Laman Webantu   KM2A1: 4665 File Size: 19.3 Kb *



TAG SP 153: Pengorbanan Terakhir: Daim Mundur [FEER]
By S. Jayasankaran

8/6/2001 11:30 am Fri

TAG 153

[Serangan terhadap Daim adalah sengaja dirancang untuk menyelamatkan Mahathir. Dan Daim berdiam serta berundur mungkin juga untuk menyelamatkan Mahathir dan dirinya juga. Jika tidak dia perlu membentang akaun penyata Umno dan mungkin menerima serangan yang tidak tertepis dengan aibnya oleh akar umbi dalam perhimpunan agung Umno nanti.

Untuk menguatkan lagi kedudukkannya menjelang perhimpunan agung Umno Mahathir menggunakan ISA. Mahathir begitu bimbang kebolehan Ezam dan rakan-rakannya kerana cara mereka menyerang boleh membuat beliau tumbang. Semua pemimpin BA harus meneliti perkara ini. Selain ISA, akta internet juga muncul bulan lepas dan akhbar Cina telah ditelan bulan ini. Ini semua adalah langkah penting agar semua bangkangan dapat dicengkam dan dipenjarakan.

Apa yang dilakukan oleh Mahathir sekarang adalah langkah-langkah untuk mendapatkan markah dan tepukkan gemuruh dalam perhimpunan agung nanti. Walaupun begitu Hakim Hishamuddin telah menyebabkan arus berubah rentak dan sakit Anwar membuat Mahathir sedikit tersedak kerana Suhakam telah menyokong rawatan luar. Besar kemungkinan keadaan sakit Anwar akan digelapkan dari media agar tidak terlepas ke dewan PWTC. Nanti akan bergemalah (agaknya) dewan itu nanti dengan seribu pujian agar Mahathir berkhidmat sampai mati. - Editor]


Terjemahan SPAR-03-017


FEER Issue cover dated 14 Jun, 2001-06-07


Pengorbanan Terakhir: Daim Mundur

(Final Sacrifice: Daim Bows Out)

Oleh: S. Jayasankaran/Kuala Lumpur


Pada 1 Jun, Menteri Kewangan Daim Zainuddin meletakkan jawatannya daripada kerajaan, sambil memperkuatkan spekulasi bahawa dia sudah sememangnya tidak sebulu lagi dengan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, seorang sahabat dan mahagurunya sejak 1980-an dulu lagi.

Perpisahan itu tidak banyak menyerlahkan keperitan yang terjadi ketika Mahathir memecat Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri pada 1998 yang lalu. Namun perpisahan kali ini menyemarakkan bara kesangsian betapa Daim, yang dikaitkan dengan pelbagai urusniaga yang besar-besar dan tidak popular, terpaksa membayar cagarannya yang tinggi disebabkan kemarahan dan kejelekan rakyat marhain terhadap pentadbiran Mahathir. 'Oleh kerana tidak disebut sebab-musabab perletakan jawatan itu, orang ramai pun membuat telahan tidak menentu,' kata Shahrir Samad, seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, parti utama dalam gagasan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang. 'Tidak ada sesiapa yang akan memberitahu kebenarannya, bahawa mereka gembira melihatkan beliau pergi.'

Semua orang bersetuju siapa yang akan mendapat keuntungan daripada episod pengunduran ini. 'Ini akan membuatkan Mahathir dilihat sebagai lebih perkasa,' kata seorang peniaga Melayu yang mengenali mereka berdua. 'Ini menunjukkan Mahathir sanggup mengorbankan kawan-kawan baiknya.'

Mengikut ramalan daun teh mengenai suasana politik Malaysia, adalah lebih baik untuk merujukkan perkara in kepada orang yang memegang kuasa. (Catatan penterjemah: Ramalan daun teh ialah satu teknik ramalan yang berasal daripada India dan amat popular di zaman 'nawab' dan 'mahbob' dulu-dulu. Air teh di tuang ke atas piring untuk melihatkan gambaran kumpulan daun teh yang bertakung di permukaan minuman itu. Dari situ ramalan pun dilaksanakan oleh tukang telek. Ramalan ini seakan sama dengan pencantuman butiran bintang untuk dijadikan kumpulan 'constellation' ataupun zodiac di angkasa raya, yang merupakan asas kajian 'horoskop'.)

Terdapat dua puak yang membuat ramalan mengenai masa depan Mahathir Mohamad. Satu, mengatakan bahawa perdana menteri sudah pun lanjut usianya dan akan menyambut hari jadi yang ke-76 pada bulan Disember ini. Kerana itu dia sedang merencana satu strategi pengunduran untuk bersara secara terhormat tidak lama lagi. Yang lagi satu pula meramalkan beliau akan terus memperkukuhkan kedudukannya kerana dia tidak pun berniat untuk melepaskan kuasa.

Terlalu ramai manusia yang mempercayai andaian yang kedua itu tadi. Memang tidak sukar memahami tanggapan mereka. Mahathir memang kerap mengulang-ulang perkataan bahawa inilah tempoh terakhir untuknya. Tetapi, itulah juga yang kerap disebutnya sejak dulu lagi. Sejak enam bulan yang lalu, beliau telah bertindak memperkukuhkan kedudukannya dengan memberi banyak pampasan dan menggunakan banyak ugutan. Mereka yang difikirkan akan mencetuskan bebanan kepadanya, termasuklah Daim, sudah pun dimangsakan. Beberapa pandangan yang mengampu dan dianggap popular telah diketepikan - termasuklah penyingkiran enam pegawai tertinggi UMNO yang dikatakan terlibat dengan politik wang.

Pada waktu yang sama, seolah-olah mahu mengingatkan rakyat bahawa kepimpinan turut terlibat dengan membuat keputusan yang tidak popular, Mahathir telah bertindak untuk melenyapkan suara-suara pembangkangnya.

Secara jangka pendek dia mungkin berjaya menyemarakkan popularitinya dalam UMNO, yang sudah tentu akan membantu beliau pada akhir bulan ini ketika UMNO bersidang. Pengunduran Daim itu bererti Mahathir bukan sahaja mengambil-alih pengurusan ekonomi Malaysia, malahan akan menyelia kementerian kewangan yang berpengaruh itu dari sekarang. Kini dia sudah mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku menteri kewangan, bererti tidak ada lagi menteri lain yang akan mempunyai kuasa bebas seperti yang dinikmati oleh Daim pada satu ketika dulu. Ini juga memberi makna seandainya ekonomi Malaysia melonjak kembali dengan tegapnya dalam masa beberapa tahun ini, tidak ada orang lain melainkan Mahathir yang akan menerima pujian kerananya. Inilah sinario yang diharapkannya untuk membuat pengunduran secara terhormat. Lagipun pemilu yang akan datang dijangka dilangsungkan pada 2004.

Namun, memang ada kemungkinan perkara ini akan merudum jua. Ikatan-janji perniagaan, terutama sekali yang melibatkan wang cukai pendapatan rakyat marhaen sudah menjadi bahan pengamatan rakyat yang semakin sedar betapa pentingnya pentadbiran yang amanah. Ini bermakna si perdana menteri ini tidak boleh menyalahkan orang lain lagi seandainya berlaku kepincangan lagi yang membiakkan tindakan penyelamatan ataupun penurunan simpanan rizab negara. Legasi warisan Mahathir akan bergantung kepada kesediaan beliau mewujudkan satu pentadbiran yang lebih telus lagi daripada sistem yang sedia ada.

Salah satu bebanan politik Mahathir ialah penglibatan anak-anaknya dalam alam perniagaan. Bebanan ini berkurangan secara mendadak apabila anak lelakinya yang nombor dua bertindak pada April lalu untuk berundur daripada dunia perniagaan sebagai langkah melindungi bapanya daripada pelbagai tuduhan mengamalkan nepotisme. Mokhzani telah menjual sahamnya dalam dua syarikat yang tersenarai di pasaran saham dengan kerugian besar. Pengamat suasana politik mengakui bahawa tindakan itu mampu setidak-tidaknya melunturkan kecaman terhadap Mahathir.

Di waktu yang sama, Mahathir telah mencadangkan bahawa golongan peniaga yang terlalu kaya, tidak dibenarkan memegang jawatan dalam UMNO, dan pemimpin UMNO tidak lagi diberikan hak mendapatkan kontrak kerajaan yang pada satu ketika dulu merupakan hak mereka.

Mahathir juga tiba-tiba mengambil sikap berlembut. Pada Mei dulu secara mengejut dia akur kepada permintaan kesatuan sekerja yang mahukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, yang merupakan dana pencen terbesar di negara ini mengambil sikap lebih bertanggungjawab kepada anggota keahliannya.

Dia telah menunda dan mengarahkan satu kajian semula kepada rencana yang bernilai 6 bilion ringgit di mana kerajaan bercadang menyelamatkan dua sistem aliran transit , di mana salah satu sistem itu ada kaitannya dengan Daim. 'Perkara semacam ini bukannya selalu dilakukan oleh Mahathir,' kata seorang pensyarah ekonomi sebuah universiti di Kuala Lumpur. 'Dia mula mencuba menjadi seorang pemimpin populis.'



Namun demikian, di waktu yang sama juga Mahathir telah melancarkan satu siri penangkapan pemimpin pembangkang. Pada April polis telah menahan 10 orang pembangkang di bawah Akta ISA, yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Dua orang sudah pun dibebaskan sedangkan pada Jun 2, empat orang lagi telah dipenjarakan di bawah ISA untuk dua tahun lamanya, atas arahan menteri hal ehwal dalam negeri.

Yang terbaru, beliau telah 'merestui' tindakan sebuah parti komponen untuk membeli dua akhbar harian berbahasa Cina yang selama ini memang kerap mengkritik kerajaan. Lagipun, kerajaan telah mengumumkan peraturan baru untuk menguasai bidang kewartawanan internet dan pemberitaan alternatif yang kebanyakannya tidak menyenangi pemerintah. Inilah laman web yang menjadi semakin popular di kalangan warga kelas menengah negara.

Antara pujukan dan amaran, yang paling kuat tertekan ialah Daim. Ramai pengamat berkata, Mahathir mula renggang dengan Daim apabila dua urusan niaga yang dikendalikan oleh menteri kewangan itu menjadi tidak popular. Lagipun ada pembantu Mahathir yang menuduh Daim kerana sengaja mensabotaj perdana menteri dengan mengungkit segala aktiviti perniagaan anak-anak perdana menteri itu sambil memberikan sindiran di sidang mesyuarat dengan para peniaga, wartawan, editor akhbar dan ahli politik UMNO, betapa Mahathir menguasai parti dan juga kerajaan secara kuku-besi.

Seorang peniaga sekutu Daim ada berkata bagaimana kabinet telah 'memasang satu baji' antara dua orang pemimpin itu. Ketika Daim bercuti pada April hingga Mei, dan tidak menghadiri mesyuarat kabinet, dia dan juga kementeriannya telah dikritik secara hebat oleh rakannya dalam kabinet. Antara aduan yang didengar termasuklah tuduhan betapa Menteri Kewangan masuk-campur dalam pengagihan kontrak kerajaan dalam kementerian lain, dan cemuhan mengenai dua ikatan-janji yang membabitkan penyelamatan MAS dan penggunaan dana pencen untuk menjamin penyenaraian sebuah syarikat telekom. Dua-dua urusan niaga itu membabitkan syarikat yang dikuasai oleh anak-didik Daim.

Dalam penjelasannya kepada para pengikut setia parti, Mahathir telah menyebut betapa dia tidak diberikan penjelasan yang secukupnya mengenai ikatan-janji syarikat penerbangan itu. Berkaitan dengan dana pencen pula Mahathir berkata dia tidak pun tahu akan pembabitan agensi pencen itu.

Ada para analis yang berandaian bahawa serangan terhadap Daim itu sengaja dirancang sebelum bermulanya perhimpunan agung UMNO. Surat layang menceritakan beberapa urusniaga telah mula diedarkan di Kuala Lumpur. Sementara itu buku yang mengutuk aktiviti Daim dengan perniagaannya telah dijual dengan larisnya di merata negara.

Sebaliknya, mantan menteri kewangan itu sengaja berdiam diri sahaja. Pada masa dulu-dulu, Daim merupakan orang yang menampan segala serangan yang ditujukan kepada Mahathir. Pada kali ini dia mungkin melakukannya dengan tujuan untuk mengekalkan legasi warisan Mahathir itu juga.

-S. Jayasankaran-

Terjemahan SPAR-03-017




Rencana Asal:

http://www.feer.com/_0106_14/p024region.html


The Far Eastern Economic Review
Issue cover-dated 14th June 2001

Final Sacrifice: Daim Bows Out

With the resignation of his finance minister, Premier Mahathir Mohamad's strategy is revealed: Shed liabilities, quell dissent and woo the public

By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR

ON JUNE 1, Finance Minister Daim Zainuddin resigned from government, reinforcing speculation that he had fallen out with Premier Mahathir Mohamad, his friend and mentor since the 1980s.

The parting had little of the acrimony associated with Mahathir's 1998 ousting of Deputy Premier Anwar Ibrahim, but it stoked suspicion that Daim, widely associated with several recent and hugely unpopular deals, was paying a price for increasing public disenchantment with Mahathir's administration. "No reasons [for the resignation] have been given, so people will speculate," says Shahrir Samad, a member of the powerful Supreme Council of Mahathir's United Malays National Organization, the main party in the ruling coalition. "And no one will say the truth, that they are happy to see him go."

Everyone agrees on who will benefit. "This could make Mahathir look good," says a Malay businessman who knows both men. "It shows he's willing to sacrifice close friends."

To read the tea leaves of Malaysian politics is to always refer to the man who calls the shots. And there are two schools of thought regarding Mahathir Mohamad. One has it that the ageing Malaysian leader--he will turn 76 in December--is preparing an exit strategy for an honourable retirement soon. The other is that he's digging in to consolidate his power because he has no intention of going.

Cynics overwhelmingly plump for the latter view. It's not hard to see why. Mahathir has said repeatedly that this would be his last term, but he's said such things before. Over the past six months, the premier has moved to consolidate power by dishing out carrots and wielding sticks. Perceived liabilities, including Daim, have been excised, while sops to popular opinion have been thrown--including the removal of six senior Umno officials from their party positions for their involvement in money politics.

Meanwhile, as if to remind people that leadership is also about making unpopular decisions, Mahathir has moved to quell external dissent.

In the short term, he may have boosted his popularity within Umno, which will help him later this month when the party convenes for its annual general assembly. Daim's departure also means that Mahathir has not only taken over Malaysia's economic management but will supervise the powerful Finance Ministry closely from now on. Mahathir has named himself acting finance minister, and no new minister is likely to have the free hand that Daim enjoyed. That implies that if the Malaysian economy rebounds strongly sometime in the next few years, no one except Mahathir will be able to claim credit. In such a scenario, the timing for an honourable exit is auspicious: The next general elections must be held by 2004.

But there is an obvious potential downside. Business deals, especially those involving taxpayers' money, have come under a critical spotlight amid increasing awareness regarding good governance. That means that the premier will have no one to blame but himself for financial foul-ups such as further bailouts or falling reserves. The Mahathir legacy will depend, ultimately, on whether the premier really intends to introduce more-transparent governance.

One of Mahathir's biggest political liabilities is the involvement of his sons in business. In April, that diminished considerably when his second son, Mokhzani, announced that he was withdrawing from the corporate sector in order to shield his father from accusations of nepotism. Mokhzani sold his stakes in two listed companies at a decided loss. Political analysts conceded that the move would, at the very least, reduce criticism of Mahathir.

Meanwhile, Mahathir said that "filthy rich" businessmen would not be allowed to vie for Umno positions, and that Umno chieftains would no longer be allowed the government contracts that were once viewed as their rightful due.

Mahathir also revealed a less unbending side: In May, he unexpectedly bowed to union demands that the Employees Provident Fund, the country's largest private pension plan, be more accountable to its members.

He's also postponed and called for a review of a planned 6 billion ringgit ($1.6 billion) government rescue of two urban light rail transit systems, one of which is linked to a protégé of Daim. "It's not something Mahathir normally does," says a university economics lecturer in Kuala Lumpur. "He's becoming populist."

At the same time, however, Mahathir has cracked down on the opposition: In April, police arrested 10 dissidents under the Internal Security Act, which permits detention without trial. Two have been released, while on June 2 four others were imprisoned under the ISA for two more years, by order of the home minister.

Meanwhile, the premier "gave his blessings" for a political party allied to his ruling coalition to take over two independent Chinese-language newspapers frequently critical of the establishment (see story below). Also, the government has announced rules to govern Internet journalism and the alternative, mostly anti-establishment, Web sites that have become very popular among middle-class Malaysians.

In between carrot and stick, the biggest casualty may have been Daim. Analysts say that Mahathir began distancing himself from Daim after it became clear that two business deals associated with the finance minister were terribly unpopular. Mahathir associates also allege that Daim "undermined" the premier by complaining about his children's business interests and implying, at meetings with individual businessmen, editors and Umno politicians, that Mahathir ran both party and government arbitrarily.

A business associate of Daim says that the cabinet "drove a wedge" between the two men. While Daim was on leave from April through May, and wasn't attending cabinet meetings, he and his ministry came under severe criticism from his cabinet colleagues. Complaints included allegations that the Finance Ministry interfered with awards of government contracts from other ministries, and criticism of two controversial deals involving a bailout of Malaysia Airlines and the use of pension funds to underwrite a telecoms listing. Both deals involved companies controlled by Daim protégés.

In explanations to the party faithful, Mahathir said he had been "inadequately briefed" about the airline deal while he "knew nothing" about the involvement of the pension funds.

Some analysts wonder if the attack on Daim has been orchestrated ahead of the June assembly. Letters detailing his alleged business dealings have begun circulating in Kuala Lumpur while a new, mostly critical book on Daim sells briskly in bookshops throughout the country.

For his part, the former finance minister has maintained an aloof silence. In the past, Daim has often taken the heat for Mahathir. This time he may have done so for the ultimate goal: preserving the Mahathir legacy