Laman Webantu   KM2A1: 4790 File Size: 10.1 Kb *



TAG SP 178: Fraksi KeADILan Melobi Hasrat Gabungan Dengan PRM
By Susan Loone

21/6/2001 7:54 pm Thu

TAG 178

[Penangkapan ISA terhadap pemimpin penting parti keADILan menyukarkan lagi proses penyatuan parti itu dengan PRM. Terdapat pihak tertentu yang mempertikaikan PRM kerana termakan propaganda kerajaan atau kerana bimbang pengaruh mereka semakin menghilang. Atau mungkin kerana keresahan populariti keADILan terjejas kerana berkahwin dengan PRM walaupun memang cocok dan padan. Persepsi dan minda masyarakat yang diputar belit bahawa PRM adalah songsang mungkin akan mencederakan parti gabungan itu.

Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu meninjau pendapat akar-umbi kerana merekalah yang mungkin menimbulkan masalah atau menentukan kejayaan nanti.... kefahaman dan penerangan itulah kunci - bukan sangkalan dan kepentingan diri. Lakukanlah apa yang terbaik untuk negara ini. Itulah pengorbanan yang penuh erti.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-09-009

Puak KeADILan melobi menentang penggabungan dengan PRM

(Keadilan faction lobbying against merger with PRM)

Oleh Susan Loone


Pemimpin-pemimpin Keadilan tidak yakin bahawa para perwakilan akan meluluskan cadangan penggabungan Keadilan-PRM pada Perhimpunan Agong Tahunan parti itu pada hari Ahad, sumber dari parti itu berkata hari ini.

Mereka menyebut kemungkinan para perwakilan akan meminta penangguhan terhadap penggabungan itu memandangkan "pemimpin-pemimpin cawangan" tidak mendapat masa yang secukupnya untuk menerangkankan rancangan penggabungan itu kepada ahli-ahli di akar umbi.

"Tetapi ini bukanlah alasan yang sebenarnya kerana kami telahpun memberikan masa selama setahun untuk menerangkan perkara ini. Alasan sebenarnya adalah terdapat beberapa pemimpin yang takut kehilangan kedudukan mereka jika penggabungan ini menjadi kenyataan," berkata satu sumber parti itu.

"Terdapat tindakan melobi yang kuat menentang penggabungan ini pada peringkat cawangan di seluruh negara oleh puak tertentu di dalam Keadilan. Kami bimbang apabila tiba masa untuk mengundi, kita akan gagal mendapat majoriti dua pertiga (bagi meluluskan penggabungan)," tambah sumber itu.

Para perwakilan Keadilan akan bertemu pada Perhimpunan Agong Ahad ini dan Majlis Tertingginya akan mengusulkan satu resolusi kepada para perwakilan untuk menyokong penggabungan Keadilan-PRM.

Sekiranya gagal untuk mendapatkan keputusan sebulat suara, perlembagaan Keadilan menyatakan bahawa majoriti dua per tiga diperlukan bagi membolehkan sesuatu resolusi itu diterimapakai.

KEDUDUKAN MASAKINI (STATUS QUO) TERANCAM :

Awal tahun ini, para pemimpin parti mendakwa bahawa usaha penggabungan itu berkemungkinan akan gagal berikutan "sentimen dari kedua-dua belah pihak dan masalah struktur parti".

Tidak seperti Keadilan, PRM tidak mempunyai sayap Wanita dan sayap Pemudanya terdiri dari kedua-dua lelaki dan wanita.

Sumber tersebut berkata pemimpin puak-puak tertentu mahu mendesak supaya lebih banyak masa lagi diperuntukkan bagi membolehkan mereka melobi ahli-ahli pada peringkat cawangan untuk menentang penggabungan tersebut.

Ditanya mengapa terdapat tentangan terhadap penggabungan itu, sumber itu berkata, "Orang-orang ini tidak ubah seperti sedang memasuki perangkap propaganda Barisan Nasional (BN) itu sendiri. Mereka mengatakan bahawa PRM adalah parti sosialis dan tidak Islamik."

Satu lagi sumber parti itu memberitahu Malaysiakini bahawa puak yang menentang di dalam Keadilan terdiri dari ahli-ahli ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

Sumber itu memberitahu ABIM telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan Keadilan dan penyelarasan yang baru akan mengancam kedudukan masa kini (Status quo) mereka.

"Mereka mendakwa bahawa perjuangan mereka adalah berdasarkan satu peraturan baru politik. Walau bagaimanapun, apabia terdapat ura-ura tentang penggabungan dan tentang para pemimpin PRM akan menyertai Keadilan, kumpulan ini merasakan kepimpinan mereka teruji," kata sumber itu.

KERAJAAN BIMBANG :

Satu lagi sumber berkata beberapa aktivis reformasi yang ditahan di Kamunting di bawah ISA menyokong penggabungan itu dan penahanan mereka telah sedikit sebanyak mengganggu usaha parti ke arah itu.

"Kebanyakan dari tahanan tersebut apabila disoalsiasat oleh pegawai polis cawangan khas (SB) telah diberitahu bahawa kerajaan merasa bimbang tentang penggabungan yang bakal terjadi di antara dua parti yang berteraskan Melayu itu," sumber itu mendakwa.

Enam aktivis reformasi - Naib Presiden Keadilan Tian Chua, Ketua Pemuda Keadilan Mohamad Ezam Mohd. Nor, Saari Sungip dan Lokman Noor Adam, ahli Majlis Tetinggi Dr. Badrul Amin Baharom dan penulis kolum malaysiakini juga pengarah filem Hisahamuddin Rais - telah dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Perak awal bulan ini untuk selama dua tahun di bawah ISA atas arahan Menteri Dalam Negeri Abdullah Ahmad Badawi.

Timbalan Presiden Dr. Chandra Muzaffar apabila dihubungi hari ini berkata bahawa pemimpin-pemimpin majlis tertinggi parti bersetuju dengan penggabungan itu pada prinsipnya.

"Walau bagaimanapun, kami perlu mendapatkan kelulusan dari para perwakilan sebelum meneruskan proses penggabungan yang sebenarnya," beliau berkata.

"Kami sedang di dalam proses untuk menerangkan tentang penggabungan itu kepada ahli-ahli akar umbi," beliau menambah.

Beliau berkata selepas Perhimpunan Agong Parti pada tahun lepas, Ahli Majlis Tertinggi telah diberi mandat untuk mendalami lagi cadangan penggabungan dengan PRM.

Apabila ditanya sama ada keputusan kepimpinan untuk menyokong penggabungan boleh ditolak oleh perwakilan pada Perhimpunan Agong tahun ini, Chandra berkata, "Ya. Ia adalah satu proses demokrasi."

Terjemahan : SPAR-09-009




Asal:


http://www.malaysiakini.com/News/2001/06/2001061915.php3

Keadilan faction lobbying against merger with PRM

Susan Loone

7:49pm, Tue: Keadilan leaders are not confident that delegates will approve the proposed Keadilan-PRM merger at the party's annual general meeting (AGM) on Sunday, party sources said today.

They said delegates may ask for a postponement of the merger as "branch leaders have not had ample time to explain the merger to the grassroots".

"But this is not the case as we have given them one year to explain. The real reason is that some leaders are afraid of losing their positions if the merger goes through," said a party source.

"There is intense lobbying against the merger at branch levels nationwide by a certain faction in Keadilan. We are afraid when it's time to vote, we'll fail to get the two-thirds majority (to approve the merger)," the source added.

Keadilan delegates will meet at this Sunday's AGM and its supreme council will propose a resolution to the delegates to support the Keadilan-PRM merger.

In the failure of a unanimous decision, Keadilan's constitution states that a two-thirds majority is needed for the resolution to be adopted.

Status quo threatened

Earlier this year, party leaders claimed that the merger efforts could be derailed due to "sentiments on both sides and problems of party structures".

Unlike Keadilan, PRM does not have a Women wing and its Youth wing comprises both men and women.

The sources said leaders of the certain faction would demand for more time to enable them to lobby members at branch levels to oppose the merger.

Asked why there was opposition to the merger, the source said, "These people are playing right into the hands of Barisan Nasional (BN) propaganda. They are saying that PRM is a socialist party and is un-Islamic".

Another party source told malaysiakini that the opposing faction in Keadilan comprised Abim (Malaysian Muslim Youth Association) members.

The source said Abim was instrumental in forming Keadilan and a new set-up brought about by the merger would threaten their status quo.

"They claim their struggle is based on a new political order. However, when there was talk of a merger and of PRM leaders coming into Keadilan, this group felt their leadership being tested," said the source.

Government worried

Another party source said several reformasi activists detained in Kamunting under the Internal Security Act (ISA) supported the merger and their detentions had somewhat distracted the party's efforts in that direction.

"Most of the detainees when interrogated by police Special Branch officers were told that the government was worried about the impending merger of the two Malay-based parties," the source claimed.

Six reformasi activists - Keadilan vice-president Tian Chua, party Youth leaders Mohamad Ezam Mohd Nor, Saari Sungib and Lokman Noor Adam, supreme council member Dr Badrul Amin Baharom and malaysiakini columnist-cum-filmmaker Hishamuddin Rais - were sent to the Kamunting detention camp in Perak earlier this month for a two-year detention under the ISA on orders of Home Affairs Minister Abdullah Ahmad Badawi.

Keadilan deputy president Dr Chandra Muzaffar when contacted today said that the party's supreme council leaders have agreed to the merger in principle.

"However, we would have to get the delegates to approve it before we proceed with the actual merger," he said.

"We are in the process of explaining the merger to the grassroots," he added.

He said following the party's AGM last year, the supreme council was given the mandate to explore the idea of a merger with PRM.

Asked if the leadership's decision to support the merger can be overruled by delegates at this year's AGM, Chandra said that, "Yes. It is a democratic process."