Laman Webantu   KM2A1: 4778 File Size: 5.6 Kb *



Politik Umno Cemarkan Nama Erra
By MSuri

21/6/2001 1:04 am Thu

Saya panjangkan mesej ini dari seorang peminat Erra - Msuri.

POLITIK UMNO CEMARKAN NAMA ERRA

Belum cuba belum tahu. Sudah terkena barulah menggaru. Itulah yang berlaku kepada Erra sejak terjebak di baris hadapan Puteri UMNO. Perasaannya terganggu kerana bagi seorang aktres@penghibur peminat adalah nombor satu!

Penglibatan Erra - walaupun sekerat jalan sudah menjejaskan kariernya. Ada sesuatu yang penting di sini. Ini bermakna majoriti muda-mudi sekarang ini membenci Umno dan Puterinya. Jika tidak takkan Erra begitu terasa sehinga mengundur diri. Peminat telah dan sudah pandai mengajar sesuatu kepada Erra dan juga Puteri.

Erra lebih sayang peminat dari Puteri Umno. Tetapi Erra perlu buktikan dengan lebih lagi. Tinggalkanlah sahaja Puteri Umno kerana tempoh laku seseorang penghibur cuma sebentar sahaja. Sedikit kesilapan akan menghancurkan bertahun-tahun usaha.

Sesat dihujung jalan, baliklah kepangkal jalan. Peminat masih bersedia memaafkan. Tiada sesiapa kini yang tidak melakukan kesalahan. Siapa tahu satu hari nanti Erra mungkin mengikut jejak seorang yang insaf setelah jauh tersesat di hutan. Lihatlah nasib beberapa artis yang ditimpa kemalangan - itu sudah cukup untuk diambil pengajaran. Bertaubatlah kerana itulah sebenar-benarnya keindahan. Erra akan diingati berzaman walaupun sudah tiada dalam alam hiburan. Itulah sebenar-benarnya perjuangan. Ia berada di dalam - bukannya di luar sana kerana ia penuh dengan kepalsuan.

-Peminatmu?-

Emel Erra?: efe@tm.net.my




Rujuk:

http://straitstimes.asia1.com.sg/asia/story/0,1870,51159,00.html?


Singer Erra Fazira resigns from Puteri Umno post

KUALA LUMPUR - Popular artiste Erra Fazira has resigned as a pro tem committee member of the Umno young women's wing (Puteri Umno) after two months, citing her busy showbusiness schedule as the reason.

She resigned from her post on Tuesday, but remains an Umno member. She also remains a committee member for the Artiste Welfare Unit under the Services Bureau, which is headed by the wing's pro tem member Ms Noor Liza Abu Hassan.

In a statement, Puteri Umno chief Azalina Othman said that the Exco committee members have accepted her resignation, according to Berita Harian Malaysia. The replacement member has yet to be decided upon.




http://www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/ Wednesday/Mukadepan/20010619222432/Article/pp_index_html


Rafidah nafi bilangan ahli Puteri Umno direka-reka

KUALA LUMPUR, Selasa - Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz menegaskan, pengumumannya mengenai jumlah 20,000 keahlian Puteri Umno bukanlah satu angka yang direka-reka.

Sehubungan itu, katanya, Puteri Umno wajar menerima hakikat bahawa anggaran 20,000 anggota itu adalah benar dan bukan rekaan Wanita untuk melemahkan semangat sayap baru Umno itu.

Beliau berkata, angka itu diperoleh berdasarkan maklumat balas ketua Wanita Umno negeri yang bekerjasama dengan Puteri pada peringkat negeri dan bahagian untuk mendapatkan anggota baru Puteri.

?Ini adalah hakikat, bukan saya reka-reka. Ini maklum balas pemimpin Wanita yang membantu Puteri di peringkat akar umbi mencari ahli.

?Jadi, tak payahlah nak rasa keliru atau nafikannya kerana perkara ini dilaporkan di hadapan Setiausaha Agung parti, Tan Sri Khalil Yaakob,? katanya kepada pemberita selepas pelancaran Koridor Produk Wanita sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Rafidah mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Puteri Umno, Mistina Abdul Hamid Sabtu lalu yang mempertikaikan angka itu dan berpendapat jumlah itu jauh tersasar daripada jumlah sebenar anggota Puteri Umno.

Jumlah keanggotaan Puteri Umno itu diumumkan oleh Rafidah selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Wanita Umno di sini Jumaat lalu.

Rafidah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Wanita mendapat arahan daripada pucuk pimpinan Puteri Umno bahawa bahagian dikehendaki mendapatkan sekian banyak ahli dan ahli itu pula mesti profesional. Katanya, ketika mesyuarat Exco Wanita Umno minggu lalu, beliau dimaklumkan mengenai jumlah keahlian Puteri pada peringkat akar umbi.

Ketika ditanya mengenai dakwaan Mistina mengenai jumlah itu adalah lebih besar dari apa yang diumumkan, beliau berkata:

?Saya minta Puteri janganlah ghairah dengan bilangan ahlinya. Cuba realistik sikit. Kalau buat satu acara, beribu orang nampak hadir tetapi jika separuh darinya adalah ahli Wanita Umno, apa maknanya?

?Banyak majlis yang dibuat sebelum ini, Wanita Umno diarah keluar untuk menjalankannya kerana pada masa itu, Puteri belum ramai lagi ahli. Sekarang, 20,000 itu sudah ramai dan cukup baik. Saya nak ucapkan tahniah.?

Rafidah berkata, Wanita Umno akan meminta ibu pejabat parti untuk menyeragamkan segala usaha keahlian baru parti terutama bagi Puteri.

Mengenai agenda yang akan dibawanya dalam Perhimpunan Agung Wanita Umno esok, Rafidah berkata, ia akan berkisar kepada agenda Umno iaitu mengukuhkan parti dalam menghadapi pilihan raya umum 2004.

Agenda itu, katanya, bukan sekadar ditumpukan ketika perhimpunan agung semata-mata tetapi ia adalah perjuangan berterusan Wanita Umno.