Laman Webantu   KM2A1: 4725 File Size: 13.8 Kb *



TAG SP 168: Tuduhan Baru Terhadap Eusoff dan Lingam
By Steven Gan

14/6/2001 5:32 pm Thu

TAG 168

[Eusoff Chin mengatakan beliau terserempak secara kebetulan sahaja dengan Lingam di luar negara. Tetapi siasatan Bowman menunjukkan semuanya telah dirancang dan sudah tersedia menanti mereka ihsan seorang yang memang mempunyai tempat bersantai di sana.....

Kalau di negara asing sudah lama Eusoff Chin merengkok dalam penjara - atau setidak-tidaknya menghadapi pertuduhan yang serius kerana ada banyak benda yang tidak kena - termasuk bergambar, berpeluk, berbual, bersiar-siar, dan bergembira bersama lebih dari satu lokasi pada hari yang sama. Ini membayangkan segala-galanya sudah diatur untukmu berdua kerana berjasa kepada si dia.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR 03-????

Malaysiakini

14 Jun, 2001

Tuduhan Baru Terhadap Eusoff dan Lingam

(Eusoff, Lingam face new allegations)

Oleh: Steven Gan

Agensi siasatan yang berpangkalan di U.K. telah menyemukakan satu tuduhan baru tentang percutian Ketua Hakim Negara yang baru bersara, Eusoff Chin dan seorang peguam ternama V.K.Lingam, enam tahun yang lalu. Mengikut laporan yang disediakan oleh Bowman Investigations, Eusoff dan Lingam terbang bersama-sama dengan ahli keluarga mereka untuk bersantai hari lebaran Krismas di New Zealand pada 1994.

Salinan jadual Eusoff dan keratan tiket pesawat terbang Lingam yang diperolehi oleh pasukan siasatan Bowman menunjukkan mereka telah menaikki pesawat yang sama daripada Singapura ke New Zealand, dan begitu juga ketika pulang (sila lihat jadual Eusoff dan keratan tiket Lingam)

Pasukan penyiasat itu melapurkan bahawa Lingam terbang ke Singapura dengan menaikki Singapore Airlines pada Disember 22, 1994 dan menaikki sebuah pesawat untuk ke Auckland. Pada HARI YANG SAMA Eusoff bersama ahli keluarganya telah menaikki pesawat MAS ke Singapura dan terbang ke Auckland dengan menaikki pesawat yang sama digunakan oleh Lingam dengan menggunakan tiket 'Business Class'.

Dua keluarga itu kemudiannya bersama-sama bertolak ke Christchurch empat hari kemudiannya dan pulang ke Kuala Lumpur melalui Singapura pada Disember 30.

Selama lapan hari itu, Eyusoff telah ditemani oleh isterinya Rosaini Mustaffa, anak perempuannya Zubaidah 7, dan yang lelaki Johan, 6, sedangkan Lingam ditemani oleh isterinya K.Gnanajothy, dan anak perempuan mereka Sivashahki, 11, dan Sivajothy, 10.

Turut menemani mereka ialah Tan Chong Paw, seorang bekas sarjan polis yang mengikut anggapan agensi siasatan itu, berkhidmat sebagai pengiring peribadi Vincent Tan.


1994 Eusoff's Family
Eusoff Chin
Rosaini Mustaffa
Zubaidah Eusoff, 7, Johan Eusoff, 6

Lingam's Party
V.K Lingam, K. Gnanajoythy,
K. Sivashahkti, 11, K. Sivajothy, 10,
Tan Chong Paw
Dec 22 Kuala Lumpur - Singapore MH 611
First Class
1500-1555 Kuala Lumpur - Singapore SQ11?
First Class
1425-
Dec 22 Singapore - Auckland NZ 28
Business Class
1755-1120 Singapore - Auckland NZ 28
Business Class
1755-1120
Four days in Auckland
Dec 26 Auckland - Christchurch NZ 1514
Business Class
1515-1630 Auckland - Christchurch NZ 1514
Business Class
1515-1630
Four days in Christchurch with at least one day in Queenstown
Dec 29 Queenstown - Christchurch NM 2412
Economy Class
1625- Queenstown - ChristchurchNM 2412
Economy Class
1625-
Dec 30 Christchurch - Auckland NZ 504
Business Class
0700-0815 Christchurch - Auckland NZ 504
Economy Class
0700-0815
Dec 30 Auckland - Singapore NZ 73
Business Class
0955-1550 Auckland - Singapore NZ 73
Business Class
0955-1550
Dec 30 Singapore - Kuala Lumpur MH 616
First Class
1730-1825 Singapore - Kuala Lumpur MH 616
First Class
1730-1825


Bowman Investigations nampaknya telah digaji oleh beberapa syarikat insuran dan firma guaman pada awal 1998. Tugasnya: Mencari bukti tentang korupsi, persekongkolan dan apa juga butiran berkaitan dengan badan kehakiman di Malaysia untuk membantu satu kes mahkamah membabitkan firma guaman itu.

Satu daripada dua lapuran yang ditulis oleh pengarah urusan Bowman, D. McCarthy - satu bertarikh 2 Mac, 1998 dan satu lagi bertarikh 21 April, 1998 telah dikirimkan oleh sumber yang tidak dikenali kepada Malaysiakini (Sila lihat 'The Bowman Papers' yang pernah diterjemahkan dulu)

Bukti-bukti yang diperolehi oleh lapuran Bowman menunjukkan adanya percanggahan dalam kenyataan Eusoff yang menyatakan beliau secara tidak disang-sangka telah 'terserempak' menemui Lingam ketika bercuti di New Zealand.

'Saya terserempak menemuinya di sana. Sebagai seorang rakyat Malaysia di negara asing, tentulah saya gembira menemui seorang rakan di negara orang. Saya memberitahu rancangan mahu ke zoo dan dia bertanya mahu turut sama,' demikian kata Eusoff Selasa yang lalu.

'Saya beritahu mahu menaikki bas ke situ dan dia pun tidak keberatan begitu. Lagipun dia mahu mengambil gambar kenangan yang tidak pun saya hampakan,' tambah beliau. (The Sun 7 Jun).

Lingam telah mewakili Vincent Tan dalam satu tuntutan mahkamah terhadap wartawan veteran M.G.G.Pillai, yang telah mengemukakan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan yang pengerusikan oleh Eusoff Chin.

Pillai masih menunggu keputusan mahkamah setelah rayuannya satu setengah tahun yang lalu dikemukakan terhadap hukuman bernilai RM 2 juta yang memihak kepada Vincent Tan.

Lapuran Bowman itu menunjukkan setelah bersantai selama empat hari di Auckland kedua-dua keluarga itu telah menaiki pesawat tempatan ke Christchurch, yang merupakan pintu gerbang ke bahagian selatan New Zealand. Mereka berada di sana selama empat hari, termasuk sekurang-kurangnya satu hari besantai di pusat percutian pergunungan di Queenstown.

Tiga keping gambar dua keluarga itu telah disiarkan di internet sejak awal 1988, menunjukkan kedua-dua keluarga itu sedang seronok bersantai.

huh.. intimnya gambor

Satu keping gambar menunjukkan dua watak lelaki itu berposing bersama isteri mereka di hadapan BobPeak's Skyline Gondola & Restaurant, sebuah pusat pelancungan puncak bukit yang dihubungi oleh kereta kabel.




Shoulders of POWER
Amboiiii...Alangkah seronoknya mereka


No Shrugs Please, We're Malaysians

The Courtyard of Power

Sailing in the South Pacific

You Shrug, We No Shrug
Gambar ihsan: http://www.malaysia.net/special/


Satu keping gambar lagi menunjukkan dua-dua keluarga dihadapan Kiwi & Birdlife Park (taman burung).

Dalam dua-dua gambar menunjukkan mereka memakai pakaian yang serupa. Ini adalah pertanda bahawa gambar itu disemadikan pada hari yang sama.

Beberapa salinan keratan tiket, yang diperolehi oleh Bowman di New Zealand, menunjukkan dua keluarga itu terbang pulang daripda Queenstown ke Christchurch pada 29 Disember.

Pada keesokan paginya, dua keluarga ini berlepas ke Auckland untuk menaikki secara 'business-class' ke Singapura dan kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur.

Mengikut siasatan Bowman, catatan pada kad imigresen keluarga Lingam menunjukkan mereka menginap di hotel Best Western di Auckland dan Christchurch. 'Kami telah membuat siasatan dan memeriksa pelbagai rekod di kedua-dua hotel ini. Lingam tidakpun menginap di hotel tersebut. Demikian yang dicatatkan oleh pengarah urusan agensi itu, McCarthy.

'Kami juga telah membuat siasatan menyeluruhi Sheraton Hotel, Quality Hotrel, Anzac Avenue, Travel Lodge, Harbour City, dan Queenstwoan tanpa sebarang kejayaan.'

McCarthy juga melaporkan betapa agensi itu telah diberitahu bahawa anakguaman Lingam, Vincent Tan, 'mempunyai tempat penginapan di New Zealand yang memang dibiarkannya untuk kegunaan kawan-kawannya.'

Mengikut McCarthy, tiket penerbangan telah dibayar melalui dua chek dan satu lagi secara tunai.

'Kami difahamkan satu cek itu adalah kepunyaan Lingam yang menggunakan akaunnya di Nova Scotia Bank. Chek yang lagi satu adalah kepunyaan Eusoff sementara bayaran tunai adalah untuk (tiket) pengawal keselamatan Tan.' Kata McCarthy lagi.

Pasukan siasatan Bowman itu telah mendapatkan satu salinan chek kepunyaan Lingam bernilai RM24,912 yang dibayar kepada Holiday Tours and Travels di Kuala Lumpur.

McCarthy juga melaporkan bahawa ketika siasatan mereka itu, BPR telah membuat siastan yang serupa.

Pada satu sidang akhbar minggu lalu, Eusoff telah menunjukkan satu longgokan resit perbelanjaan tiket kapalterbang dan penginapan hotel. Dia betegas membayar semua kos percutian di New Zealand dengan duitnya sendiri dan bersedia menyaman sesiapa yang menuduh percutian itu dibiayai oleh pihak ketiga. Eusoff juga mengakui telah disiasat oleh BPR dan mereka tidak pun mengesan sebarang salahlaku.

Ketika munculnya tuduhan terhadap Eusoff dan Lingam yang didedahkan oleh gambar-gambar mereka bersantai di New Zealand itu disiarkan di internet pada 1988, mereka telah mendapat ngap apabila Meneri Rais Yatim bercakap di corong radio Australia ketika di wawancara bulan lalu. Rais berkata adalah tidak enak apabila didapati seorang hakim bersantai dengan seorang peguam yang mempunyai kaitan dalam mahkamah yang dihakiminya.

Parapeguam sedang menimbangkan kemungkinan mengsyorkan Eusoff digantung menunggu siasatan bebas terhadap skandal itu pada satu mesyuarat tergempar majlis peguam pada Jumaat depan. Namun, adalah masih samar apakah mesyuarat tergempar itu dapat diadakan.

Pada hari Isnin, Majlis Peguam telah menerima satu surat daripada seorang peguam memberi amaran agar tidak diadakan mesyuarat tergempar itu, kerana ia disifatkan menghina dan bersifat fitnah. K. Raja Segaran telah memberikan tempoh 48 jam agar dibatalkan mesyuarrat tergempar itu. Jika tidak dia akan memohon injunksi mahkamah. Tuntutannya itu telah ditolak oleh presiden majlis Sulaiman Abdullah.

Semalam Perdana Menteri Mahathir berkata siasatan itu tidak pun diperlukan dan beliau mendakwa tindakan manjlis peguam itu mempunyai 'motif politikm.

Di waktu yang sama, mantan ketua pembangkang dan pengerusi DAP Lim Kit Siang telah mjendesak Parlimen agar besidang secara tergempar untuk menubuhkan satu suruhanjaya siasaan terhadap isu tersebut.


Tamat





Asal:

FLASHBACK: Eusoff Chin One Year Ago

Malaysiakini, Wednesday June 14 2000

Sila ke laman Malaysiakini untuk lebih gambar dan paparan menarik:


http://www.malaysiakini.com/News/2000/06/2000061415.php3


Eusoff, Lingam face new allegations by Steven Gan


Link Reference : Eusoff, Lingam face new allegations