Laman Webantu   KM2A1: 4791 File Size: 6.4 Kb *



TAG SP 179: Ikan Besar dan Anak Bilis Dalam BA
By Jiran Prihatin

21/6/2001 9:51 pm Thu

TAG 179

[BA perlu memperjuangkan semua mangsa ISA, bukannya yang besar-besar belaka kerana mereka itu pejuang juga yang mungkin lebih tinggi darjatnya di sisi tuhan kerana mempertahankan maruah serta masih enggan tunduk kepada kezaliman walaupun anak isteri sendiri terpaksa hidup menderita tanpa rezeki yang entah sampai bila. Malah tiada sesiapa yang menjerit membela mereka melainkan sedikit sahaja. Mohd Sobri sepatutnya dibela dan diletakkan di tempat yang sewajarnya kerana bukan mudah untuk mencari insan yang cekal sepertinya yang tidak mengharapkan apa-apa dan enggan terjebak dalam kepalsuan walaupun sumbangannya mungkin tidak seberapa dan namanya hampir tidak dikenali semua.

Berilah bantuan dan hulurkan sokongan buat Sobri dan keluarga kerana bukan mudah untuk mencari wira sepertinya. Kerajaan perlu ditekan untuk membebaskan semua tahanan jika tidak kezaliman akan terus bermaharaja gila dan ramai lagi yang akan menjadi mangsa - termasuk kita dan keluarga juga walaupun cuma membaca berita atau sekadar bertegur sapa.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-09-010


Ikan Besar dan Anak Bilis Dalam BA

(Malaysiakini: Big fish and small fry)

Oleh Jiran Prihatin

Bayangkan anda mempunyai empat orang anak dan isteri anda sedang mengandung lapan bulan. Anda adalah satu-satunya sumber pencari rezeki untuk keluarga anda.

Kemudian pada satu hari, anda digari di hadapan keluarga anda, di atas kesalahan jenayah yang tidakpun anda lakukan, dan dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan mereka berkenaan satu kes rompakan.

Anda dibebaskan kerana tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa anda dengan kesalahan jenayah yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan diri anda sedari mula lagi.

Malangnya, anda masih tidak boleh pulang ke pangkuan keluarga anda kerana kini anda ditahan pula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di atas aktiviti-aktiviti keagamaan yang pihak polis rasakan mungkin ada kaitannya dengan sebuah "kumpulan pengganas antarabangsa".

Anda akan ditahan untuk selama 60 hari lagi. Kesalahan jenayah anda : menjadi ahli parti pembangkang yang aktif menjalankan tanggung jawab anda di dalam parti dan juga di dalam aktiviti-aktiviti keagamaan.

Anda telah berkhidmat dengan baik kepada parti anda semasa pilihanraya umum 1999 dengan membenarkan rumah anda digunakan sebagai sebahagian dari pusat operasi untuk kempen pilihanraya. Anda dan kawan-kawan anda memanjat pokok-pokok untuk memasang kain-kain sepanduk Barisan Alternatif.

Malangnya sekali lagi, anda bukanlah "tokoh besar di dalam barisan alternatif" seperti Mohd. Ezam Mohd. Nor, Tian Chua, Saari Sungip dan lain-lain lagi yang penahanan mereka di bawah ISA telah menarik perhatian pihak-pihak media, laman-laman reformasi, badan-badan NGO dan penyokong-penyokong Barisan Alternatif.

Berita tentang anda dan keluarga anda yang menderita selepas anda ditahan hanya disebut secara ringkas di dalam satu atau dua laman-laman web. Cuma segelintir orang yang menyedarinya dan memberikan bantuan kepada keluarga anda. Sehingga surat ini ditulis, tiada seorang pun tokoh penting dari barisan alternatif yang telah mengunjungi keluarga anda atau sekurang-kurangnya menalipon untuk memberikan jaminan mereka atau menawarkan sebarang pertolongan.

Mungkin mereka masih tidak pasti tentang kes penahanan ISA anda, mungkin ia bukanlah masalah mereka memandangkan anda mungkin dikaitkan dengan "kumpulan pengganas antarabangsa", dan mungkin tiada apa yang boleh diraih dari segi keuntungan politik dengan menolong seseorang yang tidak dikenali.

Anda adalah Mohamad Sobri Haji Abu Hassan, hanya "insan kerdil" yang sumbangannya terhadap Barisan Alternatif adalah terlalu kecil untuk disedari.

Terjemahan : SPAR-09-010




Asal:

http://www.malaysiakini.com/Letter/ 2001/06/2001062010.php3

Wednesday June 20

Big fish and small fry

Concerned Neighbour

2:34pm, Wed: Imagine you have four children and your wife is eight months? pregnant. You are the only source of income for your family.

But then one day, you are handcuffed in front of your family, for a crime you did not commit, and brought to the police station to help them investigate a robbery case.

You are released as there is not enough evidence to charge you with the crime that you had nothing to do with in the first place.

Unfortunately, you still cannot go home to your family as now you are being detained under the Internal Security Act for your religious activities that the police think might be linked to an 'international terrorist group'.

You will be detained for another 60 days. Your 'crime': being an opposition party member who actively carried out your duty in the party as well as in religious activities.

You have served your party well during the 1999 general elections by letting your house be part of the operations centre for the election campaign. You and your friends have climbed trees to put alternative coalition banners.

Unfortunately again, you are not the 'big alternative fish' like Mohd Ezam Mohd Nor, Tian Chua, Saari Sungib and others whose ISA detention has caught the attention of the media, reformasi websites, NGOs and alternative front supporters.

The news about you and your family's suffering after you are detained is mentioned briefly in one or two websites. Only a handful of people notice it and extend help to your family. Till this letter is written, none of the top Alternative party member have visited your family or even called to give their assurance or offer to help.

Maybe they are still unsure of your ISA detention case, maybe it is none of their business due to the fact that you might be linked to an 'international terrorist group', and maybe there is nothing to gain in terms of political milestones by helping a nobody.

You are Mohamad Sobri Haji Abu Hassan, just a 'small fry' whose contribution towards the alternative front is too little to be noticed.