Laman Webantu   KM2A1: 4753 File Size: 15.4 Kb *



TJ SP MGG: Keangkuhan dan Barisan Nasional
By M.G.G. Pillai

18/6/2001 8:30 am Mon

MGG 1261

[Anak buah Mahathir kini sudah dihidapi penyakit berjangkit keangkuhan yang tidak bertepi. Rais Yatim menyelar hakim manakala Dollah Badawi memperlekehkan keputusan hakim Hishamuddin. Sekarang Ling pula berkeras mahu mengambil Nanyang walaupun MCA sendiri sudahpun bergoyang dan Star kini sudah terancam. Paling terbaru Mahathir menempelak SPR pula padahal dia sudah lama kenyang dengan undi berhantu yang penuh kepalsuan.

Kedegilan mereka ini tidak akan mampu melawan arus yang melintang. Ia mengundang masalah yang semakin sukar diselesaikan sehingga semakin terhakis sokongan. Kini rakyat memandang orang pilihan Mahathir tidak menghormati perlembagaan, keputusan kehakiman, dan pandangan majoriti masyarakat Cina dengan isu Nanyang. Ini hanya akan mengundang kecelakaan yang ngeri di masa depan.

Tanpa sokongan pengundi Cina, BN akan kecundang. Walaupun BN memilikki semua akhbar harian, ia tidak mampu memilliki hati masyarakat Cina yang sudah geram dengan rampasan di Nanyang. Sampai hari ini desakkan dari mereka tidakpun berkurang.... BN telah melakukan kesilapan yang sukar diputar kebelakang. Bersedialah untuk lingkup dalam pemilu akan datang. - Editor]


Terjemahan SPAR-01-019


[Artikel asal ada di HARAKAH terkini (15-30 Jun 2001)]


Keangkuhan dan Barisan Nasional

(Arrogance and the National Front)

Dua orang Hakim Mahkamah Tinggi telah membangkitkan isu-isu perlembagaan yang membuatkan kerajaan dan UMNO menjadi kematu, diam membisu. MCA pula telah membeli dua buah akhbar dan terjebak ke dalam kancah masalah yang besar. Ini berpunca daripada keangkuhannya menyepikan sokongan akar umbi yang semakin berkurang dan difikirkannya boleh dibeli dengan wang. Bukannya mereka itu hidup di awang-awangan tetapi mereka beranggapan apa yang mereka kata itulah yang mesti terlaksana. Inilah masalahnya kerana para pemimpin ini berlagak tidak seperti yang sepatutnya. Mereka lebih cenderung meniru orang yang mudah membangkitkan isu dan kritikan di warung-warung.

Setiap perkara, tidak mengira kepentingannya kerap sangat diperkecilkan menjadi satu masalah yang remeh dan sengaja digembar-gemburkan. Isu-isu yang menyangkuti perlembagaan adalah bertujuan menyoal seorang hakim tentang kenyataannya dan bukan tentang apa yang telah diselesaikannya. Perdana Menteri Mahathir adalah orang yang paling licik dalam perkara ini. Laksana seorang mahaguru jurusan ilmu itu, dia mempunyai khazanah jawapan untuk menangkis segala soalan yang dianggap penting.

Keangkuhan yang dipamerkan oleh Mahathir sudah menular dan menjalar ke barisan bawahannya sehinggakan sudah menjadi satu amalan apabila BN menjawab setiap isu itu dengan penuh keangkuhan juga. Begitulah, apabila presiden MCA Ling Liong Sik, bersikap sombong ketika membeli dua akhbar Cina kerana terlalu percaya bahawa pihak pembangkang tidak faham apa yang mereka cakapkan.

Keangkuhan sudah menjadi satu kesenian kini. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan dua orang politikus pembangkang yang ditahan bawah ISA dibebaskan kerana polis telah menafikan hak asasi mereka. Menteri Kehakiman (de facto) yang memperlekehkan isu ini telah mengungkit akan hak seorang hakim memberitahu parlimen akan apa yang harus dilakukannya. Menteri hal ehwal dalam negeri turut mengabaikan perkara ini dan menghantar empat daripada lapan orang yang ditahan itu, termasuk dua orang ahli Keadilan untuk ditahan selama dua tahun.

Penghakiman di Mahkamah Tinggi Sabah telah mengisytiharkan pembatalan kerusi DUN Likas setelah mempertikaikan daftar pengundi. Bukti yang dikemukaan telah mendedahkan betapa SPR cuai dalam tugasnya. Hakim telah menyebut akan rintihan pihak pembangkang yang sengaja diabaikan. Malahan Parti Bersatu Sabah pernah membuat pelbagai aduan akan perkara ini, kini parti itu bercadang membuat aduannya semula.

Setibanya daripada lawatan bermusimnya di Jepun, Dr. Mahathir telah menyebut betapa Suruhanjaya Pilihanraya telah tidak berlaku adil kepada BN. Bagaimanakah SPR boleh disalahkan sedangkan selama ini SPR telah beria-ia membantu BN untuk menang? Aduan Mahathir itu adalah berpunca daripada keresahannya bahawa SPR tidak memihak kepada kerenahnya lagi. Ramai pegawai SPR terutama sekali pegawai-pegawai muda Melayu di situ memahami betapa pentingnya peranan mereka sebagai pemegang amanah rakyat dan mahu mewujudkan ketelusan dalam tugas mereka.

Dr. Ling semakin angkuh dengan keyakinan bahawa tidak siapa yang mampu menggulingnya daripada jawatan sebagai presiden parti itu kerana adanya sokongan presiden UMNO terhadapnya sehinggakan sombongnya itu sudah tidak bertepian lagi. Dia sengaja mendesak agar rencananya diluluskan tanpa perlu membincangnya lagi dengan pemimpin parti. Inilah yang dilakukannya ketika membeli Nanyang Press Holdings, yang menerbitkan Nanyang Siang Pao dan China Press dan beberapa majalah lagi. Pergeseran dalaman yang tercetus kerana episod itu telah meledak lebih besar daripada yang diketahui umum. Masyarakat Cina telah menentang pembelian itu dan mengarahkan satu pemboikotan terhadap semua akhbar terbitan MCA, termasuk The Star. Timbalan presiden parti dan beberapa pemimpin yang menyokongnya telah melancarkan beberapa majlis ceramah di seluruh negara untuk memaksa MCA memikirkan semula rencana itu.

Inilah yang membuatkan Dr.Ling memikir semula perkara itu. Apabila masyarakat Cina memulakan satu pemboikotan, adalah amat sukar untuk mematahkannya. Tiga puluh tahun yang lalu, mereka telah memboikot rokok Rothmans, kerana syarikat itu terlalu ghairah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru sehingga membuatkan syarikat itu melutut merasakan bahananya. Boikot itu akhirnya dihentikan, tetapi satu dekad kemudiannya, Rothmans masih merasakan pasaran yang memencilkannya di beberapa tempat di negara ini. Kalaupun MCA mempunyai alasan yang kuat untuk membeli Kumpulan Nanyang itu, alasan itu sudah pun dimusnahkan oleh penentang politik dan budaya terhadap usahanya. Kini, pemboikotan sudah pun bermula, dan saya diberitahu di seluruh Lembah Kelang yang memang dihuni oleh sebilangan besar orang Cina, The Star sudah mula merasakan bahana tindakan itu kerana mereka telah beralih kepada The Sun.

Majlis Pusat MCA telah mengundi dengan keputusan 32 berlawan lapan untuk menyetujui urusan pembelian itu. Tiga puluh dua yang dikatakan bersetuju itu tidakpun mengangkat tangan ketika ditanya apakah mereka bersetuju. Lapan orang yang tidak bersetuju telah berbuat begitu dengan mengangkat tangan mereka. Kalau mereka tidak mengangkat tangan, bagaimanakah mereka dianggap bersetuju kepada urusniaga itu. Sepatutnya selepas itu, Ling menanyakan berapa yang berkecuali. Oleh kerana dia tidak menanyakannya, bererti Ling terjebak kepada perangkap bikinannya. Tujuan membeli kumpulan akhbar itu dahulu ialah untuk mengelakkan beliau menjawab pelbagai soalan. Kini, dia terpaksa melakukannya juga secara terbuka.

Kini, dia membuat tawaran menjual akhbar itu kepada pihak yang berminat. Siapakah gerangan yang berani membeli musibah ini? Lagipun, oleh kerana lebih 33 peratus saham akhbar itu sudah dibeli (yang sebenarnya berjumlah 73 peratus) ia terpaksa membuat tawaran terbuka untuk membeli saham lain yang belum dimilikkinya. Mungkin ia berjaya mendapatkan pengecualian dalam hal itu. Ini bermakna BN akan terhenyak lagi kerana malu. Walaupun belum dikemukakan lagi soalan ini, lambat laun ada yang akan bertanya mana satu yang lebih penting, tengkuk Dr. Ling ataupun MCA. Nampak sangat Dr. Ling tidak ada pilihan lain. Dia terpaksa mundur dan barulah MCA mula memujuk kembali sokongan masyarakat Cina.

Barisan Nasional sedang dihantui dilema. Ia sudah kehilangan besar pengundi Melayu disebabkan Episod Anwar Ibrahim. Generasi muda Malaysia - Melayu, Cina, India, Iban, Kadazandusun dan sebagainya - tidak lagi berminat dengan sorotan sejarah yang mengulang-ulang bahawa disebabkan BN dipilih untuk berkuasa, mereka mestilah menurut tanpa menyoal apa-apa, sambil yang mungkir harus bersedia untuk didera.

Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah mengarahkan polis mengawal ketat kediamannya apabila pihak pembangkang mahu menyerahkan satu memorandum kepadanya. Apabila polis digunakan sebagai alat penampan daripada kemaraan rakyat yang mempunyai masalah, tindakan itu akan lumpuh juga walaupun gayanya yang penuh keangkuhan. Tindakan itu tidak akan berjaya. Tanyalah Dr. Mahathir, Dr. Ling dan Abdullah Badawi.


-M.G.G.Pillai-

Terjemahan SPAR-01-019




Asal:

Harakah

15-30 June 01


Arrogance And the National Front: In For A Penny, In For A Pound


Two High Court judges raise constitutional issues which shock the government and UMNO to impotent silence. The MCA buys two newspapers and immense trouble and problems. And view, in arrogance, the crumbling support that caused it. They do not live, one is certain, in cloud cuckoo land; but they believe what they say swirls support around them. Nothing could be further from the truth. When they should act as leaders, they behave as those who pass comments at people and issues at tea stalls.

Every matter however important is reduced to a simple problem, and glossed over. The constitutional issues raised is simplied to question the judge for his ex cathedra statements, not for what it addresses. The Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, is a past master at this. He has a ready irrelevant retort to every question of importance.

The arrogance he reveals is distributed down the line that it is now taken for granted that the National Front response to any issue is steeped in irreversible arrogance. The MCA president, Dato' Seri Ling Liong Sik, rides rough shod to buy two Chinese newspapers and believes his opponents do not what know what they talk about.

This arrogance is now an art form. A High Court judge in Shah Alam orders two opposition politicians detained under the Internal Security Act released because the police in violating the form of the arrest denied the two men their constitutional protection. The de facto law minister, in his retort, ignored this but harped on the judge having no right to tell Parliament what it should do. The home minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sends four of the remaining eight detained with the two Keadilan politicians to two-year detention terms without trial.

A High Court judge declares a Sabah Legislative Assembly seat vacant after an election petition had questioned the electoral rolls. Evidence was produced to show the Elections Commission was derelict in its duty to address the complaints: it took the easy way out, as one of its officials said from the witness box, by ignoring all of them. The judge said what the opposition complained all along: the electoral rolls are politically tainted. Indeed, the opposition Parti Bersatu Sabah had withdrawn an action alleging this, but it now intends to bring the action afresh.

Dr Mahathir, on his return from his periodical visit to Japan, said the Elections Commission has been unfair to the National Front as well. What has that to do with recurring complaints of an Elections Commission which cuts corners to help the government in elections? His complaints come because he does not get his way, that enough officials in the Elections Commission, especially the younger Malay officers, view their role as custodians of the public interest, and ensure fairness where they can from within.

Dr Ling, arrogant in his belief that none can remove him as party president so long as he has the UMNO president's support, now knows arrogance has its limits. He rushed through approvals, without internal party consultation, to buy through its investment arm Nanyang Press Holdings, which publishes the Nanyang Siang Pau and China Press and several magazines. The internal opposition, when it emerged, became more than a minor kerfuffle. The community opposed it, and ordered a boycott of all MCA-controlled newspapers, which included the Star newspaper. His deputy president and others aligned to him called meetings throughout the country to force the MCA to rethink.

This Dr Ling now has to. When the Chinese community orders a boycott, it is difficult to staunch it. Thirty years ago, it ordered a boycott of Rothmans cigarettes, over the company's over-enthusiastic imposition of New Economic Policy quotas, and brought it almost to a standstill. The boycott was called off, but a decade later, Rothmans still had it to contend with in parts of the country. If the MCA had valid financial reasons to buy the Nanyang group, it is destroyed by the cultural and political opposition to it. A boycott is now called for, and I am told in areas in the Klang Valley where Chinese dominate, the Star is dropped in favour of the Sun.

The MCA central committee voted, so we are told, 32 to eight to go ahead with the deal. The 32 did not raise their hands when he asked if they supported the buy; the eight who did not did. If they did not raise their hands, how could they be for the deal. He should have then asked how many abstained. He did not. Dr Ling is caught in his own trap. He bought the newspaper group so that he would not have to answer questions. But he is forced to. In public.

So, he offers to sell it now to interested parties. Who would buy this can of worms? Besides, since it bought more than 33 per cent -- actually nearly 73 per cent, it must make a general offer for the shares it does not own. It can get a waiver, but if it does, it could frustrate the National Front at the hustings even more. It is not asked about, but it is a question now of Dr Ling's head or MCA's. There is seemingly only one way out: Dr Ling must go and the MCA then sue for peace with the community.

The National Front is in a dilemma. It has lost the unblinking Malay support with the Anwar Ibrahim affair. The younger Malaysian -- Malay, Chinese, Indian, Iban, Kadazandusun et al -- are not interested in historical parallels from a government that insists that because they were elected into power, they must be obeyed without question, and woe betide who does not. The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, calls for a police cordon around his house when opposition members want to present him a petition. It cushions itself from the people. And prove its impotence with arrogance. It does not work. Ask Dr Mahathir, Dr Ling, Abdullah Badawi.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my