Laman Webantu   KM2A1: 4701 File Size: 2.9 Kb *



TJ MK: Demo Si Kecil di KLCC Yang Menakjubkan
By Sangkancil

11/6/2001 10:38 pm Mon

[Kelembutan dan kesopanan akan menewaskan kekerasan dan keangkuhan kerana di situlah mata akan memandang. Aksi si kecil yang menakjubkan ini telah memberi satu tauladan betapa pihak berkuasa sebenarnya tidaklah seperkasa dan sehebat mana walaupun lengkap bersenjata. Mereka tertewas oleh seorang gadis kecil yang cuma berbekal satu belon sahaja......
- Editor
]


Dalam tunjuk-perasaan aman yang dianjurkan oleh kaum hawa di KLCC untuk membantah penangkapan ISA pada 4hb Jun lepas satu kisah yang menakjubkan telah berlaku.

Saya ingin memanjangkan satu kisah yang kedengaran dari seorang saksi di tempat kejadian. Pada saat penghujung perarakan aman oleh sekumpulan wanita itu kira-kira 50 orang peserta tunjuk perasaan telah diarahkan supaya bersurai oleh pihak polis yang dikerah. Pada ketika itu, muncul seorang gadis kecil molek, yang berusia kira-kira 5 tahun, telah cuba memberi belon anti ISA nya kepada salah seorang kakitangan polis yang bertugas di situ.

Lantas seorang polis lain cuba menyekat gadis kecil itu, dan dalam 'bergelora dengan semangat' itu, dia telah menyebabkan gadis kecil itu tertolak dan terjatuh menyembam bumi.

Gadis kecil itu kemudiannya bingkas bangun dengan tenang dan cuba memberi sekali lagi belon tersebut kepada polis itu lagi.

Pegawai itu kelihatannya begitu meradang, dan menurut beberapa saksi yang memerhati kejadian, "mukanya berubah menjadi begitu hitam gelap dan merah padam dan kemudiannya menghitam pekat lagi".

Orang ramai kemudiannya bersurai juga, dan polis tadi tidak juga sanggup menerima belon dari si anak kecil tadi.

-Terjemahan Man Kubur-




Asal:

[sangkancil]

Little Demonstation Anecdotes

At the demo organised by women at the KLCC against the ISA on the 4th of June, an interesting thing happened.

I am relating the story heard from another eyewitness. At the end of the march that the women held, the crowd of about 50 people were ordered to disperse by the police officer in charge. At that point, a little girl, of about five years of age, tried to give her anti-ISA balloon to one of the police personnel stationed around the area.

Immeidately, another police officer attepted to stop her, and in his 'enthusiasm', actually pushed her to the ground.

The little girl then calmly got up and went to give her balloon to the police again.

The officer was visibly extremely angry, and in the words of the eyewitness, "turned black and red then black in the face again."

The crowd then dispersed, and the police never did accept the child's balloon.