Laman Webantu   KM2A1: 4689 File Size: 5.9 Kb *



KPN Terperangkap Lagi
By TV3

10/6/2001 10:56 pm Sun




Assalamualaikum/Selamat Sejahtera

Semua Pejuang REFORMASI




Sungguh gah Tuan Haji Tan Sri Mamai mengumumkan kejayaan cemerlang pihaknya, dengan tertangkapnya sembilan yang disyaki terlibat dengan beberapa jenayah berat. Diantara kes yang dikira "tanggung beres", ialah kes pembunuhan Joe Fernandez, serta beberapa rompakan bersenjata disekitar tanah air.



Didalam keghairahannya membuat pengumuman, (secara sedar atau pun tidak) Hj Mamai bersikap BIADAP! Biadap terhadap penggunaan istilah JIHAD! Biadap kerana beliau seolah olah menjadi jurucakap resmi Yahudi yang secara terus menerus meracuni minda penduduk seluruh dunia akan keji dan kotornya satu istilah yang berkali kali diulang didalam al-Quraan ul Kareem. Dengan menyebut istilah "jihad" senafas dengan "militant" dan "terrorists", insan yang baru pulang "mensucikan" diri diBaitullah il Haram ini, membantu puak Yahudi menyebarkan propaganda mereka. Propaganda yang berjaya meletakkan perkataan "pelampau", sinonim dengan "Islam". Hingga saban hari kedengaran sebutan, Islamic militants atau Muslim extremists tetapi tidak pula akan "pelampau" Kristian atau Hindu dsb. Syabas Tuan Haji!




Fahami Konsep "Istidraj"



Ini bukan satu forum Ugama. Namun adakalanya kita terpaksa juga mengingatkan kaum seugama akan perkara perkara yang asas didalam kehidupan. Memang ada ketetapan Allah agar kita sentiasa, "...berpesan pesan kepada kebenaran".



Sebagai orang Islam, walau tanpa sedikit pun punyai didikian ugama yang formal, kita tentu sedar, atau tahu akan ada nya nikmat kurniaan Allah. Memang menjadi satu lumrah, sesuatu nikmat itu kadang kadang, tidak pernah terfikir oleh akal, kerana ianya sesuatu yang kita "take for granted". Hanya apabila Allah menarik balik nikmat tersebut, (atau sebahagian dari nya) baru kita benar benar merasakan kehilangan nikmat itu. Contoh; kita tidak pernah terfikir akan oksijen yang kita sedut setiap detik kehidupan kita. Ditakdirkan kita diserang penyakit lelah, (asthma) nescaya terasalah kita akan kebesaran Allah, yang tidak pernah lalai membekalkan kita oksijen untuk pernafasan. Dan tak pernah pula Allah menghantar bil "oksijen" pada akhir setiap bulan seperti yang kita dapat daripada TNB atau Talikom!



Allah dengan sifat Nya yang Rahman, menurunkan nikmatNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan nikmat boleh datang didalam pelbagai bentuk dan cara. Memadailah disini kita menyentuh tentang nikmat wang ringgit dan kuasa, kerana lazimnya ini lah dua bentuk nikmat yang sentiasa dicari cari oleh manusia, sentiasa mendo'a akan nya, malah kadang kadang mendorong manusia membuat apa saja, demi harta dan kuasa, atau pangkat. Tercetuslah istilah, "matlamat menghalalkan cara". Sayugia diingatkan para sahabat dizaman Rasul (SAW), amat bimbang terhadap nikmat harta yang melimpah luah. Bimbang bukan kerana takut kehilangan harta, tetapi sebaliknya, bimbang kerana dugaan yang Allah kurniakan melalui harta, merupakan dugaan yang paling sukar untuk "lulus".



Begitulah juga dengan nikmat kuasa. Tak kira sama ada kuasa politik mahupun kuasa undang undang yang dipinjamkan Allah kepada Hj Mamai dan anak buahnya. Kuasa, tidak boleh tidak, mesti dilihat sebagai satu nikmat, dugaan dan, (yang paling berat) amanah yang dikurniakan kepada "...sesiapa yang Dia kehendaki". Demikian jugalah kuasa yang ada pada Hj Mamai.



Allah, dengan kebijaksanaannya menganugerahkan kuasa diatas beberapa sebab. Quraan menggariskan kisah fir'aun yang diberi kuasa menghampiri kuasa mutlak. Jelas, fir'aun menyalahgunakan anugerah Allah. Allah yang Maha 'Aleem, membiarkan penyalahgunaan ini buat beberapa ketika sampai kesuatu tahap yang dianggap melampau (didalam ketentuan Nya). Tiba waktu, Allah menyentak kembali semua kuasa yang diberikan. Kesudahan fir'aun termaklum.




Antara Jihad dan Militan



Jihad adalah satu perkataan yang sacrosanct. Satu terminoloji al-Quraan. Malah, satu perkara wajib (sama juga dengan solat) dilakukan oleh setiap individu mukmin. Cara berjihad berlainan. Malah Rasul (SAW) pernah bersabda bahawa, "jihad yang paling besar ialah menentang hawa nafsu".



Sebaliknya Allah pula berfirman (mafhum), "...orang yang berjiahad dijalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya..." Dengan kata ringkas, Allah menghalalkan apa jua cara bagi orang mukmin berjihad, asalkan, "dijalan Allah". Oleh itu, tidak timbul masalah wujudnya orang yang berjihad dijalan Allah secara militan!




Kesimpulan



Menghubungkaitkan istilah "jihad" dan "militan", adalah perbuatan yang bercanggah dengan kehendak al-Quraan dan as-Sunnah. Sebab itulah tv3 menyifatkan pengumuman Tuan Haji Tan Sri Mamai tempoh hari, satu tindakan biadap! Apa yang nyata, yang militan, belum tentu jihad. Sebaliknya sebarang bentuk jihad fi sabiLillah, haram dilabelkan militan! Meneruskan kekeliruan yang seumpama ini bererti Tan Sri, secara percuma turut menyumbang kepada kerjaya pihak Yahudi (dan yang bersekongkol dengan mereka) melebarkan propaganda mereka. Jangan pula hendaknya tingkah laku seorang ketua ini dicontohi oleh pegawai bawahan. Jangan lah kita umat Islam, (khas dari kalangan yang memegang kuasa) terjerumus kedalam lingkungan mereka yang di kurniakan Allah dengan NIKMAT ul ISTIDRAJ! Makin berkuasa, semakin jauh sesat dari jalan Nya yang lurus. Belajarlah dari sejarah.