Laman Webantu   KM2A1: 4686 File Size: 11.4 Kb *



TAG SP 159: Bank-bank Mula Menekan Syarikat Kroni Daim
By Eddie Toh

10/6/2001 11:04 pm Sun

[Mampukah bank-bank mengejar hutang piutang anak-didik Daim? Jika bank luar itu bolehlah dijangkakan tetapi kalau bank tempatan jangan diharap itu akan dapat dilaksanakan melainkan sedikit kegemparan yang menyalak bukit sahaja. Mahathir tidak mungkin tidak tahu menahu langkah Daim menggunakan dana awam. Ia dibiarkan agar Daim dapat dihumban mudah bila diperlukan untuk menunjukkan hebatnya membanteras politik wang. Apa yang berlaku kepada bank bumiputra dan skandal BMF dan Perwaja sudah cukup untuk mengajar kita petualang sebenar akan disembunyikan walaupun ada nyawa yang sudah terkorban atau berbilion menghilang. Kalau tertangkap pun cuma kambing hitam yang meminjam nama agar si setan terlepas kegirangan. Meminjam nama pun menjanjikan pulangan yang memuaskan jika tidak tiada siapa yang ingin berkorban. Begitulah dahsyatnya politik wang.... - Editor]


Terjemahan SPAR-03-020


BTS: http://business-times.asia1.com.sg/news/ story/0,2276,10986,00.html


Bank-bank Mula Menekan Syarikat Kroni Daim

(Banks may step up pressure on Daim-linked firms)

Oleh: Eddie Teoh
Terjemahan: SPAR-03-020

Sebuah bank telahpun memulakan satu tindakan memanggil balik hutang bertapuk (NPL: Non-Performing Loan) sebuah syarikat yang dikuasai oleh anak-didik Daim Zainuddin. Tindakan ini mungkin ditiru oleh bank-bank yang lain ekoran pengunduran Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan, minggu lalu, kata seorang pegawai bank. 'Pengunduran beliau memang ada tempiasnya. Saya agak adalah selamat kalau dikatakan ada pihak yang tidak mungkin dapat bertahan,' kata CEO sebuah bank komersial kepada BT (Business Times)

Namun tambahnya, 'Bank seharusnya tidak terlalu ghairah menuntut balik hutang itu. Kita akan cuba bersikap professional dan rasional.' Mengikut pendapat beliau sektor perbankan yang mengandungi 10 bank induk tempatan dan berdozen lagi bank asing yang didaftarkan di negara ini - belum lagi menunjukkan taring mereka terhadap syarikat-syarikat yang ada hubungannya dengan mantan maharajah ekonomi (ehek...ehek...!) itu.

Komen-komen di atas muncul apabila ada ura-ura oleh Bayerische Ladesbank Girozentrale menutup Land & General (L&G) yang dikuasai oleh Wan Azmi Wan Hamzah, salah seorang anak-didik Daim. Pada Khamis lalu, L&G telah melaporkan betapa Landesbank telah menuntut pembayaran US$14.8 million (S$26.8million) dalam masa tiga minggu. Kegagalan melunaskannya akan menyebabkan petisyen penggulungan terhadap syarikat pemaju hartanah yang tersenarai di BSKL itu.

Bayerisch dijangka melaksanakan ugutan ini kerana L&G telah mengatakan bahawa ia 'mempunyai masalah untuk memuaskan' tuntutan disebabkan ia sedang dalam proses mengubah-atur urusan pembayaran tergendala berjumlah USS100 million yang melibatkan pengeluaran bon.

L&G merupakan hanya sejentik puncak gunung airbatu, kerana senarai nama-nama syarikat yang dikendalikan oleh proksi Daim memang terlalu panjang. Antaranya termasuklah Renong, United Engineers Malaysia (UEM)dan MAS.

Pengamat pasaran berkata sudah nampak riak mendung yang kelam berlegar di atas semua syarikat ini ekoran pengunduran mantan maharajah ekonomi itu. Pengunduran itu memang telah lama dijangka selepas berlakunya pertelagahan antara beliau dan Perdana Menteri Mahathir mengenai pelbagai isu.

Dua pemimpin ini dikatakan mula tidak sehaluan selepas tersiarnya rencana pencantuman bank di tahap pusingan satu pada 1999 dulu dan selepas 'Singapore Telecommunications' gagal melibatkan diri di Malaysia tahun lalu. Dr. Mahathir dikatakan tidak merasa senang dengan sikap Daim memihak kepada Tajudin Ramli ketika menyelamatkan MAS dan cara beliau melayan kerenah syarikat-syarikat lain yang dikuasai oleh individu yang dikatakan anak-didiknya.

Sebagai contohnya, keluaran Far Eastern Economic Review yang terkini ada menyebut bagaimana Dr. Mahathir ada memberitahu pihak tertentu betapa dia tidak diberikan taklimat yang jelas mengenai urusniaga syarikat penerbangan itu dan dia juga 'tidak tahu langsung' akan pembabitan dana pencen dalam urusan yang memalukan pada pelancaran IPO (tawaran awalan) Time dotCom.

Sama ada persengketaan itu sesuatu yang benar ataupun hanya lakonan semata, ramai pengamat berpendapat bahawa Mahathir tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima peletakan jawatan Daim. Mereka berpendapat, pengunduran Daim itu akan menghakiskan persepsi wujudnya kronisme sebelum bersidangnya UMNO pada akhir bulan ini dan juga pemilu penting 2004 nanti. UMNO merupakan tiang-seri kepada BN, gagasan parti yang sedang memerintah.

Namun demikian, para pengamat berkata bukannya mudah menuntut balik hutang yang tidak terlunas itu daripada beberapa syarikat yang ada kaitannya dengan Daim. Segelintir syarikat yang terbabit itu sudahpun dilindungi oleh agensi penyelesaian hutang negara (CDRC: Corporate Debt Restructuring Committee)

Sebagai contohnya, Halim Saad yang merupakan anak-didik Daim yang paling terkemuka, telah menyusun-atur pinjaman jangka pendek Renong dan UEM di bawah kelolaan CDRC. Namun, banyak lagi syarikat Halim yang masih menggelupur untuk menjual asetnya seperti yang dimestikan oleh CDRC.

Masalah yang menghantui Renong akan menjadi lebih remuk dan redam disebabkan arahan Mahathir agar dikaji semula semua tindakan pengurusan Daim mengenai pengeluaran bon bernilai RM 6 bilion (S$ 2.9billion) untuk menyelamatkan dua pengusaha pengangkutan aliran ringan yang sedang menggelupur juga, apalagi salah sebuah syarikat itu dipunyai oleh Renong juga. Begitu juga dengan nasib Technology Resources Industries (TRI) dan syarikat sekandangnya CELCOM (urusan telefon bimbit selular) yang dikuasai oleh Tajuddin Ramli - masih samar lagi walaupun para pemiutang telah memberikan kelonggaran untuk culas membayar hutangnya pada tahun yang lalu.

Gan Kim Khoon ketua penyelidik Arab-Malaysia Securities telah berkata CDRC sepatutnya diberikan kesempatan menyudahkan kerjanya untuk menyelesaikan secara saksama masalah yang menghantui si penghutang dan si pemiutang. 'Penyelesaian yang menyenangi semua pihak harus dicapai kalaulah mereka mampu menyusun-atur hutang yang ada.'

Namun demikian, pelbagai perubahan yang terlalu mendadak yang mewarnai perbankan Malaysia sejak dua tahun yang lalu telah memaksa para pegawai bank bersikap lebih berwaspada untuk mengawasi kepentingan mereka.

Terjemahan SPAR-03-020




Rencana Asal:

BTS

Banks may step up pressure on Daim-linked firms Wan Azmi's L&G first to be hit with lender recalling US$14.8m NPL

By Eddie Toh

WITH one bank having started the ball rolling in recalling a non-performing loan (NPL) to a company controlled by a protégé of Daim Zainuddin, other bankers may pursue similar actions following the resignation of the finance minister last week, said bankers and analysts. 'His departure does have a bearing. I guess it's fair to say that related parties will not be as well protected,' the CEO of a commercial bank told BT.

But he added: 'Bankers should not be rash in demanding their loans. We will continue to be reasonable and professional.' He said the banking sector - comprising 10 local 'anchor' banks and a dozen locally-incorporated foreign banks in the country - has yet to flex its muscle against firms linked to the ex-economic tsar.

The comments came in the wake of a move by Bayerische Landesbank Girozentrale threatening to wind up Land & General (L&G), controlled by Wan Azmi Wan Hamzah, one of Mr Daim's protégés. On Thursday, L&G said Landesbank demanded US$14.8 million (S$26.8 million) within three weeks. Failure to do so will result in a winding-up petition against the listed property developer.

Bayerische is expected to carry out its threat as L&G has said it is 'constrained to meet' the demand as it is in the midst of restructuring its defaulted US$100 million bond issue.

L&G could well be the tip of the iceberg. This is because the list of companies helmed by tycoons seen as protégés of Mr Daim is long. They include Renong, United Engineers Malaysia (UEM) and Malaysia Airlines (MAS).

Market watchers say a cloud hangs over the future of these companies following the exit of the former economic czar. His departure has been speculated to follow a rift between him and Prime Minister Mahathir Mohamad over a host of issues.

The two leaders are said to be at odds over the first banking merger blueprint in 1999 and Singapore Telecommunications' failed attempt to enter Malaysia last year. Dr Mahathir was also said to be uneasy with the apparent favouritism displayed by Mr Daim in the bailout of Tajuddin Ramli from MAS and his treatment of other companies controlled by businessmen seen to be his protégés.

For instance, the latest Far Eastern Economic Review said Dr Mahathir had told certain party members that he had been 'inadequately briefed' about the airline deal while he 'knew nothing' about the involvement of the pension funds in the dismal initial public offering of Time dotCom.

Whether the rift is real or not, analysts said the premier had no choice but to accept Mr Daim's resignation. They said Mr Daim's departure may help remove perceptions of cronyism ahead of the United Malays National Organisation's meeting later this month and the crucial general election in 2004. Umno is the linchpin of the Barisan Nasional, the national coalition.

But analysts said it would not be so straightforward to recall loans from some of the indebted companies with perceived links to Mr Daim. This is because some of them have sought refuge under the national debt arbitration panel - the Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC).

For example, Halim Saad, perhaps the most famous protégé of Mr Daim, has restructured the short-term loans of Renong and UEM under the guidance of the CDRC.

But Mr Halim's stable of companies is still struggling to sell assets as stipulated in the CDRC plan.

Renong's problems will be exacerbated by Dr Mahathir's decree to review Mr Daim's earlier decision to issue RM6 billion (S$2.9 billion) in bonds to rescue two light rail operators, one of which is owned by Renong. Similarly, the fate of Technology Resources Industries (TRI) and its cellular phone arm Celcom - both controlled by Mr Tajuddin - is still unclear although creditors had given them a reprieve last year.

Gan Kim Khoon, head of research of Arab-Malaysian Securities, said the CDRC should be allowed to finish its job of finding amicable solutions for lenders and borrowers. 'It could be a win-win situation if they could restructure the loans,' he said. But the sweeping changes in the Malaysian landscape over the last two years have also forced bankers to be more vigilant in safeguarding their own interests.