Laman Webantu   KM2A1: 4771 File Size: 19.0 Kb *



TJ SP MGG: Pening Kepala Menghantui Paklah, Mahathir, Daim
By M.G.G. Pillai

20/6/2001 9:59 am Wed

MGG 1271

[Spekulasi dan khabar angin mengenai Daim bertiup kencang sekarang kerana kerajaan telah gagal memberi penjelasan yang boleh diterima. Telatah dan jawapan Mahathir, Daim dan Dollah Badawi menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Makin lucu lagi bila Dollah tidak tahu lagi apa yang telah dibuat oleh anak-buahnya. Bagaimana Dollah mahu menjaga negara jika KDN pun tidak terjaga?

Tidak dapat dinafikan lagi Daim telah berkelakuan aneh sekarang ini. Dia asyik menghilangkan diri seolah-olah ada sesuatu yang memburunya kini. Surat layang dan buku oleh penulis upahan telah menjatuhkan imejnya sebegitu teruk sekali. Kalaulah Daim tidak terlibat dalam korupsi mengapa perlu dia lari dan meletak jawatan bendahari?

Mahathir juga pening kepala kerana faktor Anwar masih tidak padam-padam lagi walaupun pelbagai cara jijik sudah dicuba. Anwar sudah 'dibunuh' banyak kali tetapi masih bernyawa lagi. Sebaliknya Umno pula yang semakin mampus jika tidak mati sehingga terdesak mengambil kaum Cina parti AKAR menjadi ahli dan Erra Fazira sebagai penyeri. Malangnya Erra sudah tewas sebelum berjuang lagi manakala Nanyang kini sedang membakar MCA sendiri. Rafidah pula sudah mengkritik Puteri kerana optimis sekali. Pendeknya semua sudah berkelahi akibat mengikut wawasan perdana menteri.... - Editor]



Terjemahan: SPAR-01-020


[Artikel asal di Malaysiakini, kolum Chiaroscuro, 19hb Jun 2001].


Pening Kepala Menghantui Paklah, Mahathir, Daim

(Headaches for Pak Lah, Mahathir, Daim)

Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, sudah semacam cacing kepanasan sekarang ini. Dia mudah tersentuh terhadap apa juga yang mengganggu ketenteramannya - kakitangan awam, para wartawan, para politikus dan desas-desus yang dia dipinggirkan.

Kegelisahannya itu memang ada sebabnya. UMNO sudah tidak ada masa dengan pemimpin yang tidak ada nas dalam cakapannya. Kalau adapun yang dicakapkannya sekarang ini, ia merupakan sesuatu untuk menyedarkan yang dia masih bernafas lagi. Sedangkan Perdana Menteri mengatur langkah masa depannya tanpa mengambil kira timbalannya dalam perencanaan itu.

Apabila Paklah menafikan Daim Zainuddin, bekas menteri kewangan, telah ditangkap dan tidak pula tahu apakah beliau akan ditangkap keesokan harinya, ini menunjukkan betapa dia tidak memegang teraju kuasa menteri dalam negeri itu lagi dan lebih mengaibkan ialah apabila dia terus mengatakan perkara yang melencong dan meragukan.

Ketika dia menuduh pemimpin pembangkang, Fadzil Noor, mempunyai 'mentaliti penjajah' kerana membincangkan perihal penangkapan bawah ISA dan kemelut pembedahan mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim dengan Menteri Luar Australia Alexander Downer, Paklah menyerlahkan keyakinan dirinya yang lemah malahan kedudukannya yang sudah semakin gelabah.

Sebagai presiden PAS, Fadzil hanya membincangkan dua isu, dan Abdullah sudah merasa tersentuh dengan perkara itu. Betapapun Abdullah dan orang lain menafikannya, Malaysia sudah tidak mampu memperbaiki keraguan sejagat terhadap dua isu itu. Kerajaan kerap tegas mahukan rakyat mempercayainya kerana hanya kerajaan saja yang betul dalam setiap perkara. Jika tidak, rakyat harus tutup mulutnya. Inilah ajaran alam; apabila wujud kelompongan, wujudlah keresahan dan inilah kenyataan yang tidak mahu diakui oleh kerajaan.

Kereputan Seorang Bedebah

Kesangsian Abdullah adalah satu bukti betapa Malaysia sudah mereput kini. Kemelut yang menggodam Anwar sudah menjadi raksasa besar yang membayangi masyarakat Melayu. UMNO memang bersalah kerana apa yang terjadi kepadanya dan Mahathir terpaksa menerima kenyataan untuk memahaminya.

Kemelut yang menghantui Daim adalah kerana orang Melayu tidak lagi mahu melayani kerenah UMNO mencengkam rentak hidup mereka. Apatah lagi setelah menyaksikan apa yang membaham Anwar. Selain menjadi Bendahari UMNO dan menteri kewangan, panglima bedebah nombor satu kepada Mahathir ini telah mengepalai konspirasi yang menjatuhkan Anwar. Apabila dia mahu dijadikan kambing korban untuk disembelih lehernya, Daim terpaksa akur tanpa banyak tanya.

Setelah gelabah kepanasan ekoran peletakan jawatan kabinetnya dan juga yang di dalam UMNO, Daim berlari ke sana ke mari, cuba mengelak tali penjerut yang sedang hampir mencekik lehernya. Anwar pernah menuduh beliau kerana segala masalahnya, dan UMNO menjadi marah apabila tidak mengetahui apa-apa mengenai simpanan kewangannya sejak Daim menyauk jawatan Bendahari parti dua dekad yang sudah pergi.

Persidangan tahunan UMNO minggu ini dikatakan menjadi gelanggang di mana satu undi tidak percaya akan dikemukakan terhadap Mahathir ataupun Majlis Tertinggi ataupun keduanya sekali. Dengan pintar sekali Mahathir melencongkan perkara ini dengan mengalihkannya terhadap Daim.

Namun Mahathir belum boleh bernafas lega lagi. Dia terpaksa meyakinkan persidangan itu betapa perlunya dia dibenarkan terus menerajui UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pemilu 2004 nanti. Yang akan menjadi senjata sulitnya nanti ialah memberi penekanan apa yang melecehkannya kali ini - episod Anwar.

Terlalu banyak perkara yang bergolak membabitkan orang politik. Dr. Mahathir boleh terus menghentam Anwar dan Anwar boleh terus membalas apa juga bantahannya, namun masih lantang desas-desus betapa rancaknya perundingan di balik tabir mengenai masalah mereka berdua.

Kedua-dua pihak tidak bersedia memperakukan perkara ini; namun keduanya amat optimis betapa sesuatu yang positif akan lahir juga dan dalam sedikit masa. Apabila duta Amerika menemui Mahathir baru-baru ini tanpa sebarang agenda, tentu sekali ia ada kena mengena dengan perkara ini. Perbincangan itu, mengikut laporan Asiaweek, berlaku di Tripoli, Libya.

Bencana

Malahan, ketika Mahathir bertemu Fadzil dan dua ahli pembangkang baru-baru ini, dia menunjukkan kesediaan membenarkan Anwar menerima rawatan di luar negara, seandainya demo jalanan dibatalkan kerana dia sedar perkara itu adalah amat berbahaya kepada kerajaannya. Tetapi, itu baru cuma satu perundingan sahaja.

Sudah ada berita angin betapa Anwar akan diiringi untuk menerima rawatan di luar negara dan dibenarkan pulang untuk menerima hukuman tahanan di kediamannya. Kini Mahathir menerima hakikatnya betapa masalah UMNO berkaitan Anwar jika tidak diselesaikan akan membahayakan dirinya dan juga UMNO.

Tetapi, cubalah tanyakan perkara ini kepada orang UMNO, PAS ataupun Keadilan, dan anda akan ditertawakan. Malahan, orang-orang yang rapat dengan kedua pihak menafikan perkara ini. Sebenarnya Mahathir semakin rungsing kini. Dia pernah bercakap dalam satu mesyuarat peribadinya baru-baru ini betapa negara tenang semula dua bulan selepas tercetusnya rusuhan 13 Mei, 1969 dulu. Tetapi, sejak Anwar diketepikannya, tiga tahun sudah pun berlalu, ketenangan tidak muncul juga sehingga hampir memecahkan kepalanya.

Dengan ini boleh diandaikan sekiranya Anwar kembali kepada UMNO dia akan menjadi calon tunggal untuk jawatan presiden pada 2004. Kalau ini berlaku, Abdullah sudah boleh dikira menjadi tidak laku. Kerana itu, apabila dia menuduh Fadzil mempunyai mentaliti penjajah, sebenarnya dia mengharapkan UMNO akan menyokong dirinya.

Tetapi, bagaimanakah gerangannya masyarakat Melayu yang sudah keluar menjauhi UMNO boleh diandaikan masih prihatin terhadap UMNO? Harapan ini hanya akan menyerlah seandainya Anwar kembali menerajui UMNO. Apakah Anwar mampu menyambung hubungannya dengan UMNO tanpa membakar jambatan politiknya. Dia pernah melaksanakannya pada 1981 dulu, dan mungkinkah dia melaksanakannya sekali lagi dua dekad selepas itu?

Dengan menyungkup hakikat politik, gelagat Abdullah menuduh PAS bersikap mentaliti penjajah, dia sebenarnya menjadikan dirinya bahan ketawa. Lagipun, di Australia seperti juga di New Zealand, wakil rakyat boleh bertemu muka sesiapa sahaja yang mereka suka.

Di New Zealand, seorang asing yang bertemu dengan perdana menteri mesti berusaha berjumpa dengan pemimpin pembangkang. Fadzil ialah pemimpin pihak pembangkang, Downer tidak boleh menolak pertemuan mereka berdua. Tindakannya menolak pertemuan sudah tentu akan mengundang kemarahan parlimennya.

Abdullah mungkin lupa betapa pemimpin UMNO selalu berjumpa dengan pemimpin kerajaan asing dan juga pemimpin pembangkang mereka. Kalau hujah beliau diambil-kira, gelagat itu adalah bersalahan juga. Hanya pemimpin BN yang boleh berbuat begitu. Tetapi, berapa ramaikah perwakilan BN yang pernah keluar negara menceritakan dasar negara?

Yang menakutkan Abdullah ialah keupayaan pemimpin parti politik Islam seperti Fadzil Noor menonjolkan diri dan tidak lagi dianggap orang kecilan di luar negara. Beliau diberikan perhatian dengan penuh kehormatan dan pendapatnya memang diambil-kira oleh kedutaan asing.

Sokongan Yang Berganjak

Jadi, kenapakah Abdullah membuatkan dirinya menjadi bahan ketawa? Dalam dunia politik UMNO yang sungguh mencelaru dia sudah pun dipinggirkan. Dr. Mahathir tidak mahu mendengar suara kewajaran lagi, sambil tegas bahawa dia yang memegang tampuk kuasa, sambil beranggapan bahawa masalah pewaris jawatan adalah sesuatu yang tidak ada kepastiannya. Abdullah berjuang mempertahankan kedudukannya, dan dia sedang merasakan bahangnnya.

Akan tetapi Abdullah dan perdana menteri sebenarnya berada dalam satu dilema yang setongkang. Masyarakat Melayu sudah menjadi begitu mencelaru untuk menganggap bahawa UMNO mampu mempertahankan budayanya lagi. Kerana itu mereka mencari parti alternatif yang lain. PAS ada di satu sudut dengan perjuangan yang berteraskan ajaran Islam sedangkan Keadilan berada di satu penjuru lagi dengan fahaman perkaumannya. Kedua parti inipun belum menampakkan keupayaan melegakan kerunsingan orang Melayu.

UMNO sedang mencuba merapatkan jurang hubungan dengan salah sebuah parti antara yang dua itu. Inilah langkah perubahan sejak Anwar dianggap sebagai ikon pihak pembangkang. Abdullah tidak juga diambil kira dalam perencanaan ini.

Kerana itu pihak pembangkang selalu sangat diperlekehkan dalam apa juga gelagat mereka. Pihak pembangkang pula memang kerap melatah sama. Namun, gelagat pembangkang itu tidak pula dapat memberikan ketenangan kepada UMNO dan para pemimpinnya.

UMNO sudah kehilangan sokongan akar umbinya, dan tanpa sokongan itu, tidak ada banyak bezanya antara parti itu dengan parti pembangkang yang lain. Apa yang berlaku kepada Anwar telah mematahkan tulang belakang perpaduan Melayu. Untuk memulihkan keadaan yang teruk itu, Anwar mesti dikembalikan ke pentas utama parti.

Walaupun berat hatinya, Mahathir terpaksa juga menerima kenyataan ini. Masa depan UMNO bergantung kepada situasi ini. Itulah sebabnya segala perbincangan rahsia mengenainya adalah lebih penting daripada serangan yang terang-terangan itu.

-MGG Pillai-

Terjemahan: SPAR-01-020




Asal:

Tuesday June 19

http://www.malaysiakini.com/Column/ 2001/06/2001061901.php3

Headaches for Pak Lah, Mahathir, Daim

CHIAROSCURO

MGG Pillai

1:26pm, Tue: The Malaysian deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, is these days as a cat on a hot tin roof. He is quick to take offence at whatever upsets his equanimity - civil servants, journalists, politicians, talk of being sidelined.

He has every reason to be nervous. Umno is in no mood for hectoring leaders with little to say. If he wants to say anything at all, it is to make sure he is not ignored. And the prime minister, Dr Mahathir Mohamed, calculates his future without his deputy in mind.

When he denies former finance minister, Daim Zainuddin, is arrested but does not know if he would be on the morrow, it shows that as home minister he is not in control and worse, he misleads and misreads.

When he accuses the leader of the opposition, Fadzil Noor, of a ?colonial mentality? for discussing the recent arrests under the Internal Security Arrest (ISA) and jailed former deputy prime minister Anwar Ibrahim's surgery impasse with the Australian Foreign Minister Alexander Downer, he shows not confidence but nervousness.

Fadzil, who is also president of the Parti Islam Malaysia (PAS) raised only the two issues, and Abdullah found this objectionable. However, much Abdullah and others deny, Malaysia cannot answer international doubts about the two issues.

She insists she alone is right and Malaysians should support her or shut up. Nature abhors a vacuum, and she cannot but accept she made a ghastly mistake.

A hatchet man's impotence

Abdullah's complaint is proof yet of Malaysia's impotence. Anwar Ibrahim's travails looms large in the Malay cultural heartland. Umno is rightly blamed for what happened to him, and Dr Mahathir is forced to come to terms with him.

Daim is in the hook he is in because the Malay ground will no more let, after the Anwar affair, Umno dictate its life. He was besides Umno treasurer and finance minister, the key Mahathir hatchet man and led the conspiracy which felled Anwar. If Daim is the sacrificial goat, he would accept it without qualms.

Daim runs hither and thither after he resigned from his cabinet and Umno posts, valiantly trying to escape the noose that must come around his neck. Anwar blames him for his problems, and Umno is angry it knows nothing of its finances since Daim became treasurer two decades ago. Dr Mahathir to remain as head of Umno must now produce bodies. This is where Daim comes in.

The Umno annual general assembly this week was rumoured to consider a vote of no-confidence against Dr Mahathir or the supreme council or both. He brilliantly diverted attention from that to Daim.

But Dr Mahathir is not out of the woods yet. He has to convince the assembly he should be left unchallenged to lead Umno and the Barisan Nasional (BN) to victory in the 2004 general elections. But his master stroke is to address what weighs him down - the Anwar affair.

Much that happens in Malaysia these days goes over the politicians. Dr Mahathir can continue to excoriate Anwar and Anwar can respond in kind, but behind-the-scenes negotiations are in the air.

Neither side would confirm it; yet both are optimistic something positive would emerge - and soon. When the American ambassador called on Dr Mahathir apropos nothing recently, it almost certainly had to do with these talks. The talks, as Asiaweek reports, were in Tripoli, Libya.

Unresolved danger

Indeed, Dr Mahathir, when he met Fadzil and two opposition member of parliaments (MPs) recently, would allow Anwar overseas if he would call off the street demonstrations that reduce him and his government to putty. But that is at best a negotiating stance.

The word now is that Anwar would go overseas under escort and return to possible house arrest. Even Dr Mahathir now accepts that an unresolved Umno problem as Anwar is dangerous to him and Umno.

But talk to anyone in Umno or PAS or Keadilan, and you would be laughed out. Even close aides of both men deny deals discussed. Dr Mahathir is worried. He said, at a private meeting recently, calm returned to the country two months after the May 13 riots in 1969, but this man is dismissed and three years later gives him massive headaches.

One assumes then that should Anwar return to Umno, he is an unbeatable candidate for president in 2004. If it happens, Abdullah is on the outside. So, when he accuses Fadzil of a ?colonial mentality?, it is to hope Umno would rally around him.

How could it when the Malay ground, unsettled as it is, is firm it would have nothing to do with Umno. Umno could have a chance should Anwar return to lead it. But can Anwar return to Umno without burning his political bridges. He did it once in 1981; could he the second time two decades on?

So, with the political reality hidden, for Abdullah to make a stand on PAS's ?colonial mentality? is to invite derision. Besides, in Australia, as in New Zealand, MPs talk to whoever they wants to.

In New Zealand, a foreigner who sees the prime minister must make an effort to see the leader of the opposition. Fadzil is the leader of the opposition. Downer could not refuse to see him. His parliament would not allow him to.

Abdullah forgets Umno leaders do call on foreign governments and opposition leaders. They should not, if his arguments are followed. Only a BN leader can. But then how many BN delegations have gone overseas to explain the country's policies?

What frightens him though is that even an Islamic political party leader as Fadzil Noor is not dismissed as a neanderthal any more. He is listened to with respect, and his views carry weight in foreign chancelleries.

The ground shifts

So, why did Abdullah make a fool of himself? In the confusing world of Umno politics, he is sidelined. Dr Mahathir is in no mood to listen to sanity, insists he alone is in charge, with even the succession, in his view, impermanent. Abdullah fights to retain his seniority, and finds it tough.

But in one sense the prime minister and he are on the same boat. The Malay ground is confused about Umno as its cultural protector, looks for alternatives. PAS is one corner with its Islamic world view and the multiracial Keadilan in another, neither no nearer to being it.

Umno runs hard to align itself with one or the other, a reversal of its fortunes since Anwar became the opposition icon. Abdullah is on the outside of this discussion.

So, the opposition is nitpicked for what it does and does not do. The opposition does not help its cause. It continually shoots itself in the foot. But Umno and its leaders can take no comfort in that.

It has lost the cultural ground, and without that, it is no better than the opposition parties it criticises. What happened to Anwar broke the back of Malay unity. For the fractured Malay unity to be repaired, Anwar must be brought back to centre stage.

Even Dr Mahathir, however reluctantly, accepts it. Umno's future depends on it. Which is why the secret talks are more important than the public attacks.