Laman Webantu   KM2A1: 4688 File Size: 6.5 Kb *



TAG SP 160: Enam Sudah Tumbang Berapa Lagi Tinggal Di Kandang?
By Mohd. Afral Abdullah

11/6/2001 5:37 am Mon

[Mahu tidak mahu Umno terpaksa juga membuang apa yang kelihatan kotor pada bajunya untuk memikat hati rakyat uang sudah jelik dengan kerenahnya. Walaupun begitu baju-baju tersebut masih lagi DISIMPAN - cuma ia tidak dipakai dan dipertontonkan sahaja! Ini bukan namanya keikhlasan kerana kerusi DUN dan parlimen lebih dipentingkan dari maruah dan imej bersih yang kununnya diperjuangkan. Tidakkah ini semua bermakna yang terbuang itu masih berguna kerana jika tidak ia akan langsung dibuang?

Umno sebenarnya sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang.....
- Editor
]


Terjemahan SPAR-03-021


Enam Sudah Tumbang Berapa Lagi Tinggal Di Kandang?

(Six Down, how many more to go, UMNO)

Oleh: Mohd. Afral Abdullah

Seekor kerbau membawa lumpur, sekandang yang turut akan terpalit.(Walaupun UMNO sudah menghukum enam pemimpinnya sehingga kini dalam usaha mematikan politik wang dalam parti). Ini mungkin dianggap satu kiasan tetapi amat tepat dengan situasi yang dicerna oleh pemimpin-pemimpin penyangak yang telah sekian lama menipu akar umbi, penyokong dan rakyat jelata untuk mempercayai betapa kemenangan mereka semua dulu adalah berasaskan mandat yang padu daripada kertas undi daripada wilayah pengundian mereka.

Setiap rakyat Malaysia yang waras memang tidak liat mengalu-alukan sebarang usaha parti-parti politik menghapuskan unsur-unsur yang tidak beretika di kalangan anggota parti asalkan kerja-kerja itu dilakukan dengan niat yang mulia.

Enam orang pemimpin yang baru didenda dan dihukum oleh Jawatankuasa Disiplin Parti nampaknya menunjukkan UMNO memang serius menghentikan ancaman itu. Tetapi, bagaimana pula dengan yang lainnya?

Tindakan terhadap mereka memang cepat tetapi kenapa pula terlalu lambat tindakan terhadap mereka yang masih berjawatan besar dalam kerajaan dan mereka yang didapati rapat kepada pemimpin tertentu dalam pucuk kepimpinan parti?

Secara peribadi, saya memang sukar dapat mempercayai bahawa UMNO sudah 'bersih' kini ataupun 'kelihatan bersih' daripada politik wang melainkan proses 'pencucian' itu dilaksanakan dengan lebih serius lagi. Nampaknya proses itu akan memakan masa sebelum ia mampu menjalar ke tahap yang teratas. Menunggukan itu UMNO akan terus dilihat sebagai sudah tercemar.

Saya tidak begitu ambil pusing terhadap parti yang ditinggikan pada 1998 itu. Yang mencuit perasaan saya ialah: oleh kerana UMNO dan rakan koalisinya masih merupakan kerajaan yang dikatakan sah di negara ini, kehadiran para pemimpin dalam barisan kabinet yang ada, kalau tidak diselidik akan merugikan rakyat dan negara akhirnya.

Sudah semakin penting agar rakyat Malaysia menjadi lebih peka dan kuat mengamati akan persekitarannya, terutama sekali mengenai isu kontroversi, dan terus bersatu dalam perjuangan untuk memerangi ketidak-adilan, korupsi dan salahguna kuasa.

InsyaAllah, ia hanya memerlukan sedikit rangsangan untuk majoriti rakyat negara ini, sama ada penyokong setia, ataupun yang turut bersimpati, untuk mengundi barisan alternatif pada pemilu yang akan datang.

Sememangnya kita terpaksa jatuh dan terhantuk dulu untuk membuat kesilapan yang lalu dalam sejarah mendapatkan kematangan berpolitik untuk negara kita.

Terjemahan SPAR 03-021




Rencana Asal:

Malaysiakini

http://202.56.157.37/Letter/2001/06/2001060909.php3

Saturday June 9

Six down, how many more to go, Umno?

Mohd Afral Abdullah

3:00pm, Sat: One bad apple can spoil the whole barrel. (Though Umno has to date, found six in their quest to end money politics within the party). A cliché, but it aptly describes the situation created by the rouge leaders who deceived party members, supporters and the masses into believing that their victories were achieved following absolute mandate secured in the form of votes from their respective divisional electorate.

Any responsible Malaysian would, in my opinion, find no difficulty to welcome moves by political parties in eradicating elements of unethical conduct by its members as long as it is done in good faith.

The six recently punished by Umno's disciplinary committee seemed to indicate the latter's seriousness in stopping the menace, but the question is, what about the rest?

While the action taken against them was speedy, what took them so long to act on those with positions in the government and those seen to be close or aligned to particular leaders of the ruling elite?

I am sure, Umno wants 'clean' or at least 'seen clean' leaders at all levels but can this objective be achieved if there is no readiness on their part to investigate and subsequently punish those found guilty irrespective of their positions in the party and government?

Personally, I find it hard to believe that Umno is now 'clean' or 'seen clean' from money politics until and unless the process of 'cleaning' is taken more seriously.

It looks like the process of 'cleaning' Umno will take a very long time before it reaches the highest level. Until then, the image of Umno will continue to be seen as tarnished.

I am not too concerned over what is happening in Umno, the party I left in 1998. What bothers me most is the fact that since Umno and its coalition partners are still the legitimate government of the day, the presence of the said leaders in the cabinet line-up, if left unchecked, would cost the people and country dearly.

It has now become pertinent for Malaysians to be more observant and analytical, especially over controversial issues, and continue to stay united in our struggle to fight against injustice, corruption, abuse of power, etc.

God willing, it will only take little persuasion for the majority of the people, be it supporters or sympathisers, to translate their support into votes for the alternative front in the coming elections.

We certainly have to fall, trip ourselves up and make mistakes as we head towards political maturity.