Laman Webantu   KM2A1: 4800 File Size: 20.8 Kb *



TJ SP MGG: Ketuanan Melayu dan Kepupusannya Yang Semakin Hampir
By M.G.G. Pillai

22/6/2001 7:59 pm Fri

[Rakyat sudah semakin sedar sekarang siapakah yang sudah menjadi tuan di negara ini. Episod pengaiban Anwar telah membuat kesedaran menjalar. Ia semakin hidup bila semakin dibunuh. ISA telah menyebabkan kebangkitan kaum hawa dan simpati dalam parti Gerakan komponen BN sendiri. Nanyang pula menyebabkan pohon MCA bergoyang. Masyarakat Cina sudah mula bangkit dari lena yang panjang dan berani menyanggah agar tidak terjajah.

DEB sebenarnya satu topeng untuk menipu masyarakat melayu. Budaya kroni telah menghakis bukan sahaja ketuanan melayu malah telah merosakkan hidup semua kaum di negara ini - termasuk pribumi. Wujudnya parti alternatif yang dapat membela dan mengisi keperluan mereka tanpa paspot kaum akan memupuskan lagi Umno, MCA, MIC semua yang lainnya. Umno, khususnya telah menjadi mangsa politik sempitnya. Sekarang ia tergaru kepala kerana serba serbi sudah tidak kena. Makin ia membising makin yang menerimanya tiada.... sehingga ia meradang marah dan meracau tidak tentu hala bagai si gila.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-01-021

Malaysiakini
Chiaroscuro
21 Jun


Ketuanan Melayu dan Kepupusannya Yang Semakin Hampir

(Malay dominance and the half-way house to Valhalla)

Persidangan tahunan UMNO bermula hari ini dan mencuba melaksanakan sesuatu yang hampir mustahil: Menarik kembali sokongan yang sudah hilang untuk terus mengekalkan kuasa yang semakin berkurang.

MCA yang selama ini dibayangi UMNO, sedang mengundang kepupusan secara besar-besaran apabila para pemimpin parti itu cuba memuaskan selera presiden UMNO berbanding keperluan selera masyarakat yang diwakilinya.

Gerakan, sebuah parti yang bernafas disebabkan wujudnya kerajaan negeri Pulau Pinang, sedang dirasuk kemelut yang disebabkan tekanan membarah daripada UMNO dan MCA.

Barisan Nasional Sarawak sedang dihenyak oleh kemasukan parti politik semenanjung yang cuba mengganggunya. UMNO muncul melalui seorang proksi tempatan, DAP, PAS, dan Keadilan semuanya cuba datang bertandang untuk bergelumang dengan pilihanraya yang semakin hampir diadakan.

13 parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) semakin kecewa dengan kekuatannya yang semakin terserlah rapuhnya. Malahan hanya MIC yang nampaknya mampu bersifat waras tetapi ia masih merupakan parti yang paling lemah sekali.

BN beranggapan bahawa negeri-negeri di utara semenanjung sudah semakin lemah untuk dipengaruhi oleh PAS, bahagian tengah pula berkemungkinan jatuh kepada PAS dan Keadilan, tinggallah Johor, Sarawak dan Sabah sebagai kubu untuk bertahan. Dengan lain perkataan sudah nampak kemungkinan terlepas juga kuasa yang di tangan itu akhirnya.


Peranan Pembantu

UMNO sudah menggigil ke akar umbi apabila ia membuat pendirian selepas meledakknya rusuhan Mei 13 dulu, dan diikuti oleh rampasan kuasa dalam partinya, betapa Malaysia yang dihuni oleh pelbagai kaum itu mesti memainkan peranan pembantu kepada ketuanan Melayu yang cuba menonjolkan dasar ekonomi baru (DEB). Tetapi, inilah dasar yang kini menghantui UMNO di luar jangkaannya tiga dekad yang lalu.

Kebangkitan sanggahan Anwar menjadi kenyataan hanya disebabkan beliau dan konco-konconya, yang merupakan penikmat DEP itu semua, tidak menyenangi gelagat kumpulan yang kaya raya membalun segala kenikmatan dasar ekonomi itu dan tidak membenarkan kumpulan yang benar-benar memerlukan DEB itu merasakan peluangnya. Kepincangan ini sengaja diabaikan kerana kumpulan yang kaya raya itu terus mahu memegang kuasa dengan apa cara sekali pun. Keadaan berubah hanya apabila tentangan meledak untuk menyedarkan UMNO.

Malahan, Anwar Ibrahim kini hanya merupakan satu katalis kepada ledakan itu dan tercetuslah kemarahan rakyat marhaen secara terbuka. Perencanaan mewujudkan masyarakat kaya-raya tanpa rancangan yang jitu memang berbahaya kepada negara.

UMNO bertindak balas dengan marahnya. Para pemimpin parti tidak pula tahu apa perlu dilaksanakannya apabila ketuanan Melayu yang tidak pernah dibelainya itu dan kumpulan oligarki yang memerintah parti telah tercabar kini. Di tahap awal mereka memikirkan ledakan rakyat marhaen itu adalah mudah dicantas sahaja, tetapi laksan 'hydra', sebaik satu kepalanya dicantas, lagi satu kepala menonjol dengan pantas.

Ini membuatkan UMNO dan ketuanan Melayu terpaksa mengambil langkah berundur dulu. Dengan itu berundur jugalah gelagat UMNO yang menguasai kehidupan rakyat itu dan sekaligus menteri kabinet yang bukan-Melayu pun kehilangan suara dalam penentuan kuasa.


Hamba abdi

Parti politik bukan-Melayu dalam BN melambangkan kewujudan satu kerajaan pelbagai kaum, namun mereka seolah-olah selesa dibayangi oleh UMNO, liat menyanggahnya apabila kepentingan masyarakat yang mereka wakili itu dikotak-katikkan dan sengaja diketepikan.

Para pemimpin mereka mudah mengaku kalah, sanggup terus bertahan mengekalkan jawatan untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya masyarakat mereka dan parti sehingga sanggup memainkan peranan laksana hamba abdi.

UMNO yang menentukan agenda parti mereka semuanya, termasuk juga parti pembangkang yang terikut sama. Tetapi apabila orang Melayu bangkit kerana disuntik oleh pengaiban dan penyingkiran Anwar, alasan kebangkitan itu adalah amat jauh berbeza daripada masalah ketuanan Melayu.

Inilah kebangkitan yang mencemar budaya Melayu disebabkan kesedaran golongan masyarakat marhaen Melayu yang berpendidikan dan celik matahatinya yang merasa telah dihina untuk bermandiri, disebabkan budaya kroni yang dicerna oleh Mahathir, sehinggakan ketuanan Melayu itu pun turut tergugat sama.

Secara tidak langsung, tercetuslah satu bentuk kebangkitan revolusi disebabkan situasi yang menafikan peluang dan rezeki yang diwujudkan tanpa sebilangan besar Melayu menyedarinya. Sementara itu orang Cina yang 'tersisih' daripada DEB itu dan terus meneguhkan tapak budaya mereka di negara ini mula mencabar tanggapan Melayu terhadap mereka.

Episod Suqui yang boleh diimbau kembali itu, adalah sama pentingnya dengan kemelut yang menghantui Anwar untuk menyanggah UMNO dan ketuanan Melayu. Tiba-tiba UMNO naik berang tanpa keruan melihatkan peniaga Cina yang sudah tidak lagi merelakan ketuanan Melayu itu mengikut perangai mereka sebelum itu.

Apabila martabat UMNO itu disanggah dan semakin parah, BN pun mula gelabah. Namun UMNO masih menaruh harapan agar keadaan akan berubah semula seperti lama sedangkan masyarakat Melayu semakin tidak yakin dengan harapan itu.

UMNO dan rakan parti politiknya memikirkan semua itu dari kacamata politik mereka. Tetapi, pandangan begitu tidak dikongsi sama oleh masyarakat yang mereka wakili. Semakin melebarlah jurang perbezaan pendapat itu sambil persoalan ketara meledak suaranya mahukan jawapan manakah silapnya?

Ketuanan Melayu bertujuan menyampaikan sedikit pengajaran kepada masyarakat Cina selepas 13 Mei dulu, ekoran tercetusnya episod 'hartal' disebabkan tindakan kerajaan mengnyahkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara dan rencana mewujudkan golongan Melayu yang kaya raya untuk mengambil alih peranan perniagaan yang dikendalikan oleh masyarakat Cina yang kaya.

Itulah dia imbasan kebangkitan aristokrasi Melayu yang tidak berapa bersetuju dengan tanggapan ketuanan bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra. Seperti yang dirakamkan oleh rekod sejarah kerajaan British, memang banyak lagi cerita sebalik tabir yang mencetuskan Mei 13, yang belum diketahui oleh umum setakat ini.


Bilionaer ataupun jutawan?

Pada waktu itu tercetus perdebatan hangat dalam kerajaan apakah yang lebih penting dalam mewujudkan masyarakat Melayu yang berada. Adakah mewujudkan ratusan jutawan melayu yang akan mencetuskan pula kumpulan billionaire ataupun memadaikah dilahirkan hanya segelintir billionaier yang dijangka dapat mewujudkan pula satu kumpulan jutawan darinya?

Tun Razak dan majoriti Melayu memilih pilihan pertama. Mahathir dan penyokongnya termasuk Musa Hitam memilih opsen kedua.

Apabila Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981, dia bertukar haluan, memberi penekanan kepada pendapatnya yang dianggap pendapat pihak minoriti di zaman Razak dulu untuk diamalkan. Dia mahu mewujudkan kumpulan bilionaer secara mendadak. Kesannya ramai yang jatuh tercampak. Sudah menjadi sesuatu yang lumrah betapa keadaan yang lompong tidak pernah dapat lama berkekalan kosong. Daim Zainuddin yang diberi peluang untuk menganggotai kabinet dan terus bebas dalam dunia perniagaan telah mengambil kesempatan dengan rakusnya untuk mewujudkan satu empayar korporat perniagaan.

Namun, ketuanan Melayu telah sengaja dilupakan kerana Mahathir sudah terlalu taksub mempercayai bahawa kekayaan akan mewujudkan gemanya.

Perkara itu tidak pun berlaku. Mahathir telah berdegil mahu mewujudkan kekayaaan disebabkan kepentingan kekayaan itu; bukan berasaskan usaha dan kesabaran, tetapi berasaskan tamak dan haloba, mempertaruhkan segala perencanannya itu laksana agen komisen dan melupakan segala unsur-unsur pentadbiran kerajaan yang dimestikan. Dia terus berdegil mahu terus merangkul kuasa sedangkan dasar pemerintahannya terus menyuburkan cambahan seterunya yang berbisa daripada kalangan masayrakat yang telah menikmati kemewahan yang tercetus itu.

Kejayaannya dulu telah mencetuskan gelagat keangkuhan dan riak yang menular ke tahap orang bawahannya sehinggalah ke luar bandar. Inilah yang menghenyak suasana politik yang bersih. Korupsi muncul laksana bertih. Keangkuhan pun bertahan menjadi satu cara hidup harian. Mahathir telah melahirkan satu masyarakat Melayu yang kini tersadai di tengah-tengah perjalanan yang keliru dengan budayanya dan semakin menghampiri ambang keaiban mereka.

Apabila wang menjadi tiang seri pemerintahan negara, seperti yang diwujudkan di Malaysia, korupsi pun membiak bermaharajagila. Apatah lagi apabila diwujudkan pula undang-undang yang menyulitkan usaha mendakwa para politikus yang rakus di mahakamah terbuka, melainkan pihak yang berkuasa memang merestuinya.

Keizinan mendakwa itu hanya dimungkinkan apabila orang yang bekenaan mencabar sesiapa yang sedang memegang kuasa. Inilah yang terus menghenyak garis pemisah antara pihak yang memerintah dengan masyarakat yang diperintah.


Negara ataupun kaum?

Yang menjadi kelamkabut sekarang ialah terjadinya satu perubahan kepada sebuah negara yang lahir pada 1957 dulu dan yang layak bersatu padu, kini berubah menjadi sebuah negara yang mengandungi pelbagai kaum yang mempunyai kesetiaan yang berunsur perkauman. Semua ini berubah daripada nawaitu asal apabila tercetusnya rusuhan 1969 dulu.

Ketuanan Melayu dilahirkan dengan anggapan parti bukan Melayu mudah menerimanya. Ia lupa, selain kaum Cina masih ramai kaum lain yang turut kecewa terhadap kesan-kesan dasar amalan dan politik seperti itu.

Sememangnya, mereka ini lebih tersusun perancangan menentangnya daripada sifat UMNO yang menyukainya. Kini, suara sanggahan ketuanan itu sudah semakin lantang bunyinya. Dulu, BN berjaya kerana tidak ada kumpulan Melayu yang menyaingi UMNO dengan penuh cabaran untuk mengenepikannya.

Kini, saingan itu bukan datang daripada satu parti lain, kerana ada dua sebenarnya. Ketuanan Melayu itu sudah diserang daripada dalaman dan UMNO sudah semakin gelabah kerana budaya Melayu yang menyokongnya sudah berubah menjadi taufan puting-beliung yang akan menendangnya laksana sampah. Cabaran itu jua bukan dicetuskan lagi oleh masyarakat Cina tetapi oleh peribumi di Sabah dan Sarawak yang lebih dahsyat bisanya daripada kaum Cina.

Kebangkitan yang menyergah itu sudah muncul di kalangan setiap parti komponen BN. Seandainya UMNO tidak mampu memperkuatkan sokongan Melayu terhadapnya, akan pupuslah parti itu akhirnya dan terhumbanlah BN bersamanya.

Sudah tiba masanya generasi era kemerdekaan memberi laluan kepada masyarakat anak-anak mereka, tetapi mereka sengaja rakus mahukan terus berkuasa. Inilah punca kereputan UMNO yang akan membiak untuk terus pupus dengan sendirinya.

-MGG Pillai-

Terjemahan SPAR-01-021





Asal:

http://www.malaysiakini.com/Column/ 2001/06/2001062101.php3

Thursday June 21

Malay dominance and the half-way house to Valhalla

CHIAROSCURO

MGG Pillai

1:42pm, Thu: Umno?s annual general assembly began today and it attempts to do the near impossible: To seize the cultural high ground. Without it, its political power dissipates.

MCA finds life in Umno's shadow, beckons mass suicide when its leaders act to please the Umno president than the community they represent.

Gerakan, a party which exists to be the state government in Penang, is sandwiched between its own irrelevance and maniacal pressures from a bleeding Umno and MCA.

The Sarawak Barisan Nasional is discomfited at peninsular parties encroaching on its turf. Umno, through a local satrap, and DAP, PAS, Keadilan all venture into Sarawak as the state assembly elections approach. In Sabah, Umno went in, only to be trapped by unattainable ambition.

The 13 parties in the Barisan Nasional (BN) are frustrated by an unalloyed belief in its invincibility. Indeed, MIC is the only party that keeps its sanity, but it is also its weakest.

BN believes the northen peninsular states are vulnerable to PAS, the central and southern states to PAS and Keadilan, that it hopes to retain power with Johor, Sarawak and Sabah. In other words, it sees the prosperity of power slipping from its hands.

Second fiddle

Umno is shaken to its roots because when it decided, after the May 13 racial riots, and in a virtual coup d'etat, that a multiracial Malaysia must play second fiddle to Malay dominance (it bought Malay sympathy with its New Economic Policy{NEP}), it did not expect it to haunt it three decades on.

The Anwar revolt was possible only because he and his acolytes, NEP beneficiaries all, disapproved of the riches and benefits accrued to favourites in the court, and not to those who deserved them. But this was ignored with Malay dominance left to its own devices as the dominant interest became wealth at any cost. Until it exploded in Umno's face.

Indeed, Anwar Ibrahim is but a catalyst who converted those myriad frustrations into open anger. Wealth creation without an overriding plan is dangerous to the nation's well being.

Umno reacted in anger, its leaders not knowing where to turn when the un-nurtured Malay dominance, and the ruling oligarchy was challenged. It thought it could control it by cutting off its head, but like the Hydra, another took its place.

Umno and Malay Dominance were forced to retreat. And with it a way of life, in which Umno decided how Malaysians would live and non-Malay cabinet ministers lost their say in policy making.

Uncle Toms

The non-Malay parties in BN implied a multiracial government, but they were content to remain in Umno's shadow, unwilling to confront when their communities' interests were abrogated or sidelined.

Their leaders gave up the ghost, stayed on too long at the helm for the benefits they, not their communities, got, and became Uncle Toms.

Umno determined the agenda and all, including the opposition, followed it. But when the Malays rebelled, when Anwar was dismissed and humiliated, it was for reasons far removed from Malay dominance.

It was cultural, but when the short-changed nouveau Malay, educated and standing on his own feet, revolted at the crony culture Mahathir espoused, Malay dominance was in mortal danger.

Independently, another revolution, this from denial of opportunities, happened without the Malays aware of it. The Chinese, sidelined by the New Economic Policy, cemented their cultural roots firmly to the Malaysian ground, and challenged the Malay world view of them.

The Suqui episode, in retrospect, is as important as the Anwar affair in confronting Umno and Malay dominance. Umno realises in impotent rage that the Chinese businessmen would no more underwrite Malay dominance as happily as they once did.

When Umno's raison d'etre is on the run, BN unscrambles. But Umno hopes forlornly that if it changes, what it, not the Malay community, thinks it should, all is well. It would not.

Umno and its coalition partners, think in political terms, but the communities they represent, culturally. The chasm widens, as it now appears, inalienably. What went wrong?

Malay dominance was to teach the Chinese a lesson for the May 13 riots following the Penang hartal over the removal of English as an official language and to create rich Malays who could take on, and over, Chinese businesses.

It was the revolt of the Malay aristocracy who disagreed with the patrician world view of Malaysia's founding father, Tunku Abdul Rahman. As British public office records show, there is more to the riots of May 1969 than we are told.

Billionaires or millionaires?

A contentious discussion at that time was if the government should create hundreds of millionaires from whom a few billionaires would emerge, or a few billionaires under whom an entrepreneurial class of millionaires would emerge.

Tun Razak and the majority believed in the first option, and Mahathir and his backers which then included former deputy prime minister, Musa Hitam, the second.

When Mahathir became prime minister in 1981, he switched course, putting his minority view into practice, creating instant billionaires, many collapsing soon enough by the wayside. Nature abhors a vacuum, and Daim Zainuddin with a foot in the Cabinet and in business, took full advantage to build a corporate empire.

But Malay dominance was ignored with Dr Mahathir believing wealth creates its own resonance.

It does not. Mahathir insisted upon wealth creation for its own sake, not on the fruits of labour but on greed, gambling and as commission agents, and ignoring the other facets of governance. But he stayed on too long, his policies induced potent enemies from amongst those who benefitted.

His success spawned an arrogance that spread downwards to the village level. Politics suffered. Corruption flourished. Arrogance became a fact of life. He created a hybrid society of Malays languishing in a half-way house between his culture and Valhalla.

When money is the raison d'etre for governance, as in Malaysia it is, corruption flourishes. This is protected by laws that make it all but impossible to charge a corrupt politician or official in court, unless the authorities want to.

They would when the man is opposed to whoever is in power. But that only adds to the divide between the rulers and the ruled.

Nation or tribes?

What complicates it is how a country in 1957 ripe for a united nation is now an agglomeration of tribes and tribal loyalties. It was on course in 1969 when the racial riots hijacked it.

Malay dominance presumed the non-Malay parties would accept it. But it forgot that besides the Chinese, there are other races equally frustrated at the practical and political implications of that policy.

Indeed they are more organised against it than Umno is for it. And tribes do grow to demand their fair share. The BN succeeded because they had no Malay rivals who could challenge or unseat Umno.

Now it has not one but two. Malay dominance is attacked from within, and Umno is tethered to it as the Malay cultural typhoon puts it in fear of being swamped. The challenge comes not only from the Chinese, but the native tribes of Sabah and Sarawak which are more threatening than the Chinese ever could.

This cultural dissonance cuts into every member of the BN. If Umno cannot reinforce Malay dominance with Malay support, it can write itself off. And so the BN too.

The time has come for the Independence generation to make way for its children, but it still clings on to power. That is at the root of Umno's lemming-like rush to self-destruct.