Laman Webantu   KM2A1: 4714 File Size: 2.5 Kb *



TJ MK: Ketua Hakim Negara Tidak Terkejut Pun
By Bernama

13/6/2001 5:53 pm Wed

[Oleh kerana Hakim Dzaiddin tidak terkejut - ini membayangkan beliau sudah lama tahu apa yang berlaku kepada institusi kehakiman negara dan siapa yang telah merusakkannya. Itulah sedikit berita yang terselit dalam berita 'biasa' dalam rencana ini.
- Editor
]


Ketua Hakim Negara Tidak Terkejut Dengan Nama Pemanggil Talifon

KUALA LUMPUR, Jun 12 (Bernama) - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohamed Dzaiddin Abdullah mengatakan beliau tidak terkejut untuk mengetahui identiti pemanggil talifon yang mnengarahkan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Kamil Awang pada pertengahan tahun 1999 agar membatalkan dua petisyen yang berkait dengan pilihanraya di Likas.

"Saya tahu siapa yang menalifon itu...Saya tidak terkejut pun". Begitulah kata Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohamed Dzaiddin dalam sesi akhbar di kamarnya di bangunan Sultan Abdul Samad.

Hakim Dzaiddun juga mengesahkan beliau telah menerima melalui tangan pada hari Selasa lepas surat dari Hakim Muhammad Kamil yang mendedahkan nama pemanggil talifon tersebut.

Tetapi beliau enggan untuk mendedahkan nama itu, dengan mengatakan tidak ingin mengganggu penyiasatan dalam perkara itu.

-Terjemahan Ringkas Man Kubur-




Asal:

http://www.bernama.com/general/ge1206_19.htm

June 12 , 2001 22:02PM

CJ Not Surprised Over Identity Of Person Said To Have Called Judge

KUALA LUMPUR, June 12 (Bernama) -- Chief Justice Tan Sri Mohamed Dzaiddin Abdullah said on Tuesday that he was not surpised to learn the identity of the caller who allegedly directed High Court judge Datuk Muhammad Kamil Awang in mid-1999 to strike off two petitions related to the Likas election.

"I know the person...I'm not surpised," he said at a news conference in his chambers in the Sultan Abdul Samad Building here which houses both the Federal Court and Court of Appeal.

Mohamed Dzaiddin also confirmed that he had received by hand on Tuesday a letter from Muhammad Kamil revealing the name of the alleged caller.

However, he declined to reveal the name of the person, saying he did not want to jeopardise the investigation into the matter. -- BERNAMA