Laman Webantu   KM2A1: 4761 File Size: 22.0 Kb *



TAG SP 175: B4 Pengalaman Seorang Wiramarhaen Yang Bergaya
By Sheryll Stothard

18/6/2001 8:11 pm Mon

TAG 175

[Isham yang asyik hidup terbuang dan penuh derita itu masih mampu untuk berjenaka. Dia tetap tabah menghadapi rintangan yang sering melanda. Kemana sahaja beliau pergi, beliau tidak akan berdiam diri. Tidak ramai orang yang mampu bersikap sebegini. Isham berbakti tidak kira dimana dia dicampakkan dan terus mencuba walaupun telah diusir orang ..... sebab itu dia masih kekal dalam ingatan teman dan lawan kerana Isham tidak mengenal erti kekalahan. Begitulah hebatnya seorang pejuang.
- Editor
]


Terjemahan : SPAR-09-007-4

Pengalaman Seorang Wiramarhaen Yang Bergaya (Siri 4)

(Isham Rais: Adventures of a trendy rebel - Part 4)

Oleh: Sheryll Stothard

Pada hari pertama beliau di Baghdad dalam bulan Disember 1976, Isham melontarkan pandangannya dari tingkap bilik hotelnya ke jalan Al-Rashid yang terkenal itu, dan hatinya merasa hiba sekali. "Saya lihat di atas jalan dan semua yang saya nampak adalah lelaki, lelaki dan lebih ramai lelaki, " beliau berkata sambil melakonkan gaya dalam ketakutan. "Saya terfikir, Oh Tuhan, apakah yang salah dengan bandar ini?"

Perkara pertama yang dilakukannya di Baghdad adalah mencari bateri untuk pemain radio-kaset kecil yang dibawanya. "Saya merayau sekeliling Bandar mencari bateri yang tidak juga saya berjaya temui. Apabila anda tidak dapat menjumpai satu bateri di sebuah bandar yang didiami oleh dua juta orang, anda tahu anda berada di tempat yang salah! Ianya seperti satu mimpi buruk. Beirut adalah tempat peranginan yang lebih canggih berbanding dengan ini."

Biarpun begitu, Isham mengakui bahawa beliau telah dilayan dengan baik sekali oleh tuan rumah berbangsa Iraq itu, Beliau, bahkan, berpeluang bertemu dengan Tareq Shalal, bekas diplomatik korporat yang Iraq di Malaysia, yang pernah menolong memberikan perlindungan kepadanya semasa beliau hidup dalam persembunyian di Malaysia.

Di Baghdad - ketiadaan bateri tidak menjadi penghalang - Isham segera dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan orang-orang Iraq. Beliau mendapat ketenangan jiwa apabila mengetahui bahawa di Iraq terdapat beberapa bir (beer) yang baik sekali. "Saya masih ingat dua darinya dengan jelas sekali - Shahrizat dan Farida," beliau menambah," Ia mengingatkan saya kepada teman lama di UM, Shahrizat Jalil dan Faridah Al-Hadi. Saya tidak akan melupakan kedua-dua bir tersebut. Ia seperti cuba melupakan teman-teman lama."

VISA YANG MERUMITKAN :

Kebanyakan dari masa 2 bulan Isham di Baghdad telah dihabiskan di pejabat 'Baghdad Observer', di mana rakan perterjemahnya yang berbangsa Palestin bekerja. Akhbar itu diusahakan oleh seorang lagi orang buangan, seorang berbangsa India Angola, yang menjadi ketua editor. "Saya menghabiskan kebanyakan dari masa saya memantau teleprinter yang memberikan saya maklumat tentang penangkapan Datuk Harun Idris di KL pada tahun 1976.

Selepas beberapa lama walau bagaimanapun, Baghdad kelihatan terlalu tenang untuk orang muda seperti Isham. "Iraq memang menarik - tetapi saya telah merasa jemu." Satu delegasi pelajar-pelajar Iraq dijadualkan akan berlepas ke Bangkok untuk satu persidangan dan mempelawa beliau untuk sama-sama menyertai mereka. Beliau menerimanya. "Para pelajar ini bukanlah 'aktivis'dalam erti kata sebenarnya - kami berlepas ke persidangan tersebut dengan penerbangan kelas pertama."

Di Bangkok, Isham memutuskan untuk cuba ke Australia sekali lagi. Dalam bulan Januari 1977, beliau terbang ke Hong Kong dan mendapati bahawa kebanyakan aktivis-aktivis pelajar telah ke Australia untuk satu persidangan. "Kali ini saya membuat keputusan untuk mencuba sedaya-upaya saya. Saya mendapatkan kesatuan pelajar di Australia untuk menggesa Kementerian Luar mereka supaya menarik balik status 'orang yang tidak boleh diterima' (persona non grata)", Isham berkata. Mereka berjaya dan Isham diberikan visa.

"Anda tahu, masih lagi orang yang sama iaiti K Rice berada di bahagian visa," Isham ketawa. "Dan dia memberikan saya jenis visa yang sangat merumitkan - saya perlu menggunakannya di dalam masa tiga hari atau saya tidak akan dibenarkan pergi." Isham berjaya keluar dari Hong Kong tepat pada masanya selepas tiga hari kemudian dan tiba di Australia.

BERLEGAR-LEGAR DI AUSTRALIA:

Australia menjadi tempat tinggal Isham selama dua tahun. Aktivis-aktivis pelajar bergiat dengan aktif dan memebransangkan sekali di kampus-kampus induk seluruh negara itu. Ini menyediakan satu persekitaran yang amat sesuai untuk seorang aktivis muda. "Saya hanya berlegar-legar di sekelilingnya, pada dasarnya," beliau mengakui. "Australia adalah tempat yang sangat hebat untuk berlegar-legar."

Di sini, beliau kembali cergas berdemonstrasi, membuat protes dan berpartisan dengan seriusnya. Beliau juga bertemu kembali dengan Yunus Ali sekali lagi. Yunus Ali telag meninggalkan Malaysia apabila berlaku satu lagi tindakan keras dari kerajaan. Tangkapan borong pada tahun 1976, yang berselindung di sebalik kata-kata untuk menghapuskan 'komunis', disasarkan kepada pihak-pihak akhbar pada kali ini.

Dengan kematian Tun Abdul Razak, timbalannya Hussein Onn mengambilalih kedudukan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada tahun 1976. Kerusi Timbalan Perdana menteri menjadi kosong. Khabar-khabar angin bertiup kencang bahawa Perdana Menteri yang baru sedang merancang untuk melantik Ghazalie Shafie, Menteri Dalam Negeri, sebagai timbalannya.

Ini, dikatakan, untuk menghadapi pertentangan sengit dari tiga Naib Presiden Umno - Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr. Mahathir Mohamad. Ketiga-tiga mereka mengugut untuk meletakkan jawatan sekiranya salah seorang dari mereka tidak dipilih.

Selepas itu, Hussein Onn memilih Dr. Mahathir. Dengan ini, Timbalan Perdana Mentri yang baru menjadi batu penghalang yang besar kepada Ghazalie Shafie yang dikatakan berusaha untuk menjadi Perdana Menteri.

UMPAN-MENGUMPAN :

Tangkapan 1976 telah dikatakan sebagai sebahagian dari konspirasi tidak-terlalu-lembut yang bertujuan membabitkan Dr. Mahathir, kerana ia disasarkan kepada orang-orang yang diketahui umum sebagai menyokong beliau. Samad Ismail dan Kassim Ahmad, yang ditahan di bawah ISA, seperti Anwar Ibrahim, begitu kuat menyuarakan sokongan mereka untuk menaikkan kepimpinan yang berkesan gabungan Mahathir Mohamad dan Musa Hitam. Mereka telah ditahan kerana dikatakan membentuk sebahagian plot komunis Malaysia-Singapura untuk menggulingkan kerajaan.

Tindakan keras kerajaan pada tahun 1976 adalah amat berbeza dengan penahanan para pelajar pada tahun 1974," Professor KS Jomo dari fakulti Ekonomi dan pentadbiran berkata. "Ia adalah satu tempoh perpecahan dan berpuak-puak di dalam Umno; dan dalam mempertahan kuasa, umpan merah menjadi satu cara kepada puak-puak yang berbeza bagi merebut kuasa."

Tidak mahu terperangkap di dalam api yang membara itu adalah Yunus Ali, yang menyertai Isham di Australia pada tahun 1977. Walau bagaimanapun, 10 tahun kemudian, beliau telah ditangkap di dalam satu lagi tindakan keras di Malaysia. Dalam Operasi Lalang, Yunus Ali, yang pada masa itu merupakan kakitangan UM, telah ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Kamunting selama dua tahun.

KACANG HANTU :

Menjelang 1978, Isham mendapat tahu betapa berpengaruhnya Malaysia terhadap Australia. "Saya merasa sangat seronok tinggal di Australia, beliau berkata. "Tetapi Ghazalie Shafie telah mengenakan banyak tekanan kepada Perdana Menteri Australia, Andrew Peac##k, untuk mengusir saya. Ternyata kehadiran saya di Asutralia tidak sesuai untuk keselamatan Malaysia."

Untuk mengeluarkannya, kerajaan Australia mencari sesuatu dari kisah silam untuk mengenakan tetamu yang tidak dikehendaki oleh mereka itu. Empat bulan sebelum itu, Isham telah ditangkap atas tuduhan menghalang polis semasa satu demonstrasi terhadap Perdana Menteri Singapura, tetapi telah dibebaskan tanpa dakwaan. Kerajaan itu bercadang untuk membuka semula kes itu, kali ini dengan membuat dakwaan. Walau bagaimanapun, mahkamah Australia mendapati beliau tidak bersalah dan beliau dibebaskan.

Saya kemudiannya benar-benar telah menjadi "kacang hantu" (orang yang amat tidak disenangi) kepada kerajaan Australia," Isham ketawa. Ugutan untuk menghantar Isham kembali ke Malaysia bahkan telah berjaya dijadikan isu oleh pihak pembangkang Australia dan kesatuan-kesatuan. Bob Hawke, yang pada masa itu merupakan Setiausaha Agong Kongres Persatuan Sekerja (ACTU), telah mengharamkan para juruterbangnya dari membawa kapalterbang yang mungkin memuatkan Isham untuk dihantar pulang ke Malaysia.

"Akhirnya, Peac##k menghantar sepucuk surat kepada saya meminta saya meninggalkan Australia dengan secara sukarela," Isham bersetuju dan pergi bersama-sama Yunus ke Karachi, Pakistan. Di Karachi, kedua-dua orang kawan itu berpisah membawa haluan masing-masing. Yunus pergi ke Kuwait dan kemudiannya ke Lebanon untuk menyertai pejuang-pejuang kebebasan Al-Fatah PLO. Isham kembali ke Iraq pada musim bunga tahun 1978.

Kali ini, beliau tinggal di Baghdad selama tiga bulan. "Saya merasakan semua ini adalah satu langkah yang tidak tepat - dari Melbourne kepada yang ini. Jadi saya memutuskan untuk ke Lebanon semula. Perang telah menjadi bertambah sengit di sana, tetapi bagi saya itu adalah lebih baik dari mati dalam kejemuan di Baghdad."

SAAT-SAAT GEMBIRA DI BEIRUT :

Apabila Isham tiba di Beirut, pemandu teksi memandang wajahnya dan terus membawanya ke ibu pejabat Tentera Merah Jepun. "Dia sangkakan, oleh kerana mata saya sepet, saya pastinya seorang pengganas Jepun!"

Ini adalah Beirut pada lewat 70an, yang kelam-kabut dengan kumpulan-kumpulan militan, pengganas-pengganas, askar-askar upahan dan bedilan-bedilan bom. Tentera Merah Jepun di dalam Bandar menyokong Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP) yang diketuai oleh ahli teori Marxis, Georgist Habache.

Secara kebetulan, PFLP juga pernah menajadi pengkalan kepada pengganas Amerika Selatan, Illyich Ramirez aka Carlos The Jackal, yang baru-baru ini kembali ke Peranchis untuk menghadiri perbicaraan beberapa tindakan pengganas yang dilakukan sepanjang tahun 70an dan 80an di sekitar Eropah dan Timur Tengah.

"Apa sahaja yang boleh anda fikirkan - boleh didapati di Beirut," Isham menambah. "Sesiapa sahaja ada di sana, terutama mereka yang tidak diterima oleh negara mereka sendiri. Di Lebanon, Isham memutuskan untuk mencari Yunus yang telahpun menyertai PLO dan sedang menjalani latihan ketenteraan di salah sebuah kem di sekitar Beirut. "Saya menghadiri majlis 'tamat latihan'nya semasa saya berada di sana. Ia merupakan satu perkara yang besar di dalam PLO pada masa itu, lulus sebagai seorang soldadu."

Buat kali kedua beliau berada di Beirut, walau bagaimanapun, Isham mengambil keputusan bahawa adalah lebih baik beliau meneruskan perjuangannya tanpa perlu memegang senjata. Beliau berbuat sesuatu yang lebih baik dengan menyertai biro penerangan kementerian luar PLO, sebagai wartawan sukarela di bahagian penerbitan Bahasa Inggeris.

DIKUMPULKAN :

Beirut telah, anih sekali, menjadi satu tempat yang menyenangkan kepada Isham pada kali ini. "Pernah saya terlibat banyak dijalanan, Beirut tidaklah menjadi satu tempat yang terlalu terus untuk didiami, sebenarnya," beliau berkata. "Jalan kegemaran saya adalah Al-Hambra. Saya tidak menghiraukan bunyi bising dari senapang dan bom; dan bertahan di bahagian kami di Green Line. Green Line memisahkan Beirut kepada Muslim di sebelah barat dan Kristian di sebelah timur.

Apabila peperangan semakin menjadi-jadi, Isham mengambil peluang untuk menonton filem. "Saya menonton versi asal Last Tango in Paris di Beirut." Saat-saat gembira Isham di Beirut berakhir dengan penculikan bekas Perdana Menteri Itali, Aldo Moro, di Rome oleh kumpulan pengganas Itali 'Brigate Rosse' (Red Brigade).

"Terdapat satu khabar angin bahawa beliau telah dibawa ke Beirut. Ini diikuti oleh pengumpulan beramai-ramai semua orang-orang asing." Salah seorang darinya adalah Isham.

"Mereka mahu tahu apa yang dibuat oleh seorang rakyat Malaysia di Beirut," Isham menjelaskan. "Mereka membebaskan saya selepas soalsiasat, tetapi saya sedar bahawa masanya sudah tiba untuk pergi." Moro akhirnya dijumpai mati di Rome, beberapa ela dari pejabatnya berhampiran Vatican dan Isham meninggalkan Iraq.

"PANDANGAN PELAJAR DI KARACHI?." :

Sehingga masa itu, Saddam Hussein masih berkuasa. Sekiranya suasana pada tahun 1976 adalah melemaskan, kini ia tidak boleh lagi ditanggung oleh Isham. " Terlalu ramai dari mereka yang dipercayai 'komunis' dihukum gantung.

Apabila Saddam mendapat kuasa sebagai presiden selepas persaraan Hassan Al-Bakr dalan tahun 1979, beliau dengan cepatnya memastikan partinya sebagai satu-satunya kumpulan yang memerintah di dalam negara, menghapuskan semua komunis dan puak Kurdish dari kerajaan campuran Iraq yang lepas.

Untuk enam bulan yang seterusnya, Isham menjelajah sekitar Iraq, termasuk kawasan timur utara Kurdistan, bagi menjauhkan diri dari suasanan menekan di Baghdad. Iraq telah, sehingga masa itu, melancarkan kempen yang akhirnya akan mendorong kepada pencerobohan jirannya Iran pada tahun 1980.

Di Iraq, pasport Isham telah habis tempoh dan dia terpaksa pergi ke konsulat malaysia untuk memperbaharuinya. Sudah tentulah, ianya dirampas, menjadikan Isham tanpa dokumen sah dalam sebuah negara yang tidak sanggup lagi ia berlama di situ. Disebabkan beliau mempunyai banyak hubungan, beliau mengambil keputusan meninggalkan Baghdad.

Isham mengambil penerbangan ke Karachi dan sesampainya beliau ke lapangan terbang, berjaya meyakinkan Pegawai Imigresyen yang beliau adalah seorang penumpang transit dan memasuki Pakistan tanpa dokumen perjalanan yang sah.

PERPECAHAN IDEOLOGI:

Karachi pada awal tahun 1979 adalah merupakan bandar yang popular bagi pelarian Iran yang meninggalkan negara mereka seketika sebelum terjadinya revolusi yang menjatuhkan Reza Pahlavi, Shah Iran, dan mengangkat Ayatollah Khomeni sebagai ketua baru Republik Islam.

Pemasaan Isham memang baik, dan oleh kerana pelarian sering berkumpul sesama sendiri, beliau pun berjuang dan mengambil bahagian dalam demonstrasi di Karachi menentang pemerintahan Shah Iran. Media British BBC, kemudiannya memetik kata-kata Isham dalam penghantaran laporan mereka sebagai "pendapat seorang pelajar dari Karachi."

"Pada mulanya, setiap orang di Karachi bersatu dalam protes," beliau mengingatinya.

"Apabila Shah akhirnya digulingkan, Mullah di Iran dengan cepatnya melantik Khomeini sebagai pemimpin kerohanian bagi Republik baru itu. Kemudiannya berlakulah perpecahan ideologi dikalangan mereka ynag dulunya bersatu menentang Shah."

Isham dengan cepat menuding bahawa Khomeini tidak pernah mempunyai parti politik yang tersusun di belakangnya. Ayatollah Khomeini dibuang semenjak tahun 1964, menghabiskan banyak masanya di Iraq. Dalam tahun 1978, Iraq telah mengusir Khomeini ke Paris, di mana beliau mudah dihubungi dan mula menerima liputan akhbar.

Selepas kejatuhan regim pro-barat Shah, Isham kembali ke Iran. Kumpulan anti-Shah yang paling tersusun ialah Sosialis sayap kiri Fidayeen dan Mujahideen, yang diketuai oleh Talegai. Kumpulan-kumpulan inilah, yang melakukan kebanyakan kerja-kerja asas dalam menjatuhkan Shah, akhirnya dicicirkan oleh kerajaan baru dan kemudiannya mereka bergerak secara bawah tanah semula."

KE RUSSIA BERSAMA?.

"Apabila Isham menghitung kembali tempoh dua tahun di karachi, saya mengesan kekecewaan dalam suaranya. Walaupun beliau tidak mengakuinya, seseorang tentu dapat mengagak ketika detik ini dalam hidupnya, beliau mesti telah menyedari akan perbezaan antara idealisma dan kenyataan dan ????

Beliau telah puas dengan Karachi dan berhasrat meneruskan perjalanan. Beliau berjaya membeli pasport yang suatu masa lalu kepunyaan seorang lelaki Thai Islam. "nama beliau adalah Nuseng Maman, lahir tahun 1922," Isham berkata. "Beliau telah tertinggalkan pasportnya kepada sebuah agen pelancungan semasa mengerjakan haji di Mekah."

Dalam tahun 1980, dengan menggunakan pasport itu, Isham berharap dapat pergi ke Afghanistan. Walaubagaimanapun, ketika itu Afghanistan diperintah oleh kerajaan boneka sokongan Russia di bawah Hafizullah Amin. Kabul telah diletakkan bawah perintah berkurung. Pertempuran amat hebat antara tentera kerajaan dan kumpulan penentang Mujahideen. Mengenang sejenak ke belakang, mungkin bukan sesuatu yang malang apabila Isham tidak dibenarkan masuk ke sempadan.

"Saya mengubah rancangan perjalanan dan berkeputusan untuk mencuba Eropah pula." Isham meninggalkan karachi pada penghujung tahun 1981 ke Franffurt melalui Moscow.

TRANSIT DI BOMBAY

Ketika transit di Moscow, ketakutan Isham menjadi kenyataan. Di Moscow, pasport palsunya dirampas oleh Pegawai Russia dan beliau ditahan selama dua hari, sementara memikirkan apa yang perlu dilakukan terhadapnya.

"Ketika itu pertengahan musim sejuk dan aku sebenarnya hampir-hampir membunuh diri!" Isham ketawa. Selepas tempoh dua hari yang terpanjang dalam sejarah hidupnya itu, Pegawai Rusia mengambil keputusan untuk menghantar beliau ke Thailand, memandangkan beliau membawa pasport Thailand. " Aku berfikir, Thailand?" tentu saja Thailand akan menghantar aku ke sempadan kembali ke Malaysia!"

Harapan tunggal Isham ialah supaya kapalterbang itu singgah ke Karachi. "Lapangan Terbang Karachi pada hujung jari aku saja. Aku yakin boleh mencelah masuk kembali ke Pakistan."

Namun perhentian transit ialah di Bombay. Isham tidaklah merasa gugup apabila mengetahuinya. Beliau pernah ke Lapanganterbang Bombay sebelum itu dan berharap agar dapat melarikan diri di situ. Isham menaiki kapalterbang, ditemani oelh dua orang Pegawai Russia, membuang kertas perjalanannya ke dalam mangkuk tandas dan menanti kapalterbang mendarat di Bombay.

Apabila mereka tiba dan memasuki lounge transit, hatinya karam. "Ianya adalah lapanganterbang baru," beliau menggoyangkan kepala seketika mengingati bagaimana beliau menggunakan akalnya dalam 45 minit tempoh berada dalam transit, memikirkan cara-cara untuk mengelak dari memasuki semula kapalterbang.

Lapanganterbang baru itu sebenarnya adalah merupakan penambahan kepada bangunan lama dengan mempunyai jarak sempit antara kedua binaan itu. Dengan mengecilkan diri beliau meloloskan dirinya dari lubang kecil dalam bilik air di lounge transit, Isham menyembunyikan dirinya dicelah-celah ruang antara bangunan tersebut di tingkat 7 dan menunggu.



Di Moscow, Isham telahpun memberi penjelasan kepada seseorang dan memintanya memberitahu kawan beliau di London akan situasinya. Pengembara itu dijangka sampai ke London dalam masa 6 jam. Isham bertekad menanti dalam kegelapan tempat persembunyiannya di Lapangan terbang Bombay.


"Dalam tempoh 6 jam itu, saya menulis 3 tuntutan di atas sekeping kertas. Pertama, saya hendaklah ditangkap di Bombay, bukan Malaysia. Yang kedua hendaklah peguam saya di Australia diberitahu. Dan yang ketiga ialah suaka politik di India."

Akhbar di malaysia kemudiannya melapurkan bahawa Isham ditangkap di dalam tandas wanita di Lapangan terbang Bombay. Isham menafikannya, pun begitu beliau mengaku ada meminta pertolongan dari seorang perempuan di dalam tandas apabila tempoh enam jam beliau tamat. "Saya memanggil beliau melalui saluran pengudaraan. Benar ianya tandas wanita, tetapi beliau hanya membasuh tangan saja. Saya meminta beliau memanggil polis, dan apabila beliau kembali sedar dari perasaan terkejut, beliau mematuhi permintaan saya". Beliau ketawa mengenangkan kejadian dalam tandas wanita itu.

Sebagaimana yang telah berlaku, kapalterbang belum lagi bertolak ke Bangkok dan Pegawai Russia tetap berkeras untuk membawa Isham ke Thailand bersama mereka. Isham menuntut untuk bercakap dengan polis dan mengugut untuk membunuh diri dengan menjatuhkan dirinya sekiranya pegawai Russia itu tidak pergi dari situ dengan segera.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Bombay telah mendengar tuntutannya, mengatur pertemuan dengan akhbar, yang kemudiannya Isham menyerah diri dan ditahan. Secara teknikalnya beliau tidak ditahan di dalam tandas Lapangan terbang Bombay, sebagaimana dilapurkan oleh akhbar Malaysia, rundingan untuk penyerahan dirinya, yang mengambil masa 45 minit memang berlaku di dalam tandas wanita.

Isham ditahan selama 3 bulan di penjara Bombay manakala Amnesty antarabangsa memulakan rundingan-rundingan untuk membebaskannya dan berbagai-bagai kerajaan berdebat samada patut Isham diberi suaka politik di negara masing-masing. "Tidaklah teruk sangat di Bombay - Saya merayakan sambutan tahun baru dan Deepavali di dalam penjara. Penjara bukanlah macam Sheraton atau Hilton, tetapi ianya bersih dan agak selesa."


....bersambung....

Terjemahan : SPAR-09-007-4




Asal:

http://www.malaysiakini.com/Column/
2001/05/2001053101.php3

Isham Rais: Adventures of a trendy rebel - Part 4