Laman Webantu   KM2A1: 4687 File Size: 7.0 Kb *



Mak Cik Aishah melenting di Kamunting ....
By matdeghih

11/6/2001 5:44 am Mon

[Kalau dulu sdr Matdeghih melapurkan sebegitu terperinci kejadian pengundi hantu di Lunas, kali ini satu lapuran menarik konfrontasi ibu Ezam di Kamunting dengan pihak polis pula. Tidak terjawab nampaknya polis di sini dengan hujah-hujah seorang ibu yang tidak punya sebarang bom atau roket untuk membebaskan anaknya. Hanya makanan dan keluarga yang perlu dibawa kerana itu lebih berkuasa untuk memukau manusia dari bom atau roket yang ledakkan akan habis di situ sahaja. Tetapi kata-kata dan kehadiran ibu Ezam di Kamunting itu akan menyebabkan ramai jiwa terasa siapa penjenayah negara yang sebenarnya. - Editor]

Sun Jun 10 13:58:01 2001

Mak Cik Aishah melenting di Kamunting ...


Hari ini ... 10 Jun 2001, aku gagahkan juga ke Kamunting walaupun keluarga terdekat aku melangsungkan majlis perkahwinan. Aku sampai betui2 pukul 10 pagi di hadapan Kem Tahanan Kamunting. Sebelum itu aku terpaksa menempuh dua sekatan polis ... tapi tak banyak soal ... sekadar yang satu crown tu jer yang jenguk kat dalam kereta ... sampai juga akhirnya aku ke kem tersebut. Kalau di suruhnya buka bonet ... sah ada bendera dan lain-lain makalah berkaitan BA.

Ramai yang hadir merenung dari jauh. Aku park kereta aku betui2 di bawah pokok menghadap ke laluan masuk ke kem tersebut. Redup dan mudah melihat apa yang terjadi. Tapi aku tak puas duk dalam kiter ... teruih kuar mundar mandir di pintu masuk. Seolah2 lagak SB aku ni. Pasukan FRU dah sedia berbaris untuk menghadapi pelbagai kemungkinan.

Pukui 11.15, aku difahamkan rombongan keluarga tahanan dan pengiring telah berada di Balai Polis Kamunting. Betui tak betui wallahualam.

Pukui 11.30, rombongan keluarga Shaari Sungip sampai. Diperiksa kiternya ... bonetpun kena buka ... manaler tahu kut2 ada bom ker. Kalo tak salah aku dua kiter rombongan Shaari tu. Berkerumun semua wartawan ... wartawan Cina ... wartawan mat salleh ... wartawan Melayu.

Selepas itu, keluarga Tian Chua pula sampai. Sesampai sahaja, rombongan itu dikerumuni wartawan dan SB. SB sibuk memeriksa luar dan dalam kereta keluarga Tian Chua.

Selang beberapa minit, keluarga Ezam dan Hishamudin Raispun sampai. SB dan wartawan macam biasa ... sibuk nyemedang. Isteri Ezam melambai sambil mengucapkan salam reformasi sebaik sahaja sampai. Kereta keluarga Ezam dikerumuni SB sehingga tidak menyelesakan keluarga yang datang untuk melawat. Bonet disuruh buka ... wartawan menghalakan muncung kamera ke bonet ... dibuka ... nampak sekilas pandang bekas2 makanan untuk makan berkelah ... baru puas SB ... nampak kut roket launcher yang dibawa ...

Emak Ezam mulai rimas dengan kerenah polis. Melenting sakan dia. Nampak jer kamera wartawan, lagi bersemangat dia. Menuding jari telunjuk ke muka polis satu demi satu.

"Ko ingat Madey tu berkuasa ker ... tuhan lagi berkuasa. Ingat Malaysia ni kepala bapak Madey tu punya. Polis patutnya jaga rakyat, bukannya jaga Madey. Kamupun ada keluarga ... kamupun ada anak ... kamupun ada emak. Apa rasa kamu kalau keluarga kamu dibuat macam penjenayah. Penjenayah ker anak aku. Sape yang Ezam dah bunuh. Sape?"

"Kamu makan duit rakyat, kamu nak ker makan duit yang rakyat tak halalkan ... Aku emak dia nak tengak anak sendiripun di layan macam penjenayah. Dia tu wira aku ... wira kamu ... bukan bacul macam kamu ... macam Madey tu".

Di kelilinginya kawasan pintu masuk tu ... akupun kena tuding ... "Ingat, aku tak akan maafkan salah kamu ... aku akan tuntut kat akhirat nanti", beria benar Mak Cik Aishah menuding ke arah aku. Aku ni kan ker SB. Aku pandang baju aku ... t-shirt jer ... kasut selipar jer ... isk SB aku ni ...

Tindakan berani Mak Cik Aishah telah menyebabkan polis bertindak menyuruh semua kenderaan masuk ke dalam ... diperiksa di dalam. Mungkin malam ni ada kata2 Mak Cik Aishah tu dalam BBC ... mungkin

Syabas Mak Cik Aishah ... aku bangga beribukan ko ... walaupun aku bukan wiramu ...

Pukui 11.45, aku bergegas pulang ... ke kenduri kakak aku ...

Salam reformasi ... meminjam kata2 Bahirah isteri Ezam ketika memasuki pintu masuk Kem Tahanan ... aku orang pertama melambai tangan kepada Bahirah ... nak aku ucapkan REFORMASI tetapi tak terdaya kerana aku dikelilingi SB ... takut juga aku ni ...

Wallahualam

Mat Deghih
10 Jun 2001





Rujukan tambahan:

http://livenews.lycosasia.com/cgi-bin/get.pl? pi_news_id=723432&pi_ctry=my&pi_lang=en

Protesters Rally Outside Detainee Camp In Malaysia

KAMUNTING, Malaysia (AP)--More than 100 demonstrators chanted anti-government slogans Sunday outside a notorious Malaysian prison camp where four opposition figures are being detained without trial for up to two years.

Relatives of the four men were allowed to visit them for the first time since they were transferred out of police custody and sent to the camp a week ago on the orders of Deputy Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

Cars carrying the detainees' families were searched at three police checkpoints before they were allowed into the camp. Once inside, the detainees and their relatives shared lunch.

Outside the fence, opposition supporters demonstrated, watched by scores of police carrying riot shields and guns used to fire tear gas canisters

The protest is the latest of several in recent days as part of a stepped-up campaign against a crackdown on opposition leaders and other anti-government figures, 10 of whom were arrested in April under the tough Internal Security Act.

Under the act, police can hold a detainee for 60 days. After that, the home minister can extend the detention with a two-year order. Authorities are not required to bring detainees before a court at any time.

Opposition, human rights and legal groups say Prime Minister Mahathir Mohamad's government is abusing its power by using the law against its political opponents. Abdullah, who is also the home minister, said the detentions were to keep the peace.

Police claim the detainees threatened national security by plotting to topple Mahathir's government through violent demonstrations. The opposition denies advocating violence.

Of the ten opposition figures arrested in April, four are in the Kamunting camp, two are in police custody and the rest have been released - two on the orders of a judge and two by police, without explanation.

Kamunting, 190 kilometers north of Kuala Lumpur, has been used to jail scores of political prisoners and religious sect leaders over the years. Opposition leaders previously detained under the security act have been released within 18 months.

(END) Dow Jones Newswires 10-06-01