Laman Webantu   KM2A1: 4789 File Size: 13.6 Kb *



TAG SP 177: PAU - Bakal PM dan Puteranya
By Nash Rahman

21/6/2001 8:09 pm Thu

TAG 177

[Mahathir kerap membuat semua orang di dalam teka-teki agar tidak dapat menelah dengan tepat apa yang sedang bermain difikirannya. Kerapkali dia memberi kesamaran fakta agar sukar diduga apakah langkah yang seterusnya. Ini akan membuat pencabarnya kebingungan dan dia akan berada dalam kedudukkan yang lebih selamat lagi.

Mahathir menggunakan sistem 'sekat dan imbang' serta 'sekutu yang bersaing' untuk terus menguasai Umno. Dia kerap meminjam kekuatan lawan atau pencabarnya dengan kepuraan atau janji yang tidak disangka sehingga dipercayai gila sehingga mereka menjadi setia. Akan tetapi itu akan dimungkiri serta dipatahkan jua bila ia tidak menguntungkan dirinya. Itulah yang berlaku kepada Anwar dan Ku Li yang diserang dan diambil semula. Apabila terdesak Anwar dan Daim dipinggirkan melalui orang ketiga - samada penulis upahan berbisa atau surat layang yang disebar merata. Yang peliknya pencabarnya tidak pula pandai menggasaknya kerana sudah terlalu percaya dan setia oleh lakunannya. Di sinilah orang ketiga telah mengelirukan semua padahal Mahathirlah dibelakang mereka.
- Editor
]


Terjemahan : SPAR-09-008

Malaysiakini, Rabu 20 Jun, 2001


Perhimpunan Agung Umno - Bakal PM dan Puteranya

(Malaysiakini: Umno AGM - The next PM and the prince)

Oleh Nash Rahman

Dua perkembangan penting akan dapat dijangkakan oleh orang awam, terutamanya delegasi Umno ke perhimpunan Agung tahunan parti itu yang akan berlangsung esok.

Pertama adalah kemungkinan presiden parti Dr. Mahathir Mohamad akan mengumumkan suatu tarikh yang tepat untuk beliau menyerahkan pucuk pimpinan parti dan kerajaan kepada timbalannya, Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir telahpun mengumumkan bahawa ini akan menjadi penggal terakhirnya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Beliau telah menjelaskan tentang keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan beliau untuk meneruskan kepimpinan ke penggal yang berikutnya. Semenjak dari itu, Mahathir tidak pernah pula menyatakan dengan tepatnya bilakah perkara ini akan menjadi kenyataan.

Abdullah merupakan Timbalan Perdana Menteri keempat Mahathir dan Timbalan Presiden Umno. Tiga penyandang jawatan tersebut sebelum itu - Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim - telah gagal untuk mencapai peringkat yang tertinggi itu.

Mahathir tidak pernah berselindung tentang masa depan politiknya. 'Saya akan terus menjadi Perdana Menteri selagi rakyat memerlukan saya?.,..' Para penganalisa politik merumuskan bahawa dengan menyebut dan berbuat demikian, Mahathir mungkin telah berjaya mempertingkatkan statusnya di kalangan pengundi- pengundi.

Tetapi sekali lagi, muslihat Mahathir itu mungkin telah mewujudkan musuh-musuh yang begitu kuat yang boleh datang kembali menghantuinya.

Sekutu Yang Bersaing :

Kata-kata Mahathir tentang bakal penggantinya sedang diuji oleh ahli-ahli parti. Beberapa pihak dalam Umno sedang mendesaknya untuk mengumumkan suatu tarikh yang tepat bagi melantik Abdullah sebagai penggantinya.

Jelas sekali, bukan itu yang Mahathir mahukan, sekurang-kurangnya belum lagi. Orang-orang dalaman parti itu percaya bahawa beliau memerlukan masa bagi membenarkan 'sekutu yang bersaing' dengan Abdullah, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk membentuk semula dirinya dengan menguatkan pengaruh akar umbinya di dalam Umno.

Dengan penyertaan semula seramai lebih kurang 400,000 ahli Semangat 46 ke dalam Umno, Tengku Razaleigh kini telahpun mempunyai pengaruh akar umbi yang penting di dalam parti. Lebih dari itu, adalah jelas bahawa pengaruh akar umbi adalah penentu permainan ini. Dan ini akan menjadi perkembangan penting yang kedua pada Perhimpunan Agong Umno.

Walaupun Razaleigh telah menimbulkan permusuhan di dalam Umno apabila beliau menubuhkan Semangat 46, beliau juga telah dapat membangkitkan satu tanggapan baik yang disenangi melalui pendirian kukuhnya semasa insiden 1987 apabila Umno diisytiharkan sebagai tidak sah, dan kemudian beliau telah membubarkan partinya (Semangat 46) untuk memyertai Umno semula.

Tidak seperti sebelumnya, dengan memperolehi kedudukan sebagai Timbalan Presiden itu kini tidak lagi bermakna satu satu jaminan untuk seterusnya menjadi Perdana Menteri. Dengan melihat kepada pendekatan tunggu-dan-lihat Mahathir, maklumbalas kepada Abdullah setakat ini mungkin menjadi 'tidak'.

Sistem 'sekutu yang bersaing' ini, menurut para pengkritik politik, mungkin akan menamatkan kehidupan politik setengah dari penjawat-penjawat kini. Namun walau apapun motifnya, para pemerhati meragui yang ini hanya merupakan satu perkara yang berkaitan dengan kesetiaan kepada parti.

Tanda-tanda Yang Kuat :

Mahathir menggunakan 'sekat dan imbang' bagi memastikan bahawa penyandang-penyandang jawatan di dalam kerajaan sedar sepenuhnya akan kehadiran pesaing politik yang disenangi oleh Perdana Menteri. Contoh yang terbaik adalah apabila Musa dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno berbanding dengan Razaleigh.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, sungguhpun beliau menyenangi Musa, telah menolak permintaannya supaya menggugurkan Razaleigh dari barisan Kabinet.

Selain dari nilainya sebagai seorang menteri, Razaleigh juga berguna untuk dikekalkan sebagai faktor menyekat seandainya Musa menjadi terlalu 'berfikiran bebas'.

Kemudian, apabila Anwar kelihatan semakin hampir untuk menggantikan Mahathir, Mahathir memastikan agar perkara ini tidak akan berlaku dengan sebegitu mudah dengan melantik Ghafar sebagai timbalannya. Malahan dalam tahun 1996, Razaleigh telah memegang peranan itu seketika (bukanlah merupakan ancaman yang sebenarnya, tetapi sebagai 'pembayang' ancaman) selepas beliau membubarkan partinya dan majoriti dari pengikutnya itu menyertai semula Umno.

Di negeri-negeri yang penting, Menteri Besar Umno biasanya dinilai oleh seorang lagi ahli politik Umno yang berpengaruh dari negeri tersebut. Ini mungkin Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri (sekiranya Menteri Besar tidak memegang jawatan itu) atau seorang Menteri Kabinet. Ia menjadi satu senjata bagi memastikan kekuasaan `yang paling berpengaruh, Badan Eksekutif.

Sayap Yang Dicantas :

Salah satu rahsia bagaimana Mahathir boleh mengekalkan kuasanya dengan begitu lama adalah kebolehannya untuk menyebabkan kedua-dua pihak pembangkang dan bersekutunya terus bermain teka-teki. Abdullah telahpun dilihat sebagai bakal pengganti Perdana Menteri.

Namun dalam bulan-bulan kebelakangan ini terdapat tanda-tanda yang kuat bahawa Abdullah, yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri, tidak lagi disenangi berikutan cara pengendalian kes-kes ISA yang telah menjejaskan Umno sedangkan pada masa yang sama parti-parti pembangkang pula yang semakin meningkat naik.

Kelihatannya seolah-olah puak sayap Abdullah yang semakin berkembang itu sedang dicantas oleh presiden.

Abdullah mungkin juga telah belajar dari kesilapan bahawa untuk menjadi orang nombor satu nagara ini adalah lebih sukar dari bertanding untuk jawatan parti. Jika beliau mengurangkan cita-citanya, beliau akan mendapati bahawa sebahagian dari matlamatnya itu boleh dicapai.

Sementara perhimpunan Agong parti itu berlangsung, akan terdapat beberapa masalah lama yang tidak boleh diselesaikan dan beberapa masalah baru pula yang akan timbul. Di antara kedua-dua kumpulan masalah ini, permulaan kepada masalah masa depan juga akan berkembang. Ini akan terus menjadi ciri-ciri utama Umno yang berada di ambang peralihan.


Terjemahan : SPAR-09-008

**

Penulis NASH RAHMAN adalah bekas ketua pengarang berita di Berita Harian, bekas pengarang akhbar harian yang kini tidak lagi wujud, Watan, dan bekas sekutu pengarang The Sun.




Asal:

http://202.56.157.37/News/ 2001/06/2001062001.php3

Wednesday June 20

Umno AGM - the next PM and the prince Nash Rahman

9:57am, Wed: news analysis There will be two significant developments which the public, especially Umno delegates to the party's annual general assembly beginning tomorrow, can expect.

The first is the possibility of party president Dr Mahathir Mohamad announcing the exact date he will hand over the party and the government to his deputy, Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir had announced that this will be his last term as Umno president and prime minister. He has said his health would not allow him to continue for another term. Since then, Mahathir has never said exactly when this will take place.

Abdullah is Mahathir's fourth deputy prime minister and Umno deputy president. The previous three - Musa Hitam, Ghafar Baba and Anwar Ibrahim - failed to make it to the top.

Mahathir has never been coy about his political future. 'I will continue to be prime minister as long as the people need me ... ,'. Political analysts point out by saying and doing so, Mahathir may have succeeded in enhancing his status among voters.

But then again, Mahathir's manouevre may have created some powerful enemies who could come back to haunt him.

Sparring partner

Mahathir's word on his successor is about to be put to the test by party members. Some quarters of Umno are pushing him to announce the exact date he will appoint Abdullah as his successor.

Apparently, that's not something Mahathir wants, at least not yet. Party insiders believe that he needs time to allow Abdullah's would-be 'sparring partner', Tengku Razaleigh Hamzah, to reshape himself by strengthening his power base in Umno.

With the return of about 400,000 members of Semangat 46 into Umno, Tengku Razaleigh has now established a significant power base in the party. To a large extent, it is clear that power bases are the name of the game. And this would be the second significant development at the Umno general assembly.

Though Razaleigh has made enemies within Umno when he formed Semangat 46, he also made a favourable impression with his tough stance during the 1987 incident when Umno was declared an illegal society, and later when he dissolved his party (Semangat 46) to rejoin Umno..

Unlike before, gaining the party's deputy presidency today doesn't necessarily mean a ticket to the prime ministership. Given Mahathir's wait-and-see approach, the response to Abdullah thus far would seem to be 'no'.

This 'sparring partner' system, according to political commentators, will probably terminate the political life of half of the incumbents. But whatever the motives, onlookers doubt that this is just a matter of party loyalty.

Strong signs

Mahathir uses 'check and balances' to ensure that holders of government posts are kept aware of the presence of a political rival which has the favour of the Prime Minister. A classic example occurred when Musa was elected Umno deputy president over Razaleigh.

However, the Prime Minister, although he favoured Musa, refused his request that Razaleigh be dropped from the cabinet.

Apart from his value as a minister, Razaleigh was also useful to retain as a check in case Musa became too 'independent-minded'.

Later, when Anwar became increasingly likely to succeed Mahathir, the latter made sure that this would not occur inconveniently by appointing Ghafar as his deputy. Even in 1996, Razaleigh briefly resumed the role (not exactly of a threat, but rather of a 'shadow' threat) after he disbanded his party and with majority of his followers rejoined Umno.

In important states, an Umno menteri besar was usually checked by another prominent Umno politician from that state. This might be the head of the Umno state liaison committee (if the menteri besar did not hold that position) or a Cabinet minister. It is a weapon to ensure the supremacy of the dominant power, the Executive.

Wings clipped

One of the secrets of Mahathir's long stay in power is his ability to keep both opponents and allies guessing. Abdullah was seen as a possible successor of the prime minister.

But in recent months there have been strong signs that Abdullah, who is also the Home Affairs Minister, is no longer in favour following the handling of the ISA cases which has tainted Umno at a time when the popularity of opposition parties seem to be rising.

It would seem that Abdullah's spreading wings are currently being clipped by the president.

Abdullah has probably learned through trial and error that to become the country's number one is a lot harder than running for the party post. If he scales down his ambitions, he may find that some of his goals can be achieved.

As the party general assembly goes on, there will be some old problems that will not be resolved and some new ones generated. In between these two sets of problems, the beginnings of future problems may evolve. This will continue to be a major feature of Umno in transition.


NASH RAHMAN is former chief news editor of Berita Harian, former editor of the now defunct daily Watan and former associate editor of The Sun.