Laman Webantu   KM2A1: 4815 File Size: 13.3 Kb *



TAG SP 181: Salahdorong Bayangi Perutusan Raja Penyangak
By Gerald P. McAlinn

24/6/2001 10:20 pm Sun

[Mahathir mencemuh globalisasi kerana beliau terasa tergugat oleh kesannya nanti. Apa tidaknya dia memenjarakan orang tanpa bukti termasuk rakyat kecil seperti Sobri. Dia bebas bercakap di universiti luar walaupun itu tidak disukai ramai orang di sana termasuk pengasas universiti itu sendiri tetapi rakyat negara sendiri tidak berhak untuk berucap pula.

Nyatalah Mahathir tidak berprinsip di sini. Baik dan buruk tetap berada di mana-mana kerana itu sudah lumrah dunia. Tidak perlu takut jika kerajaan memang baik dan syarikat Malaysia memang hebat belaka. Nampak jelas kehebatan itu sebenarnya gempak sahaja dan kerajaan menindas rakyat yang ada.
- Editor
]



Sunday Editorial The Japan Times June 24, 2001-06-24


Salahdorong Bayangi Perutusan Raja Penyangak

(Abuses Overshadow Mahathir's Message)

Oleh: Gerald Paul McAlinn

Baru-baru ini Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah memberikan ucapan-tamanya pada siri U Thant Lecture atas tajuk 'Globalization, Global Community and the United Nations' (Globalisasi, Masyarakat Sejagat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu). Hadirin yang datang telah memenuhi bilik syarahan di United Nations University di Tokyo, sehingakan ada yang terpaksa berdiri. U Thant, adalah seorang negarawan Myanmar yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha agong PBB daripada 1961 hingga 1971. Beliau telah bertanggungjawab dengan penubuhan UN University itu. Sudah tentu dia tidak berapa selesa mendengar ucapan Mahathir.

Mahathir telah menjadi perdana menteri Malaysia sejak 1981. Ucapannya menyerlahkan betapa dia tidak menyenangi globalisasi, setidak-tidaknya dalam bentuk yang ada sekarang ini. Mahathir berpendapat bahawa globalisasi adalah satu tanggapan yang idealistik, yang pada tahap awalannya penuh dengan janji-janji, yang sudah pun bertukar menjadi basi. Usaha meransang pasar terbuka adalah satu ancaman kepada kedaulatan negara. Segala usaha untuk diwujudkan ketelusan dan pembubaran peraturan lama adalah merupakan kod kapitalis yang tidak akan menetapkan pentadbiran yang tegap. Jelas, Mahathir sudah semakin mencelaru disebabkan masalah ekonomi yang menghenyak Malaysia dan beliau merasa tergugat oleh kehendak dan tekanan agar dia laksanakan reformasi oleh masyarakat kewangan sejagat.

Siapakah petualang yang menghenyak Mahathir itu? Kemarahannya banyak ditumpukannya terhadap peniaga matawang yang telah menunjukkan kuasa untuk mengancam ekonomi negara dengan membuat spekulasi serta menghumbankan matawang di pasaran global. Mahathir berpendapat, gelagat ini dilaksanakan 'untuk mendera kerajan-kerajaan' yang telah menentang aktiviti aliran modal tanpa sempadan. Dengan lain perkataan, masalah yang dihadapi oleh negara membangun bolehlah dikesan kepada para kapitalis dan penguasa yang berkemampuan mengkotak-katikkan ekonomi negara hanya melalui aktiviti niaga mereka di meja dan bilik mesyuarat lembaga pengarah di New York, London dan Tokyo.

Cara penyelesaian Mahathir nampak mudah walaupun kelihatan keterlaluan. Kalau aliran modal dibenarkan tanpa sempadan, maka seharusnya begitu jugalah dengan aliran tenaga manusia. Negara-negara maju yang mendesak agar diberikan hak menggerakkan modal, barangan dan juga perkhidmatan secara bebas tentunya tidak boleh membangkang apabila negara yang membangun mendesak hak yang sama untuk mengekspot rakyatnya yang miskin kerana telah tergugat oleh proses pensejagatan itu. Mahathir memang sudah faham dan tidak pernah takut untuk mencari kelemahan negara yang kaya raya itu. Namun, dia tidak pula menafikan betapa kritikan global yang sungguh berbisa dan keras terhadap salah urus pentadbiran, korupsi dan kronisma. Pembetulan memang diperlukan, tetapi dia mengsyorkan cara-cara yang tidak keras dan dalam bentuk 'berlembut dan bertahap sedikit demi sedikit.'

Mahathir adalah seorang yang bijaksana dan pintar berkata-kata. Kalau tujuan utama U.N. University adalah untuk mencetuskan kontroversi, memilih Mahathir untuk memulakan ucaptama itu adalah satu pilihan yang kena pada tempatnya. Namun, adanya sedikit kesilapan dalam pendapatnya itu memang tidak boleh dinafikan. Sejarah memang dipenuhi oleh pengajaran yang mendukakan yang ada kaitannya dengan kesan-kesan kepada permodalan yang tidak diawasi. Pendapat Mahathir itu, telah meninggalkan kesan dalam bentuk satu perasaan betapa sememangaya ada sesuatu di sini yang lebih menekan daripada impak tekanan sejagat terhadap ekonomi tempatan. Memang ada tersorok kenyataan betapa pensejagatan membawa bersamanya tuntutan yang tidak mudah disenangi terhadap kebebasan berpolitik dan sosial.

Ekonomi yang bebas mencuit harapan kepada kewujudan kebebasan pada unsur kemasyarakatan yang lain juga. Apabila harapan yang terbelenggu ini dibebaskan ia tidak akan dapat dirantai kembali. Demikianlah, kuasa pasaran memang diiktiraf oleh masyarakat hak asasi manusia sebagai satu jentera yang bertenaga untuk melaksanakan perubahan sosial. Pengishtiharan hak Asasi Manusia Sejagat telah menyaring hak-hak ekonomi politik, sosial dan budaya menjadi satu rumpun unsur-unsur martabat keinsanan dan pembangunannya. Lagipun undang-undang antarabangsa memestikan pengiktirafan betapa semua negara boleh mendapatkan bantuan asing sebagai satu alat untuk memajukan hak-hak kemanusiaan.

Apabila pendapat Mahathir itu diamati secara terperinci, kecenderungannya yang negatif terhadap globalisasi itu menyerlahkan sesuatu kebenaran. Malaysia kerap disebut oleh penggerak hak asasi manusia kerana amalan politiknya yang mendera. Mantan timbalan perdana menteri Malaysia, Anwwar Ibrahim, telah dipenjarakan berasaskan tuduhan palsu yang mempunyai motif politik dan kesan pengadilan yang dikatakan oleh ramai pemerhati sebagai berat sebelah. Kesalahan beliau sebenarnya ialah mencabar kerajaan Mahathir dengan beraninya. Polis Malaysia pula memang tidak pernah berlengah untuk menggunakan kekerasan bagi tujuan menghentikan demonstrasi aman yang menyokong Anwar dan reformasi politik negara.

Kerajaan telah menggunakan pelbagai undang-undang yang zalim seperti Akta Penerbitan dan Percetakan dan (ISA) Akta Keselamaan Negara untuk menekan pihak yang membangkang. ISA memang kejam kerana ia memberikan kuasa menahan tanpa sebarang tuduhan ataupun pengadilan. Hampir dua bulan sebelum Mahathir berucap di U.N. Universiti, empat orang rakyat Malaysia, termasuk seorang pemimpin Parti Keadilan dan seorang wartawan telah dipenjarakan untuk dua tahun bawah perintah ISA itu.

Mahathir telah mengakhiri ucapannya dulu dengan menggunakan haknya bersuara bebas untuk menyelar kuasa jahat dalam pensejagatan itu walaupun pendapatnya berbentuk sesuatu yang tidak popular. Kebebasannya menggunakan pentas U.N. Universiti itu untuk bersuara secara bebas adalah satu ironi memandangkan wujudnya rakyat Malaysia yang terpenjara kerana menuntut hak asasi mereka pula, dan ini tidak akan dilupakan oleh pendengar ceramahnya itu. Saranan Mahathir yang sahih terhadap globalisasi yang tidak berjadual tentu dapat membawa kesan yang lebih bertenaga seandainya pendapatnya itu tidak dicemari oleh usaha kerajaannya menekan suara rintihan rakyat negaranya sendiri.

....Tamat....

Gerald Paul McAlinn adalah seorang professor perundangan di Aoyama Gakun Universiti.




Asal:

http://www.japantimes.co.jp/cgi-bin/ getarticle.pl5?eo20010624a1.htm


Abuses overshadow Mahathir's message

By GERALD PAUL McALINN

Recently, Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad delivered the inaugural U Thant Lecture on "Globalization, Global Community and the United Nations" to a standing room audience at the United Nations University in Tokyo. U Thant, the statesman from Myanmar who served as the secretary general of the U.N. from 1961 until 1971, and is credited with proposing the establishment of the U.N. University, would not have been pleased to hear Mahathir's speech.

Mahathir has been prime minister of Malaysia since 1981. His speech made clear that he is no friend of globalization, at least in its present form. Globalization to Mahathir is an idealistic notion, initially full of promise, that has turned sour. The global push for free and open markets is a threat to sovereignty. Similar calls for transparency and deregulation are capitalist code for no governance at all. Clearly, Mahathir is disconcerted by the economic woes that have befallen the Malaysian economy and vexed by the reforms demanded by the global financial community.

Who are the villains in Mahathir's scenario? His wrath is mainly directed at currency traders, who wield the power to whipsaw economies by speculating in and then dumping currencies on the global market. This is done, according to Mahathir, to "discipline governments" that resist the borderless flow of capital. In other words, the problems faced by developing countries can be traced to the not-so-invisible hand of capitalist power-brokers who make or break economies from the trading desks and boardrooms of New York, London and Tokyo.

Mahathir's solution is as simple as it is extreme. If capital is borderless then populations should be as well. Developed countries who insist on the right to move capital, goods and services freely cannot object when underdeveloped countries demand a similar right to export the poor who are dispossessed by globalization. Mahathir understands and is not afraid to strike verbally at the Achilles heal of the rich. But he does not deny that harsh international criticism results, at least in part, from government mismanagement, corruption and cronyism. Correction is required, but he advocates less drastic means in the form of "gentle and selective lowering of borders."

Mahathir is clearly a bright man and an eloquent speaker. If the mission of the U.N. University was to provoke controversy, selecting Mahathir for the inaugural lecture was an inspired choice. That there is a measure of uncomfortable truth in his message cannot be denied. History is replete with unfortunate lessons regarding the consequences of unchecked capitalism. Mahathir's words, however, leave a lingering feeling that there is more here than a concern for the impact global forces have on domestic economies. Lurking beneath the surface is the reality that globalization brings with it sometimes unwanted demands for political and social freedom.

Economic freedom raises populist expectations of freedom in other parts of society. These forces once unleashed are virtually impossible to control. Indeed, market forces are widely recognized by the human rights community as being a powerful engine for social change. The Universal Declaration of Human Rights groups economic, political, social and cultural rights together as indispensable elements of human dignity and development. Moreover, international law recognizes that countries can and should use foreign aid as an instrument for promoting human rights.

When Mahathir's message is scrutinized in this context, his strong negative stance toward globalization makes sense. Malaysia has been cited by human rights advocates for its politically repressive practices. The former deputy prime minister of Malaysia, Anwar Ibrahim, was convicted and imprisoned on politically motivated s###my charges after a trial that many observers believe was unfair. His true crime was daring to challenge the Mahathir government. The police have also not hesitated to use violence to break up peaceful demonstrations in support of Anwar and political reform.

The government has freely used repressive laws such as the Printing Presses and Publications Act and the Internal Security Act to stamp out dissent. The ISA is especially repugnant because it allows indefinite detention without charge or trial. Almost two months to the day before Mahathir's lecture at the U.N. University, four Malaysian nationals, including a leader from the opposition National Justice Department and a journalist, were reportedly imprisoned for two-year terms under ISA detention orders.

Mahathir closed by standing on his right of free speech to speak out against the evils of globalization even though his views might not be popular. The irony of using the prestigious U.N. University forum to speak freely while brave men and women are imprisoned in Malaysia for demanding no less of a right should not be lost on his listeners. Mahathir's legitimate arguments against unregulated globalism would carry more moral force if they were not tainted by his government's suppression of domestic dissent.

Gerald Paul McAlinn is a professor of law at Aoyama Gakuin University.

The Japan Times: June 24, 2001