Laman Webantu   KM2A1: 4716 File Size: 7.6 Kb *



Hishamuddin dan Kamil...sila berdiri!
By tv3

13/6/2001 4:00 pm Wed


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera

Semua Pejuang REFORMASI

Muqaddimah

Saat "fir'aun baik" melucutkan DSAI dan mengaibkannya hingga keluar dari batasan kemanusiaan - "Check mate"!

Ketepatan ungkap kata diatas tidak dapat dinafikan, semenjak awal lagi. Kini, apa yang terjadi kebelakangan ini, cuma memperkukuhkan lagi kenyataan!

Kebencian rakyat terhadap tabii kerajaan memerintah (khasnya UMCINO) sebenarnya sudah mula kelihatan melalui keputusan pilihanraya ke-10 pada November 99. Malah, ada yang berpendapat, andaikata pilihanraya tersebut benar benar bersih dan telus, ramai mereka yang sekarang bergelar Menteri, hanya layak digelar bekas YB. Trend ini dikekalkan didalam dua pilihanraya kecil yang menyusul, Sanggang dan Teluk Kemang, walaupun calun BA gagal merampas kerusi yang dipertandingkan. Tepat setahun selepas pilihanraya umum, tiba pula giliran Lunas. Dengan kesedaran pengundi Cina, setelah dikejutkan dengan panggilan "komunis", BN dikejutkan dari alunan mimpi. Ada yang tersintak dan terjaga. Tidak kurang pula yang terus menarik selimut dan menyambung lena.

Bermula di Lunas

Belum reda gelombang kebangkitan di Lunas, umCINO menjalankan tugas hariannya dengan mengadakan pemilihan ketua diperingkat cawangan dan seterusnya Bahagian. Dipermukaan, kesemuanya berjalan lancar. Suap sana, suap sini, ugut sana, ugut sini, melancung kesana, melancung kesini memang berlaku. Tetapi kesemuanya itu perkara biasa. Maklumlah, sudah jadi darah daging umCINO setiap kali diadakan pemilihan parti. Semua nampak normal.

Tiba tiba ribut taufan melanda. Kali ini diBeserah! Dimana seorang ADUN umCINO dan bekas seorang Timbalan Menteri, telah "meletakkan jawatan" beliau sebagai ADUN kawasan berkenaan diatas alasan "tidak mendapat sokongan ahli dari kawasan sendiri". Tidak cukup setakat itu, Dato' Fauzi Rahman (barangkali dengan penuh iltizam meninggalkan kesan yang nyata) membuat aduan polis terhadap salahguna kuasa Khalil Akop ketika bertugas sebagai Menteri Besar. Barang diingat, kes ini masih belum diselesaikan oleh pimpinan tertinggi parti. Bertambah anih lagi, apabila pengadu ini tidak diambil tindakan dipecat dari parti, sebagaimana termaktub didalam perlembagaan parti. (Kes ini, dan kes menerima kaum Cina sebagai ahli (yang juga bercanggah dengan perlembagaan), mengesahkan bahawa perlembagaan parti ini, sama tarafnya dengan kertas jamban!

Awal bulan April, rakyat marhaen berhadapan dengan satu adegan yang memang sudah lama dijangka, ia itu, penangkapan 10 pejuang reformasi terunggul dibawah ISA! Memang dikalangan reformists, penangkapan ini tidak pernah diragui. Memang jelas yang pihak berkuasa longlai dan tidak mampu membendung semangat serta kebenaran yang dibawa oleh ke-10 pejuang ini. Soalannya hanya BILA? dan SIAPA? Didalam kaedah persediaan, memang para pejuang sudah menyiapkan diri dari segi spiritual dan mental. Apa yang membuat keadaan lebih menyeronokan (interesting) adalah sikap sipenangkap! Yang amat ketara ia lah Tuan Haji Mamai underestimated the reaction of the public, particularly the wives of the detainees, towards the arrests! Hampir keseluruh rakyat menunjukkan kebencian, hinggakan penuntut IPT pun berani menyerahkan memorandum mengutuk penangkapan itu. Tanpa perasaan takut lagi kepada ISA, muncul lah satu lagi "gerak penentangan" (resistance force) berbentuk serikandi REFORMASI!

Arus Kebangkitan Berterusan?

Satu satunya kezaliman yang amat dibencikan oleh rakyat marhaen adalah terhadap sistem perundangan negara. Balaci yang menguruskan kehancuran sistem perundangan seperti Hamid Omar, Usop Chin, Mokhtar Dugong, 4 tahil (x2), Kertas Hacks dan Ariffin Badut, diketahui umum. Gara gara "seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit", rakyat merasa was was terhadap ikrar Ketua Hakim yang baru, untuk membersihkan sistem kehakiman.

Dengan kehendak Ilahi, muncul pula Yang Arif Hakim Hishamuddin Yunus! Tidak cukup dengan penghakiman yang dijatuhkan, cara Hakim Hishamuddin "mengherdik" pihak pendakwa raya dan pihak polis didalam mahkamah boleh dianggap kemuncak kebencian dan kejijikan rakyat terhadap polis. Ini berlaku ketika pendakwa raya meminta penangguhan "...2 atau 3 hari" untuk membawa Sdr Abd Ghani dan Sdr Gobi kemahkamah dengan alasan, ".....tidak tahu dimana mereka ditahan!". Sesiapa yang berada didalam mahkamah pada petang bersejarah itu juga akan merasa puas, melihat reaksi juak juak polis apabila Hakim memberi arahan yang, "....Polis dilarang menangkap semula mereka ini didalam masa 24 jam berikut!" Terpinga pinga bagaikan kerang busuk, walaupun paku terpacak dibahu! Bayangkan itu baru mahkamah dunia! Gemaan "TAKBIR" dan "REFORMASI" didalam dan luar mahkamah semestinya menaikkan bulu roma mereka yang hadhir.

Jauh diseberang Laut Cina Selatan, timbul pula Yang Arif Hakim Muhammad Kamil Awang. Tinggalkan keputusan mengosongkan kerusi Likas. Hakim Muhammad Kamil didalam "judgement" beliau, telah mendedahkan telah menerima "panggilan talipon". Kini, dengan kenyataan bertulisnya kepada Ketua Hakim Negara, dan melalui proses elimination, rakyat semakin mengenal identiti sipemanggil. Mungkinkah kes ini disenyapkan? Atau mungkinkah dihadapkan ke tribunal? Sama sama kita tunggu! Apa yang pasti, kini dua orang Hakim yang sudah berani melawan arus. Mustahilkah akan ada lagi yang berbuat demikian?

Dari sudut lain, kita tidak akan mudah lupakan satu lagi insan yang berperinsip, berupakan Raja Ahmad Aminullah yang dengan suka hati melepaskan kerusi pengarah demi enggan meminta maaf, "...kerana mempunyai sifat seorang manusia". SUHAKAM, sebuah pertubuhan yang diwujudkan melalui Akta Parlimen, juga tidak kurang dengan peranannya "menekan" kerajaan untuk membenarkan DSAI menerima cara dan tempat lawatan pilihannya sendiri. Ini semua bukan kerana muslihat politik, cuma sekadar merperakui apa yang betul dari segi undang undang, mahupun keperihatinan insan sejagat.

Pendek kata, sensitivity kerajaan terhadap rakyat, pupus sama sekali.

Inikah penutup?

Perhatian kini tertarik kepada bekas Menteri Kewangan. Apakah bab Daim Zainuddin didalam sejarah Malaysia terhimbus dengan perletakan jawatan beliau? Banyak desas desus kedengaran oleh tv3 akan nasib yang akan menimpa Daim. Dan banyak jugalah andaian yang menghuraikan senario tindak balas yang mungkin berlaku. Allah sahajalah yang mengetahuinya! Tetapi kini sudah terbaca lapuran media asing yang Wan Azmi (diantara kroni Daim yang terkanan) kini menghadapi tekanan bank untuk menjelaskan pinjaman berjumlah USD14.8 juta, didalam masa 21 hari. Benar, yang mendesak ialah sebuah Bank asing. Mungkinkah mereka bertindak demikian kerana sudah terhidu akan nasib para kroni tanpa Godfather mereka? Mungkin kah kini giliran Hj Mamai pula melebamkan mata Daim? Tak mungkin?!

Tetapi, kalau ahli umCINO sudah bersuara, penuntut IPT sudah bersuara, serikandi sudah bersuara, Hakim sudah bersuara, ISA diasak bertubu tubi. Bilakah agaknya anak buah Tan Sri Mamai pula nak bersuara? Tidak ada kah "Hakim Hishamuddin" dan "Hakim Muhammad Kamil" dikalangan anda? Sudah pasti lah ia nya bukan Musa atau Rodhwan, tetapi, mustahil tak ada seorang pun yang takut akan Hari Pembalasan!