Laman Webantu   KM2A1: 4720 File Size: 19.9 Kb *



TAG SP 167: Mana Ada Bom, Cerita Seks Adalah...
By Susan Loone

14/6/2001 8:05 am Thu

TAG 167

[Ini satu rencana yang amat penting yang MESTI DIBACA dan MESTI DISEBAR. Ia menunjukkan kelemahan Mahathir adalah keaibannya dan kebangkitan kaum hawa yang didokong oleh isteri dan anak-anak tahanan ISA amat mengancam lagi berkesan. Tidak ada satu pun soalan berbentuk keganasan bom atau roket terhadap Gobalakrishnan - sebaliknya cerita seks pula yang menjadi sasaran. Apa yang menarik polis seperti berkempen untuk keselamatan BN - bukan untuk keselamatan negara. Ada sesuatu yang pelik di sini. Mengapa Suhakam tidak menyambut atau menyoal-siasat Gobalakrishnan ketika dibebaskan. Sepatutnya Suhakamlah yang mula-mula menggali maklumat penderaan terhadap Gobalakrishnan - bukannya akhbar siber. - Editor]


MalaysiaKini

http://www.malaysiakini.com/News/
2001/06/2001061306.php3


Mana Ada Bom, Cerita Seks Adalah...

(Nothing On bombs, just sex..........)

Oleh: Susan Loone

Seorang bekas tahanan ISA menceritakan bagaimana dia disoalsiasat berjam-jam lamanya mengenai pengalamannya dengan wanita dan bukannya mengenai tuduhan-tuduhan bahawa dia bercadang menjatuhkan kerajaan melalui tindakan militan.

'Tidak ada satu soalan tentang bom, molotov koktel, ataupun kerja-kerja militan,' demikian kata Ketua Pemuda Keadilan N.Gobalakrishnan kepada Malaysiakini dalam satu wawancara eksklusif.

'Sebaliknya mereka memberitahu saya betapa Tian (Chua) dan Ezam Mohd Nor telah mengaku betapa mereka meniduri ramai perempuan, dan saya mesti juga berbuat pengakuan yang serupa,' katanya.

'Mereka telah juga memberitahu sebab saya ditangkap ialah kerana saya kerap mengaibkan perdana menteri dengan menyebut 'Mahathir undur' ketika berceramah.'

Gobalakrishnan adalah antara 10 aktivis reformasi yang telah ditahan bawah undang-undang ISA yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan, dalam satu operasi polis bermula 10 April. Beliau dan seorang ketua pemuda Abdul Ghani Haroon, telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah ditahan selama 51 hari. Dua orang lagi telah dibebaskan tanpa syarat oleh pihak polis.

Namun, empat orang lagi, timbalan presiden Keadilan Tian Chua, pemimpin pemuda Ezam dan Shaari Sunghib, dan kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais, telah dihanttar ke Kemunting di Perak pada 2 Jun, untuk ditahan selama dua tahun atas arahan Menteri Dalam Negeri Abdullah Ahmad Badawi.

Nasib ahli majlis tertinggi Keadilan, Dr. Badrul Amin Bahiron dan seorang lagi pemimpin pemuda parti itu Lokman Noor Adam, yang ditahan pada 20 dan 24 April, masih belum diketahui. Permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Shah Alam akan didengar esok hari.

Habeas corpus ialah satu writ yang memerintahkan banduan dihadapkan kepada seorang hakim untuk menentukan kesahihan penahanannya.

Harimau Tamil

Gopalakrishnan telah memberitahu Malaysiakini apabila dia enggan mengaku segala tuduhan kelakuan seksualnya, dia telah dijerit dan didera dan ditolak ke dinding oleh para penderanya.

'Pada satu hari mereka membiarkan seorang anggota polis yang besar tubuh badannya yang memang menggerunkan. Dia telah menolak saya daripada tempat duduk dan menekan saya ke dinding dan berkata: 'Aku pernah mendera orang Tamil Elam, dan engkau tidak perlu berlagak,' katanya.'

'Pernah mereka mahukan saya membuat pengakuan kerana telah menerima banyak maklumat. Saya hanya perlu menceritakan yang benar dan jika enggan, saya akan dihantar ke Kemunting,' tambah beliau.

Gobalakrishnan menceritakan para pendera itu menghabiskan masa yang panjang setiap hari dimana tiga hingga empat anggota polis menderanya pada sekali masa. Sepanjang penahanannya itu, terdapat 12 pegawai polis yang berasingan, tiga daripadanya kaum India, tiga Cina dan enam Melayu. Dia tidak dapat membezakan perjalanan masa setiap penderaan itu kerana dia sudah kehilangan arah akan peredarannya.

Gopalakrishnan menambah betapa dia diberitahu yang isterinya R. Vasanthi telah pun mjenghilangkan diri, dan sedang menjalin hubungan dengan lelaki lain dan dia juga sentiasa menghadiri ceramah dengan ditemani oleh pemimpin pemuda PAS, Mahfuz Omar. Dia juga memberitahu bagaimana polis telah mengugutnya untuk menahan isternya juga seandainya dia terus berkempen terhadap ISA ketika ceramah itu.

'Kasihanilah anak-anak kamu, kata mereka. Apa akan jadi kepada mereka kalau kami tahan isteri kamu pula,' kata Gobalakrishnan.

'Saya beritahu mereka terdapat 1,000 penyokong di luar sana yang sanggup menjaga keselamatan keluarga saya. Saya tidak akan menahan isteri saya (menghadiri ceramah itu),' katanya.

Propaganda

Mengikut kata Gobalakrishnan, dia dikurung sendirian dalam satu bilik yang berukuran lapan kali enam kaki dengan satu lampu kecil yang meneranginya. Dia terpaksa tidur tanpa bantal dan selimut. Pancuran mandi dan kemudahan tandas memang terdapat di kamar itu.

'Itu memang kerja penderaan yang mengaibkan. ISA tidak layak untuk manusia,' kata beliau.

'Mereka sediakan makanan yang tidak boleh saya makan. Saya dihinggapi penyakit gusi dan hampir mengalami masalah kesihatan kerana terpaksa membuat gerakan riadah dengan pakain penjara yang tidak menyediakan seluar dalam.'

Ketika seorang doktor datang memeriksanya dia telah meminta diberikan masakan India, dan seluar dalam, tetapi hapah pun tidak ada.

Gobalakrishnan tidak diizinkan sebarang pelawat selama lebih satu bulan. Dia mengatakan bagaimana dia sentiasa diberitahu betapa keluarganya enggan menemuinya dan tidak ambil kisah akan dirinya.

'Mereka menunjukkan keratan akhbar tentang permohonan habeas corpus yang membabitkan rakannya yang lain, tetapi menyatakan tidak ada sesiapa yang memohon untuk saya,' katanya .

Gopalakrishnan menuduh bahawa para penderanya berlagak lebih hebat laksana pakar propaganda Barisan Nasional daripada sebagai pegawai polis. Dia mengatakan betapa pihak polis semakin risau apabila pergerakan anti-ISA dikendalikan oleh para isteri, sahabat dan keluarga para tahanan.

'Mereka cuba memutar minda saya mengenai BN. Mereka terus memberitahu sya bahawa Mahathir adalah manusia baik, dan Anwar tidak baik kerana mereka telah menyaksikan Anwar melakukan kerja yang tidak senonoh,' kata Gobalakrishnan.

Dia telah mencabar pegawai polis itu bersumpah kepada Allah kerana telah menyaksikan perbuatan Anwar sebegitu tetapi mereka hanya berdiam membisu dengan cabarannya itu.

Mantan timbalan perdana menteri kini sedang menjalani hukuman 15 tahun penjara di Sungai Buluh kerana (apa yang dikatakan) korupsi dan perbuatan tidak senonoh.

'Soal-siasat mereka memang bersifat perkauman. Mereka kerap mendesak saya menganggotai MIC semula kerana Keadilan tidak berlaku adil kepada orang India. Mereka memberitahu saya untuk menganggotai IPF ataupun PPP di mana saya mempunyai masa yang cemerlang.'

Suhakam Yang Tidak Bebas

Gobalakrishnan berkata apabila dia ditemui oleh perwakilan Suhakam di ibupejabat polis Kuala Lumpur, dia telah ditemani oleh para penderanya yang menyekatnya daripada bercakap kepada para suruhanjaya akan pengalamannya ketika ditahan.

'Apabila saya disoal apakah ada apa-apa yang mahu saya cakapkan, para pendera saya akan menyuruh pesuruhjaya itu berhenti di situ dan menanyakan soalan lain,' kata beliau.

'Apabila pesuruhjaya itu menyoal saya cara saya dilayan ataupun mengenai kesihatan saya, ada pendera saya yang mengatakan soalan tu tidak relevan,' katanya.

Gobalakrishnan menceritakan ada pesuruhjaya yang menanyakan kalau dia diberikan makan tiga kali sehari dan samada dia dipukul, didera ataupun dizalimi.

Malahan, katanya, salah seorang pesuruhjaya itu perasan betapa saya kelihatan lemah, menggeletar dan mencungap-cungap.

'Pesuruhjaya itu menanyakan umur saya, dan apabila saya sebut saya berusia 41, mereka menjadi terkejut,' katanya.

Dia berkata, pertemuan dengan Suhakam, tidak membawa sebarang makna.

'Mereka mudah dikelentong oleh polis. Sepatutnya mereka menemui kami selepas kami dibebaskan,' kata beliau.

Pada 24 Mei, empat orang pesuruhjaya Suhakam - Anuar Zainal Abidin, Mehrun Siraj, Dr. Mohammad Hirman Ritum Abdullah dan Prof Hamdan Adnan - telah betemu 10 tahanan ISA secara berasingan, enam minggu selepas Suhakam membuat permohonan itu kepada polis.

Mereka telah melaporkan betapa tidak ada penderaan terhadap 10 orang tahanan itu, melainkan seorang tahanan yang mengatakan dia telah ditolak ke lantai dari tempat duduknya dan menuduh dia tidak dibenarkan membuat lapuran polis.

Namun, Suhakam tidak pula menamakan sebarang tahanan dalam kenyataan akhbarnya yang telah dikeluarkan selepas perjumpaan yang memakan masa tiga jam. Gobalakrishnan menyebut dialah orang yang Suhakam maksudkan sebagai ditolak ke lantai itu.

Kenyataan itu juga menyebut nama timbalan pengarah Cawangan Khas Abdul Razak Sulaiman dan seorang pegawai polis lagi telah menghadirkan diri di sepanjang pertemuan itu.


Suara Allah

Gobalakrishnan menyatakan betapa dia dinafikan hak berjumpa peguamnya ketika dalam tahanan. Dia juga kerap dinafikan haknya membuat aduan terhadap para penderanya. Dia berkata, pada hari dia diarahkan bebas oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, dia telah di kurung dalam satu lokap mahkamah dan telah didatangi oleh sekitar 30 anggota cawangan khas .

'Saya fikir mereka mahu mengecam muka saya supaya mudah menangkap saya semula apabila dibebaskan,' katanya.

Dalam satu keputusan yang bersejarah, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam YA Mohd Hishamuddin Mohd Yunus telah mengarahkan Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haroon dibebaskan atas alasan penahanan mereka di bawah ISA adalah tidak sah, dilaksanakan dengan niat jahat dan alasan yang tidak jelas.

Hishamuddin juga memberikan arahan agar polis tidak menangkap mereka semula dalam waktu 24 jam selepas dibebaskan.

Ketua Polis Negara telah pun mengemukakan rayuan terhadap penghakiman Hishammuddin itu dan perkara itu akan didengar di mahkamah persekutuan pada 18 Jun.

Ditanya apa perasaannya terhadap penghakiman itu, Gobalakrishnan berkata. 'Suara Hakim Hishamuddin seolah-olah merupakan suara Yang maha Esa untuk saya pada hari itu. Doa permohonan kami telah dimakbulkan.'




Asal:

Wednesday June 13

Nothing on bombs, just sex: Ex-ISA detainee on interrogation

By Susan Loone

4:57pm, Wed: exclusive A former ISA detainee today claimed that he was interrogated for hours about his sexual encounters with various women instead of allegations that he had sought to topple the government through militant means.

'There was not a single question regarding bombs, Molotov c##ktails or militancy,' Keadilan Youth leader N Gobalakrishnan told malaysiakini in an interview.

'Instead they (the interrogators) told me two other detainees, Tian (Chua) and (Mohamad) Ezam (Mohd Nor) had both confessed that they slept with many women, and I must do the same (confess),' he said.

'They also told me the reason for my arrest which was that I often insulted the prime minister by saying 'Mahathir undur' (resign)' during my ceramah,' he added.

Gobalakrishnan was one of the 10 reformasi activists who were detained under the Internal Security Act (ISA), which allows detention without trial, in a police crackdown beginning April 10.

He and party youth leader Abdul Ghani Haroon were ordered released by the Shah Alam High Court after spending 51 days in detention while another two were released unconditionally by police.

However, four others - Keadilan vice-president Chua, party youth leaders Ezam and Saari Sungib, and malaysiakini columnist-cum film-maker Hishamuddin Rais - were sent to the Kamunting detention camp in Perak on June 2 for a two-year detention period on orders of Home Affairs Minister Abdullah Ahmad Badawi.

The fates of Keadilan supreme council member Dr Badrul Amin Bahron and another party Youth leader Lokman Noor Adam, arrested on April 20 and 24 respectively, are yet to be known. Their habeas corpus applications in the Shah Alam High Court will be heard tomorrow.

Habeas corpus is a writ ordering prisoners to be brought before a judge to ascertain whether their detention is lawful.

Tamil Tigers

Gobalakrishnan told malaysiakini that when he refused to confess about his purported sexual affairs, he was shouted at, harassed and pushed against the wall by his interrogators.

'One day they sent a huge Indian policeman who was very intimidating. He pushed me off my chair and held me against the wall and said, 'I have interrogated the Tamil Tigers, and you are nobody',' he said.

'Another day they told me I must confess since they have all the information. All I had to do was tell the truth and if I refused, I would be sent to Kamunting,' he added.

Gobalakrishnan said he was interrogated for long hours daily by three or four policemen at any one time. Throughout his detention, he saw 12 different police officers, of whom three were Indians, three Chinese and six Malays.

He could not tell how many hours he was questioned each day since he lost track of time, he said.

Gobalakrishnan added he was also told that his wife R Vasanthi had left him, that she had had affairs with other men and that she often attended ceramah escorted by PAS Youth leader Mahfuz Omar.

He said that his interrogators slandered his wife, Keadilan president Wan Azizah Wan Ismail and her daughter Nurul Izzah, saying they were all 'loose women'.

He added the police had threatened to detain his wife if she continued her campaign against the ISA during opposition ceramah.

'Pity your children, they said. What would happen to them if we detain your wife as well,' said Gobalakrishnan.

'I told them, there are 1,000 supporters out there who are willing to safeguard my family. I am not going to stop my wife (from attending ceramah),' he said.

BN propagandists

According to Gobalakrishnan, he was placed in solitary confinement in a room measuring eight by six feet with one light bulb. He had to sleep on a hard bunk with no pillow or blanket. Shower and toilet facilities were in the same room, he added.

'It was mentally torturous. No one should be made to go through the ISA,' he said.

'There was food but I could not eat. I suffered gum infection and nearly had prostrate problems as I was made to do exercise daily wearing only the lock-up clothes with no underwear,' he added.

He said when a doctor visited him, he requested for Indian food and underwear, yet he received nothing.

Gobalakrishnan did not have visitors for more than a month. He claimed he was constantly told that his family did not want to see him and were not bothered with him.

'They showed newspaper cuttings of habeas corpus applications for my other comrades but said no one did it for me,' he said.

Gobalakrishnan claimed that his interrogators acted more like Barisan Nasional's propagandists than policemen.

He said the police were worried that an anti-ISA movement was being conducted by wives, friends and families of the detainees.

'They tried to brainwash me about BN. They kept telling me that Mahathir is good and Anwar is bad, that Anwar is truly a s###mist and they had seen him committing the act,' Gobalakrishnan said.

He challenged the police officers to swear to God about witnessing Anwar's s###my act, but this was met with silence from his persecutors.

Former deputy premier Anwar Ibrahim is currently serving a 15-year prison term in Sungai Buloh prison for corruption and s###my.

'The interrogation was also very racist. They kept asking me to go back to MIC as Keadilan treated Indians badly. They told me I could even join IPF or PPP where I will have a good future,' he added.

Suhakam dictated

Gobalakrishnan said when he met the delegation from the Human Rights Commission (Suhakam) at the Kuala Lumpur police headquarters, he was accompanied by his interrogators who prevented him from speaking to the commissioners about his experiences while in detention.

'When I was asked if I had anything to say, my interrogators would tell the commissioners to stop and go on to the next question,' he said.

'When the commissioners asked me about how I was treated or about my health, my interrogators would say that the question was not relevant,' he added.

Gobalakrishnan said the human rights commissioners queried if he had his three meals per day and whether he was beaten, assaulted or tortured.

However, he claimed that one of the commissioners noticed that he was weak, shivering and breathing heavily.

'The commissioner asked for my age, and when I told them I was only 41, they were shocked,' he said.

He said that the meeting with the commissioners was pointless.

'They (the commissioners) were dictated by the police. They should meet us after our release,' he added.

On May 24, four Suhakam commissioners - Anuar Zainal Abidin, Mehrun Siraj, Dr Mohammad Hirman Ritom Abdullah and Prof Hamdan Adnan - met with the 10 ISA detainees separately, six weeks after the Commission made their request to the police.

They reported that there was no use of physical force on the 10 detainees, with the exception of one who claimed to have been pushed to the ground from his chair and was allegedly denied an opportunity to lodge a police report

However, Suhakam did not name any of the detainees in its press statement which was released after the three-hour meeting. Gobalakrishnan said Suhakam's reference to the detainee who was pushed from his chair was him.

The statement also said that Special Branch deputy director Abdul Razak Sulaiman and another police officer were present throughout the interview.

Voice of God

Gobalakrishnan also said he was denied access to his lawyer while in detention. He added he had been repeatedly denied the right to make police reports against his 'aggressors'.

He said on the day he was ordered released by the Shah Alam High Court, he was placed in the court's lock-up and was visited by about 30 Special Branch officers.

'I presumed that they wanted to identify me so that they could re-arrest me when I was released,' he said.

In a landmark decision, Shah Alam High Court judge Mohd Hishammuddin Mohd Yunos ruled that Gobalakrishnan and Abdul Ghani Haroon be released on the grounds that their detention under the ISA was illegal, done in bad faith and the evidence against them were vague.

Hishamuddin also requested the police not to re-arrest the duo for a period of at least 24 hours if they intended doing so.

The Inspector-General of Police has since appealed against Hishammuddin's judgment and the matter will be heard before the Federal Court on June 18.

Asked how he felt about the judgment, Gobalakrishnan said, 'Justice Hishammuddin's voice was actually the voice of God for me on that day. Our prayers were finally answered'.