Laman Webantu   KM2A1: 4690 File Size: 11.8 Kb *



TAG SP 161: Pengundi Hantu Yang Sudah Tentu
By Spirit of Truth

11/6/2001 8:32 am Mon

[Keputusan Hakim Muhammad Kamil Awang bahawa pilihanraya DUN Likas tidak sah kerana dicemari pengundi hantu membawa implikasi betapa kerajaan Umno/BN telah menipu. Sekaligus ini membayangkan berdozen-dozen bas di Lunas itu memang berisi pengundi hantu dan inilah faktor penting yang menyebabkan pelbagai kekalahan BA dalam pemilu.

Nampaknya semakin hari semakin teraib regim Umno/BN sekarang ini. Kalau di Likas ia berlaku tidak mungkin ia tidak berlaku di tempat lain. Apa yang menarik isu ini mungkin akan membuat kuncu BN di Sarawak semakin tergolek. Akan mampuskah BN kali ini kerana hakim sudah berani untuk tidak menyebelahinya lagi kerana tuhan itu lebih ditakuti?
- Editor
]

Terjemahan SPAR-06-004


FeU http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_a_sot_82.html

Pengundi Hantu Yang Sudah Tentu

(Election Riggging Confirmed)

Oleh: Spirit of Truth

Akhirnya kebenaran muncul juga sebagai juara! Di Likas, Sabah, kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang dimenangi oleh mantan Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee, kini sudah diisytiharkan tidak lagi sah untuk beliau terus pegangi. Pendedahan wujudnya pengundi hantu dalam daftar pengundi menunjukkan wujudnya penipuan dalam pemilu yang lalu. Ia juga mendedahkan kepada seluruh dunia betapa UMNOBN hanya mampu menang melalui penipuan. Malahan sepatutnya, keseluruhan pilihanraya itu mesti dikira batal dan tidak sah dan satu pemilu yang baru mesti dilaksanakan tanpa sebarang penipuan dan kepalsuan.

Tabik Hormat Dan Tahniah kepada Hakim Muhammad Kamil Awang

Ekoran jejak langkah yang dimulakan oleh Yang Arif Datuk Hishamuddin, kini sebiji bintang berkerlipan sudah mula bersinar di Sabah, membawa sinar yang bergemerlapan untuk menyinari badan kehakiman. Datuk Muhammad Kamil Awang, seorang Hakim Mahkamah Tinggi Sabah, telah mengeluarkan satu penghakiman yang sungguh hebat dan tinggi maknanya, mendedahkan sama segala kezaliman yang telah dilakukan oleh regim UMNOBN pada pemilu di Sabah yang lalu. Hakim yang bijaksana dan berani ini telah menyuarakan kebenaran dan dia telah membuat satu penghakiman yang betul dan menyelamatkan keadilan daripada diliw*t oleh campur-tangan haram pihak penguasa, seperti yang tertonjol ketika kes Anwar Ibrahim diadili dulu. Satu ketika dulu penghakiman yang penuh kepalsuan oleh seorang hakim pemabuk dan korup Augustine Paul dan yang amat korup Ariffin Jaka telah semakin terserlah kepada pemerhatian rakyat marhaen. Tahniah dan syabas Datuk Muhammad Kamil. Semoga Allah memberkatimu dan memeliharamu sepanjang masa.

Pemilihan Samy Vellu Pun Mesti Diisytiharkan Tidak Sah

Oleh kerana pengundi hantupun pernah disahkan wujud dalam daftar pengundi kawasan parlimen Sungai Siput, bererti Samy Vellu mesti mengosongkan kerusi parlimen yang dimenangi secara haram itu. SPR mesti bertindak dan mengadakan pilihanraya kecil. Jika tidak, SPR boleh dianggap sebagai khadam kepada Mahathir. BA seharusnya memberitahu SPR dan para pengundi betapa Samy Vellu tidak seharusnya diiktiraf sebagai seorang wakil rakyat dan MP Sg. Siput yang sah. Kini kemelut yang menghantui pilihanraya kecil Lunas sudah menjadi satu kenyataan. Memang nyata BN telah menang dulu melalui putar belit dan penipuan. Ini bererti kerajaan yang ada adalah satu kerajaan yang tidak sah kerana tidak dilantik oleh pengundian yang sah tetapi oleh pengundi hantu yang tidak pernah wujud. Oleh kerana kerajaan BN bukan dilantik secara sah, dan tidak boleh diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang berdemokrasi dengan sahnya. Rakyat jelata mesti menuntut diadakan satu pemilu terbaru dengan segera untuk menentukan kerajaan yang sah dilantik secara bebas dan saksama.

Pengundi Malaysia Mesti Tolak Rejim Haram Mahathir

Setelah memahami bagaimana UMNOBN memutarbelit dan menipu dalam pemilu yang lalu, rakyat Malaysia mesti memahami bahawa rejim Mahathir sekarang ini telah merampas kuasa untuk memerintah melalui penipuan. Kerajaan yang ada bukanlah satu kerajaan yang sebenarnya dipilih oleh rakyat. Kita mesti mengajar mereka, para pengundi mesti menolak UMNOBN secara keseluruhannya. Hanya dengan cara ini akan muncul sebuah kerajaan yang betul-betul memimpin rakyat dan membangunkan negara. Satu pemilu mesti dilaksanakan kerana UMNOBN tidak menerima mandat rakyat secara sah. Jikalau di Likas, Lunas dan Sg.Siput, penipuan telah berleluasa, tentu sekali di tempat lain pun telah terjadi perkara yang sama. Orang yang sepatutnya menang telah kecundang seperti yang berlaku di Shah Alam, Pantai dan Gombak. Di semua tempat ini, putarbelit dan penipuan telah berlaku dan kemenangan UMNOBN di tempat itu sepatutnya kini dianggap sudah tidak laku. UMNOBN mesti dihumbankan, dan seharusnya tidak diberikan lagi kepercayaan mewakili rakyat dan memegang amanahnya.

Rakyat Malaysia Menantikan Waran Menangkap Mahathir

Mahathir semestinya ditangkap kerana putarbelit pemilu, korupsi, salahguna kuasa, fitnah dan menghina mahkamah. Setiap rakyat menantikan ketika munculnya satu kebenaran ini, apabila kemuncak kejayaan kebenaran itu akan terserlah jua. Memang terdapat bukti yang mencukupi tanpa sekelumit keraguan lagi betapa Mahathir telah melakukan kerja-kerja bajingan yang menggunung jenayahnya. Laporan polis, siasatan BPR, penyelamatan, projek penswastan dan banyak lagi; semua ini adalah lebih daripada mencukupi untuk dijadikan asas menyediakan satu waran tangkap terhadap Mahathir. Masanya sudah tiba dia dihukum kerana semua jenayah politik itu. Dia bukannya mengatasi undang-undang kerana dia mesti mematuhi undang-undang. Dia tidak boleh menggunakan kuasa penguasaan ekskutifnya untuk menyekat pihak polis, badan kehakiman ataupun BPR menyiasat segala jenayahnya. Rakyat Malaysia menuntut dia ditangkap dan dibicarakan secara terbuka di mahkamah.

Hari-hari yang mendatang adalah tempoh penentuan di mana segala jenayah Mahathir dan kroni serta 'pak-pacak' yang korup harus dikemukakan untuk pengadilan. Dia tidak boleh lari daripada kuasa kebenaran dan penghakiman. Hari demi hari semakin bertimbun bukti dibentangkan di depan mata untuk santapan rakyat jelata memahami segala kebajingan Mahathir; yang mengharuskan pengeluaran waran untuk menangkapnya. Eloklah kita bersedia dan berwaspada menantikan penahanannya sehingga si penyangak ini tertangkap dan dibicarakn untuk masuk mengeram di sebalik jeriji besi.


- Semangat Kebenaran -
(Spirit of Truth)

Terjemahan SPAR-06-004




Rencana Asal:

Truth Bursts from the Clutches of Tyranny in Likas: - Election Rigging Confimed

It was not said in vain that truth will ultimately triumph!. In Likas, Sabah, the state constituency of the former "illegitimate" rotational Chief Minister of Sabah, Yong Teck Lee, the irrefutable yet glaring disclosure of massive rigging, and cheating in the last elections in Sabah, exposes to the public and the world at large, that UMNOBN can only win if its cheats. By right the whole election must be declared null and void, a reelection must be conducted without rigging and fraud.

Salutation and Praise to Judge Datuk Muhammad Kamil Awang for upholding truth

Following the footsteps of the peerless and audacious judge Datuk Hishamuddin, another star of truth has dawned, now in Sabah, rendering the somber darkness of the Malaysian judiciary, a ray of light. Datuk Muhammad Kamil Awang, the high court judge of Sabah, has made another "state of the art" judgment, exposing once and for all, the atrocities that were perpetrated by the UMNOBN ruling regime during the last Sabah elections. This brave and wise judge, has spoken the truth, he has made the right judgment and has saved justice from being perverted by the illegal interference of the executive, as typified in the Anwar Ibrahim trials. Both the fraudulent judgments of the alcoholic corrupted judge Augustine Paul and the corrupted Ariffin Jakka has be laid bare to the eyes of the public. Bravo! to Datuk Muhammad Kamil, may God guide and protect you forever.

Samy Vellu's Sg. Siput constituency must be declared vacant

Since phantom voters were identified in Sg Siput, rightfully Samy Vellu must relinquish his seat. SPR must act and call for a bye election, otherwise SPR will be branded as an enslaved tool of Mahathir. BA must now inform the Malaysian electorate not to recognise Samy Vellu as the legitimate MP of Sg. Siput. The Lunas phantom votes debacle is now a confirmed fact, it is apparent that BN has won the last elections by rigging and cheating. This means the present government is not elected by the legitimate voters but by phantom voters which do not exist. The UMNOBN government is in fact not elected legitimately, and cannot be recognised or accepted as a democratically elected government. The people must call for a whole new reelection to ensure the rightful government is elected freely and fairly.

Malaysian voters must reject Mahathir's illegal regime

Having leant how UMNOBN maliciously rigged and cheated in the last election, the Malaysian people must understand that Mahathir's present regime unsurped the people's power by cheating in the elections. This present government is not a duly elected government. To teach these people cheaters a lesson, the voters must dump UMNOBN lock, stock and barrel. Only then can a clean government can emerge that truly lead and develop the people and the nation. The people must call for a new election immediately, having realised that UMNOBN did not really get the peoples' mandate. If in Likas, Lunas and Sg. Siput rigging has been rampant, then there will be in hundreds of places where rigging must taken place and the real winners defeated, for instance in Shah Alam, Pantai and Gombak. In all these places, heavy cheating has taken and the win by UMNOBN is not acceptable. UMNOBN must be dumped and it must not allow to betray the trust of the people.

Malaysians are waiting for the warrant of arrest for Mahathir

Mahathir must be arrested for election rigging, corruption, abuse of power, slander and perjury. Every Malaysian is eagerly waiting for that moment of truth, when the final triumph of truth must prevail. There is ample evidence beyond an iota of doubt that Mahathir has committed innumerable crimes. Police reports, BPR investigations, bailouts, privatisation projects etc, all these are more than enough for a warrant of arrest to be issued on Mahathir. It is high time he is accounted for his political crimes. He is not above the law, he must abide by the law, and he cannot block using his executive powers to stop police, judiciary or BPR from investigating his crimes. Malaysian demand that he be arrested and tried in an open court.

The day is fast approaching when the crimes of Mahathir and his corrupted cronies be brought to justice. He cannot escape from the power of truth and laws. Day by day more and more evidence is laid bare to the people about Mahathir's wrong doings which warrants his arrest. Let us now on call for his arrest until the scoundrel is caught and tried and imprisoned.

-Spirit of Truth-