Laman Webantu   KM2A1: 4702 File Size: 2.5 Kb *



Re: Mak Cik Aishah melenting di Kamunting ....
By Dahlia

11/6/2001 2:46 pm Mon

Assalamualaikum wbth,

Pertama sekali, tahniah dan terima kasih kepada Brother Mat Deghih kerana meluangkan masa beliau untuk bersama para keluarga pejuang reformasi yang diISAkan. Tahniah kerana beliau sanggup berkorban hadir memberikan semangat kepada keluarga yang terniaya, sedangkan ramai lagi para penyokong reformasi yang tidak dapat berbuat demikian.

Sebaik membaca lapuran peristiwa pada 10 Jun di Kem Kemunting, saya merasa benar-benar sebak... Sebak. Terharu sekali. Tanpa disedari air mata turut mengalir dengan lapuran keberanian Mak Cik Aishah, yang mungkin tua pada usianya, namun tidak melatah menuturkan bicara. Beliau tahu dengan siapa beliau berhujah, beliau tahu nama siapa yang beliau sebut, dan beliau tidak keliru apabila menyebut nama anaknya Ezam sebagai wira. Wira Mak Cik Aishah, wira bagi anak-anak Ezam, wira kepada pejuang reformasi, dan wira kepada rakyat Malaysia.

Berbezanya dengan seorang lagi Mak Cik Aishah (Ghani) yang masih di dalam umno tu. Andai kata kita ada ramai wanita-wanita berjiwa seperti Mak Cik Aishah, pastilah BN mudah ditumbangkan! Sekalong penghargaan dari kami buat Mak Cik Aishah.

Sekadar merintih, apakah kita tidak mempunyai jiwa yang mampu membuat kita rasa sedih dan terharu dengan sikap seorang wanita , ibu kepada tahanan yang berjuang bukan untuk kepentingan dirinya, tetapi untuk seluruh rakyat? Sehingga kita merasakan bahawa lebih ramai yang ingin membisu dari ingin membantu menjayakan perjuangan ini? Memanglah sukar, tetapi kalau tidak dicuba, diusahakan, manakan dapat hasilnya.

Kalaulah begitu cara kita, kita tidak ambil peduli, pun tidak kisah apa yang terjadi, biarkanlah Malaysia ini terus diperintah oleh firaun dan para lanun , oleh manusia yang bertopengkan Islam. Biarkan!!! Biarkan!! Jangan buat apa-apa. Diam saja. Diamm... biarkan DSAI dipenjara seumur hidup, biarkan mereka diISAkan tanpa bersebab, biarkan lebih ramai pemimpin BA dan rakyat ditangkap tanpa bicara. Biarkan saja.

Dan kita semua teruskan hidup seperti tak ada apa-apa yang berlaku.. Berilah alasan kepada diri kita untuk tidak berbuat apa-apa. Cari alasan lagi, lagi dan lagi..

Biarkan..
Ada ketikanya rasa terkilan yang amat sangat...

Dahlia/KL
11 Jun, 2001