Laman Webantu   KM2A1: 4811 File Size: 29.9 Kb *



PAKU B3: Sampai Bila Mahu ditipu?
By Tengku Mazlan

24/6/2001 2:26 am Sun

[Semakin tua semakin menjadi dan tidak sedarkan diri - itulah yang berlaku terhadap presiden parti Umno kini. Dia sudah buta hati sehingga semua dipersalahkannya termasuk bangsa melayu dan ugama suci yang mereka anuti. Malah pembantunya pula mahu berjihad (yakni membunuh) kaum sendiri sedangkan hanya mufti dan alim ulamak yang muktabar sahaja berhak mengeluarkan kenyataan seperti ini. Lagikan Abdullah Ibnu Ubai pun tidak dibunuh walaupun diketahui.... inikan pula ahli dan pemimpin PAS yang tidak dikenali melainkan apa yang digambarkan oleh pemimpin Umno sahaja seolah-olah mereka mampu melihat apa yang tersirat di hati.

`Abdullah bin Ubai, he was not flogged, either because the corporal punishment commutes the chastisement in store for him in the Hereafter, and he does not deserve this merit, or for the same public interest for which he was not killed previously. He, moreover, became the butt of reproach and humiliation amongst his people after his real intentions had been unequivocally exposed to all the public. [Sahih Al-Bukhari 1/364,2/696-698; Za'd Al-Ma'ad 2/113-115; Ibn Hisham 2/297-307]

Almost a month later, the Messenger of Allâh [pbuh] and `Umar bin Al-Khattab were engaged in the following talk: "Don't you see `Umar if I had had him (Abdullah bin Ubai) killed, a large number of dignitaries would have furiously hastened to fight for him. Now, on the contrary, if I ask them to kill him, they will do so out of their own free will." `Umar replied "I swear by Allâh that the Prophet's judgement is much more sound than mine." [Ibn Hisham 2/293]

Sedarlah Umno betapa ilmumu itu masih belum cukup lagi... jihad adalah kalimah yang suci yang tidak boleh dimain-mainkan sebegini. Malah membunuh seseorang yang halal jihad ke atasnya pun tidak diterima seandainya marah lebih menguasai diri.
- Editor
]


Sampai Bila Mahu ditipu?

Oleh: Tengku Mazlan

Pada bulan hadapan, Mahathir akan menyambut ulang tahun ke-20 dia memegang kuasa sebagai perdana menteri Malaysia, selepas Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn.

Dua puluh tahun bukanlah satu masa yang pendek. Dalam politik ia merupakan satu masa yang amat panjang. Setiap pengamat politik global akan memberitahu, kalau seseorang itu mampu kekalkan kedudukannya di satu tampuk kuasa yang tertinggi dalam satu negara yang dikatakan mengamalkan demokrasi, hanya ada dua jawapan yang tepat mengenainya: (i) Orang itu merupakan manusia berhati syaitan ataupun (ii) Para pengikut orang itu sudah terlalu taksub untuk menyanggah kesyaitanannya.

Demikianlah, apabila demokrasi yang ditayangkan (di luar negara) sebagai amalan Malaysia itu diputar-belitkan begitu rupa sehingga tidak ramai yang sedar betapa UMNO yang menjadi teras kuasa kerajaan berdemokrasi di negara ini mempunyai seorang presiden dan timbalannya yang menang jawatannya yang tidak boleh ditandingi orang lain. Inilah yang dikatakan proses demokrasi sebuah negara yang ditadbir oleh seorang 'diktator baik'.

Sekaligus, segala gelagat kebajingan Mahathir yang terpaksa disokong oleh Paklah menjadi ikutan oleh hampir semua pemimpin UMNO yang menjadi wakil rakyat dan menunjangi pemerintahan negeri-negeri kerajaan BN. Perkara ini dipermudahkan lagi apabila semua institusi kerajaan diperibadikan oleh Mahathir, tanpa ada sesiapa yang sanggup bangun dan berkata:

'Cukuplah.....Tiba masanya anda bersara sebelum negara ini porak-peranda!!!! ' Adakah sesiapa yang melakukannya baik secara terus terang mahupun secara berahsia? Tidak...kerana semuanya takut kepada Mahathir seorang sehingga sanggup melanggari ajaran Allah, sedangkan ramai yang sudah bertaubat di depan Kaabah.


Ucapan Dasar Yang Menjijikkan

Kalau kita kaji ucapan dasar presiden parti politik di negara maju, jarang sekali kita membaca ucapan yang mengutuk parti pembangkang secara melulu. Tumpuan utama ucapan mereka selalunya ditumpukan kepada rencana ataupun wawasan untuk memperbaiki perjuangan parti untuk kebaikan manusia dan negara. Tetapi, bukan begitu caranya Mahathir memberikan amanatnya walaupun sudah dua puluh tahun dia berkuasa. Nampak sangat Mahathir terlalu terdesak sehingga terpaksa mengambil sikap seorang desparado untuk mengutuk semua orang yang menentang kerakusannya. Dalam sikap berbuat begitu dia terlupa bahawa dialah sebenarnya yang menjadi penyebab utama kepada semua kejijikan itu.


Ucapan Yang Menimbulkan Banyak Persoalan:

Kenapakah Mahathir sanggup mengaibkan bangsanya dengan cerita lama bahawa orang Melayu tidak tahu bersyukur? Apakah betul orang Melayu itu malas dan tamak? Ketika Mahathir dan Daim membalun khazanah negara untuk pelbagai projek mega sedangkan wang itu boleh digunakan untuk membina sekolah di seluruh negara supaya tidak perlu anak-anak bersekolah petang, apakah itu bukan bermakna satu penyelewengan? Mestikah orang Melayu bersyukur dengan itu setelah menanggung kerisauan melihatkan anak-anak pulang ke rumah setiap senja?

Bagaimana pula dengan keadaan persekolahan anak-anak di luar bandar kerana tidak cukup makan dan wang jajan setiap hari kerana ibu bapa yang tidak mendapat pendapatan yang selesa? Sebab utama para petani merana kini ialah harga komoditi yang rendah dan kadar tarif komoditi dunia yang amat tinggi. Keadaan ini adalah perkara yang bermusim. Di negara maju kerajaannya menanggung bebanan penurun harga itu dengan menyediakan satu stok pengimbang (stockpile) untuk pengawalan harga. Kemudian, simpanan stok pengimbang itu diberikan kepada dunia ketiga sebagai sebahagian pinjaman ataupun 'grant'. Kenapakah perkara ini tidak dilaksanakan sedangkan menteri perdagangan antarabangsa bersimpang-siur merata negara dan perdana menterinya berbuat serupa sebagai wira dunia ketiga? Inilah yang dikatakan 'subsidi pertanian' yang menjadi amalan semua negara maju di dunia ini. Kenapakah Mahathir lupa akan perkara ini ? Manakah lebih penting antara membina litar-lumba kereta ataupun subsidi pertanian untuk anak bangsa?

Apabila Mahathir mengutuk anak Melayu malas belajar kerana suka melepak dan berfoya-foya, adakah dia berikan statistiknya? Bagaimana pula dengan bilangan Melayu yang berqiamullail? Sedarkah Mahathir betapa ramai anak Melayu yang bergantung kepada biasiswa untuk belajar terpaksa menunggu enam bulan baru dibayar? Adakah Mahathir diberitahu akan banyak kepincangan yang berlaku? Pernahkah Mahathir pergi ke sekolah menengah di luar bandar dan melihat makmal sains dan perpustakaan sekolah serta bilangan guru khas yang tidak mencukupi serta perkhidmatan bas sekolah yang menjeruk hati?

Di negara maju, belanjawan untuk pendidikan merupakan peruntukan yang mendahului peruntukan kesihatan. Kerana itu, gaji para guru dan pendidik di negara maju dibayar setara dengan gaji wakil rakyat. Sekolah-sekolah dilengkapkan dengan perpustakaan yang canggih dan bilik darjah mempunyai segala kelengkapan yang terkini. Bagaimana dengan gaji guru-guru di sini? Pernahkah Mahathir diberitahu betapa Dewan Bahasa dan Pustaka masih menyimpan simpanan buku bacaan yang berjumlah lebih 11 juta naskhah dan bernilai lebih 45 juta ringgit kerana tidak laku? Buku-buku itu tidak laku kerana sekolah-sekolah dan maktab tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk membeli buku. Sedarkah Mahathir betapa guru-guru muda di ibukota masih menghuni perkampungan setinggan dan terpaksa bekerja lebih masa memberi kelas tambahan untuk menambahkan pendapatan?

Adalah mustahil Mahathir tidak tahu kerana warga guru-guru merupakan tunjang keahlian parti. Mungkinkah Mahathir tidak dilaporkan masalah ini kerana menteri dan timbalan menteri pendidikan bukannya wakil rakyat yang dipilih tetapi 'senator' khas pilihan hati?

Bagaimana pula dengan peniaga Melayu yang tidak sabar dan yang mahu cepat kaya? Siapakah mereka kalau bukan pemimpin parti sendiri yang mendapat kontrak secara pintu belakang dan menyerahkannya kepada kaum lain untuk terus hidup laksana bajak-wangkang? Berapa ramaikah antara kontraktor kelas besar ini yang menjadi anggota majlis tertinggi UMNO (termasuk Tun Speaker parti), yang mempunyai alat kelengkapan sendiri yang dibeli dan didaftar dengan syarikat sendiri? Berapa ribu pembayaran syarikat mereka terhadap caruman pekerja yang ada? Ataupun semua itu memang tidak pernah ada kerana semua itu diberikan kepada subkon sahaja?

'Dalam dunia dan di akhirat juga tidak ada yang mudah, tidak ada yang percuma. Hanya mereka yang rajin dan tekun sahaja yang akan berjaya baik dalam bidang ekonomi ataupun dalam apa juga bidang.' Itulah salah satu kenyataan Mahathir. Kenyataan ini kalau diamati mungkin memerlukan lebih sepuluh helai kertas untuk membetulkan pemikiran yang ternyata songsang dan mengelirukan, kerana dalam ajaran Islam kemudahan di akhirat mesti ditanam sahamnya ketika di dunia ini.


Majoriti Melayu Sudah Muflis

Tetapi, Mahathir harus berfikir sedikit bagaimana halnya dengan anak-anak beliau yang diberikan bantuan lebih empat bilion ringgit kerana sudah muflis? Apakah mereka sudah cukup bekerja kuat dan bersabar? Kalau mereka betul-betul bijak kenapakah mereka semuanya bertaraf 'jatuh muflis'? Mahathir dan Hasmah jangan ingat orang Melayu lupa betapa mereka pernah membuat kenyataan bahawa 'semua anak-anak tidak mendapat bantuan' si bapa dalam perniagaan mereka? Cuba bayangkan apakah yang boleh dilaksanakan dengan wang berjumlah empat bilion ringgit itu? Berapa ramaikah anak-anak peneroka yang mampu melanjutkan pelajaran mereka ke pusat pengajian tinggi? Tetapi, cuba lihat kepada syarikat kepunyaan anak-anak Mahathir yang dibantu itu. Berapa ramaikah anak-anak Melayu yang diberikan jawatan tinggi?

Hampir lima puluh peratus orang Melayu yang bergaji bulanan sekarang ini berkeadaan hampir muflis kerana kerugian besar membeli saham - termasuklah hampir semua ahli majlis tertinggi dan pemimpin parti yang menanggung hutang besar kerana harga saham yang dibeli telah menurun begitu jauh ke bawah sehinggakan pinjaman bank perlu ditokok untuk terus setara dengan nilai saham semasa. Inilah antara penyebab utama kenapa para kroni dan sukusakat diselamatkan dengan menggunakan wang dana awam dan tabung haji serta LTAT. Inilah juga penyebab utama penubuhan Danaharta dan Danamodal. Kalau Mirzan, Mokhzani dan segala anak-didik dan anak emas boleh diselamatkan, bagaimana dengan orang Melayu yang terkandas sakan? Ramai yang terpaksa diisytiharkan muflis. Apabila muflis mereka tidak dibenarkan pergi keluar negara walaupun untuk urusan haji dan umrah. Tetapi bagaimana dengan mereka yang dibantu oleh Danaharta dan Danamodal serta anak-anak Mahathir sendiri? Mereka pun muflis juga dan mereka pun seratus kali lebih teruk bankrapnya?

Kalau semua kroni, anak-didik dan sukusakat telah diselamatkan oleh segala khazanah negara kenapakah rakyat Malaysia yang muflis kerana kejatuhan harga saham tidak diselamatkan? Di manakah perginya wang zakat yang sepatutnya digunakan untuk membeli saham yang jatuh itu dan menyimpannya supaya orang Islam yang dibebani oleh fenomena yang di luar jangkaan mereka dapat hidup seperti sediakala? Kenapakah wang Petronas tidak digunakan untuk menyelamatkan orang Melayu yang tersiksa kerana fenomena ini? Kalau anak-anak Mahathir boleh diberikan berbilion ringgit untuk tujuan ini kenapakah marhaen Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya tidak diberikan pertolongan begini?

Jawapannya amat mudah kerana wang itu sebenarnya sudah tidak ada lagi. Seperti juga dengan kontangnya khazanah UMNO yang selama ini dikendalikan oleh Daim. Kalau perniagaan anak-anak Mahathir dan anak-didik Daim boleh kantul sedangkan mereka diberikan pinjaman yang lumayan oleh bank dan projek kelas perdana oleh kerajaan, bagaimanakah wang UMNO?

Seperti jugalah projek Malaysia di luar negara yang menggunakan pinjaman bank di Malaysia. Lihat apa yang terjadi di Filipina dengan projek besi yang dibeli oleh Hottick Ltd. Projeknya di Filipina, hutangnya di Malaysia dan apabila tidak terbayar diselamatkan oleh Danaharta yang merupakan hutang zuriat generasi Malaysia yang ada. Bagaimana pula dengan dua kilang besi waja di Terengganu? Sampai bilakah perkara itu akan dibentangkan? Apakah menunggu Eric Chia mati baru dibuka dan ditutup semula kerana 'saksi yang paling utama sudah tiada'? Begitu juga dengan syarikat Malaysia yang rugi besar di negara orang sedangkan modal usaha dipinjamkan oleh bank Malaysia.


Kuasa Asing Dijadikan Sasaran

Kita boleh dedahkan segala kepincangan ekonomi Malaysia yang sudah dikatakan pulih oleh Mahathir. Dia fikir rakyat Malaysia bertaraf bangang dengan alasannya itu. Dia fikir kilang-kilang yang ditutup setakat ini semuanya melakukannya secara olok-olok - Ditutup bulan dulu dan akan dibuka semula bulan esok? Kebanyakan kilang yang tutup ini tidak akan datang lagi kerana mereka sudah membukanya di negara jiran yang satu ketika dulu lebih teruk diasak kejatuhan ekonomi. Tetapi, semua negara jiran yang teruk itu sudah naik semula tanpa rakyatnya perlu menanggung bebanan hutang yang digunakan untuk menyelamatkan syarikat anak-anak, sukusakat dan kroni serta pak-pacak pemerintah negara.

Mahathir tidak mahu mengaku hakikat ini dan cuba menipu dengan menuduh negara luar dan kuasa besar. Dia mudah berkata: 'Negara asing cemburu dengan kita dan mahu menjatuhkan kita.' Cuba tanya Mahathir, negara mana yang mahu jatuhkan kita? Apa faedahnya mereka jatuhkan kita. Bukankah lebih elok kalau mereka melihat kita kaya raya supaya kita mudah membeli barangan mereka dan mudah ke negara mereka untuk melancong dan berbelanja sakan di negara mereka?

Mahathir kerap berkata negara asing benci kepada kerajaan Malaysia kerana 'Malaysia mampu menangkis serangan ekonomi dan kewangan yang dilancar oleh mereka dan berjaya tanpa pertolongan sesiapa, berjaya dengan pendekatan sendiri, dengan duit ringgit sendiri.' Ketika beliau menyebut perkara ini perwakilan bertepuk tangan setelah menerima isyarat untuk berbuat demikian. Tetapi, cuba buka penyata akaun Petronas dan TNB. Berapa bilion sudah dipinjam daripada pasaran luar? Kenapakah pada awal bulan ini Amerika Syarikat menyekat dan melarang penjualan bon-bon Petronas di Amerika. Kenapakah Mahathir tergamak berbohong dengan perkara yang diketahui oleh seluruh dunia? Bagaimanakah anak-anak muda di universiti mahu memahami taktik kerajaan yang meminjam tetapi tidak mengaku pula?


Kuda Tempang Yang Diberi Peluang

Secara keseluruhannya keadaan ekonomi sudah berubah tetapi bukannya sudah pulih. Dua kenyataan ini jauh perbezaannya. Rakyat masih hidup tertekan kerana hala tuju negara yang mencelaru. Sepatutnya apabila ekonomi diasak, kerajaan melakukan satu bedah siasat untuk mengenal pasti kelemahan yang ada. Segala kepincangan harus diperakui dan rakyat diberitahu dengan jelas segala kepincangan itu. Tetapi, bukan begitu halnya dengan Mahathir yang tidak pernah mengaku segala kesilapan itu. Sebaliknya dia teruskan projek gila-gilanya sambil membelanjakan wang yang ada. Apabila tidak mencukupi dicubanya meminjam lagi di negara luar. Kalau ada wartawan asing yang cuba mendapat penjelasan mengenai keraguan mereka Mahathir (dan juga Rafidah) kerap memarahi yang bertanya dan bersikap bengkeng dan kurang ajar kepada mereka. Rakyat Malaysia tidak tahu perkara in tetapi insiden semacam itu disebarkan luas di halaman dunia perniagaan global.

Kejatuhan ekonomi berlaku di mana-mana. Semua kerajaan menghadapinya termasuklah Amerika yang menanganinya dengan kemampuan mencetak wangnya sendiri. Namun, pada satu ketika Presiden Reagan pernah mengaku di hadapan TV akan keadaan ekonomi yang merosot dan kesilapan kerajaannya yang mahu dibetulkannya. Rakyat Amerika faham dan memaafkannya. Apabila Reagan menaikkan harga petrol dan gas untuk sementara, rakyat faham dan turut bekerjasama.

Tetapi, tidak pula begitu halnya dengan Mahathir. Dia tidak pernah mahu mengaku bahawa keadaan ekonomi Malaysia yang teruk ini adalah disebabkan kerajaan pimpinannya yang sudah lupakan diri. Di zaman Tunku dulu, ketika tercetusnya rusuhan Mei 13, Tunku telah menuduh Mahathir sebagai 'batu api'. Kemudian apabila Mahathir menjadi perdana menteri ada seorang pemimpin Australia yang menggelarnya 'kepala batu'. Apabila ekonomi merudum, Mahathir menuduh semua orang melainkan dirinya sendiri. Sebab itu SN Shahnon Ahmad telah menggelar Mahathir sebagai 'Kepala Tahi'. Apakah Mahathir masih tidak sedar akan perkara ini?

Untuk menutup kepincangan ekonomi yang menghenyak negara, Mahathir cuba mengalihkan pemikiran dan pandangan rakyat kepada perkara lain. Dia telah menggunakan satu taktik yang paling jijik dan berbahaya untuk merencana strategi ini.


a) Pemukauan massa

Mahathir menggunakan taktik Yahudi yang disebut 'Mass Hypnotism' untuk mengalihkan pandangan rakyat. Salah satu taktik yang paling berkesan yang diamalkan oleh Yahudi ialah Episod Holokos. Inilah tragedi pembunuhan dan penyiksaan orang Yahudi di tangan Nazi sehingga dijadikan beberapa filem termasuk 'Judgment at Nuremberg'. Episod holokos ini mampu membantu masyarakat Yahudi menguasai hampir semua industri lumayan di Amerika seperti hiburan (Hollywood dan TV), media (semua jenis elektronik dan cetak) perhotelan (Hilton, Movenpick dan sebagainya, dan makanan (Coca-Cola, Pizza Hut, MacDonald - lambang arca gerbang adalah lambang Freemason) dan banyak lagi.

Akan tetapi, kalau diambil jumlah Yahudi yang mati itu tidaklah seberapa sangat. Tetapi, ia telah digembar-gemburkan untuk mengaut simpati dan tipu muslihat. Sedangkan, kalau kita pergi ke Australia, orang yang bernama seakan Yunani 'Greek' di sana sebilangan besarnya adalah yahudi dan kini menguasai industri perhotelan, restoran, perikanan dan pengilangan. Mereka lari ke Athens dalam Perang Dunia Kedua dulu dan mendapatkan pasport Greece untuk berhijrah ke negara asing.

Di Amerika peruntukan khas diberikan sebagai subsidi tahunan untuk membantu Israel oleh setiap kerajaan yang memerintah. Wang itu disimpan dulu di bank Israel di Amerika sebelum diagihkan secara beragenda ke Israel. Ini membuatkan bank-bank Israel mampu menjalankan kerja-kerja operasi klandestin (operasi haram) di seluruh dunia termasuk di rantau Asia Tenggara. Segala kegiatan haram Israel di rantau ini berpusat di Singapura.

Di waktu yang sama, kita lihat bagaimana Palestin dihenyak oleh Israel walaupun perjanjian Kem David sudah menjaminkan perdamaian sehinggakan dua pemimpin Israel dan Palestin menerima anugerah Nobel dan Palestin diisytiharkan sudah merdeka. Tetapi, kerajaan Palestin tidak dibenarkan menggunakan lapangan terbangnya kerana dikatakan menjadi masalah keselamatan kepada Israel dan sebagainya. Tiap-tiap minggu ada rakyat Israel yang mati kerana dikatakan gara-gara kebajingan Palestin. Yang mati itu adalah yahudi yang datang daripada Russia ataupun Ethiopia dan bukannya mereka yang lahir di Israel.

Apakah secara kebetulan kita melihat Episod al-Maunah (yang dikatakan Memali kitaran semula dengan skrip yang terbaru)? Bagaimana pula dengan kisah penangkapan di bawah ISA yang kini menyebabkan Ezam, Isham Rais, Tian Chua, Sobri, Badrul Hisham, Lokman dan Saari Sungip terpenjara? Di manakah rocket-launcher dan segala senjata yang dikatakan dibeli untuk menggulingkan kerajaan?

Pukauan massa ini dirancang dengan Paklah mengucapkan pelbagai 'kata-kunci' untuk memukau dalam ucapan perasmiannya untuk pergerakan Wanita dan Pemuda. Dia sebut 'Berjihad'........ Berjihad ialah berperang dengan tali Allah. Kalau ahli UMNO terutama sekali Pemuda UMNO disuruh berjihad, bukankah itu bererti berperang? Dengan siapakah peperangan itu kalau bukan sesama Melayu? Bukankah maksud sebenar berjihad itu untuk menjatuhkan PAS sehinggakan Zainuddin Maidin (mamak yang tidak ada sesudu pun darah Melayu). akan memulakan satu rencana menunjukkan rancangan PAS bersekongkol dengan negara asing?

Bawalah mengucap orang UMNO ooi.. Beristighfarlah..... Zainuddin Maidin adalah seorang wartawan haprak yang naik dengan ihsan mengampu dan membodek Mahathir. Untuk naik di Utusan Melayu dulu Zam pernah menuduh Yazid Che Osman (ketika ini menjadi ketua PWM - Persatuan Wartawan Melayu Malaysia) dengan tuduhan mencabul seorang wartawan Cina Singapura. Dia membuat tuduhan itu kerana Yazid adalah seorang ketua persatuan sekerja yang menuntut sesuatu untuk kebaikan pekerja Utusan Malaysia. Yazid digantung kerja dan menganggur sehinggalah dia menang kes di mahkamah. Tetapi Zam naik melambung dalam kerjayanya. Wartawan lama seperti Said Zahari dan juga Tan Sri Samad Ismail serta wartawan veteran tentu ingat bagaimana Zam pernah lari menyorok dalam tandas kerana malu apabila bapanya datang berkain 'doti' mamak tong****. Bayangkan, inilah musibat yang malu dengan kedatangan bapanya sendiri kerana pakaian si bapa itu. Kini dia berlagak mahu membela nasib orang Melayu. Zam harus ingat dan bertaubat kerana isterinya sedang kesakitan kerana lumpuh di rumah. Esok lusa apabila Mahathir gugur, Zam akan disumpah seranah oleh orang Melayu.

Tindakan Zam Haprak ini membuatkan orang Melayu semakin meloya untuk membeli Utusan. Apa akan jadi nanti? Tahun sudah Utusan diselamatkan dengan menipu peneroka FELCRA untuk membeli harta Utusan di Wangsamaju. Tahun ini bagaimana pula, mahu tipu peneroka RISDA pula untuk membeli tanah Utusan di bandar mana?


Pemimpin Haprak Yang Terus Berlagak

Setiap kali kita menulis semacam ini ia adalah laksana menepuk air di dulang. Ia akan mercik ke muka sendiri. Tetapi, itulah yang Mahathir mahu agar orang UMNO lalai dengan tujuan asal mereka bersidang. Bayangkan apakah yang mereka bincangkan itu untuk menaikkan ekonomi Melayu? Mereka sanggup menipu diri sendiri memuji-muja Mahathir sedangkan sepatutnya mereka menasihatkan beliau berundur sebelum terlambat.

Orang Melayu tidak perlu pergi jauh melihatkan muka-muka haprak yang bercakap memuji itu. Siapakah Ibrahim Ali yang mengajak orang Melayu berjihad? Seolah-olah di berani sangat walaupun kita tahu ayahnya dulu seorang kaki gedebe yang dibuang daerah di Buluh Kasap. Tetapi, kalau kita baca buku 'Dua Wajah' karangan Said Husin ketika mereka ditahan di Kamunting dulu, Said Husin ada menceritakan betapa Ibrahim Ali adalah manusia yang paling penakut.

Begitulah juga dengan orang lain yang berlagak dengan semangat jihad untuk memerangi PAS. Siapakah mereka? Mereka kebanyakannya tidak pun menang pemilu yang lalu. Apabila mereka mengajak orang UMNO berjihad apakah mereka faham makna sebenarnya? Sanggupkah mereka memerangi bangsa sendiri kerana politik sedangkan orang yang mahu diperangi itu mempunyai pertalian darah dengan mereka. Kenapakah bodoh sangat golongan ini hanya kerana mahu memuaskan nafsu seorang diktator tua yang zalim?

Bayangkan seorang speaker DUN Kedah yang bersuara lantang menghina bangsa sendiri sedangkan dia sepatutnya mengkritik kerajaannya yang sudah muflis dan kering kontang.


Sedarlah Sebelum Terlambat.

Orang-orang seperti ini harus sedar sebelum terlambat. Sebelum mahu mengganyang PAS cuba lihat dulu apa yang ada di PWTC di luar dewan. Cuba perhatikan rombongan daripada kampung pendalaman yang ditaja untuk datang duduk bersila menyaksikan perjalanan persidangan. Mereka dipukau untuk melihat gambar huru-hara di negara orang sebagai ingatan itulah yang berlaku di Kuala Lumpur kalau reformasi diberikan permit. Tetapi gambar orang reformasi berdemo secara aman tidak ditunjukkan.

Kita boleh lihat orang kampung pedalaman yang ditaja ini bermundar-mandir membeli belah di Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka ditaja dengan menaikki bas kilang dan bas pelancong, sehinggga tidak ada bilik hotel yang kosong. Apakah tidak ada sedikit perasaan kasihan melihat pakaian mereka ini? Apakah tidak ada perasaan keinsafan kepada kaum wanita yang memakai gelang hampir ke siku dan melihat keadaan kedaifan golongan yang duduk bersila itu?

Setiap tahun kita lihat Nenek Siti Semah melawat gerai di situ dan diberikan hadiah 'scarf' sehelai dua yang tidak pun dipakainya untuk menutup kepala. Apakah hadiah yang diberikan kepada pengundi setia UMNO ini? Apakah perasaan kumpulan luar bandar itu apabila memikirkan harga sekilo beras berbanding pendapatan bulanan mereka jika mereka melihatkan harga pakaian dan tas tangan mak datin yang tebal mekapnya? Adakah isteri-isteri para menteri yang mendekati mereka untuk bertanya keadaan mereka untuk dirunding mengambil salah seorang anak kampung sebagai anak angkat? Nenek Asmah sanggup mengangkat anak Afghan tetapi kenapa tidak anak keluarga tempatan?

Oleh kerana perencanaan Mahathir dan pucuk pimpinan UMNO menipu dan memutar minda orang UMNO dalam persidangan tahunan seperti yang ke-55 ini, makanya kita lihat tidak ada sesuatu yang boleh dibanggakan daripada UMNO. Kita percaya ramai yang bercakap sumbang itupun diacah dan dipujuk untuk bercakap begitu. Kalau mereka betul-betul berdarah Melayu dan bertaqwa mereka tentu tidak mahu memperakukan apa yang telah mereka cakapkan. Oleh kerana mereka bersikap melakonkan ucapan itu, makanya mereka mampu berlagak begitu.


Apalagi Yang Mahathir Mahu

Mahathir dan Paklah sudah berjaya dengan strategi mereka. Selepas ini apa lagi? Mereka berjaya melencongkan masalah Daim yang 'bersara' sebagai lakonan untuk melepaskan peluang akar umbi menyoal mengenai wang UMNO dan orang Melayu. Mereka berjaya menyerang PAS dengan konsep berjihad. Mereka berjaya melencongkan masalah besar ISA yang melibatkan pemimpin Keadilan. Cuma satu soalan muncul kini. Kalau Mahathir begitu angkuh memperakui UMNO mempunyai hampir tiga juta ahli, apakah yang ditakutkan sangat kepada parti lawan? Jumlah tiga juta pengundi dengan tambahan 600,000 dalam satu tahun, adalah satu angka yang hebat menjamin kekuasaan negara oleh UMNO sehingga hari kiamat.

Tambahan keahlian baru berlaku sebelum Mahathir meminta Pemuda UMNO melancarkan kempen menarik warga muda menganggotai UMNO. Belum lagi pengisytiharan Puteri UMNO. Kalau konsep seorang bawa masuk lima, bererti keahlian UMNO mampu naik dua kali ganda. Ini membawa erti kerajaan Malaysia akan tetap di tangan UMNO tanpa perlu bantuan parti komponen BN yang lain. Kenapakah kekuatan ini tidak digunakan oleh UMNO untuk bersikap lembut, berbudi bahasa dan mematuhi ajaran agama dan amalan budaya agar UMNO akan terus kuat dan bertenaga. Bukankah taktik semacam ini mampu menumbangkan PAS dan Keadilan?

Apakah muslihatnya sehinggakan Mahathir dan Paklah mengambil konsep kurang ajar terhadap bangsa Melayu masakini? Apakah yang ditakutkan kalau UMNO sudah kuat? Mahathir dan Paklah mampu terus berkuasa tanpa ada sesiapa yang berani menandingi jawatan mereka. Kenapakah tidak diluluskan satu undang-undang baru dalam perlembagaan bahawasanya jawatan itu terus dipegang oleh mereka berdua sehingga tidak bernyawa? Lainlah kalau angka yang disebut itu adalah satu pembohongan dan penipuan besar. Lainlah kalau Mahathir sendiri merasakan jawatannya itu sudah tergugat dan dia sudah merasa tidak selamat untuk tidur di Putrajaya sehingga terpaksa menetap di 'The Mines' (bersebelahan kediaman Tan Sri Shamsuddin Sapura).

Kalau tepat telahan ini, maka terjawablah sedikit teka-teki kenapa negara asing ditohmah sebagai mahu datang menjajah. Parti pembangkang ditangkap kerana dikatakan mahu menjatuhkan kerajaan. Rakyat pula dinafikan hak membaca akhbar dan majalah yang mereka suka dan keluar negara apabila mereka mahu. Patutlah Mahathir mahu kekalkan ISA kerana itulah senjata terbaik untuknya, lebih berkuasa daripada lima buah kapalselam yang akan dibeli dan lima buah penjara baru yang akan dibina. Apakah kerana itu jumlah anak Melayu yang menagih dadah semakin meningkat kerana itu tidak menjadi keutamaan kerajaan kerana penagih dadah tidak tahu bersyukur kepada pemerintah.

Satu hari nanti, besar kemungkinannya Mahathir ataupun Siti Hasmah akan bangun dari tidurnya di pagi hari dan mula bermain dengan tahi sendiri. Hanya pada waktu itu barulah orang UMNO sedar bahawa sudah terlambat untuk menyelamatkan nasib bangsanya sendiri. Pada waktu itu Mahathir tidak akan disebut 'Kepala Tahi' lagi. Dia sudah layak disebut dengan tepatnya sebagai 'pemain tahi'. Pada waktu itu siapakah antara perwakilan UMNO yang ada kini yang sanggup mengangakan mulutnya?

Tengku Mazlan
Jun 22, 2001.

...bersambung....


[Bahagian Tiga: Apalagi Yang Mahathir Mahu - Apalagi Yang Melayu tunggu]