Laman Webantu   KM2A1: 4685 File Size: 18.6 Kb *



TAG SP 158: Mahathir - Politik Kesyaitanan Yang Menjijikkan
By Spirit of Truth

10/6/2001 10:43 pm Sun

[Peristiwa pembunuhan bercorak kaum atau agama di Bukit Jenalik (Sauk) dan ADUN Lunas - dan kini rompakkan bersenjata di bank telah menyerlahkan sesuatu. Mahathir melalui polis bertopengnya dan hakim serta penulis upahannya sedang melakar strategi agar PAS dan keADILan dapat disinonimkan dengan keganasan agar dijauhi oleh kaum Cina dan India serta penganut ugama bukan Islam di negara ini - jika tidak BN akan terhumban dalam pemilu nanti.

Memang jijik permainan politik Mahathir. Tetapi apa yang dilakarnya kini sudah menjerut tengkuknya sendiri. Rakyat sudah dapat menelah beliaulah di belakang semua rancangan putarbelit yang gila sehingga sanggup melayangkan beberapa nyawa untuk tujuan terkutuk ini. - Editor]


Terjemahan: SPAR-06-003

FeU: http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_a_sot_81.html


Mahathir - Politik Kesyaitanan Yang Menjijikkan

(Mahathir - Satanic Politics At Its Worst)

Oleh: Spirit of Truth

Semakin terserlah kini bagaimana Mahathir yang merupakan seorang pemimpin zalim yang dibenci oleh rakyat marhaen masih cuba meronta-ronta memperkasakan cengkamannya terhadap kuasa yang masih lagi ada di tangannya. Belum pernah lagi dalam sejarah politik Malaysia moden, seorang pemimpin menunjukkan sikapnya yang rakus untuk terus berkuasa dengan masa pinjamannya. Rakyat marhaen Malaysia memerhatikan dengan penuh kejelekan bagaimana diktator ini terus memutar-belitkan segala isu songsang dan pelbagai peristiwa yang sengaja diada-adakan sedangkan semua itu adalah satu penipuan dan pembohongan untuk menyorokkan segala dosanya. Kehangatan politik terus mencanak selari dengan segala kehampaan seorang penzalim yang terus terdesak. Kini dia terus dihantui ketakutan memikirkan segala deraan yang perlu dialaminya kerana kerja-kerja menimbun korupsi yang semakin membebani pemikirannya. Kemusnahan Mahathir yang sungguh bersejarah itu sudah semakin menghampiri ambang kenyataannya walaupun dia terus tergagap-gagap mencuba bertipu helah dan merencana pergerakannya sambil terus mendedahkan segala kejijikan yang mempercepatkan kejatuhannya.

Kedegilan Mahathir Menghancurkan UMNO - BN

Kerana terlalu degil melepaskan kuasa yang dirangkulnya melalui segala tipu helah ketika pilihanraya umum, si penyangak ini sudah pun diserang satu penyakit yang pelik yang disebabkan oleh tabiatnya sendiri yang semacam sudah meracuni pemikirannya, menyebabkan beliau bertindak dengan berbuat silap secara berurutan, menanggung dosa secara berjuraian, berbohong tanpa henti dan terus berusaha untuk menipu dan mengugut rakyat marhaen lagi dengan menyalah-gunakan kuasa polis, media dan badan kehakiman yang tidak pun memberikan hasil yang diharapkan. Kelentongan politik beliau sudah semakin kehilangan bisanya, haprak dan tidak berguna. Rakyat marhaen sudah semakin lali kepada 'sandiwara' beliau sehinggakan beliau sudah menampakkan unsur-unsur akan dikejangi serangan angin ahmar. Gelagat penyangak Mahathir sudah membuatkan rakan komponen gagasan BN semakin meloya dan mual. MCA kini sudah pun terbelah hingga ke tulang sumsumnya. Ahli-ahli MIC sudah semakin bingung dan keliru kerana tidak lagi mampu memahami kewajaran gelagat Mahathir yang semakin kalut itu. Penyelidikan rambang mendedahkan semakin ramai warga India yang semakin faham bahawa Mahathir adalah punca segala masalah yang melanda negara. Mereka juga faham bahawa Malaysia akan menjadi negara 'pariah' seandainya sampah yang sudah pupus tarikh tempoh gunanya tidak dihumban ke dalam penunuan pembakaran sampah (incinerator). UMNOBN sudah semakin bankrap dan ketandusan idea dan maruah diri. Mereka sudah menjadi terlalu taksub sehingga sanggup membuang masa cuba meyakinkan rakyat Malaysia agar mempercayai bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang penjenayah, sedangkan rakyat marhaen sedar dan faham bahawa semua itu adalah pembohongan yang dirancang oleh Mahathir. UMOBN sudah tidak ada pilihan melainkan mengnyahkan Mahathir seandainya parti itu mahu terus bernafas lega.

Kenyataan 'politik' Polis Diangggap sebagai sebahagian 'Pembohongan Mahathir'.

Rencana pembohongan polis bermula dengan pembabitan beberapa orang penagih dadah yang dipaksa dan diupah untuk mengaku kepada satu kenyataan palsu dalam satu kes rogol yang membabitkan Rahim Tamby Chik. Sejak itu sebarang kenyataan polis yang ada kaitannya dengan dunia politik UMNO-BN memang boleh dipertikaikan. Kenyataan polis seperti tuduhan jenayah Anwar Ibrahim, akuan paksaan oleh Munawar Anees, cabutan kenyataan palsu Sukma, pembohongan Azizan di mahkamah, isu menuduh Anwar mempunyai tiga bilion dollar, Sandiwara Al Maunah, bom dan pelancar roket Ezam dan hubungannya dengan kumpulan gerila pemisah, dan yang terkini ialah pembabitan kumpulan fanatik yang membunuh Joe Fernandez adalah merupakan satu siri pembohongan yang sengaja direkacipta menjadi konspirasi, plot dan skim pembohongan oleh Mahathir. Dia melakukan segala kerja penipuan yang sungguh menjijikkan kerana penyangak ini mahu menunggukan masa sambil mengharapkan satu ruang yang bersesuaian untuk membolehkannya memperbaiki martabat dan air-mukanya. Kerana kebenaran sudah tidak lagi menjadi pedomannya, segala usaha yang dilaksanakan oleh satu kumpulan mafia pilihan Mahathir itu yang dianggotai oleh beberapa ahli politikus yang korup, kroni yang dibantu oleh anggota polis yang diupah, dan dibantu oleh segelintir hakim yang rakus dan rasuah, hanya akan mendedahkan segala kerja-kerja bajingan Mahathir yang sudah pun ditakdirkan berada di ambang kehancurannya.

Mengaitkan pembunuhan Joe Fernandez dengan kumpulan ekstrimis Islam yang sengaja diada-adakan bertujuan mencetus perpecahan antara ahli beragama Islam dengan yang bukan Islam dalam Barisan Alternatif.

Seseorang pengamat yang waras akan berupaya memahami kerja-kerja penyangak yang merencana Episod Al- Maunah di Gerik menjadi satu sandiwara dan mengaitkannya pula kepada kematian Joe Fernandez. Yang terbunuh dengan kejam di dalam sandiwara Gerik (Bukit Jenalik) itu ialah seorang yang beragama Kristian, dan seorang yang beragama Hindu. Dua kematian itu dituduh dilakukan oleh kumpulan ekstrimis Al Maunah. Demikianlah gambarannya. Tetapi, kenapakah orang Islam membunuh seorang Kristian dan seorang Hindu, merupakan satu misteri yang amat jelas motifnya. Ia adalah bertujuan mencetuskan permusuhan antara PAS dan masyarakat bukan Islam. Kini, satu kumpulan perompak dan pembunuh yang semuanya dikatakan daripada kumpulan ekstrimis Islam didapati bertanggungjawab dengan pembunuhan Joe Fernandez, kerana Joe Fernandez dikatakan giat berdakwah mengembangkan ajaran Kristian di kalangan orang Islam. Jelas, inilah satu lagi sandiwara untuk mencetuskan perasaan benci antara PAS dan orang bukan Islam, sebagai satu motif politik untuk memecah-belahkan semangat setiakawan di kalangan pelbagai kaum dan agama yang berpayung di bawah panji-panji Barisan Alternatif.

Putar-belit politik Mahathir sudah kehilangan bisanya. Dia cuba memainkan semula segala putar-belit lama yang semua rakyat Malaysia sudah lama faham. Kematian Joe Fernandez tidak ada kena mengena dengan kumpulan ekstrimis Islam. Pihak polis dikerah untuk membuat kenyataan itu untuk menyenangkan UMNO yang amat berharap orang bukan Islam akan keluar dan mencemuh PAS. Mengikut cerita sebenarnya, ramai pemimpin tertinggi MIC yang sudah sedar kemungkinan berlakunya pembunuhan di kalangan pucuk pimpinan MIC. Kerana itu kematian Joe Fernandez adalah satu berita yang tidak mengejutkan mereka. Lagipun Joe sudah dilihat sebagai satu ancaman politik kepada Samy Vellu. Joe memang aktif sebagai jerung-ceti haram. Dia memberikan pinjaman kepada pihak yang mahukannya di kalangan masyarakat miskin di Lunas. Para pengutip hutangnnya bersikap ganas laksana samseng sambil menghisap darah melalui wang pinjaman yang disediakan oleh Joe. Di samping itu Joe kerap memuaskan nafsu syahwatnya terhadap gadis-gadis sunti di kalangan masyarakat India. Pihak polis boleh mencuba kelentong lagi kepada orang yang tidak tahu-menahu, tetapi perkara ini akhirnya akan terbentang juga dengan segala kebenarannya.

Keadilan Melonjak Apabila Rakyat Semakin Dahagakan Politik Yang Bersih.

Di mana sahaja kita berpergian, semakin ramai orang yang menunjukkan minat kepada lambang Keadilan (cedilla). Masyarakat India dan Cina sudah melihatkan adanya cahaya harapan dalam Keadilan dan masa depan Malaysia. Semakin ramai rakyat marhaen yang sedar bahawa Mahathir adalah akar umbi segala masalah yang melanda negara. Mereka sudah akur bahawa Mahathir bersama para kroni, pak-pacak, sukusakat yang sentiasa lapar dan rakus serta korup itu adalah penyebab krisis politik, kepincangan ekonomi dan kegoyahan suasana harmoni negara. Rakyat Malaysia mahu melihat kepupusan BN dan kemunculan satu budaya politik yang baru, yang tidak lagi dinodai oleh amalan korupsi persis amalan UMNOBN. Hari demi hari, semakin ramai orang yang menganggotai Keadilan dan semakin banyak cawangan parti itu yang diwujudkan sehingga meluaskan lagi jaringan sokongan akar umbinya. ISA telah membuatkan KEADILAN menjadi lebih terkenal dan diminati, para pemimpinnya semakin mendapat penghormatan tinggi menjadikan parti itu sebuah wacana untuk satu perjuangan tulen yang menegakkan kebenaran dan keadilan.

Rakyat Malaysia Yang Sudah Jemu Dengan Mahathir

Daripada setiap ceruk rantau Malaysia ini sudah semakin lantang suara menyumpah Mahathir sebagai seorang ahli politik yang kecundang, yang terlalu zalim dan terlalu taksub untuk mencengkam kuasa dan mengumpul harta. Malahan di Gua Musang, masyarakat Cina pernah berdemo terhadap Mahathir kerana marahkan ISA. Setiap pertanda menunjukkan betapa kuasa politik Mahathir sudah lingkup dan dia hanya menunggu masa untuk ditangkap kerana korupsi dan segala jenayah yang dilakukannya. Mahathir sudah menjadi satu lambang kezaliman, penghayatan kerja-kerja rasuah, dan penonjolan watak kebencian dan kekejaman. Dia semakin terjerumus ke dalam jurang pengaiban yang berkekalan, dan akan dikenang sebagai seorang manusia berhati syaitan yang pernah memerintah dengan segala kezaliman yang tidak ada tolok bandingnya lagi.

Masanya sudah pun tiba. Kalau mahu mencanai besi waja memanglah sesuai ketika ia merah menyala. Mahathir sudah semakin lemah dan semua pertanda menunjukkan kuasanya yang semakin terhakis. Sahabat yang dipercayainya dulu sudah semakin ramai yang menyisihkannya. Dia sudah semakin terpencil sehinggakan tidak ada peluang untuk kembali terampil. Dia mesti dinyahkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada segala tempias kebajingannya.

-Semangat Kebenaran-

(Spirit of Truth)


Terjemahkan oleh SPAR 06-003




Rencana Asal:


Mahathir - Satanic Politics at its Worst

Dying convulsions of a forgone defiant despot is becoming glaringly clear as the people rejected Mahathir impulsively struggles to justify his illegitimate hold on power. Never in the history of modern Malaysian politics, a leader has demonstrated such ruthless cruelty to cling on to power with borrowed time. Malaysians watch with aghast, as the dictator relentlessly orchestrates mind deflecting issues, incidents and events all baseless, unfounded and far from true to hide his political sins from the eyes of Malaysians. The political heat mounts as the desperation of the tyrant increases, aggravating further his great fear of punishment for the astronomical corruption that looms over his head. Mahathir infamous doom is definitely at hand as he falters, slips and miscalculates his moves, exposing him further and rendering him more vulnerable to collapse.

Mahathir's defiance wrecks UMNOBN

Reluctant to give up power which he usurped through a fraudulent election, this scoundrel has been affected with a strange malady, a self inflicted fear, that seems to have poisoned his rational mind, leading and forcing him to commit error after error, sin after sin, lie after lie and his attempts to deceive and intimidate the people by abusing the police force, media and the judiciary seems not producing the expected effects. His political trickery is becoming progressively impotent, effete and hopeless, the people have become immune to his "sandiwaras" leaving the despot almost paralysed. Mahathir political idiocracy is making his coalition "fed up". MCA is divided to its bones, MIC members are becoming perplexed and confounded, unable to see the rationality of Mahathir's confusing acts. Informal survey reveals that more and more Indians are beginning to understand that Mahathir is the root cause of all the problems, and Malaysia will become a "pariah" state if this outdated political garbage is not put into the incinerator. UMNOBN is becoming bankrupt of ideas and credibility. They seem to be preoccupied and obsessed with trying to convince the Malaysian into believing Anwar Ibrahim is a criminal, which the Malaysians now know as the lie concocted by Mahathir. UMNOBN has no options but to get rid of Mahathir if it ever wants to survive.

Police "political "statements will be perceived as part of Mahathirian "lie package"

Ever since drug addicts were forced to falsely confess in the Rahim Thamby Chicks rape case, any politically linked police statements will be sensed with a pinch of salt. Police statements like the Anwar Ibrahim crime allegations, Munawar Anees forced confession, Sukma's extracted false evidence, Azizan's lies in court, Anwar Ibrahim's Three billion dollar issue, the Al Maunah fabricated debacle, Ezam's bombs and separatists guerilla fabricated links, and now the Islamic extremist and Joe Fernandez's murder are all a series of connected lies, schemes, plots and conspiracies of a blundering Mahathir, trying to buy time, hoping that with that time he can salvage his image. Nay, far from truth, such attempts by a skillfully planned Mahathir's political mafia group, comprising mainly corrupt politicians and cronies aided by a castrated police, coupled with some enslaved corrupted judges, will only futher expose the evil handiwork of Mahathir, whom destiny will ultimately destroy .

Linking Joe Fernandez's murder with created Islamic extremist is to create enmity between Muslims and non Muslims in the BA

Any fair minded observer will at once recognise the evil handiwork that motivated the Grik Al Maunah sandiwara and the linking of the death of Joe Fernandez. Killed without mercy in the Grik sandiwara were one Christian, and one Hindu. The killing allegedly done by Al Maunah Muslim extremist, it seems, but why a Muslim killing a Christian and a Hindu, the motive is clear, to create enmity between PAS and the non Muslims. Now a bunch of robbers and murderers all supposedly Islamic extremists have been responsible in the killing of Joe Fernandez, because Joe Fernandez was teaching Christianity to Muslims. Another sandiwara to create enmity between PAS and the non Muslims, with the political motive of breaking the growing unity of the races under the umbrella of BA. Mahathir's political trickery has run out of its sting. He is trying to do old tricks which every Malaysian has understood. Joe Fernandez death has nothing to do with Islamic extremists, the police is forced to make the statement for UMNO, hoping that non Muslims will reject PAS. As far as the fact goes, MIC close circles were aware prior to Joe's death that, one of the MIC top guns will be killed, besides Joe was a threat to Samy Vellu. Joe was also a loan shark to the poor Indians in Lunas area, his gangster collectors were sucking the blood of the poor throw loans given by Joe. Besides Joe has used many Indian girls for his carnal pleasure, the police can bullshit to the fools but not to all Malaysians, sooner or later this truth will become apparent.

KeADILan skyrockets to greater strength as Malaysians yearn for multiethnic honest politics

Wherever we go, more and more people are showing great interest to Keadilan. Indians and Chinese are seeing in KeADILan the ray of hope, the future of Malaysia. More and more people have realized that Mahathir is the root cause of all the problems, they have identified him and his money hungry corrupt kith and kin with the drones of cronies and the chief cause of the political crisis, disharmony and economic collapse. Malaysians want BN to rest in peace and a new political culture, far removed form the corrupt laden culture of UMNOBN to be created. Day by day more and more people are joining KeADILan in hordes, with more branches and networks created to lead its broad support base. ISA has made KeADILan more popular and famous, its heroes have been enrolled into the roll of honour, rendering it as a party animated by a genuine struggle for truth and justice.

Malaysians becoming fed up with Mahathir

From every nook and corner of Malaysia voices condemning Mahathir as a failed politician, far too cruel, obsessed with power and money. Even in Gua Musang, the Chinese have demonstrated against Mahathir' ISA cruelty. There is every indication that Mahathir is ruined politically and the possibility that he will be ultimately arrested for corruption and crimes seems much brighter. Mahathir has become the symbol of cruelty, the embodiment of corruption, the personification of hatred and evil. He is sinking into the abyss of eternal condemnation, to be forever remembered as the satan in human form, who ruled with ruthlessness and cruelty unheard of in the past.

The time is ripe, let us strike when the iron is hot, Mahathir is getting weaker and weaker, all pointers are indication his power is diminishing, he trusted friends are deserting him and he is isolated to the point of no return. He must be eliminated to save Malaysia from his havoc.


-Spirit of Truth-