Laman Webantu   KM2A1: 4816 File Size: 10.3 Kb *



TAG SP 182: Ucapan-Ucapan Yang Tidak Ke mana
By Egghead

24/6/2001 11:27 pm Sun

[Persidangan Umno kali ini lebih merupakan pertemuan untuk mengutuk orang. Inikah satu wawasan yang pintar atau ketakutan kerana sudah terancam? Bukankah takkan runtuh jika bukit disalak anjing? Mengapa tidak ditangkap sahaja semua pemimpin PAS dan semua orang asing yang dikatakan punca kegagalan Umno dan Malaysia? Bukankah Mahathir sendiri mengambil formula luar syarikat Yahudi untuk membaiki ekonomi negara?

Mahathir umpama seorang doktor yang menyalahi orang luar kerana tidak laku kedainya. Padahal rawatannya memang tidak berguna kerana ubat sakit demam itu bukannya kata mengata yang tidak relevan kepada orang di luar sana. Kalaulah kita doktor yang baik, berdiampun akan dikunjungi orang seantero negara tanpa perlu membising tidak tentu hala. Sampai bila pun masalah tidak akan menemui penghujungnya dan hanya sidungu sahaja yang akan mengunjungi kedainya... - Editor]


Terjemahan: SPAR-09-010


Ucapan-Ucapan Yang Tidak Ke mana

(Malaysiakini: Speeches that go nowhere )

Oleh: Egghead

Kelihatan seolah-olah berlaku satu lagi hari yang penuh kesedihan buat rakyat. Mendengar ucapan-ucapan Dr. Mahathir Mohamad dan Hishamuddin Hussein semasa perhimpunan agong tahunan Umno, saya dapat memahami kekecewaan masyarakat Melayu dengan apa yang disebut sebagai parti peneraju negara ini.

Silalah menganalisa kedua-dua ucapan tersebut dengan lebih teliti dan kita akan dapat melihat bahawa di sebalik memberikan fokus kepada masalah-masalah sebenar yang dihadapi oleh masyarakat Melayu, kedua-dua presiden Umno dan Ketua Pemuda Umno itu telah membangkitkan isu-isu yang tidak relevan sungguhpun ianya adalah satu perjumpaan yang penting.

Di mata orang awam, tidak dinafikan bahawa masyarakat Melayu sedang ketinggalan jauh di belakang kelompok masyarakat yang lain dari segi pencapaian akademi dan ekonomi. Tanyalah siapa sahaja di jalanraya dan anda akan tahu apa yang benar-benar diperlukan oleh masyarakat Melayu.

Di sebalik menggalakkan masyarakat Melayu, terutamanya golongan belia, untuk menceburkan diri sepenuhnya di dalam bidang perniagaan dan ekonomi tanpa bergantung sepenuhnya kepada langkah affirmatif yang disediakan oleh kerajaan, apa yang dapat dilakukan oleh Hishamuddin adalah menggalakkan lebih ramai Melayu untuk menyertai Pemuda Umno dan juga Umno.

Mengapa ianya begitu penting kepada masyarakat Melayu untuk menyertai Umno? Adakah dengan menyertai Umno akan membawa kemakmuran kepada orang-orang Melayu? Adakah keupayaan masyarakat Melayu di dalam semua bidang boleh dipertingkatkan dengan memberansangkan sekali hanya dengan menyertai Umno?

Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak empat dekad yang lau, para pemimpin kita ternyata masih belum lagi. Selain dari menyalahkan orang lain terhadap kelemahan ekonomi kita, mengapa tidak mereka yang memimpin negara ini mencari jalan untuk menyusun semula ekonomi negara?

Saya tidak pun melihat negara-negara lain seperti Singapura menyalahkan orang lain atau negara lain semasa kemerosotan ekonomi negara mereka. Selain dari tidak habis-habis melaungkan slogan seperti 'Hidup Melayu' semasa Perhimpunan Agong Umno, mengapa tidak memperlengkapkan diri mereka dengan pendidikan yang lebih tinggi dan kecekapan untuk terus bertahan ditahan era globalisasi?

Saya rasa sudah terlalu banyak penekanan tentang politik dibuat di dalam negara kita. Setiap sektor, termasuk badan kehakiman, polis dan ekonomi, dipenuhi dengan politik. Saya rasa setiap badan perlu membebaskan diri masing-masing dari campurtangan badan politik. Para hakim perlu di berikan hak mereka untuk menjalankan penghakiman tanpa rasa takut.

Polis perlu diberi kuasa untuk menggunakan kuasa mereka seperti yang digariskan oleh undang-undang. Ekonomi negara perlu dibenarkan berkembang di bawah peraturan undang-undang ekonomi yang boleh diterima.

Seandainya aktiviti-aktiviti perniagaan dikuasai sepenuhnya oleh politik, mengapa kita memerlukan bantuan dari pakar-pakar ekonomi? Bukankah kita boleh sahaja memperkenalkan berbagai kursus berkaitan politik di universiti-universiti kita supaya orang akan melabur di dalam ekonomi berdasarkan pemahaman mereka tentang senario politik Malaysia. Menyedihkan, bukan? Namun ianya sangat benar.

Di dalam bidang pendidikan, oleh kerana tiada sesiapapun yang memberikan perhatian kepada janji-janji dan keputusan-keputusan dari Kementerian Pendidikan (memandangkan semua keputusan penting dan kritikal dibuat oleh PM sendiri), mengapa kita memerlukan sebuah Kementerian Pendidikan pula? Bagi saya, ia hanyalah satu lagi cara untuk membazirkan wang rakyat.

Jika negara kita tidak mengambil sebarang usaha untuk menekankan konsep meritokrasi di dalam berbagai bidang, apalah gunanya pula meminta agar generasi muda kita mencapai keputusan akademi yang lebih baik?

Hakikatnya, semua rakan saya lebih suka bekerja di mana-mana sahaja melainkan Malaysia selepas mereka menamatkan pengajian mereka dari universiti-universiti awam dan swasta; alasan mereka? Tiada gunanya bekerja di satu tempat yang keupayaan dan pengetahuan tidak dihargai.

Saya ingin mengusulkan satu cadangan yang tidak sepertinya kepada mereka yang dipanggil pemimpin-pemimpin negara. Silalah keluar dan cari sendiri apa yang sebenarnya rakyat mahukan, dan bukannya apa yang anda mahukan untuk memimpin negara ini. Di sebalik berbagai usaha untuk menjadikan parti-parti politik anda lebih tidak relevan kepada rakyat, mengapa tidak memberikan fokus kepada berbagai masalah dan isu-isu yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan berbagai komuniti di dalam negara ini?

Terjemahan SPAR-09-010





http://www.malaysiakini.comLetter/ 2001/06/2001062308.php3

Saturday June 23

Speeches that go nowhere

Egghead

1:31pm, Sat: It seems to be that it is another sad day for the rakyat. Listening to the speeches by Dr Mahathir Mohamad and Hishammuddin Hussein during the Umno annual general assembly, I can really understand the Malay community's frustration with the so-called leading party of the country.

Analyse the duo's speeches carefully and we can see that instead of focusing on the real problems faced by the Malay community, both Umno president and Umno Youth president brought up non-relevant issues despite it being such an important meeting.

In the eyes of the public, there is no doubt that the Malay community is lagging behind other communities in terms of academic and economic achievement. Ask any Tom, Dick and Harry on the street and you will know what the Malay community really needs.

Instead of encouraging the Malay community, especially the youth, to participate fully in the field of business and economy without depending on the affirmative action provided by the government, all Hishammuddin can do is encourage more Malays to join Umno Youth as well as Umno.

Why is so important for the Malay community to join Umno? Is joining Umno going to bring prosperity to the Malays? Is the competency of the Malay community in all areas be improved drastically just by joining Umno?

Although our country achieved independence four decades ago, our leaders obviously have not. Instead of blaming other people for our weak economy, why can't our ruling leaders find ways to restructure the country's economy?

I do not see countries like Singapore blaming other people or countries during its economic recession. Instead of harping on slogans such as 'Hidup Melayu!' during the Umno general assembly, why not encourage the Malay community to further equip themselves with higher education and competency to survive in the era of globalisation?

I think there is already too much emphasis on politics in our country. Every sector, including the judiciary system, police and economy, is filled politics. I think each body should be allowed its own independence from the interference of political bodies. Judges should be given their own right to conduct hearings without fear.

Police should be empowered to exercise their powers within the limits of the law. The country's economy should be allowed to grow under the logical economic laws.

If the business activities are fully dominated by politics, why do we need the help from experts on economy? We should just introduce various political courses in our universities so that people will invest in economics based on their understanding of Malaysia's political scenario. Pathetic, isn?t it? But still so true.

In the education field, since no one pays attention to the promises or decisions from the education ministry (as all the critical and major decisions are being made by the PM himself), why do we need an education ministry anyway? To me, it is just another way to waste the public's money.

If our country does not make an effort to emphasise on the concept of meritocracy in various fields, what is the point of asking our younger generations to achieve better academic results?

As a matter of fact, all my friends prefer to work everywhere but Malaysia upon their graduation from local and private universities; their reason? No point working in a place where skills and knowledge are not appreciated.

I have a humble suggestion to all those so-called leaders of the country. Please go and find out what the rakyat really needs, and not what you need to run the country. Instead of various efforts to make your political parties more irrelevant to the rakyat, why not focus on various problems and issues that are really affecting the lives of various communities in the country?