Laman Webantu   KM2A1: 4697 File Size: 14.9 Kb *



TAG SP 164: Malaysia Dihenyak Serangan Pendatang Tanpa Izin (PTI)
By Marty Logan

11/6/2001 6:54 pm Mon

[Bayangkan bagaimana PTI mampu membina rumah yang serba lengkap dengan bekalan api letrik dan air walaupun berstatus pendatang sehingga warga tempatan setinggan sendiri kehairanan. Tidakkah ini bermakna ada pihak yang sengaja membiarkan mereka kerana mendapat sesuatu yang lumayan di bawah meja SETIAP BULAN? Dulu pernah kita dikejutkan dengan pembunuhan anggota polis di Ampang tetapi tidak dikhabarkan besar-besaran punca sebenar nyawa mereka melayang. Kalaulah ada 1,000 rumah membayar wang bawah meja sebanyak RM50 sahaja berarti si dalang itu mendapat RM50,000 setiap bulan dengan penuh senyuman!!!
- Editor
]


Terjemahan SPAR-03-024


Malaysia Dihenyak Serangan Pendatang Tanpa Izin (PTI)

Reuters: Malaysia struggles against immigrant tide

Oleh: Marty Logan

Ketika jam menghampiri dua pagi, sebuah bot laju polis marin Malaysia telah mematikan lampunya dan keluar daripada tempat persembunyian di sebuah kawasan paya yang penuh kayu bakau untuk bertugas semula di lautan luas.

Pihak polis telah menerima maklumat adanya sebuah bot yang sarat pendatang tanpa izin yang cuba lari daripada kesesakan dan segala hingar-bingar sebuah negara jiran, Indonesia. Maklumat memberitahu mereka sedang merentas Selat Melaka.

Setibanya di perairan antarabangsa, awan mendung mula melindungi kerlipan bintang dan hujan mula turun tanpa diundang. Operasi itu dihentikan - dan satu lagi kumpulan warga Indonesia berjaya mendarat di satu pantai dengan segala harapan yang bergelombang tingginya.

Malaysia dan negara jirannya Singapura sedang menangani masalah besar mengnyahkan warga Indonesia yang sedang berusaha tanpa putus asa sehinggakan ada di kalangan mereka yang sanggup menjual tanah pusaka untuk mendapatkan peluang membuat kerja berat yang sudah ditolak oleh warga tempatan - mencuci kondo dan membina pencakar langit yang merupakan simbol keangkuhan dan kekayaan negara.

Pada pertengahan Mei, seorang pegawai kerajaan Malaysia telah melaporkan betapa sekitar 5,000 warga Indonesia telah berhimpun di Pulau Batam, kira-kira 45 minit perjalanan laut dengan bot laju, menunggu masa sesuai mencuri masuk.

Dalam satu rondaan pada pertengahan Mei itu, pihak polis telah berjaya menangkap 82 pendatang tanpa izin (PTI) yang disumbat dalam satu ruang sebuah perahu kayu yang tidak mampu bergerak laju. Mengikut statistik kedutaan Indonesia, pihak Malaysia telah menahan 60,000 PTI Indonesia pada bulan Mei sahaja.


Mengatasi Jumlah Etnik India?

Tidak siapa yang tahu berapa jumlah sebenar warga Indonesia di Kuala Lumpur, tetapi Kuala Lumpur telah menghantar pulang hampir 90,000 PTI Indonesia tahun lalu.

Mereka yang ditangkap telah ditahan di sembilan kem tahanan yang berselerak di seluruh negara sebelum dihantar pulang. Namun, 1,000 nyawa terkorban setiap tahun ketika merentas selat itu mengikut anggaran perangkaan pada awal 1990-an.

Kematian dan penghantaran pulang bukannya satu penghalang kepada kumpulan yang ramai kerana kemungkinan merapati jurang kekayaan itu adalah penambat segala harapan mereka yang mudah untuk difahami.

Singapura ialah sebuah negara pulau yang kaya raya mengikut apa jua piawaiannya dan Malaysia pula telah berjaya menurunkan tahap kemiskinannya di kalangan penduduk seramai 23 juta, kepada bawah tujuh peratus daripada sekitar 50 peratus pada awal 1970-an.

Hampir 25 peratus keseluruhan penduduk Indonesia sedang hidup merempat di bawah tahap kemiskinan, dan beberapa juta lagi masih mampu hidup dengan keadaan yang sedikit baik sahaja.

Kebanyakan anggaran perangkaan rasmi menunjukkan jumlah warga Indonesia di Malaysia adalah sekitar satu juta. Tetapi, anggaran Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur menyebut angka setakat 2 juta.

Ini bererti, jumlah warga Indonesia di Malaysia sudah pun mengalahkan jumlah penduduk etnik India yang merupakan kumpulan ketiga terbesar rakyat Malaysia mengikut bancian 2000 dulu, yang jumlahnya ditaksir cuma 1.6 juta sahaja.


Menekan Warga Serumpun

Sejarah merakamkan betapa orang Melayu dan warga Indonesia itu adalah keluarga serumpun. Warga mendatang Indonesia memperdagangkan tulang empat kerat mereka, talian persaudaraan dan sebuah kerajaan yang dianggap mempunyai rasa simpati untuk membolehkan mereka bernafas lega.

Kebanyakan mereka muncul di Malaysia pada awalan 1980-an lagi.

Namun, pertambahan jumlah yang mendatang itu mencetuskan kerunsingan antara rakyat marhaen Malaysia yang kini menuduh mereka sebagai punca segala kes jenayah kecilan di negara ini.

Di pihak mereka pula ramai warga PTI yang meluat dengan sikap mengada-ada pihak tuan-rumah mereka.

'Ada kalanya penumpang Melayu bertanya saya dengan sindiran bagaimana warga Indonesia dibenarkan memandu teksi di sini. Ini yang membuatkan saya naik angin,' kata seorang pemandu teksi yang berasal daripada Sumatra Barat.

'Saya tidak faham kenapa mereka memandang rendah kepada kami.'

Di Kuala Lumpur, kawasan Chow Kit sudah lama bertukar nama menjadi 'mini-Jakarta' tetapi kini, lorong-lorongnya yang satu ketika dulu tempat kelaziman penjualan kaset dan VCD haram kini menjadi sarang penginapan warga Afrika dan negara lain pula.

Namun, di warung jalanan di bahagian barat jalan besar di situ, warga Indonesia masih unggul dengan perniagaannya.

Tenaga pekerja Indonesia yang bercelana 'jeans' dan berbaju 'T', mundar-mandir di tepian longkang sekitar kedai menjual nombor ekor, sambil rokok yang tercucuh di bibir mereka mengepulkan asap pekat yang beraroma cengkih. Setiap hembusan asap adalah lambang harapan agar pembelian menghasilkan keuntungan besar, jika tidak lesaplah pertaruhan mengikut asapnya.


Pekerjaan

Dua orang pegawai polis yang sedang meronda memberitahu kebanyakan warga Indonesia memang kuat bekerja dan mereka masuk secara haram menggunakan pas pelancongan. Setelah mendapat pekerjaan, mereka pulang setiap bulan untuk memperbaharui pas mereka itu, sambil membawa pulang wang ringgit untuk keluarga yang setia menunggu.

'Sepuluh tahun dulu mereka tiba di sini dan kalau seorang daripadanya Madura dan yang lagi seorang itu kaum Dayak, mereka akan bertengkar dan bergaduh. Kini tidak lagi, kerana mereka tahu menghormati keharmonian negara ini,' kata Yassin salah seorang pegawai polis itu.

Seorang pegawai kerajaan berkata, yang membuat kekecohan itu selalunya ialah peniaga Malaysia juga. 'Warga Indonesia telah menyumbang kepada kemajuan Malaysia secara positif. Kami tidak ada masalah dengan mereka,' kata Aseh Che Mat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. 'yang cuba kami elakkan ialah agar mereka tidak dianiayai,' demikian Aseh memberitahu Reuters dalam satu wawancara.

Walaupun pegawai kerajaan nampak lebih faham, penduduk tempatan terus mengadu akan naiknya kes jenayah dan lambakan PTI Indonesia ke kawasan mereka.

'Kalau tidak ada tindakan spontan, jumlah PTI ini akan berganda dalam masa beberapa bulan sahaja,' kata Saharuddin Awang Yahaya, ketua kampung yang sedang berkempen terhadap pembiakan perkampungan setinggan di pinggir Kuala Lumpur.

Walaupun tidak mempunyai status penduduk tetap, para setinggan di situ berjaya membina 1,000 rumah yang mempunyai bekalan air dan elektrik. Inilah pencetus kesangsian negara.

Pergolakan di negara jiran Malaysia itu memang merupakan salah satu kerungsingan besar Malaysia mengikut pendapat Menteri Luar Syed Hamid Albar.

'Masalah ketenteraman, ekonomi dan kestabilan politik adalah menjadi fokus pemantauan kami kerana lambakan penghijrahan yang semakin besar,' kata Syed Hamid kepada Reuters.

- Tamat -

Terjemahan SPAR-03-024


Catatan Lama Editor:

Bilangan pendatang asing tidak dapat dianggarkan dengan tepat tetapi terdapat kemungkinan mereka sudah mencecah angka 2 juta - ini lebih ramai dari bilangan kaum minoriti India di negara ini. Masalah ini tidak akan selesai selagi dalang dibiarkan bermaharaja sesuka hati. Tidak mungkin mereka berjaya masuk ke negara ini jika tidak ada lubang dan sesuatu yang mewah menanti. Siapakah yang untung dengan kedatangan mereka ini jika tidak pihak yang menguruskan mereka selama ini. Jika polis di atas sanggup berkonspirasi politik, polis di bawahpun bukannya boleh dipercayai lagi. Di sini wang sudah menjadi raja - undang-undang sudah melayang entah ke mana. Bayangkan jika seorang pendatang membayar wang bawah meja sebanyak RM100, jika 2 juta itu sudah memberi hasil RM 200 juta begitu sahaja.... yang tentunya lebih baik dari gaji polis yang tidak berbaloi dengan penatnya bekerja.




Rencana Asal:


http://livenews.lycosasia.com/cgi-bin/get.pl? pi_news_id=707662&pi_ctry=my&pi_lang=en


Malaysia struggles against immigrant tide

By Marty Logan

KUALA LUMPUR (Reuters) - Just before 2 a.m., a Malaysian police speedboat douses its lights and heads out from the cover of a mangrove swamp towards the open sea.

The police have been tipped off that another boatload of refugees fleeing politically volatile, impoverished neighbour Indonesia is on its way across the Strait of Malacca.

Soon after the patrol reaches international waters, clouds black out the stars and the rain starts. The operation is called off -- and another group of Indonesians make their way to what they hope will be their promised land.

Malaysia and neighbouring Singapore are battling to keep out Indonesians so desperate that some will sell their land for a chance to work at the menial jobs locals now refuse -- cleaning the condominiums and building the skyscrapers that are symbols of the countries' prosperity.

In mid-May, a Malaysian government official said 5,000 Indonesians were gathered on Batam Island, 45 minutes away by speedboat, waiting for a chance to sneak in.

In one patrol in May, the police caught 82 migrants crammed into the deep hull of a slow wooden boat. According to the Indonesian embassy, Malaysia arrested 6,000 illegal Indonesians in May.

ETHNIC INDIANS OUTNUMBERED?

No one knows how many Indonesians there are in Malaysia, but Kuala Lumpur deported nearly 90,000 last year.

Those captured are held in nine detention camps across the country before being shipped home. But some 1,000 die each year making the crossing, according to estimates in the early 1990s.

Death or deportation is no deterrent for many and the wealth gap makes it easy to understand.

Tiny Singapore is a rich country by any standards and Malaysia has succeeded in bringing down poverty levels among its 23 million people to less than seven percent from around 50 percent in the early 1970s.

Nearly a quarter of Indonesia's 200 million people are living in poverty, and millions more are little better off.

Most official estimates put the number of Indonesians in Malaysia at close to one million, but the Indonesian embassy in Kuala Lumpur recently said it could be as high as two million.

That would mean Indonesians now outnumber Malaysia's official third largest ethnic group -- the 1.6 million Indians counted in the 2000 census.

PUT DOWN ROOTS

Sharing ethnic roots, religion and a similar language with the majority Malays, Indonesians trade on hard work, family ties and a fairly sympathetic government to make new lives here.

Many arrived at the start of Malaysia's development drive in the early 1980s.

But their growing numbers worry ordinary Malaysians, who blame Indonesians for much of the country's petty crime.

For their part, many Indonesians resent the superior attitudes of some of their hosts.

"Sometimes Malay passengers ask me in a cynical tone how Indonesians can be allowed to drive a taxi here. I get very annoyed," said a taxi driver originally from West Sumatra.

"I don't understand why they look down on Indonesians."

According to the Jakarta Post newspaper, Indonesian embassy officials reported 35 of their nationals were arrested for murder last year.

Kuala Lumpur's gritty Chow Kit district was once known as 'mini-Jakarta'. Today the alleys where traders sell pirated VCDs are also home to Africans and other foreigners.

But in the street markets on the west side of the main road, Indonesians still dominate.

Indonesian labourers in jeans and T-shirts loaf around outside betting shops, in a haze of smoke from their trademark aromatic clove cigarettes, hoping for a winning ticket.

WORK

Two police officers walking the beat say most Indonesians are hard workers who beat the system by entering Malaysia on tourist passes, get jobs, then return monthly to update the pass, carrying valuable Malaysian ringgit to their waiting families.

"Ten years ago they would come here and if one was from Madura and the other was Dayak they would automatically fight. Now they respect the peace in Malaysia," says Yasin, one of the officers.

A government official says it is Malaysian businessmen who hire Indonesians illegally who cause trouble.

Indonesians "are people who make positive contributions to Malaysia. We don't have a problem with this group," said Aseh Che Mat, secretary-general of the Ministry of Home Affairs.

"What we don't want is a situation where they are being exploited," Aseh told Reuters in an interview.

But while officials appear understanding, residents complain of rising crime and Indonesians moving into their areas.

"If there is no immediate action, the number can double in a few months," says Saharuddin Awang Yahya, head of a residents' group which is campaigning against a squatter area mushrooming on the outskirts of Kuala Lumpur.

With no official status, squatters there still managed to build 1,000 homes and access water and electricity.

It could be a microcosm of a national anxiety.

The upheavals in Malaysia's seething neighbour is one of Foreign Minister Syed Hamid Albar greatest external worries.

"Law and order problems, economic or political instability, we have to watch very closely because the spillover to us is real," Syed Hamid told Reuters.