Laman Webantu   KM2A1: 4796 File Size: 29.7 Kb *



PAKU B2: Kerajaan Haprak Selama 20 Tahun
By Tengku Mazlan

22/6/2001 5:33 pm Fri

[Mahathir marah orang mengkritiknya sedangkan dia dulu bukan main lagi mengkritik pemimpin negara sendiri. Malah buku Malay Dilema itu adalah tulisan cedokan orang asing sebenarnya. Tidakkah itu bermakna Mahathir telah bersekongkol dengan oreang asing sekian lama? Bukankah Henry Kissinger itu salah seorang gurunya? Bukankah beliau sedang berguru di luar ketika rakyat bersabung nyawa? Patutlah Mahathir dibuang dan dipecat sahaja oleh kepimpinan Tunku kerana merusakkan minda orang melayu malangnya hampir 3 juta ahli umno sekarang (termasuk ahli hantu?) lupa dan buta sejarah itu!! Tunku tidak mahu anak-anaknya - semua anak-anak melayu tertipu oleh seorang anak asing dari Kerala ini. Seorang yang kasih dan mahu membela bangsa Melayu tidak akan menulis buku seperti itu dalam bahasa inggeris dulu. Ini bermakna ia ditulis bukan untuk bangsa melayu tetapi untuk sesiapa yang mahu menjajah orang melayu!!
- Editor
]


Kerajaan Haprak Selama 20 Tahun

(Untuk Melayu Yang Mudah Lupa)

Sejarah dunia telah banyak merakamkan apabila pemimpin utama sesebuah kerajaan itu dengan angkuh dan sonbong mengatakan bahawa kerajaannya itulah yang paling terbaik berbanding kerajaan lain yang sezaman dengannya, bererti kerajaannya itulah yang banyak cacat celanya. Demikian jugalah yang berlaku kepada kerajaan Malaysia pimpinan Mahathir sejak 20 tahun yang lalu. Selagi Mahathir terus memperagakan segala projek mega dan keangkuhaan rejimnya, selagi terserlah segala kejijikan dan kebajingan yang menyelatui kerajaannya. Sayang, di sebalik segala keangkuhan dan riak itu, rakyat marhaen juga akan terus merana dan tertipu. Generasi bangsa Malaysia yang masih kecil kini yang akan turut terpalit segala bebanan hutang kerja-kerja kebajingannya itu.

Penulisan ini dicetuskan oleh ucapan dasar presiden UMNO 'Raja Penyangak' yang terus membohong dan membuat fitnah dan kerja kelentong untuk mengabui masyarakat Malaysia seluruhnya. Barang diingat apabila Mahathir berucap di PWTC pada perwakilan berjumlah 2,027 orang itu, dia bukannya mengabui keseluruhan ahli UMNO yang dikatakannya berjumlah 2,919,003 dan yang menganggotai 18,202 cawangan kesemuanya. Yang lebih penting lagi ialah kertas ucapannya itu akan menjadi satu bahan rujukan para pelajar universtiti dan penyelidik negara ini di masa yang akan datang. Adalah menjadi satu tugas untuk kita membetulkan banyak bahan kelentongan ini dengan harapan para perwakilan yang masih berada di PWTC itu akan sedar betapa besarnya dosa bersekongkolan dengan si bedebah ini. Kalau dia boleh berkata agar ahli UMNO jangan bersifat suka memfitnah dan berbuat bohong, kita boleh katakan kepada dia semua sifat jijik itulah yang selama ini menjadi penghayatannya sehinggakan negara ini kucar-kacir dan masyarakat Melayu itu menjadi terumbang ambing hidupnya. Sayang, di sebalik segala retorik Mahathir itu negara sedang dihenyak bayangan kemuflisan kerana kepimpinannya yang sungguh haprak sehinggakan negara peninggalan Tunku, Razak dan Husin sudah menjadi penghutang tembaga keliling dunia.

Mahathir dan UMNO

Kita tidak seharusnya terasa berdosa menggunakan perkataan kasar terhadap Mahathir kerana dia yang mengajar kita bersikap kurang ajar. Dia selalu berbohong dalam ucapannya. Malahan, ramai masyarakat peniaga Cina yang berkata 'Kalau itu olang buka mulut, semua cakapnya bohong...' Namun, kita mesti bersikap rasional mengamatinya kerana ini adalah penting untuk bacaan generasi masa depan negara.

Salah satu rakaman penglibatan Mahathir dalam UMNO yang terbaik, pernah ditulis oleh Aziz Zaraiza Ahmad dalam bukunya 'Mahathir's Paradigm Shift' terbitan Firma Malaysia Publishing. Penulis itu membahagikan pentadbiran Mahathir kepada dua era, di mana era pertama ialah antara 1981-1987. Ini bererti era kedua ialah antara 1988 sehingga kini. Kalau era pertama itu memakan masa 6 tahun, era kedua sudah pun menjangkau lebih daripada dua kali ganda. Ini juga bererti Mahathir berjaya mencengkam kuasa dengan segala tipu muslihat sehingga dia mampu melepasi tarikh pupusnya.

Secara rasminya Mahathir memulakan tugas sebagai wakil rakyat pada pemilu 1964 selepas memenangi kawasan parlimen Kota Setar. Dia kalah pada pemilu berikutnya di tangan Arwah Haji Yusuf Rawa. Itulah yang membuatkannya menulis saut surat 'istimewa' yang mengutuk Tunku Abdul Rahman Putra dengan tuduhan Tunku memberikan tumpuan terhadap sahabat Cina beliau. Ketika itu bermulalah satu usaha beliau dan satu pergerakan di kalangan segelintir puak melayu yang berjaya dipengaruhinya mengkritik kepimpinan UMNO. Tidak lama kemudian, muncullah satu buku istimewa berjodol 'The Malay Dilemma' yang diilhamkannya di mana dia menyebut dengan panjang lebar betapa kelemahan Melayu ketika itu adalah disebabkan unsur-unsur genetik. Sekaligus mahathir dicop sebagai 'The Ultra Malay' kerana keberaniannya. Dia disingkirkan dan digantung keahliannya.

'The Malay Dilemma' disebut sebagai pemangkin yang menonjolkan Mahathir ke arena global dan bukunya dibaca oleh pengamat politik rantau ini. Namun, Marhaintua pernah berkata, penulisan itu adalah satu kelentongan juga kerana sebahagian intipati is buku itu terdapat dalam artikel terbitan 'Washington Papers'. Lagipun mengikut Marhaintua kalau Mahathir betul-betul ikhlas mahu menyedarkan orang melayu dia sudah menulis buku itu dalam Bahasa Melayu dan bertajuk 'Dilema Melayu'. Bagaimanakah Mahathir mahu membawa kesedaran kepada orang melayu kalau ideanya yang dianggap unggulan itu tidak dapat dibaca oleh majoriti orang Melayu?

Demikianlah naiknya Mahathir dalam arena politik dengan pengunduran Tunku Abdul Rahman, apabila Tun Razak melantiknya menjadi seorang senator pada 1973. Perlantikan itu membantu beliau memenangi semula kerusi parlimen dalam pemilu 1974 dan Razak melantiknya menjadi Menteri Pelajaran. Ketika menjadi menteri pelajaran itu, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara di sekolah menjadi hebat sehinggakan kesannya pada hari ini, ramai anak Melayu yang kurang fasih dalam Bahasa Inggeris. Anihnya pada ucapan dasar beliau pada 21 Jun 2001 (17 tahun selepas beliau menjadi menteri pelajaran) Mahathir mahukan orang Melayu menguasai Bahasa Inggeris. Kenapakah dia tidak sedarkan perkara ini ketika menjadi Menteri Pelajaran dulu?

Mahathir naik menonjol ketika Tun Razak menghadapi masalah kesihatan dan suasana politik negara dihantui kemelut rasuah Bank Rakyat yang berputik daripada perlawanan tinju Mohamad Ali-Joe Bugner. Inilah kemelut yang berakhir dengan Datuk Harun Idris dipenjarakan. Dato' Harun Idris masih bernyawa lagi, pergilah tanya beliau kenapa beliau boleh masuk penjara sedangkan apa yang dilakukannya adalah usaha untuk memperkayakan UMNO? Jangan lupa tanya beliau siapakah yang memutarbelitkan fakta untuk di bawa ke mahkamah. Yang lebih penting tanya beliau siapakah yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Mei 13.


- Naik Menjadi Timbalan Perdana Menteri

Mahathir menjadi timbalan perdana menteri kerana dipilih oleh Husin Onn. Dalam bukunya bertajuk 'The Musa Dilemma' K Das telah memberikan jawapan bagaimana Husin Onn melantik Mahathir sebagai timbalannya. Pada muka surat 115 beliau menulis (diterjemahkan di bawah ini)

'Saya teringat jawapan Husein Onn pada Disember 1978 ketika saya bertanyakan kenapa dia memilih Mahathir sebagai timbalannya pada 1976. Husin telah memberikan satu jawapan yang panjang dan meleret-leret.

'Saya terpaksa memilih salah seorang antara tiga orang yang dipilih timbalan presiden UMNO' katanya.

Saya mencelah dengan mengatakan betapa Perlembagaan negara ataupun Pelembagaan UMNO tidak pun memestikan beliau membuat pemilihan serupa itu. Dia tersenyum dan berkata; 'Tetapi UMNO memang mahukan perkara itu berlaku juga.'


Tetapi, kenapa Mahathir?

'Saya terpaksa memilih seseorang yang berpendidikan'. Bererti Ghafar Baba tersisih kerana tidak ada lulusan tinggi.

'Saya terpaksa memilih seorang yang matang fikirannya dan sudah berumah tangga.' Ini mengenepikan Tengku Razaleigh, yang masih bujang.?

Apa yang ditulis oleh K. Das dalam buku itu ialah adanya satu pakatan antara Mahathir dengan naib presiden parti UMNO ketika itu, seandainya Husin tidak memilih salah seorang mereka, besar kemungkinannya mereka merencana satu bantahan seluruh negara. Yang anihnya apabila Mahathir menjadi perdana menteri, dia memilih Ghafar Babar sebagai timbalannya, untuk menggantikan Musa Hitam yang mengundurkan diri. Ghafar Baba masih bernyawa lagi, dan tanyalah beliau kenapa beliau dipilih dan apa janji-janji manis Mahathir ketika membuat pemilihan itu. (Sejarah merakamkan betapa Ghafar Baba hampir jatuh bangkrap dan terpaksa diselamatkan dengan membayar tuntutan hutang yang dihadapinya).

Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia secara rasminya pada Julai 16, 1981.


Kesilapan Mahathir yang Paling Besar

Mahathir mungkin akan terus bergaya dan bersuara lantang dengan segala unsur riak dan takabbur betapa dia sudah berjaya membawa Malaysia ke taraf negara maju. Sejarah akan membuktikan yang sebaliknya. Apa yang digembar-gemburkan sebagai kejayaan kini sebenarnya dilindungi oleh pelbagai tabir kepalsuan yang disuntik dengan jutaan wang untuk mengongkosi rencana iklan dan puji-puja yang diulang-tayang bertubi-tubi di seluruh dunia. Ini bukan masanya untuk menganalisa kesilapan besar itu secara terperinci kerana itu kerja analisa yang memerlukan masa. Memadai kita bincangkan beberapa contoh sebagai ilham perdebatan sahaja yang difikirkan boleh menjadi renongan orang Melayu.


Silap Rancangan Mewarisi Syurga Dunia.

Ada orang kata, ekonomi Malaysia di saat akhir tempoh pemerintahan Husin Onn sengaja ditekan oleh satu kuasa besar yang mahukan Mahathir naik bergaya. Ada yang menyebut pembabitan Freemason dan segala kunpulan haram Asia seperti Yakuza, Triad dan juga mafia yang aktif dalam kegiatan bajingan haram dan matawang.

Apabila Mahathir naik ekonomi berubah mengikut edaran pedati ekonomi sejagat dan Mahathir cuba menubuhkan satu firma multinasional setanding dengan Sogososha Jepun. Malangnya orang yang disuruh menerajui sogososha malaysia itu ialah seorang peniaga Cina haprak sahaja. Kenapa dia tidak pilih orang Melayu yang berpengalaman berniaga dan yang lebih tinggi pendidikannya daripada Abdullah Ang adalah satu tandatanya juga. Maminco lingkup dan harapan rakyat Malaysia mahu melihat projek itu terlungkup sama. Tetapi, itu bukannya kegagalan pertama Mahathir kerana dia pernah gagal dengan rencana 'Sate Ria' yang cuba ditonjolkannya untuk menandingi Kentucky Fried Chicken secara fransais satu ketika dulu. Sate Ria lingkup tanpa pusaranya.

Pada Ogos 3 1981, Mahathir memperkenalkan perakam waktu di pejabat kerajaan. Lima hari kemudiannya kerajaan Mahathir melalui Musa Hitam memestikan setiap pegawai kerajaan mengisytiharkan harta mereka. Anihnya, Mahathir tidak perlu mengisytiharkan harta kepada sesiapa. Kalau dia betul-betul ikhals dia menyerahkan senarai hartanya untuk disimpan oleh parlimen ataupun pemegang mohor besar raja-raja. Sejak itu bermulalah satu sejarah panjang antara Mahathir dengan dunia luar yang bermula dengan keengganannya menghadiri persidangan ketua negara Komanwel di Melbourne pada 2 September, dan rancangan 'Buy British Last' pada 10 Oktober 1981. Pada 12 November akta Universiti (AUKU) diperketatkan dan pada 15 Disember 1981, dasar pandang ke Timur (Look East) dimulakannya.

Dalam jangka enam bulan selepas menerajui kuasa perdana menteri Mahathir telah melaksanakan pelbagai perubahan yang menyanggah teori perubahan (theory of change): 'A sudden change induces resistance to change' (Perubahan yang Mendadak Selalunya Mengundang Tentangan). Keghairahan menunjuk-nujuk telah mengabui pemandangan Mahathir dan menggelapkan perencanaannya.

Sejarah kepimpinan negara membangun menunjukkan sesaorang pemimpin yang berjaya melaksanakan pembangunan mengikut perkara yang amat difahaminya. Tunku Abdul Rahman menumpukan pembangunan sebuah negara yang baru merdeka terhadap 'public ralations' yakni hubungan sesama manusia untuk menjuadi satu teras persemuafakatan serba kaum ke hari ini. Tun Razak menumpukan kepada pembangunan luar bandar kerana dia mahu merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu. Tun Husein Onn menghabiskan banyak masanya untuk membetulkan masalah perpecahan Melayu disebalik pemenjaraan Dato Harun Idris. Dato' Harun masih hidup lagi, dan tanyalah beliau kenapa dia dipenjarakan sebenarnya. Adakah disebabkan salahguna kuasa ataupun penyelewengan wang yang kalau dibandingkan dengan Episod Carrian di Hongkong yang meranapkan Bank Bumiputra.


Besarnya Sudu Daripada Cawan.

Mahathir cuba lebih pandai daripada mereka semua dengan melaksanakan pelbagai usaha:



  1. menjadi wira dunia ketiga dengan menyanggah kuasa besar,

  2. cuba menonjolkan negara menjadi negara maju dengan melangkau era perindustrian kecilan dan cuba menerbus terus ke dalam era industri berat;

  3. menonjolkan satu kumpulan korporat Melayu ke taraf antarabangsa dengan cara sistem 'parachute',

  4. menyamun khazanah bangsa untuk menutup segala perancangan yang mencelaru untuk memuaskan nafsu serakahnya;

  5. berbohong dan menipu bangsanya kerana kerugian berbilion ringgit disebabkan kegagalan segala projek besar itu;

  6. menekan dan memenjarakan sesiapa sahaja yang cuba menyedarkan kebajingannya

  7. memperlekehkan sesiapa sahaja termasuk agama anutannya kerana dianggapnya sebagai penghalang kepada kerakusannya itu.


Tujuh unsur di atas adalah penghalang kepada kemajuan Malaysia untuk membangun secara bersistem memasukki gerbang kemajuan tamaddun dunia. Semua ini adalah disebabkan kerakusan seorang pemimpin penyangak yang berotak haprak. Kita tidak mahu mengulas panjang perkara itu untuk membiarkan para perwakilan UMNO yang bijaksana memikirkannya. Tetapi kalau kita terima falsafah bahawa sesaorang pemimpin politik sepatutnya melaksanakan pembangunan yang terdekat dengan kepakarannya, kita akan sebut di sini perkataan 'Medico-tourism'. Sepatutnya Mahathir cuba membangunkan negara ini dulu dengan konsep 'Medico-tourism' sebagai teras pembangunannya.


Apakah Medico-tourism?

Kita jawap soalan ini dengan contohnya:

Di Lautan Merah (melalui Jordan dan Israel) air masin yang tinggi kandungannya menjadi bahan percutian untuk mereka yang berpenyakit dan mahu berehat. Kalau kita pergi ke beberapa bekas negara Blok COMECON (Hungary, Poland dan Romania) kita dapat lihat betapa perkhidmatan cabut gigi, pembedahan plastik (plastic surgery) euro-acupuncture dan sebagainya disedikan di bangunan hotel-hotel utama. Di Peranchis, Korea Utara dan beberapa negara Afrika timur, air panas belerang, dan air lata (air-terjun) menjadi tarikan pelancung untuk menerima rawatan. Di situ disediakan tukang urut yang pakar-pakar. Di Cina dan Taiwan, tempat kesihatan ini (spa) diutamakan dan masyarakat buta dan bisu dilatih untuk menjadi petugas memberikan rawatan kepada anggota yang lemah dan longlai.

Bayangkan kalau Mahathir dan juga Hasmah telah memberikan keutamaan kepada projek ini sudah tentu ia mengembangkan industri pelancungan yang mampu menjana pelbagai industri sampingan yang lain. Oleh kerana tempat medico-tourism ini boleh diadakan di merata negara, tanpa bangunan tinggi-tinggi dan keperluaan mengimpot pokok dan rumput rumpai dari negara asing, sudah tentu ia pun menjana industri pertanian dan penanaman herba yang luas kawasannya. Sekaligus masyarakt desa menjadi pintar bertutur pelbagai bahasa selaras dengan keperluan komunikasi dengan pelancung asing. Secara tidak langsung ia memberi ruang kepada industri penerbangan pesawat kecilan yang memberi sokongan kepada sistem perkhidmatan penerbangan negara. Apabila ramai orang luar yang banyak duit memasuki kawasan luar bandar, ia menjana satu rangsangan untuk mendidik masayarakat luar bandar itu menjadi lebih pintar. Semakin selesa orang kaya dan tua datang mendapatkan rawatan di sini semakin ramai yang sanggup terus menetap sehinga mati. Contoh yang terbaik ialah Taman Nirwana di Mantin dan Semenyih. Apakah itu projek tajaan kerajaan?

Sebaliknya, kemajuan negara kepada Mahathir dan Siti Hasmah ialah pembikinan menara kembar yang tertinggi d dunia yang tidak pun mampu mendapatkan sewaan hingga ke hari ini, pembikinan lapangan terbang terbesar di Asia yang kesepian menantikan pesawat udara bersimpang siur, litar limba kereta yang hanya menampung perlumbaan hanya sekali setiap tahun untuk menghibur. Bayangkan sahaja bagaimana Sukan Komanwel terbesar di negara ini ditaja sehinggakan projek itu tidak mendatang keuntungannya. Sehingga hari ini banyak projek infrastruktur yang dimaksudkan untuk SUKOM itu masih belum lagi selesai pembikinannya. Apakah Mahathir fikir rakyat Malaysia tidak merasa aib melihatkan kereta lumba F1 berlegar-legar di litar dunia dengan logo 'Petronas' terpampang dengan terang tetapi kereta lumba itu dipandu oleh orang asing? Apakah Mahathir fikir orang Melayu lupa betapa Litar Lumba membayar lima juta setiap tahun hanya untuk permit mengadakan lumba kereta setahun sekali di Sepang?

Bayangkan kalau hanya sepuluh persen wang yang dibesarkan untuk projek mega yang membazirkan wang itu digunakan di merata negara di daerah desa dan perkampungan untuk mewujudkan projek 'medico tourism' betapakah nikmat dan faedahnya kepada negara. Di Singapura ada projek hanya beberapa ekar sahaja untuk memelihara ikan emas jenis 'koi' di mana yang empunya ikan boleh datang bermain-main dengan ikan peliharaan untuk kenikmatannya. Bayangkan kalau projek itu ada di Malaysia.

Bayangkan pula kalau setiap bekas lombong bijih di Malaysia dan tasek yang besar-besar dijadikan tempat para nelayan pantai berhijrah setiap kali munculnya musim tengkujuh. Bagaimanakah agaknya pendapatan mereka dengan inovasi begitu?


Yang Tergigit dan Tergugat

Projek mega yang dilaksanakan tanpa tender-terbuka dan tanpa perancangan menyeluruh mengenai penggunaannya menjadi stail pembangunan negara untuk memuaskan nafsu serakah Mahathir Mohamad. Sesiapa sahaja yang menentangnya diaibkan sehingga ada yang terpenjara akhirnya. Untuk membina semua projek mega itu, dia memfaraidkan segala projek kepada para kroni, sukusakat, para pakpacak (meminjam terma Shahnon Ahmad dalam bukunya 'muntah'). Sesiapa yang menolak kerakusan itu didera, ditahan dan diaibkan. Inilah yang berlaku kepada Anwar Ibrahim sehingga membabitkan orang luar negara seperti Dr. Munawar Anis, Sukma, dan sebagainya. Begitu juga dengan pemimpin muda dan aktivis negara seperti Ezam, Tian Chua, Gobalakrishnan, Badrul Hisham, Shaari Sungip, Isyam Rais dan banyak lagi yang telah ditahan di bawah ISA dan dipenjarakan.

Mahathir sudah menjadi buas dan ganas. Semua itu difikirkannya perlu untuk mencapai cita-citanya walaupun rakyat sudah menggelarnya 'Maharfiraun' dan 'manusia berhati syaitan'. Dia tidak kira semua itu walaupun ramai orang yang dianggapnya sahabat bertukar menjadi seteru.


Mahathir Yang Lupa Daratan

Apakah tujuan sebenar Mahathir menuturkan ucapan dasar bertajuk 'Melayu Yang Mudah Lupa'? sedangkan sebahagian ucapannya itu ada tersebut di bawah tajuk 'Pengaruh Keturunan dan Alam Sekitara Ke atas Bangsa melayu' dalam 'dilema Melayu' hasil terjemahan Ibrahim bin Saad daripada bukunya 'The Malay Dilemma'. Bagaimanakah tergamak Mahathir mengaibkan anak-anak Melayu dan cendikiawan Melayu di menara gading, sedangkan dia sepatutnya memikirkan betapa masih banyak sekolah menengah di pekan-pekan yang tidak mempunyai makmal sains dan juga perpustakaan yang lengkap. Bagaimana pula dengan guru yang berkelayakan dengan setiap mata-pelajaran yang ada. Cuba tanya perwakilan yang datang daripada rancangan tanah, berapakah belanja anak-anak mereka di sekolah menengah? Apakah mereka mampu menghantar anak-anak ke sekolah tambahan (tuition) dan mampukah mereka membawa anak-anak menjelajah negara ketika cuti sekolah?

Di manakah terletaknya keseronokan Mahathir mengkritik bangsa sendiri sehingga sanggup menghina mereka, sambil disaksikan perwakilan asing? . Apakah dia tidak terasa berdosa bahawa sebahagian besar kepincangan negara dan kekurangan bangsanya adalah disebabkan pentadbiran negara yang songsang hanya untuk memuaskan nafsu serakahnya yang tidak kenal kenyang? Satu contoh yang paling baik ialah Terengganu. Kenapakah Mahathir tidak bentangkan jumlah royalti yang ditelan oleh kerajaan BN dulu dan apakah yang dilaksanakan di situ? Kenapakah selepas kalah, royalti itu dikira tidak sah? Penyangak kelas manakah Mahathir ini bersama menteri Melayu dalam kabinetnya? Apakah salah kalau dengan ini dia diberikan gelaran politikus haprak berkelas Raja Penyangak?

Mahathir harus sedar orang Melayu merasa terhina dengan segala gelagatnya menghina golongan ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan guru Haji Hadi Awang. Memang benar mereka berpolitik, tetapi mereka diterima oleh masyarakat Melayu dan mereka diiktiraf sebagai orang-orang yang berilmu. Kalau mereka memimpin parti politik jawatan mereka itu dipertandingkan dan bukan dibrahminkan. Sekarang, semakin ramai orang Melayu sedar, Mahathir sengaja memperli mereka kerana kejayaan mereka mempengaruhi orang Melayu, walaupun berpendidikan di Timur Tengah. Salahkah itu? Lupakah Mahathir bahawa Nabi Mohammad (saw), sebagai insan yang paling berjaya di dunia ini pun berpendidikan politik Timur Tengah?


Apakah kesudahannya?

Negara sudah muflis dan rakyat hidup merintih. Pengangguran semakin menjadi dan pelabur asing semakin meluat hingga menutup kilang mereka dan menarik pelaburan. Oh....sungguh dahsyat bahana segala kerakusan itu kalau diambil kira kehilangan harta warisan negara terhakis entah kemana. Mahathir tersilap besar apabila cuba menjadi 'Sherif Dunia' melampaui taraf Wira Dunia Ketiga yang dianugerahkan kepadanya oleh Ibrahim Ali.

Kalaulah dana yang begitu banyak itu dulu-dulu lagi dicurahkan untuk 'medico-tourism' dan pendidikan tahap unggulan (educational excellence), Malaysia memang mampu betul-betul menandingi kewibawaan negara maju kerana dua-dua projek itu pasti menarik pelancung tanpa henti dan sekaligus membiakkan pelbagai projek bertaraf sejagat yang menguntungkan. Sebaliknya, kita masih perlu mengimpot inai (hinai) daripada India dan Pakistan untuk kegunaan surirumah dan kaum hawa.

Sebagai bandingan saya mengajak pembaca menyingkap buku tulisan Dato' Khoo Kay Kim bertajuk 'The Malay Society' terbitan Pelanduk Publications. Pada muka surat 70 ada ditulisnya (terjemahkan di sini):

'Daripada pantai timur semenajung, Singapura mengimpot serbuk (debu) emas (gold dusts). Emas yang dihasilkan di Pahang adalah lebih bermutu daripada yang dibawa masuk daripada tempat lain. Barangan lain daripada negeri-negeri pantai timur itu ialah kain tenun, 'black pepper' (lada hitam) rotan, garam, bijih, dan perkayuan.

Munshi Abdullah, seorang penulis Melayu yang terkenal, pernah mengadakan lawatan pada 1838 sebagai utusan khas beberapa pedangang Cina Singapura dan telah merakamkan beberapa bentuk perniagaan. Pengekspotan utama Pahang ialah emas dan timah. Ada juga tenunan kain sutera, perkayuan rotan dan damar'

Demikianlah, keseluruhan buku itu menunjukan barang-barang bermutu yang dihasilkan oleh orang Melayu yang berniaga dalam bidang pengeluaran emas, bijih, rotan dan damar. Semua barangan ini bukannya diusahakan oleh projek para kroni kepada sultan-sultan. Kebanyakan hasil bumi terpaksa diterokai dengan penuh kesabaran. Hasil tanaman pun diusahakan dengan kepintaran dan kesabaran juga. Dengan lain perkataan, di awal abad ke sembilan belas lagi orang Melayu pintar berniaga hinggakan mampu menarik orang asing untuk berhijrah ke negara ini. Di zaman itulah pedangan asing berulang laik ke negari tanah Melayu sehinggakan mereka berusaha mempelajari Bahasa Melayu. Kamus Melayu yang pertama dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Amerika dan bertarikh 1830.


Selagi Ada Molan dan Matari.

Mahathir menyebut betapa perjanjian 'Selagi Ada Bintang Bulan dan Matahari' kuasa British tidak menganggu masyarakat Melayu dengan fahaman ajaran Kristian. Tetapi konsep yang sama diciplak oleh pedagang asing terutama sekali orang Cina dan India apabila menyewa bangunan dan tanah orang melayu di Kuala Lumpur dan pekan-pekan besar. Inilah perjanjian yang mencekik orang Melayu sehinggkan hampir semua mereka menjual rumah kedai purba itu di Kuala Lumpur. Hanya lima tahun yang lalu barulah konsep ini ditukarkan untuk membolehkan harga sewa itu ditukar mengikut keadaan semasa.

Kalau masalah sewaan yang lapuk dan basi itu tidak mampu diubahsuai oleh UMNO di bawah pentadbiran seorang wira dunia ketiga, selepas Malaysia merdeka lebih lebih empat puluh empat tahun, apakah yang dapat diharapkan kepada cara hidup Melayu dalam bidang yang lain?

Kenapakah kita mudah mencemuh orang Melayu kerana kuota masuk universiti yang rendah? Kenapakah tidak ditubuhkan satu suruhanjaya penyiasat untuk mendapatkan jawapan sebenarnya? Mampukah seorang peneroka FELDA yang setiap bulan sain (menandaangani) daftar gaji kosong tanpa menerima upah kerana harga komoditi yang rendah itu, menyediakan dua ribu ringgit yang diperlukan oleh anaknya untuk masuk universiti? Kenapakah kurangdaya peneroka yang daif ini tidak dibantu oleh Baitulmal dan Tabung Zakat ataupun Tabung Haji? Apa jadinya dengan sumbangan zakat orang Islam dan Tabung Haji?

Kita dapat melihat sekarang masalah remaja disebabkan pengaruh asing di TV, Majalah dan Radio. Kita kerap mendengar DJ Melayu yang beragama Islam yang berani membincangkan kisah kahwin olok-olok jauh lebih terdahulu daripada debat olok-olok UMNO. Ramai masyarakat muda Melayu yang terjebak dalam budaya bohsia dan 'redneck' dengan lambang salib di leher mereka. Kita kerap terdengar ibubapa Melayu yang terkejut menjumpai kondom dalam tas tangan gadis sunti mereka kerana mungkin terikut gelagat seorang dara sunti yang tidak pernah diterokai taman nirwananya sehingga seorang Iban datang menyondolnya. Siapakah ratu pengedar kondom terkenal di Malaysia? Siapakah yang mengajar mereka mengkhianati perjanjian selagi ada bulan bintang dan matahari ini kalau bukan UMNO?

Demikianlah orang Melayu dengan dilema modennya. Inilah dilema sebenarnya orang UMNO dan juga masyarakat luar bandar. Mampukah mereka merobah semua itu kalau Raja Penyangak yang memimpin UMNO masih mahu menipu? Apa ada pada satu ucapan dasar seorang pemimpin terutama sebuah parti Melayu yang dikatakan sungguh ramai pengikutnya kalau orang Melayu diajak merenung kebelakang mengenang sejarah, kerana mereka dianggap mudah terlupa? . Kenapa tidak dibincangakan wawasan masa depan agar Melayu mampu tegak bergaya dengan beraninya dengan segala ilmu di dada dan fikiran terbuka untuk menakluki dunia?

Apa salahnya kalau disedarkan Melayu menghadapi globalisasi dengan berani kerana globalisasi bukannya satu perkara yang baru. Penganutan Islam oleh orang Melayu adalah sebaik contoh globalisasi. Kenapakah globalisasi itu dikaitkan denan perangai Melayu yang suka sabsidi dan berpoya-poya? Budaya siapakah itu kalau Melayu gemar berpoya dan bergantung harap kepada sabsidi? Taktik siapakah itu yang menakutkan orang Melayu terhadap kemajuan kaum lain di Malaysia ini? Siapakah yang mula-mula sekali mencadangkan kemungkinan munculnya perdana menteri Malaysia daripada kaum Cina? Bolehkah Melayu disedarkan kepada segala budaya ugut mengugut dan ketakutan yang sengaja dibuat-buat kerana ada soerang diktator tua mahu terus berkuassa? Takutkah Melayu dengan segala kisah itu? Tidak....kerana masalah Melayu masakini ialah memikirkan bagaimana zuriat mereka mampu membayar hutang bertapuk yang dibuat oleh seorang diktator tua.

Inilah muslihat Mahathir sebenarnya dan inilah yang cuba diselindunginya sehinggakan orang Melayu tidak mampu bertanya apa sudah jadi kepada khazanah bangsa? Kenapa Daim dibenarkan bersara sebelum persidangan UMNO? Bagaimana hutang negara mahu dibayar setelah kerja-kerja menyelamatkan para kroni, pakpacak dan suku sakat semuanya? Semua ini adalah lambang pemerintahan ngara yang sungguh haprak selama dua puluh tahun yang berlalu.


Tengku Mazlan

Jun 21, 2001.


....bersambung.....

[Bahagian Tiga: Sampai Bila Mahu Ditipu]