Laman Webantu   KM2A1: 4770 File Size: 3.4 Kb *



Daim - Dari Fleet Group Kpd Failure Group
By Paper Lama

19/6/2001 11:32 pm Tue

[Rencana ini dipetik dari surat khabar lama yang masih berguna. Tentu ada sebabnya Daim dipilih oleh Mahathir walaupun rekod niaganya buruk. Mahathir memang tidak suka seseorang yang lebih cerdiknya sehingga menggugat dirinya. Tidak mungkin Mahathir tidak tahu siapa Daim sehingga mempercayainya. Ini adalah kerana kawan penyamun adalah penyamun juga.....
- Editor
]


PROFIL DATUK DAIM ZAINUDDIN

Mencipta nama sebagai bendahari UMNO yang hampir memufliskan UMNO. Beliau tidak ubah seperti si Kassin Baba di dalam cerita Ali Baba Bujang lapuk yang tamak haloba.

Daim berjaya menukarkan "Fleet Group" kepada "Failure Group".


DARI FLEET GROUP KEPADA FAILURE GROUP

Selepas ini FG dikemudikan oleh Bendahari UMNO yang baru, seorang saudagar Melayu, Encik Daim Zainuddin. Hartawan yan mencipta namanya semasa ekonomi negara dalam keadaan cemerlang.

Siapa yang kenal En Daim, tidaklah merasa kagum dengan kebolehannya mencipta nama dalam dunia perniagaan. Siapa pun yang mendapat tanah kerajaan ratusan ekar di tengah bandaraya Kuala Lumpur akan menjadi kayaraya. Orang buta, pekak dan bisu pun boleh menjadi hartawan dengan cara itu.

Orang yang kenal En Daim tahu track rekod perniuagaannya. Track rekodnya sama seperti track rekod UEM. Beliau mempunyai sebaris rekod kegagalan. Sehinggakan beliau gagal mencipta nama sebagai 'Saudagar Garam' melalui perniagaan kilang garamnya.

Semasa berniaga garam, mulut dan liurnya tidak masin. Liur dan cakapnya tawar hambar. Tapi bila dipilih oleh Dr Mahathir menjadi Menteri Kewangan, cakap-cakap Daim menjadi masin tiba-tiba. Apa saja yang dicakapkannya, akan diikuti YAB PM. Inilah tuah dari perniagaan garam. Masinnya datang kemudian.

Lepas menjadi Menteri Kewangan dan Bendahari UMNO, maka En Daim pun menggeledah kekayaan yang ada di dalam kerajaan dan UMNO. Dia berjaya menambah kekayaan dari FG. Dipandunya Fleet Group dengan segala kepintarannya bukan untuk ahli UMNO, tapi untuk dirinya.

Gelagat En Daim samalah seperti Si Kassim Baba dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk, filem lucu arahan P. Ramlee. Si Kassim mahu membina empayarnya dengan mengambil apa saja, termasuk tayar buruk.

Si Kassim Baba yang tamak itu mati dibunuh oleh penyamun. Tapi Si Kassim Baba di dalam UMNO tetap dengan sifatnya yang bernafsu besar itu. Dia tidak mati, tapi Fleet Group yang lingkup. UMNO yang setengah mati.

En Daim dalam masa yang singkat saja dapat mencipta rekod kejayaannya sebagai Bendahari UMNO yang hampir memufliskan UMNO. Dari harta bernilai RM500 juta semasa mengambil alih, beliau berjaya menjadi FG terhutang sebanyak RM400 juta!!! Bermakna dia berjaya menghabiskan kekayaan UMNO sebanyak RM900 juta!!! Daim berjaya menukarkan Fleet Group kepada Failure Group'.

Muka lamo Daim