Laman Webantu   KM2A1: 4698 File Size: 10.1 Kb *



TJ SP QS: Surat Terbuka Kepada Rais Yatim
By Martin Jalleh

11/6/2001 6:22 pm Mon

[Kalau dulu Rais Yatim menyeberang kembali selepas membakar jambatan kali ini dia telah melanggar hujah dirinya sendiri yang tersemat dalam buku yang telah menjadi batu loncatan untuk membolot gelaran kedoktoran. Sikap seperti ini dinamakan hipokrit kerana tidak punya pendirian dan asyik berpura dan mengambil kesempatan.

Rais Yatim adalah satu model 'cakap tidak serupa bikin' Umno yang cocok dengan keperluan Mahathir - patutlah khidmatnya diperlukan. - Editor]


Terjemahan: Qalam Kencana

[sangkancil]

Oleh: Martin Jalleh


Surat Terbuka Kepada Rais Yatim


Saudara,

(Maafkan saya kerana menggugurkan gelaran 'Dr.' -- saya merasakan selesa bertindak begitu sejak anda bertindak mengenepikan hasil kerja tulisan anda yang termasyhur 'Freedom under Executive Power in Malaysia: a Study of Executive Supremacy.')

Alangkah peliknya Rais, -- kata-kata yang pernah anda gunakan satu ketika dulu untuk menggambarkan satu 'masyarakat yang tidak kritis' di Malaysia, begitu amat bertepatan sekali mengenai anda hari ini.

Sememangnya -- 'suasana ketenangan dan sikap menaungi itu begitu membingungkan' seperti yang anda pamerkan masakini, 'dalam menyetujui gelagat berlebihan si Penguasa.'

'Seolah-olah' anda telah 'hilang pegangan ... hak-hak asasi dalam sebuah negara yang membanggakan dirinya sebagai mengamalkan demokrasi dan menonjol dalam menyuarakan suara kebebasan antara negara Dunia Ketiga.'

'Sudah tidak ada lagi tentangan daripada (anda)' -- berbanding dengan 'rakyat Malaysia' yang pernah anda tarik perhatian mereka kepada --mereka yang anda katakan, mempunyai 'kelemahan untuk memahami dan menghargai hukum undang-undang,' masih ingatkah anda lagi?

Percayalah Rais, ramai antara kami memang mengerti apakah yang sedang anda lalui. Malahan, buku anda itu telah membantu ramai yang menyelami betapa Ketuanan Penguasa itu telah 'membebaskan' anda daripada segala belenggu yang merantai kepercayaan politik dan akademik anda.

Sayang, apabila ketuanan penguasa itu telah mencengkam anda, ia sudah tidak menjadi satu kehairanan lagi untuk mendengarkan suara anda yang mengatakan betapa pendapat bertulis yang pernah anda pertahankan itu hanya merupakan satu 'latihan akademik' dan 'seseorang itu tidak semestinya dirantai oleh prestasi akademiknya sehingga akhir hayatnya.'

Mungkin itu merupakan satu 'latihan akademik' kepada anda, buku itu memberikan kami peluang menyelami beberapa dalil untuk memahami tanggapan berbeza anda yang terkini.

'Hanya ada satu penjelasan kepada perkara ini: budaya takut yang sudah mencengkam.'

Tentu sekali ia menakutkan, Rais -- kerana seandainya anda berpegang teguh kepada pendirian anda, anda menanggung risiko apa yang pernah anda sebut sebagai 'hidup yang menyeronokkan', 'peluang perniagaan' dan 'malahan peluang bertugas' dan sudah tentu sekali peluang untuk menjadi Menteri undang-undang (de facto) di jabatan Perdana menteri .. atau mungkin juga Ketua Hakim Negara satu hari nanti?? (anda terpaksa menyaingi Tan Sri Mohtar Abdullah terlebih dulu)

Mungkin wujud juga 'perasaan takut akan munculnya tindakan penguasa' yang telah anda tulis begitu ketara sekali, sehingga kami selalu menyedarinya -- yang terbaru ialah mangsa 'ISA' di Kamunting.

Bagaimana agaknya keseronokan menjadi sebahagian warga Malaysia yang pernah anda kesalkan begitu ghairah dulu kala --- mereka yang 'enggan akur dalam banyak perkara....'?

Anda memang benar ketika menulisnya: 'Seandainya seseorang mahu memimpin, dia mestilah menganggotai kumpulan elit yang memerintah' dan oleh kerana anda sudah pun menjadi sebahagian kumpulan Ketuanan Penguasa itu - yang 'kezalimannya' meransang anda mendapatkan doktorat, (masih ingatkah anda?) -- tentu sekali anda boleh, dalam perkataan anda sendiri, hanya 'melihat, mendengar dan akur.'

Anda sudah terlampau berlagak laksana seorang PM kebelakangan ini - orang yang pernah anda kecam dan cemuh, dalam setiap helaian buku setebal 426 muka surat yang anda sifatkan satu 'latihan akademik' itu.

Anda seolah-olah menyetujui gelagat Penguasa dalam 'mempunyai kuasa berlebihan ke atas kebebasan individu dan sengaja memperlekehkan Suhakam dan badan kehakiman', begitu sahaja.

Memang bertepatan sekali pengisytiharan anda betapa.. 'tidak ada satu pun dalam sistem pendidikan negara ini yang menggalakkan penghayatan hukum undang-undang ataupun kepentingan hak asasi manusia untuk mempertikaikan kuasa pihak yang berkuasa akan hal-hal yang menyangkuti kehidupan mereka.'

'Setidak-tidaknya di tahap universiti ada juga keperluan pihak pelajar mempelajari tentang hukum undang-undang secara konsep dan amalannya.'

Apabila mereka menjadi sebahagian penguasa itu satu hari nanti, mereka bolehlah, dengan meneliti contoh kerja anda, mengenepikan apa yang pernah mereka hayati itu dan turut juga mengisytiharkannya sebagai satu 'latihan akademik' juga.

Mereka yang pernah anda tujukan dedikasi penulisan buku itu --'mereka yang pernah merana azab sengsara kesan kezaliman dan salahguna Penguasa'-- masih menunggu-nunggu autobiografi anda yang sepatutnya diberikan judul: 'Yang Membelenggu Kuasa Penguasa: Satu Kajian Akademik dan Kepalsuan Berpolitik.'

Sebagai penutupnya biarlah saya rakamkan, betapa pintarnya anda dalam memberikan sumbangan kepada 'cara mengimbau dengan selamba masa dulu-dulu' sambil memberikan penekanan kepada hukum undang-undang itu.

Martin Jalleh (10 Jun, 2001)

Diterjemahkan oleh: Qalam Kencana




Asal:


Martin Jalleh

An Open Letter to Datuk Rais Yatim

Mon Jun 11 01:33:30 2001


An Open Letter to Datuk Rais Yatim

Dear Datuk Rais

(Forgive me for dropping the "Dr" -- I felt it was only appropriate since you have decided to "desert" your great dissertation -- "Freedom under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy". )

It is so strange, Rais, -- the very words you once used to describe the "non-critical society" in Malaysia, seems so apt on you today.

Indeed -- very "...perplexing has been the seemingly calm and patronizing attitude" which you have shown of late, "in facing and accepting (the Executive's) excesses..."

"It is as if" you have "lost touch with...basic rights in a country that prides itself in being democratic and leading the voice of liberation within Third World countries".

"There appears to be no resistance from (you)" -- as compared to "the Malaysian people" whom you had once drawn attention to -- those whom you claimed, have a "lack of understanding and appreciation of the rule of law", remember?.

But rest assured Rais, many of us can comprehend what you are going through. In fact your book has helped many to fathom how Executive Supremacy has "freed" you from your former political and academic convictions.

Alas, when Executive Supremacy has such a hold on you, it is not surprising to hear you declare that the written views you once held were merely an 'academic exercise" and "a person should not be held to his academic work for the rest of his life".

Though merely an "academic exercise" to you, your book gives us an insight to some of the probable reasons for your recently reformed views .

"There can only be one explanation to this: the culture of fear has set in."

Indeed, it must be quite frightening, Rais -- for if you were to stand by your convictions, you risk losing what you had called "the good life", "business opportunities" and "even work opportunities"...and of course the golden opportunity to be the de facto Law Minister in the PM's Department...or the Chief Justice one day? (You will have to contend with Tan Sri Mohtar Abdullah of course.)

Then there is also that "underlying fear of executive reprisal " which you wrote so vividly about, and we are often made aware of -- the latest being the ISA "victims" in Kamunting .

How does it feel to be part of that group of Malaysians whom you lamented so passionately about -- they who are "reluctantly submissive in many respects.."?

You were so right when you penned: "If one wants to lead, one has to join the ruling elite" and now that you are so much a part of that Executive Supremacy -- whose "tyranny" -- earned you a doctorate, (remember?) -- you can, in your words, only "look, listen and follow".

You sound so much like the PM nowadays -- the man whom you criticised and condemned, on practically each of your 426-page "academic exercise".

You seem to relish the Executive's "overriding power over the freedom of individuals' and in taking Suhakam, the judiciary and the public for a ride.

You were right on when you declared that "...there has been nothing in the educational system of the country that encourages the inculcation of the rule of the law or the importance of the people's right to question the authorities on matters that affect their lives."

"At least at university level there is a dire need for the students to learn about the rule of law in concept and practice."

And when they do become a part of the Executive one day, they could, after your good example, renounce what they had been imbued with and declare it as purely an "academic exercise"!

Those whom, you had dedicated your book to -- "all who have suffered from the tyranny of executive excesses" -- eagerly wait for your autobiography which should most appropriately be called: "Fetters under Executive Power: A Study of Academic and Political Hypocrisy".

To end on an affirming note, how adept you are in contributing to the "mere chanting of the past" when it comes to the rule of law.

Martin Jalleh
(10 June 2001)