Laman Webantu   KM2A1: 4736 File Size: 7.6 Kb *



TJ MT MGG: Isteri Tun Eusoff ialah .....
By M.G.G. Pillai

15/6/2001 6:36 pm Fri

[Rencana ini diterbitkan semula untuk mendedahkan siapakah Eusoff Chin dan isterinya serta bagaimana rosaknya sistem kehakiman negara dikerjakan oleh Vincent Tan dengan Mahathir membiarkannya sahaja. Hakim negara ini sudah menjadi hamba wang patutlah banyak keputusan perbicaraan tunggang langgang. Kes yang dibawa oleh VK Lingam asyik sahaja menang - termasuk kes saman Vincent Tan terhadap wartawan unggul MGG Pillai dimana Eusoff Chin mendengarnya. - Editor]


Terjemahan: -MT-


Keadilan Yang Terancam: Isteri Tun Eusoff ialah .....

(Justice In Jeopardy: Tun Eusoff's Wife Is.....)

Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin, telah berusaha berhempas pulas untuk melegakan ketegangan yang muncul disebabkan hubungannya dengan sahabat pilihannya ketika bercuti dulu. Semua alasan mengenai hubungannya dengan Dato V.K. Lingam dulu, masih tidak diterima-pakai. Ada sebabnya perkara itu berlaku, kerana dia sengaja tidak mahu mengubah keadaan itu. Dia telah berbohong dengan cara dia terserempak dengan Dato V.K. Lingam. Di zoo katanya, dan di New Zealand pula. Kemudian dia kemukakan pula setimbun resit dan baucher kredit kad sebagai bukti pembayaran yang dilakukannya ketika bersantai dulu. Dia jua mengugut untuk mendakwa sesiapa yang sanggup mentohmahnya.

Itu semua adalah satu usaha seperti yang dilakukan oleh Hakim Nathan membuat pengumuman betapa bangganya beliau menerima kehadiran anaknya sebagai seorang peguam di hadapannya. Sedangkan pengumuman itu adalah satu topeng untuk mengalihkan pandangan terhadap beberapa kontroversi yang sedang diharunginya.

Usaha itu gagal juga. Perhubungan di antara dua insan ini memang sudah lama terpahat sebelum mereka keluar daripada Malaysia untuk bercuti di bulan Disember 1994 itu. Agen pelancungan yang dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan telah mengirimkan agenda percutian kepada Dato Lingam. Kalaulah alasan yang dibuat oleh Tun Eusoff itu mahu diterima-pakai pertemuan secara 'terserempak' dengan Dato Lingam di negara orang tentunya merapatkan lagi hubungan mesra mereka berdua. Memang terlalu mesra sehinggakan ia menggugat kewibawaan suasana pengadilan di mahkamah Malaysia.

Dato Lingam memang mempunyai beberapa peguam yang berkawan baik dengannya yang menggunakan khidmatnya. Sejak kebelakangan ini dia ada memberikan tumpuan kepada sebuah firma guaman yang dikuasai oleh isteri Ketua hakim Negara. Seorang peguam yang menjadi bekas Setiausaha Agung parti MCA pernah menerima banyak keperluan khidmat guaman daripada Dato Lingam. Tiba-tiba beliau menghadapi peristiwa disisihkan secara tidak semena-mena. Hampir semua kes yang dikendalikan oleh Dato Lingam kini bermula daripada kamar Toh Puan Rosaina. Memanglah tidak ada salahnya perkara ini. Laporan Bowman ada mengkiaskan betapa Dato Lingam diberikan taraf keistimewaan oleh Toh Puan Rosaina. Ketika Dato Lingam mahu berlepas ke Mayo Clinic di Rochester New York, Toh Puan Rosaina pernah berada di rumahnya untuk mengucapkan selamat jalan. Badan Pencegah Rasuah pernah mengambil (merampas) satu mangkuk pyrex (ataupun kristal -penterjemah) yang dipulangkan oleh Toh Puan Rosaina kepada isteri Dato Lingam. Beliau tidak fikir mangkuk itu adalah kepunyaannya.

Ketua Hakim Negara pernah mengugut untuk menyaman sesiapa yang cuba mengaibkannya. Dia patut menyaman Mr. Dan McCarthy yang menyediakan laporan Bowman itu. Malahan beliau juga patut menyaman Dato Rais Yatim yang mulakan kisah percutian di New Zealand yang mencetuskan pertemuan 'terserempak' itu. Sedangkan percutian mereka yang bermula dari Singapura telah ditemani oleh Mr. Tan Chong Pow, seorang juru iring kepercayaan Tan Sri Vincent Tan. Kenapa agaknya?

Dato Lingam telah mendapatkan satu telefon bimbit 'Mutiara' yang memang dikhaskan kepada Vincent Tan. Bukankah beliau itu seorang peniaga bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya? Dalam Laporan Bowman itu ada kisah bagaimana Dato' Lingam telah menghadiahkan telefon bimbit Mutiara kepada Tun Eusoff, kepada beberapa orang hakim, dan juga kepada Rahim Nor. Rahim Nor adalah bekas Ketua Polis Negara yang menjadi terkenal seluruh dunia kerana caranya membaham seorang bekas timbalan perdana menteri ketika matanya ditutup dan tangannya diikat dari bahagian belakang.

Dato V.K. Lingam telah membayar semua bil bulanan telefon bimbit tersebut dengan bayaran tunai. Kenapa?

Kini, Dato V.K. Lingam sedang membuat satu rumah yang layak dipanggil sebuah mahligai. Dia terlalu yakin dengan perlindungan daripada Ketua Hakim Negara membuatkan beliau angkuh dengan beberapa bantahan yang dikemukakan oleh para arkitek daripada Majlis Bandaran Petaling Jaya. Arkitek berkenaan tidak dapat bertindak lanjut kerana fail mengenai kes itu telah hilang secara misteri. Memang, fail yang penting amat mudah lesap kerana pergi bercuti ke Ouagadougou apabila diperlukan. Pejabat V.K. Lingam memang mudah membayar segala bil telefon yang menggunakan phone-bimbit Mutiara pemberian Vincent Tan itu. Kekerapan bayaran percuma inilah yang menjadi bualan juru wang syarikat Mutiara.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan juga Attorney General Tan Sri Mokhtar memang amat faham akan cerita ini tetapi mereka tidak fikir ada sesuatu yang pelik dalam hal ini. Tetapi, bukankah Attorney General dan isterinya pun pernah bercuti ke Itali dengan Vincent Tan, Dato Lingam dan juga isteri mereka? Sekarang timbul pula persoalan siapakah yang membiayai percutian Tan Sri Mokhtar itu? Dengan lain perkataan, dia pun ada cerita misteri yang tersimpan dalam almari tengkoraknya? Kerana itu saya tidak akan terperanjat kalau Tan Sri Mokhtar akan dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, kalau pun tidak sebagai pengganti kepada Tun Eusoff Chin.


Kawan tentunya berguna


Keadilan di Malaysia adalah lebih sesuai dikendalikan oleh para hakim yang menyimpan banyak tengkorak dalam almari mereka. Inilah cara Tan Sri Vincent Tan mengemudikan sistem kehakiman di negara ini. Memang menakjubkan sehinggakan beliau sanggup menyaman saya dan dalam waktu yang sama beliau mengheret kewibawaan seorang hakim mahkamah tinggi, seorang hakim mahkamah rayuan, seorang hakim mahkamah negara dan seorang attonery general. Lagi pun ketua hakim negara tidak pernah menjangkakan betapa persahabatan yang dijalin dengan umpanan begitu bukan sahaja mengaibkannya malahan sudah menjelekkan rakyat biasa. Kalau tidak kerana itu semua bagaimanakah pula isterinya boleh menjadi peguam kepada Dato Lingam?

Tun Eusoff diberi enam bulan lagi sebagai khidmat lanjutannya. Inilah titik yang akan menjadi nokhtah kerjayanya. Perkara itu pernah dialami oleh orang yang digantikannya dulu, Tun Hamid Omar. Inilah juga pengalaman yang dijangka akan dilalui oleh penggantinya pula. Kalaulah insan itu bernama Tan Sri Mokhtar.

-M.G.G. Pillai-


Terjemahan: -MT-