on June 21 this year. There is talk amongst divisions of a vote of confidence: against whom varies from Dr Mahathir, Daim to the Umno Supreme Council. So, when Dr Mahathir treated the Daim resignation as a huge joke on his return from Jakarta, he misjudged the Malay mood yet again.

The pressure on him is immense. His fear of addressing Malay audiences is real. He is unsure if the Malay would back him as feudal leader, right or wrong. The Daim affair challenged his hold on power so soon after the judiciary did with its unexpected pronouncements on ISA detainees.

The mystique of power, that undefinable quality that ensures power when all else fails, deserts Umno and its president. This saved Dr Mahathir time and time again, but he began to lose it after how he destroyed Anwar.

But while Anwar is in jail, he is not forgotten or sidelined. Not yet. So long as Dr Mahathir misjudges the Malay mood, Anwar becomes an attractive alternative as a future prime minister. How or when that would be is not the issue. That, in his predicament, he rises high as an alternative leader, is what makes Dr Mahathir have to remove Daim from his side. He would not be the only one. And pressure would come not just from him, but from Umno first.