Laman Webantu   KM2A1: 4758 File Size: 6.2 Kb *



Benarkah Daim Ditahan Atau Mahathir Mencuri Ayam?
By Dahlia

18/6/2001 4:46 pm Mon

[Mahathir sedang cuba meyakinkan akar umbi dia bersungguh untuk memerangi politik wang dan korupsi kerana itulah bahan panas sekarang ini. Itulah antara punca BBM tiba-tiba melompat sebelum diam menyepi. Oleh itu Mahathir terpaksa mengurangkan liabiliti dengan pengunduran Daim dan Mokhzani. Tempoh bercuti Daim digunakan untuk mengubah kembali kawalan modal dan cukai levi. Manakala Daim membersih fail agar tidak terbongkar beberapa misteri. Daim juga meletakan semua jawatan - termasuk sebagai bendahari kerana wang sudah dikerjakan tanpa sesiapa pun mengetahui.

Kelemahan Mahathir adalah keaibannya - oleh itu sesiapa yang mengancam akan diambil tindakkan yang sewajarnya. ISA dan akta baru internet adalah jalan mudah untuk mengurangkan serangan di padang ataupun di laman web. Akhbar yang kritis tidak dibenarkan membuat liputan perhimpunan agar minda akar-umbi dapat diputar habis-habisan melalui tukang sorak upahan. Tektik menahan berita dan membiarkan khabar memenuhi ruang cukup berguna sehingga ia digunakan beberapa kali pada tahun ini sahaja. Ini semua adalah antara persediaan Mahathir agar dipuja-puji untuk terus berkhidmat sampai mati. - Editor]


BENARKAH DAIM DITAHAN ATAU MAHATHIR MENCURI AYAM?

Daim telah dilapurkan ditahan di bawah akta 117, atau mungkin mengikut skrip 'For Your Eyes Only' 007 - tetapi di mana dan mengapa diam sahaja sedangkan Taman Melawati seperti diserang? Apa perlunya dikirim helikopter dan polis di waktu malam jika tidak untuk menggemparkan? Ini bermakna rakyat sengaja tidak mahu diberitahu apakah Daim sudahpun ditahan kerana sinar malam yang kelam tentunya sukar untuk mengecam orang atau fail yang dipunggahkan.

Adakah benar Daim ditahan, atau cerita itu sengaja direka? Atau sengaja mahu digemparkan sahaja supaya ramai tertanya-tanya? TPM Dolah Badawi terpaksa menafikan berita tersebut. Mengapa? Adakah TPM bimbang terjadinya huru-hara seperti penangkapan ke atas Anwar? Jawapannya pasti tidak. Daim bukannya Anwar, Daim tidak disayangi rakyat sebagaimana Anwar. Daim bukan pembela rakyat marhain tetapi sebaliknya. Rakyat sudah lama menanti Daim menerima hukuman setimpal di atas perbuatan beliau selama ini. Tetapi bukan Daim sahaja.


MENANGKAP SI DIAM PUN DI DALAM DIAM?

Soalnya, di mana Daim ditahan? Sebelum ini, dalam tulisan saya berkaitan serangan dan surat layang ke atas Daim, saya ada menyebut bahawa Mahathir telah mengarahkan Bukit Aman membuat pengintipan dan "kepungan" ke atas rumah Daim. Apa tujuan arahan itu dibuat? Pastinya untuk keselamatan. Untuk keselamatan siapa? Untuk Daim atau Mahathir? Saudara pembaca fikirkanlah sendiri. Setiap langkah yang diatur, bukan untuk kepentingan sesiapa lagi.... tetapi cuma untuk seorang! Siapa yang paling untung dengan semua keriuhan ini? Siapa yang betul-betul takut diserang oleh akar-umbi dalam perhimpunan umno di PWTC pada beberapa hari lagi?

Dalam tulisan saya itu juga, saya ada menyebut bahawa strategi Mahathir seterusnya adalah untuk menahan dan mendakwa Daim atas pelbagai kesalahan. Tidak tahulah kita, samada jenayah rasuah atau pecah amanah, atau mungkin kesalahan yang kita sendiri tak tahu. Hanya Mahathir yang tahu.


MAHATHIR SEMAKIN PATAH KAKI

Terlalu banyak malang yang menimpa diri Mahathir sekarang ini secara tiba-tiba di saat dia sedang mengurangkan liabiliti. Dua hakim yang berani telah mematahkan dua kakinya - kaki polis bertopeng dan kaki pengundi hantu. Sekarang kaki ketiga bernama Eusoff Chin pula sedang sengal-sengal. Kaki keempat di MCA pula sudah goyah dengan tentangan dari luar dan dalam. Tanpa undi penting masyarakat Cina dan pengundi hantu bagaimanakah BN mampu menang?

Tiba-tiba kaki keempat bernama Arifin Jaka mencelah dengan keputusan bertulis setelah 9 bulan lewat walaupun telah memberi keputusan 'beyond reasonable doubt'. Mengapa baru sekarang muncul di saat perhimpunan agung semakin menjelang? Nampak sangat muslihat yang dirancang.

Mahathir kini sedang bermain dengan satu kaki yang diam yang sengaja dipenuhi kesamaran. Ia bagai satu amaran agar Daim (dan rakan?) tidak menyerang dengan rahsia yang dipegang atau undi tidak percaya yang mungkin membuat Mahathir sendiri terhumban.

Khabarnya Daim sudah memasang perangkap yang cukup hebat untuk memastikan Mahathir tersungkur aib. Siapa enam orang MB yang dirasuahkan sekenyang-kenyangnya oleh Daim bagi memastikan para MBs ini ikut telunjuk Daim? Isk , isk isk.. Tak habis-habis dengan perebutan kekayaan dan kuasa antara mereka berdua.

Dalam politik kawan pun boleh jadi korban asalkan untung di hari depan. Itulah yang sedang dilakarkan agar terpesong pemikiran dan semua kritikan. Bila alam kembali tenang, lawan pun akan menjadi teman. Itu semua sudah dirancang.


TAHAN BERITA SELAGI TERTAHAN

Menurut sumber, Daim kini sudah ditahan di rumahnya di KL. Tetapi arahan dibuat agar maklumat ini disembunyikan. Tidak harus ada sesiapa yang tahu, termasuk pemimpin/ahli umno. Untuk seketika, isu Daim harus didiamkan dulu, kerana masih ada beberapa perkara yang mesti ditumpukan dahulu, termasuk isu Likas dan isu beberapa Hakim yang berani memberi "signal" maut kepada Mahathir dan kerajaan pimpinannya. Mahathir sedang membaca reaksi dan khabar angin adalah teknik terbaik untuk merancang sesuatu nanti.

Kumpulan yang akan menggasak dan melanyak Daim sudah bersedia menunggu arahan daripada Yang Di Pertuan Penjaga Undang-Undang Negara, Tuan Haji Mahathir Mohamed. Tunggu signal sama ada "jalan/proceed, "berhenti sebentar/pause" atau "tangguhkan sementara".

On Your Mark....
Get set, go!
habislah.......


Wassalam
Dahlia/KL