Laman Webantu   KM2A1: 4723 File Size: 10.6 Kb *



TJ SP MGG: Arahan Penghakiman Daripada Atasan
By M.G.G. Pillai

14/6/2001 10:30 am Thu

MGG 1251

[Eusoff Chin telah mengaku membuat panggilan talifon tetapi beliau menafikan memberi sebarang arahan yang mencemari perjalanan perbicaraan. Beliau telah memberi kemungkinan berlaku salah-faham. Apakah benar ia salah faham atau memang satu putar alam? Kita perlu mengimbau kes percutian yang masih belum padam.

Dalam kes percutian dulu Eusoff Chin mengatakan beliau kebetulan terserempak sahaja dengan Lingam tetapi jadual penerbangan dan semua gerak-geri beliau menunjukkan semua itu sudah dirancang. Yang menjadi persoalan sekarang mengapa Eusoff Chin begitu terdiam bila kedua-dua kes ini terbongkar dan sudah terlalu jauh melayang.

Walaubagaimanapun Hakim Muhammad Kamil telah melakukan satu pendedahan yang agak bijak juga dengan sedikit kesamaran. Reaksi itulah yang menjadi sasaran kerana ia sudah menjawab banyak persoalan. Dalam permainan seperti ini seseorang itu perlu arif dengan siapa ia berperang kerana tersilap ungkapan akan mengundang kecelakaan.
- Editor
]



Terjemahan: SPAR-01-019

Arahan Penghakiman Daripada Atasan

(Judicial Instructions From Above)

Oleh: MGG Pillai

Ketika memutuskan berlakunya kekosongan kerusi dewan undangan negeri bagi kawasan Likas, Hakim Muhammad Kamil Awang telah menyatakan betapa dia telah mengenepikan satu arahan daripada pihak atasan untuk mengenepikan petisyen pilihanraya itu. Sambil tidak menyebut siapakah orangnya walaupun dalam sidang akhbar selepas sidang mahkamah itu dia telah menyatakan orang itu bukannya orang politik bererti bukannya perdana menteri ataupun timbalannya. Tentu bukan Tan Sri Dzaiddin Mohamed yang kini menjadi Ketua Hakim Negara. Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin pun mengatakan dia tidak berbuat begitu. Bekas ketua Hakim Tan Sri Chong Siew Feh adalah seorang yang tidak akan melibatkan dirinya dalam kerja-kerja itu kerana dia terkenal sebagai insan yang berprinsip. Tinggal hanya seorang sahaja manusia yang berkemungkinan melakukan kerja jijik itu: mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin. Arahan ini muncul. Pada 1999, sebaik sahaja petisyen pilihanraya Sabah itu dikemukakan.

Sejak pengumuman Hakim Kamal itu, beliau telah didesak untuk mendedahkan nama orang yang terlibat. Dia sudah pun menulis kepada Tan Sri Dzaiddin menyebut nama manusia itu, sambil enggan membincangnya lagi kerana para peguam yang terbabit dalam petisyen tersebut tahu siapa orangnya. Rupanya, seperti yang disebut oleh Hakim Kamal, manusia ini pernah mengarahkan semua hakim yang terlibat dalam petisyen pilihanraya membuat kerja seperti itu. Ketika diarahkan berbuat begitu, Kamal telah meminta satu arahan yang bertulis, yang sudah tentu tidak diberikan kepadanya. Itu sebabnya dia memperlekehkan arahan lisan itu. Menteri undang-undang (de facto) Rais Yatim, mahu Kamal mendedahkan nama orang itu, tetapi para hakim berpendapat memadailah dengan apa yang mereka cakap di mahkamah sahaja. Seandainya terbongkar satu kesilapan, penghakiman yang disediakan harus memadai sebagai asas siasatan polis. Lagipun, seorang hakim tidak memberikan penjelasan penghakimannya selepas ia membacakannya.

Sebenarnya masih ada lagi cerita yang terselindung di sebalik tekanan pihak atasan itu. Suruhanjaya Pilihanraya sengaja tidak bertindak terhadap beberapa aduan terhadap daftar pengundi, sehinggakan ada seorang pegawai yang berkata dia pernah diarahkan agar tidak berbuat sesuatu. Inilah yang membuatkan daftar pengundi satu dokumen yang boleh dicurigakan. Kalau ia boleh terjadi pada satu kawasan pilihanraya, ia boleh berlaku di tempat lain juga di Sarawak ataupun di semenanjung. Dengan demikian, apabila Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan bahawa daftar pengundi yang terkini akan digunakan di pilihanraya kecil nanti, bolehlah dipertikaikan apakah sudah tepat maklumatnya. Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya itu sudah pun memperakukan apa yang menjadi kerunsingan pihak pembangkang selama ini: bahawa Suruhanjaya Pilihanraya sudah menjadi satu jentera kerajaan yang berkuasa di Kuala Lumpur dan dengan demikian ia tidak lagi bersikap berkecuali dan bebas.

Dengan terdedahnya kisah ini, ia memberikan gambaran betapa di sebalik segala usaha meminda perlembagaan untuk menjadikan para hakim setara dengan tahap birokrasi mereka dengan pegawai kastam dan polis, mereka sendiri sedang menunjukkan keazaman mengembalikan kegemilangan badan kehakiman itu ke martabat asal selepas dua ketua hakim negara sebelum ini menyarungkan martabat itu dengan label yang mudah dipersendakan. Sejak mengambil-alih tugas, Tan Sri Dzaiddin telah menghumbankan belenggu yang dipasang ke atas para hakim oleh orang yang telah digantikannya itu. Banyak perubahan telah dilaksanakannya, tetapi dia mesti pandai menghadkan peranannya dengan membiarkan pentadbiran badan kehakiman itu kepada para hakim yang ada. Ada kalanya dia bertindak terlalu terlibat dalam sesuatu yang diminatinya, sedangkan perkara itu tidak patut dilakukannya.

Namun, kerja-kerja yang sumbang selama 13 tahun, tidak boleh diperbetulkan dalam masa beberapa bulan sahaja. Reaksi para hakim kepada suasana baru, dan kesediaan mereka mencabar tanggapan politik yang lama berkarat, di mana para hakim tidak punyai peranan selain menghakimi kes-kes tanpa mencuit kemarahan kerajaan dan juga ketua hakim negara memberi atau pengharapan bermulanya satu era di mana badan kehakiman akan dihormati semula dan diyakini oleh rakyat jelata. Apabila dua hakim yang berbeza dalam tempoh dua minggu bertegas menegakkan martabat penghakiman negara, sudah pun menyerlahkan keazaman itu. Badan kehakiman yang diperkasa oleh penilitian dan kebebasan untuk menghakimi dengan penuh ketelusan tanpa mengambil kira perasaan kerajaan ataupun seorang ketua hakim negara memang sudah lama diimpikan. Yang Arif Hakim Kamal, yang akan bersara pada akhir bulan ini, telah menunjukkan bagaimana seorang hakim harus menunjukkan reaksinya dalam keadaan seperti ini.

MGG Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan SPAR-01-019

Catatan:

Eusoff Chin telahpun menafikan bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh YA Hakim Muhamad Kamil Awang dalam kertas penghakimannya. Oleh itu teka-teki berkenaan masih belum terjawab.




Asal:


Judicial Instructions From Above

Mr Justice Muhammad Kamil Awang, in declaring the Likas state assembly seat in Sabah vacant, said he ignored an order from his superior to strike out the election petition. He would not say who it was, though in a subsequent press conference he ruled out politicians (and therefore the Prime Minister and deputy prime minister), the present chief justice, Tan Sri Dzaiddin Mohamed; the president of the Court of Appeal, Tan Sri Lamin Yunus, said he did not; the then chief judge Tan Sri Chong Siew Feh too principled a man to indulge in such actions. That left just one man who could possibly have done so: the former chief justice, Tun Eusoff Chin. And this instruction came in 1999, shortly after the Sabah elections petitions had been filed.

Since Mr Justice Kamal's claim, he is under pressure to reveal who he is. He has since written to Tan Sri Dzaiddin to say who he is. He would not say more, adding that the lawyers involved in the petition know who he is. It transpires, as Mr Justice Kamal releated, he had asked other elections petition judges to do so as well. When he was ordered, he wanted the instruction in writing, which, of course, never came. So, he ignored it. The de facto law minister, Dato' Rais Yatim, wants him to reveal who he is, but judges say what they want to say from the bench. If a wrong is revealed, the judgement itself should stand as the basis for police investigations. Besides, a judge does not explain his judgement after he had delivered it.

There is, of course, more to the judgement than pressure from above. The Elections Commission deliberately did not address complaints to the electoral rolls, with an official saying he had been ordered not to. That throws doubts on how accurate the electoral rolls are. If it is in one constituency, it should be in other constituencies in Sabah, and elsewhere in Sarawak and the peninsula. So when the selfsame Elections Commission says the updated electoral rolls would be used for the byelections, one cannot be sure if that is accurate. The decision confirmed what opposition parties had suspected: that the Elections Commission became firmly an arm of the government in power in Kuala Lumpur, and it threw its independence to the winds.

That it became known at all is yet another sign that despite the constitutional amendments which reduce judges to the bureaucratic level of customs and police officers, they want to return the judiciary back to what it was before two successive chief justices actively helped put them into a straitjacket. Tan Sri Dzaiddin, since he took office, removed the shackles his predecessor had put on the judges. He has done much, but he must confine himself as chief of the appellate court, leaving the administration of the judiciary to the chief judges. He sometimes takes an too keen an interest in that. He should not.

But the mishaps of 13 years cannot be put right in a few months. But how the judges react to the new atmosphere, and their readiness to challenge the long held political view that judges had no role beyond adjudicating cases without annoying the government and the chief justice is a sign that a new epoch of a judiciary people can respect is in the cards. That two judges, within a week, had said they have a higher standard of their role is but one indication of that. A judiciary strengthens with introspection and a freedom to articulate issues of the day whether it annoys the government or chief justice or not. Mr Justice Kamal, who retires later this month, has shown how a judge should react in such circumstances.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my