Laman Webantu   KM2A1: 4812 File Size: 9.2 Kb *



TAG SP 180: Kami Bukannya Berperang [Asiaweek]
By Assif Shameen

24/6/2001 2:48 am Sun

[Daim asalnya seorang peguam yang kemudiannya berniaga garam. Semua itu ditinggalkan kerana tidak menguntungkan serta amat lambat untuk mengecapi kekayaan. Umno menyediakan banyak peluang untuk membolot perniagaan yang lumayan kerana banyak orang dalam dan semua boleh diatur dalam diam asalkan ada imbuhan. Apabila mula kebisingan Daim akan lesap dan duduk berjauhan kerana dia takkan menang jika berperang.

Jika Ku Li tewas di luar dan Anwar tertewas di dalam, tidak mungkin Daim akan menang jika membantah baik dari luar mahupun dalam. Hanya Anwar yang seperti menang di luar - itupun kerana rakyat berdiri dibelakangnya. Siapa yang mahu berdiri di belakang Daim? Wang sudah sukar kerana Mahathir baru sahaja mempromosi kempen anti politik wang. Tiada jalan keluar untuk Daim melainkan berpura-pura dan diam sahaja. - Editor]


Terjemahan SPAR-03-028


Kami Bukannya Berperang

(Asiaweek: We Are Not At War)

oleh: Assif Shameen

Daim Zainuddin ketawa dengan kuatnya apabila desas-desus mengatakan dia telah ditangkap polis. Sambil berdiri di ruang legar pejabat perdana menteri pada 18 Jun yang lalu, bekas menteri kewangan itu dilihat bercakap-cakap secara selamba dengan pegawai kerajaan, sambil menunggu giliran menemui perdana menteri Mahathir Mohamed. Apabila mereka berjumpa, Daim telah menyerahkan buku-buku kewangan yang ada pada simpanannya ketika menjadi Bendahari UMNO selama 17 tahun. Kemudian dia pun beredar keluar dari situ dengan kereta Proton berwarna putih. Beredarlah seorang insan yang sudahpun beruban rambutnya yang kelihatan kemas. 'Kami bukannya berperang,' kata Mahathir, kemudian.

Sememangnya, perpecahan satu usahasama yang terjalin dua dekad lamanya bukan laksana dua orang panglima tentera yang bertelagah kerana mahukan kuasa memerintah satu kumpulan tentera. Ia lebih mirip menyangkuti dua orang arkitek, seorang dalam bidang politik dan seorang dalam bidang kewangan - yang telah tidak sebulu dan sekata mengenai cara mengubah-suai rumah mereka yang sudah pun dikira selesa. Mahathir telah melakar hiasan dalaman, memilih perabot dan menghentikan perkhidmatan para petugas yang tidak secocok dengannya. Daim menentukan segala bil dan perbelanjaan dibayar sambil menentukan cukup wang dalam tabungan untuk digunakan seterusnya. Tetapi, Mahathir semakin terasa betapa sumbangan Daim itu sudah mengundang bahaya. 'Daim sudah menjadi satu liabiliti,' kata Lim Kit Siang, ketua DAP. 'Dia terpaksa mengundurkan diri.'

Daim berusia 12 tahun lebih muda daripada Mahathir yang melebihi 75 tahun umurnya. Mereka berdua berasal daripada kampung yang sama di Seberang Perak, Kedah. Daim mula menjadi jutawan pada awal 1970-an melalui hartanah dan kemudiannya beralih kepada perbankan pada 1981. Pada tahun itu Mahathir menjadi perdana menteri dan melantik Daim mengetuai Fleet Group, yang merupakan sayap perniagaan UMNO. 'Apabila Daim memulakan tugasnya sebagai Raja Duit, amat sukar untuk anda menelah setakat mana syarikat UMNO berakhir dan yang mana pula syarikat kepunyaan Daim bermula,' kata Lim. Ketika Daim mula-mula menjadi menteri kewangan pada 1984, dia telah dikritik hebat kerana memiliki kuasa majoriti dalam sebuah bank utama sehinggalah dia menjual sahamnya dalam bank itu pada 1986. Lagipun di bawah Dasar Ekonomi baru, Daim ditugaskan mendidik beberapa usahawan Melayu. Sama ada betul ataupun tidak dia telah digelar 'sifu' kepada beberapa orang usahawan yang menonjol itu. Apabila empayar bisnes mereka membesar, begitulah juga nama Daim. 'Dia menjadi satu lambang inspirasi kepada setiap ahli politik yang gigih,' kata seorang ahli UMNO yang rapat dengan tampuk kuasa.

Namun, segelintir usahawan yang menonjol itu mungkin telah menjadi penyebab kepada kejatuhan Daim, akhirnya. Apabila ekonomi Malaysia merudum, perniagaan mereka turut terhenyak dan hutang pun naik mencanak. Walaupun Daim dan Mahathir pernah bertel agah mengenai beberapa dasar seperti menetapkan kadar tukaran matawang negara, masalah yang terbesar memuncak apabila kerajaan membeli saham MAS pada dua kali ganda harga pasaran semasa, dan penyelamatan saham telekom yang kecundang dengan menggunakan dana awam di tabung pencen. Dua-dua urusniaga itu adalah tanggungjawab Daim tetapi ia telah mencetuskan kegegeran rakyat.

Daim tidak pun menghadirkan dirinya di persidangan tahunan UMNO. Dia meminta maaf dengan alasan dia mahu beredar keluar negara. Masyarakat politik di Kuala Lumpur berpendapat mereka berdua akan menjadi orang yang rugi kalau mereka membiarkan persengketaan mereka berterusan. Tidak akan ada tangkapan, ataupun membalas dendam. 'Daim bukannya orang yang mahu melawan,' kata Chandra Muzaffar, seorang ahli akademi yang kini menjadi timbalan presiden parti pembangkang, 'Keadilan'. 'Walaupun sudah tidak memegang jawatan lagi, dia pasti akan akur pada apa yang diarahkan nanti.'

Selalunya ia memerlukan satu krisis untuk menyerlahkan kepincangan sesuatu sistem, inilah yang pernah dikemukakan oleh Daim satu ketika dulu. Mahathir mungkin sudah membuat keputusan bahawa Daim ialah punca kepincangan itu.

Terjemahan SPAR-03-028




Asal:


http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/ nations/0,8782,132150,00.html


'We Are Not At War'

Rumors of Daim Zainuddin's arrest set Malaysia abuzz. But you don't jail your co-architect. You just sack him and rebuild the house

By ASSIF SHAMEEN Kuala Lumpur


Daim Zainuddin laughed out loud when rumors of his impending arrest reached him. Standing in the lobby of the prime minister's office June 18, the former Malaysian finance minister was chatting animatedly with government officials, awaiting an audience with Mahathir Mohamad. When they did meet, Daim handed over the books he had kept as UMNO treasurer for 17 years, then drove away - a neat, white-haired man in his neat, white Proton. "We are not at war with one another," Mahathir said later.

Indeed, the dissolution of a two-decade partnership was never about two generals facing off for command of their army. It was more about two architects - one political, one financial - who disagreed about renovating their comfortable house. Mahathir designed the interior, chose the furniture and threw out servants who crossed him. Daim ensured the bills were paid and there was plenty in the kitty for upkeep. But Mahathir seems to have decided that Daim's contributions were drawing too much heat. "Daim had become a liability," says Lim Kit Siang, leader of the opposition Democratic Action Party. "He had to go."

Twelve years younger than the 75-year-old Mahathir, Daim hails from the same village in Kedah state, Seberang Perak. He made his first millions in real estate in the 1970s and moved into banking in 1981. That same year, Mahathir won the premiership and put Daim in charge of the Fleet Group, UMNO's business arm. "Once he became financial czar, you could never tell where UMNO companies ended and Daim companies began," says Lim. When Daim became finance minister the first time in 1984, he drew heavy criticism for holding majority control of a major bank until he sold out in 1986. Also, under Malaysia's New Economic Policy, it was Daim's job to nurture ethnic Malay entrepreneurs. Rightly or wrongly, he was called the mentor of some of the highest fliers. As their business empires grew, so did Daim's legend. "He was a role model for every aspiring politician," says a former UMNO insider.

But some of those highfliers may have been Daim's downfall. As Malaysia's economy struggled in recent years, their businesses sputtered and their debts ballooned. While Daim and Mahathir did have disagreements over policy, like what to do with the ringgit peg, the final straw seems to have been the government's purchase of shares in Malaysia Airlines at double the market price, and the bailout of a failed telecom share offer using public pension funds. Both deals came under Daim's purview as finance minister, and both provoked huge public outcries.

Daim did not attend the UMNO general assembly. He apologized, saying he would be out of the country. Cool heads in the Malaysian political cauldron say both he and Mahathir have too much to lose to take matters further. There will be no arrest, no trial, no tit-for-tat. "Daim is not by nature a fighter," says Chandra Muzaffar, an academic, now deputy president of the opposition Keadilan party. "Out of office, he will do what he is told." Often it takes a crisis to reveal flaws in the system, Daim once mused. Mahathir may have decided Daim is the flaw.