Laman Webantu   KM2A1: 4695 File Size: 13.1 Kb *



TAG SP 162: Bersendirian - Daim [Asiaweek]
By Arjuna Ranawana

11/6/2001 10:58 am Mon

[Tampal di sini bocor di sana pula. Demikianlah apa yang sudah terjadi kepada Mahathir dan Umnonya. Apa yang dilakarnya semakin memusnahkan dirinya dan kuncu-kuncunya jua. Kesaktiannya sudah tidak berfungsi seperti dulu lagi kerana rakyat sudah semakin bijak menelahnya. Dia semakin membuat kesilapan yang kritikal dan menambah masalah kepada dirinya dan kuncu-kuncunya.

Pemergian Daim masih tidak mampu membaiki suasana kerana kerusi Merbok masih tidak terusik walaupun yang lain sudah dilepaskannya. Malah Daim besar kemungkinan masih diSIMPAN kerana tetap berguna buat Mahathir. Yang hilang cuma bayangnya sahaja jika tidak anak-anak Mahathir tidak akan memanggilnya sebagai paman - satu lambang keakraban yang sudah lama. Jika Mahathir ikhlas dia mesti MEMBUANG Daim dengan kerusi Merboknya juga sehingga memerlukan pilihanraya semula - tetapi kita sangsi itu akan berlaku kerana Umno bakal terhumban dalam aibnya nanti di sana. - Editor]


Terjemahan SPAR-3-022

Asiaweek 15 Jun 2001

Bersendirian - Daim

(On His Own - Daim)

Oleh: Arjuna Ranawana

Dia mundur secara senyap dan sunyi, meninggalkan hingar-bingar Kuala Lumpur dengan menggunakan sebuah kereta Proton yang merupakan kereta koman jalanraya Malaysia. Tidak kelihatan lagi kereta Mercedes yang berkilat berwarna perak yang pernah membawa orang yang nombor dua paling berkuasa di negara. Daim Zainuddin, begitulah namanya, dan dia mundur itu tanpa ada sebarang liputan komennya di sebarang media. Ketuanya dulu, Perdana Menteri Mahathir Mohamad pernah membuat pengumuman betapa sahabat yang paling akrabnya itu selama lebih dua dekad yang lalu sudah pun melepaskan jawatan menterinya. Beberapa hari kemudiannya, Mahathir memperakukan, betapa Daim juga telah melepaskan jawatannya sebagai Bendahari kepada UMNO dan juga sebagai ahli majlis tertinggi parti. Tidak pula disebut sebab musababnya sehinggakan mencetuskan spekulasi lagi 'Pada ketika semuanya genting belaka, mereka berantakan menentukan siapa yang patut diselamatkan,' demikian pendapat Lim Kit Siang, pengerusi parti pembangkang DAP. Daim sudah ketewasan dan perlu bersendirian.






USAHA MENAMPAL KERETAKAN:
Masalah: UMNO dilihat menyangga para kroni niaganya.

Tindakan Mahathir: Ketepikan Daim dan singkir segelintir pemimpin pelapis yang korup. Anaknya Mokhzani menjual beberapa kepentingan perniagaannya.

NAMUN, rakyat marhaen dan pelabur asing terus mencurigainya.

Masalah: Imej UMNO kelihatan ketinggalan zaman tanpa berpijak di bumi nyata.

Tindakan Mahathir: Lantik Azalina (puteri) Othman Said untuk melakonkan peranan menyerlah untuk wanita.

NAMUN: Penangkapan beberapa aktivis pembangkang dan mengenakan tindakan ISA menunjukkan tidak ada apa yang boleh diharapkan.

Masalah: Mahkamah dilihat terlalu pro-kerajaan

Tindakan Mahathir: Lantik Ketua Hakim Negara yang baru.

NAMUN: Membaik-pulih badan kehakiman memakan masa yang panjang. Namun, seorang Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan dua penangkapan ISA sebagai tidak sah.

Masalah: Melayu sudah berpecah, undi Cina semakin diharapkan

Tindakan Mahathir: Lantik dua orang penasihat cina. MCA beli harian Cina.

NAMUN: Pembelian akhbar memecah-belahkan masyarakat Cina.



Daim 63, dianggap sebagai warga Malaysia yang terkaya, merupakan sebagai tukang simpan segala rahsia putar-belit UMNO (zaman Mahathir - penterjemah) Mereka berdua telah bertanggungjawab menonjolkan dominasi kewangan dan politik UMNO, menguruskan mikro-ekonomi negara, mewujudkan satu barisan anak-didik Melayu (dan anak emas dunia niaga pelbagai kaum - penterjemah) dalam dunia perniagaan dan menentukan segala kerja-kerja kebajingan mereka itu tidak ada sesiapa yang berjaya menentangnya.

Kini, perdana menteri sedang tercungap meredakan keadaan para penyokong yang semakin liar terhadap pemerintahannya yang autokratik. Di dalam UMNO sendiri, akar umbi sudah mengeluh melihatkan parti yang sudah terlalu berkarat disebabkan politik wang. Mahathir dijangka memberikan ucapan utamanya pada persidangan tahunan UMNO pada akhir bulan ini. Beliau perlu membuat satu kenyataan kenapa Daim mundur, semata-mata secara sukarela ataupun kerana disuruh berbuat begitu sebagai satu tipu muslihat lagi untuk meredakan perasaan geram akar umbi yang begitu lama terperam. Apakah tindakan itu mampu meredakan krisis yang semakin membuak? Kesudahannya memang tidak ada sesiapa yang dapat menjangka.

Mahathir sudah menyediakan suasana politik yang sesuai untuk pengorbanan itu. Daim pernah mengambil cuti selama dua bulan sambil membiarkan satu spekulasi adanya perbalahan antara mereka berdua; sengaja terapung-apung tanpa sesiapa memberikan jawapannya. Ketika kemarahan rakyat marhaen naik membuak disebabkan tindakan kerajaan menyelamatkan dua orang taikun yang dianggap sebagai anak-didik Daim - pembelian saham MAS dengan harga dua kali ganda daripada harga pasaran semasa dan penggunaan dana pencen untuk membeli saham syarikat internet yang diperlekehkan oleh pelabur asing, Mahathir sengaja tidak memberikan sebarang komen mengenainya. Kerenggangan itu nampak semacam sengaja diada-adakan. Pengosongan jawatan Bendahari parti yang dipegangnya selama enam musim berurutan, nampak semacam ketara sahaja. Pertama, ia akan menyucikan Mahathir daripada semua kontroversi yang lepas-lepas. Kedua, ia akan memperkasakan keazamannya untuk menguatkuasakan perubahan dalam parti sendiri. 'Nampaknya sudah wujud kesedaran untuk mengimbangi unsur penguatkuasaan yang mampu menangani masalah pengendalian korporat,' kata Stephen Hagger, ketua CFSB Securities di Malaysia.

Mahathir berkata dia akan mengambil alih portfolio kewangan, menantikan satu penggantian yang akan ditetapkan. Dengan rencana pertumbuhan jangka panjang yang sudah dilakar setidak-tidaknya pasaran tidak akan bergegar. Tetapi keadaan itu tidak mungkin dirasai oleh Perdana Menteri. Mahathir sudah semakin terpinggir di atas timbunan yang mahu diketepikan oleh rakyat marhaen. Apalagi dengan menghilangnya seorang pembantu yang sangat setia begitu lama. Daim sudah dua kali menyahut pertolongan cemas dan memegang jawatan menteri kewangan negara. Sebanyak itu juga bekas guru, peguam dan majistret ini telah diberikan sanjungan kerana membantu menyelamatkan Malaysia daripada dicekik krisis berpanjangan. Malahan Daim dikaitkan sebagai arkitek pertumbuhan negara pada 1980-an dulu di mana kadar pertumbuhan tahunan mencanak di tahap 8 persen sepanjang dekad itu.

Mungkin dia sendiri merasa lega ketika mundur. Sebagai seorang ahli perniagaan Daim tentunya berbangga kerana tidak pernah mempunyai ambisi politik yang meninggi. Kerana itu anak-anak Mahathir akan terus memanggilnya sebagai paman, walaupun perdana menteri sudah memilih untuk meneruskan pengembaraan secara bersendirian. Jalan yang penuh ranjau memang sedia menanti kemunculannya.

Terjemahan SPAR-03-022




Rencana Asal:

ttp://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/ business/0,8782,129535,00.html

Asiaweek
Issue 15th June 2001

On His Own

Daim Zainuddin's departure ends one of Asia's most effective political alliances - and begins an uncertain era for Mahathir

By ARJUNA RANAWANA

He went quietly, slipping away from Kuala Lumpur in a small white Proton, the commonest car on Malaysia's roads. The customary silver Mercedes of the country's deputy chief power-broker, Daim Zainuddin, was nowhere to be seen. There was no comment to the media. Daim's boss, Prime Minister Mahathir Mohamad, had already announced that his closest ally over more than two decades had given up his ministerial portfolios. A few days later, Mahathir confirmed that Daim also had resigned as United Malays National Organization treasurer and a supreme councillor. He didn't say why - which only spurred speculation. "In a time of scarce resources, they quarreled over whom to rescue," says Lim Kit Siang, chairman of the opposition Democratic Action Party. Daim lost.







PAPERING OVER THE CRACKS
THE PROBLEM: UMNO is seen to support business cronies.

MAHATHIR'S RESPONSE: Ease Daim out and sack a few corrupt middle-rankers. Son Mokhzani Mahathir sells business interests.

BUT Malaysians and foreign investors remain skeptical.

THE PROBLEM: UMNO's image is that it is old-fashioned, uncaring and out of touch.

MAHATHIR'S RESPONSE: Install feminist Azalina Othman Said in high-profile party role.

BUT Jailing of opposition activists under Internal Security Act signals little has changed.

THE PROBLEM: Courts are seen as pro-government.

MAHATHIR'S RESPONSE: Appoint a new chief justice.

BUT Rebuilding judicial credibility will take time - though one high court justice already has ruled that two ISA arrests were illegal.

THE PROBLEM: Malays are split, so UMNO must depend more on Chinese votes.

MAHATHIR'S RESPONSE: Employ two Chinese advisers. Chinese coalition partner buys feisty Chinese press.

BUT Newspaper purchase splits Chinese community.



As risky moves go, this one is a doozy. Believed to be Malaysia's richest citizen, Daim, 63, also is thought to be the keeper of UMNO's skeletons. Together he and Mahathir have ensured the party's financial and political dominance, micro-managed the economy, nurtured a coterie of rich Malay businessmen and brooked no interference to their power.

But now the premier is scrambling to placate an electorate increasingly hostile to such autocratic rule. Within UMNO itself, the rank and file complain that the party is indelibly tainted by money politics. Due to address the UMNO general assembly later this month, Mahathir needed to make a big statement. Daim's resignation, whether voluntary or induced, counts as a deafening shout. But will it placate the critics? The outcome is unclear.

Mahathir had prepared the ground for sacrifice. Daim had been on leave as finance and special projects minister for two months; speculation about a rift in the tandem rolled around unanswered. As outrage mounted over government rescues of two tycoons perceived to be Daim proteges - Kuala Lumpur bought shares in Malaysia's national airline at twice the market price from one and channeled public pension funds into a largely ignored listing of the other's internet concern - Mahathir rarely commented. The estrangement began to look deliberate. Daim's removal as UMNO treasurer, a post he has held for six consecutive terms, is particularly salient. First, it further distances Mahathir from any past controversies. Second, it reiterates his determination to enforce party reform. "There is now hope for more checks and balances, and that could alleviate corporate governance issues," says Stephen Hagger, head of CFSB Securities in Malaysia.

Mahathir says he will take over the finance portfolio while a replacement is considered. With long-term economic growth plans already in place, the markets, at least, are unlikely to experience any seismic shift. But not so for the prime minister. Mahathir is now virtually isolated at the top of the pile, minus a trusted confidante in UMNO's inner circle. Twice Daim has answered his emergency call to take up the reins as finance minister. Both times the former teacher, lawyer and magistrate has been credited with helping pull Malaysia clear of crisis. Indeed, Daim is regarded as the architect of the 1980s boom that resulted in annual growth of 8% through most of the decade.

He's probably relieved to bow out. A businessman above all, Daim always has claimed to harbor no political ambitions. No doubt Mahathir's kids will still call him uncle, but the prime minister has chosen to continue his journey alone. A rocky road beckons.