Laman Webantu   KM2A1: 4764 File Size: 2.1 Kb *



Rais Yatim Di Perangkap
By Dhobyboy

19/6/2001 8:24 am Tue

Assalamualaikum ,

Dahulu nya dia berpecah dari Mahathir dan berupa antara musuh-musuh utama Mahathir selepas Kuli. Dia telah mencaci Mahathir dan dengan angkuh nya telah menyatakan bahawa jambatan nya dengan Mahathir dan Umno telah di bakar .

Mahathir tidak akan lupa angkara-angkara itu. Tidak hairan lah kalau Mahathir masih lagi memegang pita rakaman bagi segala cacian oleh Rais itu.

Mahathir adalah seorang manusia yang pintar dalam memerangkap musuh nya selain DSAI. Selepas memasuk kan Semangat 46 kedalam Umno untuk dimamah oleh kebesaran Umno sampai lumat dan akhir nya hilang, dia tidak memancung kuncu-kuncu S46. Disebaliknya dia telah memberi pangkat dan jawatan kepada mereka ini termasuklah Rais Yatim.

Mahathir tahu bahawa kuncu-kuncu S.46 tidak tahan melihat rakan-rakan lama mereka yang masih bersama Umno menjadi kaya raya dari hasil rompakan harta rakyat yang telah dihadiahkan oleh Daim dan Mahathir. Kerana itu mereka mendesak Kuli supaya S.46 bercantum semula dgn. Umno.

Tinggal lah Kuli seorang diri apabila kuncu-kuncu seperti Rais mendapatkan jawatan dengan memperhambakan diri pada Mahathir. Mahathir tahu tahap pemikiran Rais. Rais sememang nya kurang cerdik. Sebab itulah dia cuba mendapatkan doctorate (Ph.D) undang-undang untuk meyakinkan dirinya.

Apa yang di anggap gula-gula oleh Rais sebenar nya racun bisa yang sedang membunuh Rais secars perlahan-lahan. Mahathir sekarang ini menggunakan Rais untuk menjadi perisai bagi nya . Apatah lagi apabila Rais mengutuk ISA didalam thesis nya.Rais kini terpaksa mempertahankan ISA habis-habisan.

Rakyat ketawakan Rais sebagai orang bodoh dan tidak berprinsip. Dia tidak ada tempat dihati rakyat dan dia masih lagi menikam diri nya dan imejnya.

Hukuman Mahathir kepada Rais sungguh dahsyat.Kalau di pancung tidak berguna. Baik lah bagi Mahathir jika dia biarkan Rais jadi Bangkai bernyawa yang boleh diguna.