Laman Webantu   KM2A1: 4814 File Size: 31.8 Kb *



PAKU B4: Ucapan Penangguhan si Raja Penyangak
By Tengku Mazlan

24/6/2001 8:48 pm Sun

[Berikut antara ucapan Mahathir yang menghentam banyak pihak - lebih-lebih lagi parti PAS dan Suqui. Turut disentuh ialah isu al Maunah dan krisis Nanyang. PAS dikatakan ingin membunuh Umno kerana kununnya kafir tetapi yang peliknya al Maunah yang mahu dikaitkan dengan PAS tidak membunuh pun orang Umno. Tetapi siapa yang membunuh banyak ahli PAS di Memali? Malah ada banyak pembunuhan ke atas ahli PAS dilakukan secara misteri tanpa ada sesiapa tertangkap sampai hari ini. Kita sudah catatkan di KM2 Umnolah pembunuh di Memali mengikut sumber dalaman rahsia polis sendiri. Malah pemimpin Umno membunuh ahli dan rakan seperjuangan sendiri - apakah ini contoh yang mahu diteladani? Umno juga menghukum dan mengaibkan seseorang tanpa bukti syarie - apakah inipun mahu dicontohi? Dan wanita Umno bertudung dengan rambut terjulur sedangkan itu menyalahi tuntutan ugama - adakah ini juga perlu diikuti?

PAS, jika silap pun cuma ahlinya yang pasti ada yang tidak betul di mana-mana. Apa yang penting ialah pegangan yang termaktub di dalam perlembagaannya. Inilah yang perlu dinilai - bukannya individu. Kalaulah PAS memang mengkhianat dan menyeleweng mengapa majlis fatwa tidak mengutuknya sahaja dan mengapa pertubuhan Islam se dunia mengiktirafnya pula? Mengapa tidak Umno sedang Umno beria-ria ia hero Bosnia?

Bukankah presiden Umno inilah yang mengizinkan rakyat Iraq di hujani bom sehingga menderita sehingga hari ini? Inikah contoh seorang pemimpin Islam yang perlu dicontohi atau seorang yang haprak dan sudah tidak sedarkan diri?
- Editor
]


Ucapan Penangguhan si Raja Penyangak


Apalagi Yang Mahathir Mahu, Apalagi Yang Melayu Tunggu.

Catatan oleh: Tengku Mazlan


Persidangan tahunan UMNO yang ke-55 berakhir sudah. Kita turunkan di sini rakaman dan catatan secara 'verbatim' apa yang diucapkan oleh presiden haprak UMNO itu.


---ooOoo---

'Ada pihak berkata persidangan kurang bersemangat kununnya tidak begitu ghairah berbanding tahun yang lepas. Memanglah kalau dipandang di satu sudut, iaitu daripada sudut mengecam parti sendiri, tahun ini memang sunyi. Tetapi, kalau diambil kira kecaman terhadap orang yang patut di kecam - musuh parti - tahun ini, ucapannya amat bersemangat. Saya ucap tahniah terutama kepada mereka yang bercakap berkenaan tajuk agama. Saya kagum dengan mereka dengan Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Inggeris. Saya ingin beri amaran kepada mereka yang berminat menjadi pemimpin UMNO pentingnya menguasai tiga bahasa itu. Kerana kita tahu tokoh-tokoh Islam zaman silam, mereka pakar dalam berbagai bidang; matematik, astronomi, perubatan dan di masa yang sama cekap dalam bidang agama. Dengan itu apa yang mereka katakan lebih mudah diterima oleh penganut Islam. Saya lewat sikit, tapi cuba belajar banyak untuk mengetahui setakat mana PAS sanggup bohong. Memang apa yang dikatakan PAS memang fitnah dan pembohongan.

'Saya ingin minta maaf kepada ahli kerana ego saya. Saya kata ego saya apabila disebut tentang 'presiden yang disayangi,' tak payahlah puji presiden. Yang dipuji bukan Mahathir tetapi presiden UMNO. Presiden UMNO perlu dipuji dan mungkin ditaati. Yang kedua lebih penting kerana patuh akan arahannya maka segalanya akan selamat melainkan kalau kita pilih presiden kerana dapat sogokan yang disebutkan. Jangan pilih pemimpin yang menghulur derma kepada kita. Dengan itu kita dapat tentukan presiden kita dapat kita taati.

'Taat kepada presiden penting kerana saya tertarik ucapan wakil Kelantan yang berkata:

'Para wakil berpeluang memilih tiga tahun sekali, presiden boleh pilih hari-hari'

Memang benar dan dia tentu tahu perkara ini. Apabila dia kalah menjadi MT saya pilih dia sebagai MT yang dilantik. Apabila kalah pemilu saya ambil dia ahli Dewan Senget. (Dewan Senat sebagai senator). Dari dewan senget dia jadi setiausaha parlimen, lepas itu dua bulan sahaja menjadi timbalan menteri. Itulah kuasa perdana menteri dan presiden parti. Baginya pilihan ini tepat dan cukup baik. Dia tak tahu apabila saya pilih dia banyak orang komplen. Apa pilih ini tak kena..... masalah presiden pilih orang tak kena. Tak pernah yang saya pilih kena pada semua orang. Selalunya saya pilih calon pilihanraya (pemilu), semua orang yakin dia tak boleh menang. Saya pilih kerana ada orang yakin dia boleh menang. Dia berusaha agar calon itu akan kalah kerana mahu kata 'tengok presiden tak pandai pilih calon!! Bukan kita tidak bantu. Dia sabotaj...... itu sebab kalah. Kalau pilih dia..... yang ini pun sabotaj. Inilah masalah, dan saya mempunyai pengalaman 10 tahun sebagai ketua perhubungan sebuah negeri terkenal. Semua pilihan saya tak kena. Bila tak kena ditentukan supaya kalah. Nak kalah tak susah, nak menang yang susah. Bukan kerana parti lawan kuat. Saya tidak fikir orang yakin orang PAS itu perjuangkan Islam. Macam dia buat bertentangan Islam, ramai orang yang mahu menyokong orang ini. Kerana orang kita sabotaj, yang lebih teruk lagi sokong parti lawan, untuk tentukan pilihan presiden tak tepat.

'Parti lawan lebih dari tongkoi (tunggul) kayu. Mat Sabu.... Ulama Al Uztaz Ahmad Sabu yang berkhalwat kes yang terang sekali. Dia dilihat oleh 4 orang pegawai jabatan agama yang tidak ada dosa besar sebagai saksi, terlepas juga. Itulah undang-undang PAS setelah 4 orang bagi bukti. Orang yang macam ini menang dengan lebih undi. Campak di Kuala Kedah menang kerana puak ini taksub dengan puak mereka. Jenis macam ini pun mereka akan sokong. Orang UMNO (yang) baru sahaja menyeberang masuk PAS dipilih calon..... menang. Macam jenis manusia yang tak ada otak, tak boleh fikir semua kalau jadi calon PAS menang.

'Di sini presiden yang disayangi ini memilih calon, ada yang kata: 'calon tak kena kerana tak kami sokong. Bukan kami tak kuat semangat, kuat...... (sampai kedut muka bila cakap), kami tidak boleh terima orang ini.

'Parti PAS boleh gunakan tongkoi kayu. Ada sekali dia bawa kasut calon keliling, menang lagi. Saya pilih orang UMNO sebagai calon.... boleh kalah. Sebab itu kalau nak tentukan parti menang janganlah sayang presiden sahaja. Taatilah arahan presiden. Presiden tidak ada kepentingan lain melainkan memberi kepentingan kepada parti sahaja.. Saya ingin orang yang saya pilih tak bagi satu sen pun. Dulu yang menentang saya pun saya pilih. Saya tidak kira asalkan dia berjiwa UMNO berjuang untuk UMNO.

'Walaupun saya terkilan dulu, yang terkilan Dr. Mahathir, presiden tidak boleh terkilan. Saya tidak ada kepentingan apabila memilih seseorang menjadi calon saya mintak kita semua berikrar supaya calon yang kita pilih tidak ada lagi soal dibangkitkan sama ada dia sesuai ataupun tidak. (Betulkah tepuk.. kalau betul semua bangun... Alhamdullilah... segala puji bagi Allah...... pemerhati juga bangun). Kalau ada semangat ini 2004 kita sapu bersih. Dan kita akan tawan balik Terengganu dan Kelantan. Jangan ada soal lagi kerana saya telah fikir habis-habis dan sebelum saya tentukan siapa calon mungkin tidak baik kepada sesuatu orang, pada orang lain mungkin baik. Saya minta disokong sama ada dia terdiri orang kesayangan kita ataupun tidak. Apakah dia calon UMNO ataupun tidak, rakan kita, demi kepentingan UMNO yang menerajui BN kita akan memberi kemenangan kepada mereka. Inilah makna sayang kepada presiden, taatlah kepada Presiden. Tak payah ada jawatan, Bila kita kata jangan guna wang politik, dalam pengadilan tetap ada perasaan tidak adil kepada yang kena hukuman. Kalau kita ada dalam tenterea kita berperang akan ada askar di barian hadapan dan ada di barisan belakang. Tentu yang di depan berasa teraniaya.

'Apabila pertempuran, yang cedera ialah di hadapan. Untuk menang mesti ada barisan hadapan, kalau ini tidak adil ' sarjan saya mahu pergi ke belakang' dan terus lari.... habislah pasukan itu. Pasukan akan kalah dan dia menjadi mangsa sebab yang di belakang, apabila yang depan gugur, yang belakang ambil tempatnya. Inilah caranya dalam penghakiman juga ada hukuman yang ternampak tidak adil. Kita tidak boleh yakin semua hukuman kadang-kadang tidak adil. Sehingga ada orang yang tidak membunuh ada yang dihukum gantung. Sejarah dunia kita tidak ada keadaan yang tidak cacat sama-sekali. Mungkin ada yang cacat, kita beri peluang untuk dirayu, jangan tak senang hati itu nasib kita yang ditakdirkan.

'Segala yang dibuat harus diterima kerana kita sayang disiplin dan kebersihan parti amat penting kepada kejayaan. Kalau persepsi orang lain UMNO dipimpin terlibat rasuah mereka tidak akan memberi sokongan dan undi kepada calon UMNO. Kita tidak boleh menang dengan 3 juta ahli Umno. Kita perlu mendapatkan simpati orang luar dengan buktikan kita parti yang bersih, bergerak semata-mata kerana bangsa, agama dan tanah air dan tidak lain dari itu.

Percayalah, apabila kita kikis amalan tidak baik, ada sokongan orang luar; lebih ramai akan menyertai UMNO. Saya yakin tahun depan kalau Najib menjalankan urusan mendaftarkan lebih ahli UMNO kerana persepsi mereka inilah parti yang memperjuangkan nasib mereka.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Saya telah membuat ucapan yang panjang dan lama. Saya ambil masa, sehingga saya panik kerana tidak datang ilham. Sudah 19 kali, idea baru cukup susah. 'Last minute' (saat akhir) dia datang dan saya harap ucapan saya ini dapat difahami. Namun demikian saya berasa ada yang tidak begitu faham maksud saya. Saya berpendapat, orang Melayu mempunyai kebolehan sama dangan kaum lain. Yang menyebabkan kita ketinggalan pelajaran, ekonomi dan lain-lain bidang kerana kita tidak berusaha secukupnya. Tidak ada alasan lain: kemasukan unviersiti 80% wanita, 20% lelaki. Kita tidak percaya lelaki begitu bodoh. Cuma satu per empat daripada kecerdasan wanita, lelaki berkelulusan rendah kerana mereka tidak belajar. Sekolahnya sama, bilik darjah sama, alatannya sama, bukunya sama, gurunya sama, kenapakah kelulusan begitu rendah. Kerana mereka tidak belajar kerana berbagai sebab. Tetapi, tak kurang hanya kadang-kadang malas. Nak belajar bukan susah. Apa yang kita buat, kita boleh pandai kalau buat berulang kali. Itu naluri manusia kalau kita buat berulang kali kita akan cekap. Kalau tak buat langsung kita seperti ramai pelajar lelaki yang tidak belajar sama-sekali. Itu sebabnya kelulusan mereka tidak tinggi.

Saya dengar cara yang mudah oleh wakil Kedah, supaya makan telur pagi-pagi. Saya kagum dengan ucapannya yang lain. Yang itu tidak boleh terima. Dengan makan telur boleh cerdas otak, saya derma telur banyak-banyak. 'Jangan makan nasi lemak. Bangun pagi-pagi makan telur jangan makan nasi lemak.' Teruklah orang jual nasi lemak, dia rugi kita pun tidak pandai. Sebenarnya tidak ada jalan yang mudah - kita mesti tekun belajar. Bangun pagi buka buku; baca dan baca. Kita tidak tinggal ibadat kita. Jangan pergi dengar syarahan politik PAS; tidak akan menolong kita bidang agamapun. Ulang segala kerja-kerja rumah yang kita perlu buat. Saya yakin kalau diulang-ulang lepas sekolah balik terus tanpa pergi pusat beli-belah, penuntut lelaki akan mendapat kelulusan dan melayakkan diri mereka.

'Saya tidak minta kuota 55, orang lain 45 persen. Bukan baik sangatpun. Kalau dijumlah IPTA dan IPTS kita hanya dapat 25 peratus, jalan yang senang ialah kuota.

Sebenarnya kalau kita lulus 100 persen dia terima kerana mahu fulus. Tidak ada kuota, Siam, ataupun Kazakstan, bila ada duit, mereka sanggup terima. Tetapi yang penting ialah kelulusan. Kalau cukup tinggi, kita sanggup beri biasiswa supaya boleh masuk. Kalau kelulusan tidak tinggi takkan kita tak boleh dapatkan lebih dari 55 persen. Yang menjadi masalah untuk Melayu, kita kena turunkan paras kelulusan yang cukup rendah. Kalau ada paras yang sama kita dapat hanya 25 persen. Ini bererti kualitinya rendah. Honours Kelas Pertama orang kita tidak boleh (dapat). Apakah dia tidak boleh dapat 10 A' Saya tidak percaya kalau mereka tidak berjaya. Kena belajar siang dan malam. Dulu kampung tidak ada lampu. Kini, emak pun tidak makan sirih dan dia dia gosok gigi dengan colgate. Emak pun tak kacau anak lagi, Saya yakin kita boleh.. Itu mesej yang saya sampaikan...... tidak ada 'shortuct' dan jalan mudah.

Kalau kita cari jalan mudah, dalam bidang ekonomi, perusahaan, pelajaran sama sahaja. Orang Cina pandai kerana dia belajar. Kita perkenalkan sempoa orang kata kita kacau. Saya tengok bagaimana mereka lebih cepat daripada calculator. Suruh dia darab 12 angka kali 12 angka. Cepat daripada calculator. Orang Cina boleh buat, Melayu pun boleh buat 'mental arithmetic' yang lain. Bermakna potensi kita ada, yakinlah kita boleh dan berusahalah.

Semua orang UMNO ada anak belaka, lima orang setiap kelamin, takkan tak boleh kut. Yang nak beranak bukan suami, si isteri...... Nyanya orang lain tidak dapat. Selama satu jam lima puluh minit itulah mesej saya. Tinggal lagi belum berdiri atas kepala.

Selain masalah itu, ramai kita tidak menumpukan pelajaran bidang yang penting zaman ini. Kita hadapi masalah PAS yang nampak undi sahaja. Daripada tadika mereka ajar anak mereka benci UMNO dan jangan belajar benda-benda yang sekular, pelajaran orang kafir. Kita sebagai Islam patut belajar agama sahaja. Kalau belajar perkara lain masa mesti ditumpukan kepada syarahan agama, inilah penghalang kepada pencapaian orang Melayu yang berbakat. Mereka menghalang kejayaan Melayu. Saya dapati setelah teliti negara Islam yang lain kenapakah negara Islam mundur hari ini dan mudah ditindas oleh kuasa besar. Sebabya apabila ada pemerintah yang cuba memodenkan negaranya memperkenalkan ilmu yang dianggap penting untuk pembangunan negara, akan muncullah satu kumpulan menentang usaha ini kerana kononya usaha ini tidak Islam.

Semasa saya kecil, perbahasan yang hangat ialah sama ada lampu elektrik boleh dipasang dalam masjid. Mayat mesti diusung kerana kereta ada enjin kepunyaan kapiak (kafir). Ini menjadi amalan bertahun-tahun sehingga barat tinggalkan kita. Sekarang ini kalau ada negara Islam yang mahu maju, akan muncul kumpulan yang menentang sehingga membunuh yang cuba memajukan negara kita. Itu sebab kita lihat apa yang berlaku di Mesir, Algeria, dan negara Islam. Akan muncullah orang ini yang sanggup sehingga membunuh kalau tidak ikut tafsiran Islam yang mereka buat. Ada kumpulan mazhab yang percaya menjadi tanggungjawab orang Islam lain yang mereka anggap tidak Islam. Untuk membersihkan Islam, mereka perlu membunuh orang Islam yang tidak mengikuti tafsiran mereka. Inilah kumpulan yang meminjamkan perkataan 'Asssin' (assassin) kerana dikatakan kafir. Apabila PAS berkata UMNO kafir mereka buat tuduhan kerana ingin menentang segala usaha UMNO menjadikan orang Melayu dan Islam sebagai satu bangsa yang mampu bersaing dengan bangsa maju yang lain. Ini adalah sekular, kafir, orang UMNO adalah kafir, halal bagi mereka tentang kafir. Sudah ada kumpulan yang sudah sanggup mencuri senjata dengan tujuan menjatuhkan kerajaan dengan guna kekerasan. Ini kesan supaya darah UMNO dihalalkan kerana meraka tidak berprinsip.

Kita tidak boleh anggap perkara ini ringan kerana mereka ada tujuan tertentu apabila mengkafirkan orang UMNO. Mereka sudah bermula. Kita lihat apabila al-Maunah sudah bergerak. Kita berjumpa orang yang dapat latihan di negara tertentu untuk membunuh dan buat huru-hara. Ini adalah permulaan kalau tidak dihalang ia akan berkembang. Ada yang percaya membunuh orang UMNO adalah halal kerana UMNO kafir. Inilah yang sekat kemajuan Islam. Akan muncullah kumpulan yang mendakwa orang kafir dan darah mereka dihalalkan. Dengan itu tidak ada negara Islam yang mungkin maju. Kita jadi negara lemah yang mudah ditindas. Itu sebab orang Islam dibunuh di Kosovo, Palestin, Iran, Iran dengan mudah oleh musuh Islam dan oleh Islam sendiri yang percaya mereka bukan islam. Orang seperti PAS dan kumpulan kemajuan negara Islam mereka adalah pengkhianat kepada orang Islam dan negara Islam. PAS mengkhianati orang Islam, dan mengkhianati negara Islam. Dunia mengikhtiraf negara ini sebagai negara Islam yang menjadi contoh. Tetapi PAS sebagai pengkhianat cuba menidakkan keislaman kerajaan ini kerana kerajaan ini sekular, Jawab Haji Hadi kerana kita gunakan sistem pentadbiran yang ditinggalkan penjajah dulu - 'civil court' (mahkamah sivil) dan bukan mahkamah syariah. Inilah jawapan Haji Hadi kerana kita gunakan sistem pemerintahan penjajah dulu.

Saya nak tanya apakah dia hapuskan mahkamah sivil itu ataupun tidak. Kalau kata baca Harakah dalam BAHASA Inggeris, bukan untuk orang kampung. Apa jawapannya, dalam HARAKAH? Ini adalah wawancara eksklusif oleh Malaysiakini - Zakiah Koya. Satu soalan yang ditanya. ? 'If Terengganu were to become Islamic State, would it be like Taliban in Afghanistan'?. Apa jawabnya?

'The source and guide of an Islamic state is not Iran or Taliban but Quran and hadis. The environment is different from ours and we have to be aware, furthermore the population is 100% muslims whereas we have non-Muslims in Malaysia.'

Jadi dulu, mahu hukum hududlah, dah ni.... lain pulak. Kononya ada komposisi yang bukan-Islam, ada mahkamah sivil...... bila kami dirikan kerajaan tidak akan ada mahkamah sivil. Lepas itu kita mahu tahu DAP sokong ataupun tidak. Dia syok DAP sokong, nak ambik hak Melayu dan istimewa dalam Koran tak ada. Sekarang ini boleh, pensyarah ini sudah bercerita. PAS sanggup jual apa sahaja yang dimiliki oleh orang Melayu untuk dapat undi Cina . Kalau Suqui kata samakan agama Islam dengan agama lain, PAS terima...... bahasa apapun PAS terima. Tak ada larangan bahasa Cina, kerana dia hendak bahasa Melayuu di kebelakang sekali. Macam-macam janji dia buat. Bila kita minta adakan perbincangan, dia kata mahu perpaduan nasional. Dah nampak undi Cina kalau hancur orang Melayu tak mengapa asalkan dia dapat undi orang Cina. Kalau Suqui dan persatuan guru dia sokong sanggup beri hak Melayu kerana nak tempat di dunia dan bukan akhirat. Dalam pilihanraya 1999 DAP kalah teruk seperti yang mereka tidak pernah kalah dulu. Buat kali pertama Lim Kit Siang dan Karpal Singh kalah kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri, bererti orang Cina tolak DAP. Apabila Cina tolak DAP hari ini, DAP akan buat apa sahaja untuk menarik balik sokongan Cina dan sekat sokogan Cina kepada BN dan khususnya kepada perdana menteri. Rupanya ada hak istimewa orang Cina ini?.

'Saya tidak boleh sebut sesuatu......... Ada akhbar Cina di sini sila lapor dengan benar dan jangan putar belit.

Apabila Suqui telah menuntut hak istimewa dihapuskan dan agama Islam disamakan dan ada lagi 83 tuntutan mereka; saya buat ucapan bahawa tuntutan mereka sama dengan komunis. Mereka mendakwa dan mengapikan perasaan Cina supaya menentang kerajaan dan benci kerajaan terutama Nanyang Siang Pao dan China Press supaya orang Cina bencikan saya dan bencikan BN dengan harapan mereka akan kembali memberi sokongan kepada DAP, Suqui, Guru Sekolah Cina.......

'Mereka mainkan isu supaya timbul kebencian kepada saya. Apabila kita cuba pindahkan sekolah Cina Damansara kepada tempat baru, ini jadi isu. Kerajaan dihentam kenapa dipindahkan sekolah walaupun majoriti bapak minta dipindah. Kerajaan dikatakan zalim kepada pelajaran bahasa Cina. Apakah ini benar? Apabila dicadangkan sekolah wawasan kerana sekarang ini sudah tumbuh bandar baru yang tidak ada sekeratpun orang Melayu. Kalau ada sekolah Cina di bandar baru ini, anak-anak Cina tidak berdamping dengan Melayu dan India. Itu sebabnya sekolah wawasan yang dijadikan isu yang diperbesarkan oleh Nanyang dan Cina Press setiap hari.

Tuan-tuan dan Puan-puan.

'Hanya Malaysia sahaja yang membenarkan sekolah Cina diadakan. Tidak ada sekolah Cina di Indonesia, tidak ada di Filipina, di Siam, di Burma. Tidak ada di Kambodia, di Vietnam, Laos, di Australia. Tidak ada di England, New Zealand, di Amerika ....di Kanada. Hanya di Malaysia dengan pembiayaan kerajaan sendiri. Ini Mat Salleh daripada Australia dalam mesyuarat agung nak tengok kita, siapa lebih adil..... dia ataupun kita. Kenapa tidak dibenarkan di Australia sedangkan bilangan Cina sudah ramai. Di sana merea terpaksa bercakap Inggeris stail sana. Mereka kata: 'Rain in Spain Falling Heavily In the Plain...' Orang Australia kata : "its a gud dai tudai" (Its a good day today (dengan bunyi good die to die) kenapa paksa orang ini belajar Bahasa Inggeris biarlah ada sekolah Cina yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka begitu liberal kita beri segalanya. Inilah negara yang begitu liberal sekali.

Dalam usaha mereka untuk memburukkan imej kerajaan yang anti-Chinese mereka sekarang ini kaitkan soal Nanyang yang dibeli oleh MCA kerana saya yang suruh. Kenapa? Supaya orang Cina akan marah kepada saya dan kerajaan. Apabila marah, kerajaan sokonglah DAP? Inilah tujuan mereka. Kerana mahukan sokongan orang Cina mereka kaitkan saya dan kerajaan. Saya akui MCA tanya apakah boleh beli saya kata boleh 'no problem.'

'The Chinese community does not want..... Harakah kata Utusan dimiliki saham oleh UMNO, memang secara tidak langsung. Kalau kita boleh beli kenapa MCA tidak boleh beli' Rupanya akhbar Cina mesti bebas. Itu hak istimewa kalu MCA mahu beli belilah kalu nak jual juallah.

Ini kononnya orang Cina tidak benarkan MCA beli akhbar Cina. Kenapa tidak boleh? Apa ada dalam akhbar Cina, apakah ada benda-benda yang kita tidak tahu. Kita tak reti Bahasa Cina, apakah adil kalau kita kawal utusan supaya jangan keterlaluan apabila berhadapan dengan ketengangan Melayu-Cina tetapi mereka tidak kawal akhbar mereka apabila bangkit perasaan kebencian kepada orang Melayu? Bukan kita suruh ambil semua. Ambillah sikit, tetapi apakah tidak boleh dimiliki oleh parti politik Cina. Ini yang dikatakan masyarakat Cina tidak setuju. MCA 100 persen China. UMNO ada juga Cina. Jadi orang Cina mahu pilih apakah tidak boleh. Saya kempen untuk Ling tetapi saya amat kesal. Mereka akan 'whip' perasaan orang Cina membenci kerajaan. Mereka tidak dapat sokongan semua seperti di Lunas mereka bangkitkan perasaan Cina terhadap kerajaan. Kita kalah kerana peranan yang dimainkan oleh Nanyang dan China Press untuk menimbulkan kebencian pengundi terhadap kerajaan. Mereka pentingkan pendapat bebas tetapi tidak pernah sokong kerajaan.

Jangan main isu ini dan jangan libatkan saya dalam perkara ini. Surat khabar Cina boleh bebas seperti lain, kalau kamu main isu perkauman....

Kit Siang di satu pihak peluk Nanyang dan satu pihak peluk Hadi. Hadi peluk Kit Siang tapi satu pihak peluk Islam ternak babi... dah tipu orang Melayu ni nak tipu Cina pulak. Saya terus terang. Dengan orang Melayu saya marah, dengan orang Cina saya marah. Apabila saya tergur UMNO dan Melayu yang keterlaluan orang Melayu tak kata Dr. Mahathir anti-Melayu. Kenapakah akhbar Cina apabila saya sebut Suqui satu kumpulan kecil kenapa itu dibangkitkan sebagai saya kecam orang Cina keseluruhannya? Saya banyak kawan Cina.. Menantu saya pun Cina. Saya bukan anti-Chinese tetapi saya mahu keadilan untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia. Kita mesti bebas dan adil.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Saya cuba jelaskan pendirian kita. Saya katakan ini pendirian saya dan parti UMNO. Setiap tahun kita mengadakan mesyuarat agung yang merupakan peristiwa yang terpenting dan terbesar untuk parti. Di sinilah kita berjumpa dan membahas masalah berkaitan parti, agama dan negara kita. Ia penting dan saya anggap antara ucapan yang saya buat setiap tahun yang terpenting dan terbesar ialah ucapan kepada UMNO. Setiap kali saya cakap ada mesej kepada UMNO untuk kebaikan. Saya telah berleter belum nyanyuk lagi, bolehlah lagi dua jam, tahun depan saya janji tiga jam. Saya hendak minta ahli UMNO dan Melayu supaya kita kenalkan masalah dan sebab-sebab kita gagal. Kenalkan kelemahan yang ada dan buat resolusi bukan untuk kerajaan laksanakan tetapi untuk diri kita apakah yang perlu kita buat yang boleh menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Banyak yang boleh kita buat. Kita harus akui kita tidak bekerja begitu kuat. Kita mesti kerja kuat, tidak ada jalan mudah. Kita mesti berusaha bertubi-tubi, jatuh kita bangun lagi. Insya Allah satu hari kita akan berdiri tinggi di kalangan bangsa yang lain.

'Hari ini bukanlah sesuatu yang terjadi begitu sahaja. Yang begitu ramai wakil parti lain datang melihat upacara mesyuarat agung tahunan kita. Mereka datang kerana kagum dengan parti dan kerajaan yang diterajui oleh parti. Mereka memuji Malaysia. Sampai 'naik asap' kata orang Kedah secara ikhlas. Saya berjumpa wakil parti asing dan bertanya apa lagi yang perlu mereka buat untuk bangunkan negara mereka supaya jadi seperti Malaysia ini. Mereka ucap terimakasih kerana bantuan yang kita beri Bosnia Harzegovina. Kita hantar duit kita untuk tolong mereka. Tetapi apabila kita tahu ada orang Islam kita hantar askar ke sana mereka berterima kasih. Di Sudan adalah sebuah negara yang begitu miskin; tanah padang pasir yang ada, kononya ada minyak sedikit. Mat Salleh taksir banyak 10,000 tong sehari. Lepas itu Mat Salleh tidak dibenarkan bekerja kerana Sudan diiktiraf sebagai negara pengganas. Kita hantar Petronas dan hari ini mengeluarkan 200,000 tong satu hari. Mereka datang untuk mengucapkan terima kasih kepada kita. Kita tidak sangka Malaysia boleh tolong orang. Dulu kita ingat kita bodoh, tidak ada upaya. Kita lihat orang Petronas yang kadang-kadang kita kecam, sanggup hidup di padang pasir dengan bahaya serangan selatan menolong Sudan. Hari ini minyak menjadi punca pendapatan negara. Kita mengeluarkan gas di Algeria di tengah padang pasir. Petronas berada untuk bekalkan gas ke Eropah. Mereka kagum dengan Malaysia sebab itu mereka datang.

Kita boleh sampai setakat ini..

'Untuk maju 2020 kita tahu bagaimana untuk melakukannya. Kita tahu dan sudah rancang dan punyai pengalaman. Kuala Lumpur adalah sebuah bandar negara maju. Kita mahu kembangkan ke seluruh negara kita. Datang orang asing kata saya ini membohong. Mereka kata kita sudah menjadi negara maju. Lihat KL. Betul saya perlu lihat di kampung kerana belum maju kerana belum membangun. Kita bekerja keras, perlu menguasai segala ilmu termasuk IT yang mesti kita kuasai. Bukan susah untuk ambil cangkul. Cuma picit jari ini sahaja. Tak bolehkah?. Saya nak mintak, saya nak merayu, tak payah baca doa. Saya mahukan UMNO pembawa obor untuk memajukan bangsa Melayu supaya bangsa kita mempunyai potensi menjadi bangsa yang maju. Saya yakin.. Sejak kita memerintah dalam jangka masa 15 tahun, enjineer (jurutera) Melayu dapat bentuk kereta proton tanpa pergi ke Jepun.

'Petronas adalah sama 'the majors' seperti Shell, Caltex, Esso, BP dan lain-lain. Dunia anggap Petronas sebagai sama setaraf kerana itu Petronas diundang. Arab Saudi ada Nasional Oil Corporataion hanya Petronas yang pergi kepada 25 negara kerana kita mampu mencarigali, transport (angkut) minyak. Buat 'pipeline' tanker, dan berniaga...... daripada Argentina di selatan sehiggalah Australia. Kita boleh buat esok kita lebih boleh kalau berusaha.

'Timbullah semangat kepercayaan kepada diri sendiri bahawa kita boleh buat. Kita adakan seminar 'Takkan Melayu Hilang Di dunia'. Maka bercakaplah mereka berkenaan bangsa Melayu. Apa guna 'Tak Hilang' kalau jadi kuli orang. Mesti jadi 'master of themselves - tuan kepada diri sendiri. Kita suruh orang Melayu capai Mount Everest. Itu orang negara sejuk yang berjaya. Ini kali pertama orang negara tropika sanggup panjat, kecapaian kita lebih tinggi daripada mereka. Kita boleh buat apa barangpun. Tengok microchip oleh Malaysia, Sekarang ini ada dua syarikat sendiri (salah satunya ialah) First Silicon, ..ada dua milion 'switches' pada sekeping chip. Orang Melayu yang buat. Apalagi yang kita buat untuk kata, kita boleh... Mesti berusaha. Jangan...makan telur banyak..

Anak-anak kita suruh dia baca buku buat kira-kira di rumah. Saya hendak cerita sedikit yang nasib tak baik. Ayah saya seorang guru walaupun akhirnya dia jadi juruodit kemudiannya. Saya cukup takut kepada dia. Bila balik, dia batuk...... kami lari ke meja baca buku sampai pening kepala kena pakai cermin pada 12 tahun. Saya takut walaupun kemudian dia baik dengan saya. Laa ni kalau cikgu buat begitu, ada komplen pada polis. Master Hassan, adalah seorang guru saya yang kuat mencubit. Rotan kayu 'rule' kalau silap sikit. Tapak tangan sampai tak boleh genggam. Zaman dulu tidak ada kuota bumiputra. Nasib baik boleh pergi belajar jadi doktor. Takada biasiswa. Sekarang, kalau kurang. jadi masalah. Saya diberi elaun 25 ringgit sebulan. Panggil interview, mereka tanya berapa ayah hantar sebulan, saya kata 15 ringgit, depa potong 15 ringgit biasiswa itu. Begitu halnya dengan biasiswa isteri saya. Sekarang ada pelajar simpan pembantu rumah untuk membantu.

'Saya rayu dan minta....... kita UMNO adalah orang di barisan hadapan. Perjuangan melayu bukannya (seperti) PAS. PAS pengkhianat, penipu bagi orang Melayu. Kita adalah contoh, kita mahu tunjukkan kepada orang Melayu apa yang Melayu boleh buat. Kalau kita berdisiplin dan berusaha. Jatuh dan bangun kerana mahu beri kejayaan. Bangsa kita beragama Islam Pencapaian orang Melayu bereti pencapaian Islam. Kita mesti berjuang untuk bangsa dan agama kita. Sebagai pemegang obor perjuangan Melayu UMNO mesti sanggup membuat segalanya untuk menjayakan bangsa kita ini.

'Saya minta sekali lagi berdisiplinlah kita. Tanpa disiplin kita tidak boleh menang. Saya tidak mahu mengata orang Arab. Orang Arab tidak boleh perang. Mereka panggil kita makan tengah hari. Sampai pukul empat tak makan lagi. Kalau ada perjumpaan sebelas pagi, pukul dua jadilah kerana tidak ada 'timing' (ketepatan waktu). Bila dia rancang serang Yahudi pukul sembilan pagi ada pasukan dia serang pukul sepuluh, ada serang pukul sebelas......., dua belas..... dan ada yang postpon (tangguh) hingga esok hari. Macam mana mahu menang? Arab tidak boleh lawan Yahudi. Disiplin penting. Kalau kita akur ataupun patuh arahan Presiden parti, bukannya Dr. Mahathir...

'Saya tidak penting, satu hari Paklah boleh jadi presiden. Insya Allah kita akan capai kejayaan. Saya sudah cakap panjang lebar. Ada satu hamba Allah suruh saya baca sikit. Sajakkah yang ada kaitan dengan tajuk ucapan saya - Melayu Mudah Lupa'

Melayu Mudah Lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa,
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa,
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah Lupa,
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa,
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya sengketa, Melayu mudah lupa,
Dulu bangsanya derita, Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya kerdil, Melayu mudah lupa,
Dulu bangsanya terpencil.
Tiada daulat
tiada maruah
tiada bebas
Melayu mudah lupa.
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsannya yang lina
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah, ingatalah ingatlah.
Wahai bangsaku,
Jangan mudah lupa lagi kerana perjuagannmu.......

....Tamat.....


---ooOoo---


Nampak sangat Mahathir berbohong kerana perkataan yang terakhir pada baris terakhir itu tidak kedengaran dengan jelas. Beliau sebak dan menahan perasaan untuk menangis lagi.........

-Tengku Mazlan-

bersambung........